Subjek di atas adalah dirujuk.Haha.
*ok kalau Alimin baca dia akan kutuk lawak aku tak pernahnya lawak.haha*
That above subject is what I need.
Post sebelum ni insyaAllah tak akan ada yang ditarik balik. Kali terakhir aku tarik balik post akhir 2011. Kerana itu terlalu peribadi, dan tak ada yang patut baca melainkan orang itu yang sudah membacanya.
Ok past is past. Kalau terus cakap pasal 2011 it will be out of topic and aku akan buat post yang sangat membazirkan masa yang menulis dan yang membaca. :)
Semua dalam post yang agak 'panas' itu saya tak nampak mana yang perlu ditarik balik. Saya bukan pertikai apa-apa melainkan sebut semua yang dilakukan ke atas kami.
Biar.
I just need a break. May this not a reason for me to step out, away from all those things.
Not to give up, ain't that an oath of mine ?
*aku tak janji pun nak terus bahas lepas sekolah.tapi seorang cikgu ni pernah cakap nak jumpa aku bila jadi hakim debat U nanti.dan aku selalu harap aku boleh tunaikan harapan tu, jadi sesuatu yang boleh dia banggakan.sekarang tengok nombor tu pun aku rasa tak boleh dah.rasa cuak.nak minta maaf tapi tak boleh.tak berani.sumpah mata aku berkaca sekarang ni. :'(*
Jemput Follow :)
Space To Recover
Read User's Comments0
Lamunan Perjalanan
Labels:
cerpen
“Kalau kita
bercerita tentang cinta, aku kira …”
Punat ‘backspace’
ditekan. Laju. Terpadam ayat itu, sedangkan tadinya hampir setengah jam sang
penulis termenung memikirkannya.
Hamizah
tersandar di kerusi komputernya sambil mata memandang kosong ke arah skrin komputer
itu. Entah mengapa, sukar benar untuknya menulis akhir-akhir ini. Dia mampu
mengarang puisi pendek yang penuh kias, untuk meluah dan menceritakan isi hati
yang terpendam. Dia mampu mengarang artikel khusus bercerita tentang pandangan
peribadinya terhadap segala yang terjadi.
Tetapi untuk
mengarang novel dan cerpen seperti selalu, dia tidak mampu.
Terhenti.
Seperti ada sesuatu yang mengekang tulisannya.
Menulis satu
ayat, dirasakan tulisannya tidak realistik. Seperti tulisannya cuma dongeng
kosong tanpa nilai, bahkan kadangkala, ketika membaca sesetengah karya lain,
terutama karya cinta, dia terasa semuanya mimpi.
Tak berpijak
di alam nyata.
Hamizah
tidak tahu mengapa.
“Cepatlah
siap. Tak mahu pergi kerja ya, kakak?”nyaring suara ibu menghentikan lamunan
Hamizah. Suis komputer dimatikan. Terus sahaja dia menyiapkan diri dan terus ke
tempat kerjanya di sebuah stesen minyak berhampiran rumahnya.
Hari ini dia
cuma berjalan kaki ke tempat kerja. Tidak mengapa, dia selesa. Muzik dimainkan
terus ke telinganya sambil berjalan. Kedengaran Adele menyanyikan lagu hitnya,
Someone Like You. Pesanan seorang bekas kekasih yang tidak membenci bekas
kekasihnya, malah mengharapkan yang terbaik untuk mereka berdua. Masing-masing
sedar cinta tak semestinya bersatu.
Lagu itu
rasanya jauh lebih realistik daripada sesetengah lagu yang terlalu mengagungkan
kekasih. Jujur Hamizah rasa begitu. Agungkan cinta manusia secara keterlaluan,
kadang bodoh pada matanya.
Kekasih
dianggap nyawa, harta dan segalanya. Tak ada duit tak apa, sanggup melarat dan
berlapar semata-mata demi cinta. Buang semuanya kerana cinta. Sanggup renangi
lautan api kerana cinta yang hakikatnya belum pun halal.
Renangilah
neraka.
Kan sanggup
renangi lautan api? Itu fasal berani buat dosa berpeluk dan berkepit dengan
kekasih tanpa akad nikah.
Hamizah
tersenyum sinis. Teringin rasanya hendak bukukan bicara hatinya tentang hidup.
Biarpun dia belum matang tetapi pandangannya selalu berbeza. Dia ingin dunia
tahu pandangannya itu. Dia mahu ketuk minda manusia dengan bicaranya.
Selepas SPM,
Hamizah dipaksa ibu untuk bekerja sementara menunggu keputusan peperiksaan
tersebut diumumkan. Mulanya dia rimas dipaksa, namun kini dia mengerti bahawa
sesungguhnya dia perlukan pengalaman itu. Pengalaman yang mematangkan dia
sehingga kini dia berhati-hati dalam kerjanya. Dia berhati-hati dengan tutur
katanya. Dia tahu, silap langkah dia yang susah.
Belajar bertolak
ansur. Belajar kenal perangai manusia yang macam-macam.
Kini dia
tahu hidup bukan sekadar apa dia kenal di alam persekolahan.
Dia belajar
banyak perkara.
Malah dia
sedar cinta bukan segalanya. Kini dia sudah habis sekolah. Ramai yang kata,
sudah boleh bercinta dan berpasangan. Ramai yang sudah pun ada kekasih. Ramai
yang sedang bahagia.
Semuanya
selepas keluar dari alam persekolahan.
Namun entah
kenapa, Hamizah kurang merasakan keinginan itu. Keinginan ada, tetapi dia tidak
menurut rasa. Bukan sekali dia meminati seseorang, tetapi rasa itu cepat
terpadam seiring masa.
Rasa takut
akan dosa selalu membuatnya tidak mahu. Malah dia sendiri sedar, dia bukan dari
golongan yang diminati lelaki. Bukan dari golongan mereka yang terkenal kerana
kecantikan.
Mungkin
sekarang waktu dia bergerak mematangkan diri.
Ada sebab
tuhan tarik rasa itu daripadanya. Ada sebab tuhan tidak buka hati orang
untuknya.
Dia perlu
sabar. Tunggu jodoh daripada Allah.
Lalu dia
sedar, sesunggguhnya kesediaan belum di pihaknya. Belum berani.
Sesungguhnya
cinta itu tanggungjawab. Dan apabila dia sudah mampu memikulnya, pasti Allah
akan buka hatinya dan hati insan itu untuk mencintainya juga.
Berusaha,
bersabar, bertahan. Harungi hidup dengan kematangan.
Hidup ini
bukan sekadar cinta.
Akhirnya
Hamizah memahami, dia tidak mampu menulis kerana sedar hidup tidak semudah yang
ditulis di atas kertas. Ada cinta semuanya mudah.
Dia mahu
tulisannya realistik, bukan ubat khayal semata-mata.
Kesedaran itu
buat dia tahu, dia masih perlu belajar banyak perkara, sehingga tulisannya
menjadi suatu karya yang mematangkan dan bermanfaat.
Bukan cinta
biasa. Bukan
tulisan klise.
Tetapi
sesuatu yang ada nilainya.
Dan sepanjang perjalanan ke tempat kerja itu, lamunannya masih berkisar tentang jalanan kehidupan, perjalanan menuju sebuah kedewasaan.
Rimas Ditindas : Bahas 2013
"Ketua pembangkang konvensional, pembangkang kedua tidak rasional, pembangkang ketiga emosional, kami di perwakilan kerajaan profesional."
Teringat, itu ayat kawan dari daerah lain. Saya terlanjur guna masa bahas DKBB 2012 separuh akhir. Tanpa pengetahuan dia.
SATU ayat. Ya satu ayat.
Tapi kemudian saya hubungi dia, minta maaf fasal benda tu. Dan saya TAK PERNAH guna semula ayat itu dalam mana-mana perlawanan.
Sebab saya rasa TAK BERINTEGRITI kalau saya menang pembahas terbaik sekalipun dengan menggunakan gaya perbahasan orang lain, teks orang lain, ayat orang lain.
Saya rasa tak selesa. Saya tahu itu bukan diri saya.
Dan saya ambil masa BERTAHUN-TAHUN cuba cari gaya dan pembawaan DIRI SENDIRI.
Sejak tingkatan tiga walau tak terpilih dalam pasukan.
Tingkatan lima baru saya jumpa cara yang saya mahu.
Saya hanya bawa identiti saya dan identiti SMK SULTAN BADLISHAH.
Sekurang-kurangnya itu bukan meniru. Itu meneruskan tradisi warisan pihak sendiri. Bukan CIPLAK identiti pihak lain, apatah lagi pihak lawan.
Memang lama, memang susah. Minta tunjuk ajar ramai orang. Telefon ramai senior. Tanya ramai cikgu. Kalau nak pinjam ayat orang, ambil sedikit dengan IZIN dan saya akan bawa dengan gaya sendiri seboleh mungkin. Bukan senang. Terima kasih sangat pada semua orang itu yang bantu saya. Tak ada mereka sepatah pun saya tak tahu pasal bahas, dalam saya ada mereka.
Stayback di sekolah sampai hampir jam tujuh petang setiap hari. Google itu ini fasal bahas walaupun pembahas ketiga sebenarnya tak ada hujah pun.
Tapi saya puas. Gembira dengan usaha sendiri.
Apa guna berjaya kalau curi titik peluh orang ?
Usahalah sendiri. Bina IDENTITI dan INTEGRITI. Biar ada ORIGINALITI.
Dan ya, saat saya jatuh ialah ketika saya mula keliru dan kurang yakin pada identiti sendiri yang saya selalu pegang.
IRONINYA, ada pasukan yang LANGSUNG tak rasa bersalah, tak minta IZIN dan tak ada langsung minta MAAF menggunakan hampir keseluruhan gaya dan teks pasukan saya, termasuk cara SAYA sendiri.
Sadis.
Malah ada kawan mereka hina pula cara dan persembahan pasukan saya.
Malukan kami semua ini. Pukul canang, sebar merata-rata.
Double sadis.
Kemudian, kata mereka, yang benar tetap benar. Seperti kami ini pula yang jahat, yang ciplak, yang sabotaj mereka. Bangga.
Tanpa mereka kira usaha mereka berkat atau tidak.
Bermoral atau tidak. Triple sadis.
Tanpa mereka kira usaha mereka berkat atau tidak.
Bermoral atau tidak. Triple sadis.
Biar, biar orang kata saya kurang ajar, bajet atau apa saja dengan post ini. Saya terima. Dan maafkan saya untuk semua ketelanjuran bahasa dalam post ini. Terpulang untuk menilai.
Tapi saya cuma bersuara untuk bela orang-orang kesayangan saya yang terima akibat dari semua ini. Teraniaya. Kalau saya, yang saksikan semua terjadi awal hingga akhir, yang mampu bersuara, tak bersuara, siapa ?
Tolonglah. Bak kata Hlovate, CREATE, NOT IMMITATE.
Semoga tidak berulang. BE YOURSELF, never a COPYCAT.
And please, be a CHAMPION, not only COMPETITION-BASED, but ATTITUDE-BASED. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)