Bahkan mustahil untuk Allah silap memilih aku di sini.
Jemput Follow :)
KPSM K5 UPM : No Details As Promised
Bahkan mustahil untuk Allah silap memilih aku di sini.
SONY XPERIA M2 DUAL - Personal User Experience
Assalamualaikum.
2015 ni aku buka dengan entri review pulak memanjang.
Bukan nak cerita azam baru bagai, boleh pula review lagu, dan sekarang nak pula review handphone yang diguna.
Bukan apa, aku rasa tak salah pun kalau kita review handphone berdasarkan pengalaman kita sendiri memandangkan pengalaman kita tu boleh jadi berguna untuk orang lain.
Aku beli handphone ni lebih kurang 6 bulan lebih yang lepas di SONY Centre Giant.
Sejujurnya ini bukan telefon SONY aku yang pertama.
Sebelum ini aku pernah guna beberapa smartphone, sebelum guna M2 Dual aku guna SONY Xperia L.
Alasan aku bertukar pilihan ialah kerana aku mahu menggunakan data tanpa bergantung kepada akses wi-fi dan data yang dibeli. Sebabnya aku sudah mempunyai broadband Celcom yang alhamdulillah, walaupun orang kata lembab, setiap hari aku boleh akses youtube dgn 3G di Kulim, Kedah mahupun sampai ke Serdang, Selangor. Di kawasan kampung yang memang pendalaman, kanan lombong depan bukit belakang kelapa sawit, seperti Kampung Terap, memadai untuk aku buka Facebook tanpa membaling sebarang objek, kira jadilah tu, kan ? :)
Yes, I am a loyal user of Celcom.
Jadi, aku selalu juga keluarkan SIM broadband dari modem dan masukkan dalam handphone and it works. That was why I decided to use dual sim model. Kalau tidak, kuota 4/5GB (tak ingat mana satu sebab mama yg daftar n uruskan bil) selalunya tak habis pun. Rugilah bayar RM60 tapi guna tak sampai 2GB ya tak?
Kali pertama jatuh cinta dengan SONY ialah semasa guna Sony Ericsson C903 Cybershot.
Handphone tersebut, masyaAllah seriously sampai sekarang I still can't find a comparable camera, even digital camera cannot beat my old C903.
Dah tu kenapa tukar? Sebab hilang sayangku. Puas ku cari tiada berjumpa.
Hilang di luar semasa pergi klinik sebab kena sengat lebah. Tengah sakit macam tu apa pun boleh lupa.
Yang paling geram apabila handphone tersebut ialah handphone Cybershot terakhir dikeluarkan Sony Ericsson. Ok nak menangis.
Cut off the crap boleh, Rashidah?
Baik ... baik.
A Song With Great Message - Terbang Tunduk Review
Assalamualaikum.
I have posted few songs on this blog.
And yes, I admit I am somewhat a fan of songs with beautiful lyrics.
But this is my first post with the title - REVIEW.
Padahal selama ni pun memang aku pernah buat entri berunsurkan review, cuma aku tak pernah pun tulis 'REVIEW' pada tajuk ataupun isinya.
Well, I love lyrics and poem.
Terbang Tunduk - Fynn Jamal
Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana
Moga mudah selama
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu
Moga dibuang dendam dan sayu
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati.
- Ceritanya, pada fahaman aku, mengajar kita untuk tetap merendah diri walaupun sedar diri kita sedang berada di tahap yang tinggi.
- Ya, kita perlu tahu dan sedar kita di tahap mana, perlu untuk ada keyakinan diri. Dalam pada itu, hanya dengan sedar kita di tahap mana kita akan dapat memberi komitmen sesuai dengan tahap yang kita ada.
- Ia memberi satu perasaan nikmat tersangat, apabila sampai satu tahap setelah jerih berusaha, kita buka mata dan lihat setinggi apa kita telah terbang dan sejauh mana kita sudah sampai.
- Walaupun kita berada di tahap yang lebih tinggi berbanding dulu, pasti ada juga sesuatu yang cuba menjatuhkan. Cabaran yang tak terduga. Namun, buanglah kesedihan dan dendam pada perkara itu dan biarkan ia sebagai masa lalu. Lepaskan masa lalumu, demi hari muka yang gemilang, inshaAllah.
- Sekalipun kita hebat, kita kuat, atau di tahap apa sahaja kita berada, pohonkan pada tuhan, agar jangan kita meninggi diri, apatah lagi lupa diri. Kekallah merendah diri dan sedarlah diri kita ini tetap memijak bumi. Ingat pada tuhan. Kekallah tunduk pada Ilahi. Tetaplah rukuk dan sujud. Taat pada Dia, dan pilihlah untuk menjadi hati yang dicintai Dia.
Till then, please guide and always advice me on what I should do in my life.