Powered by Blogger.
RSS

Jemput Follow :)

Terlalu Banyak Untuk Terkisah :)

Lama betul tak update blog :)
Kesibukan kemalasan keseganan keharubiruan diri sendiri menjadi punca. 
Keharubiruan? Haha. Pening Cikgu Habibah dan Cikgu Zaiton nanti. 
Saya tak tahu macam mana nak cerita satu persatu. 
Tahun ini penuh kesibukan, penuh cerita, penuh drama, penuh sketsa.
Hoho, banyaknya 'penuh'? 
Alhamdulillah dalam sibuk, dalam penat semuanya masih dapat dikawal. 
Janji saya tahun lalu di blog ini terlunas :D 
Janji apa?
Panjang ceritanya. 
Semua penat terasa amat berbaloi,walaupun sekarang saya berada di SMS Pokok Sena @ SAINA untuk Program Jalinan Bersama Sekolah Kluster Kecemerlangan.
Pokok pangkalnya, bermula dari Family Bahas SMKSB. 
Pengalaman yang saya kira takkan saya lalui sekarang kalau tak kerana semua yang saya dan kawan-kawan lalui sepanjang 2010-2012. 
Sedar tak sedar, masuk tahun ketiga saya terlibat dengan bahas.
2010 saya hanya penonton yang berjanji satu hari nanti kita akan berjaya ke kebangsaan.
2011 saya sendiri mengalami ketewasan itu pada ketika kami hanya selangkah sebelum ke kebangsaan, ya, kalah di peringkat akhir. :')
2012 alhamdulillah, saya dan rakan-rakan menebus kembali kekalahan kami. 
Sekian lama ditunggu, 7 tahun SMK Sultan Badlishah menunggu untuk ke kebangsaan, tertunai kembali. 
4 tahun kami merasakan bagaimana tinggal selangkah tapi kecundang sebagai naib johan.
Syukur alhamdulillah. 
Terlalu banyak cerita yang ingin terlakar. Tetapi saya rasa masa PJK di sini sudah hampir tamat. Lain kali sambung lagi. 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment