Alhamdulillah, baru-baru ni saya telah terima anugerah di Ukir Mall, Alor Star.
Mungkin itu ialah anugerah penutup zaman persekolahan saya memandangkan saya sudah tamat sekolah. Sijil berhenti sekpolah pun sudah ada :')
Saya tak tahu macam mana nak cakap.
Glad it all end up well.
Segala yang pernah lalui tiba-tiba datang sekilas di bayang fikiran.
Bagai tak percaya.
Ingat bila diri ini serupa mesin.
Diguna apabila perlu.
Ditutup suis ketika siap diguna.
Ingat bila diri serupa patung.
Diperkotak-katikkan bagai tak punya hati.
Bila ada majlis, patung dalam almari sedangkan manusia-manusia gembira sesama mereka.
Ingat bila maruah bagai tergadai.
Hanya dipanggil kala terdesak.
Apabila senang ditinggal sendiri.
Sunyi di tengah ramai.
Ramai yang merasakan lebih seronok diri ini tak ada.
"Takpayahlah ajak Shidah!"
Tak sedar aku berdiri di belakangnya.
Tak apa.
Dengan selamba terlukis kartun diri ini, dibayangkan siap paras rambut dan jerawat di muka. Tak lupa juga kata nista.
Tak apa.
Ketika semua pentingkan kumpulan sendiri dan diri ini di angka ganjil, tak terlintas hendak hulur pada aku. Biar seorang.
Ketika semua pergi, ditinggal saja beg aku di tempat terbuka sedang aku ke tandas. Tak diberitahu ke mana mereka pergi. Tak ada yang jagakan beg kalau tercuri.
Pun tak apa.
Sedangkan ketika semua diserang on stage fobic, muka-muka kami inilah yangbdipaksa. Dirayu. Diminta tolong menjadi wakil. Seolah kami ini tak ada sebarang phobic.
Lantas orang mengeji kami. Pulun itu halwa telinga.
Tak apa. Sebab orang tak tahu sebabnya kami terpaksa jadi begitu.
Waktu itu sudah berlalu.
Indah caturan DIA.
Dari pulun kami yang tak siapa tahu puncanya itulah cikgu nampak kami.
Kenal bahas. Kenal keluarga bahas 2010.
Rupanya DIA buka jalan untuk ke mercu :')
Selepas dua tahun, inilah hadiahnya.
Anugerah Emas. 10A.
Alhamdulillah. Sebuah pembuktian terlaksana :)
Bukan saya saja, malah rakan-rakan saya yang dulu hanya 'masyarakat bawahan' yang biasa-biasa, turut mencapai jaya. Syukur.
Jemput Follow :)
Confession : Sebuah Pembuktian :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
keluarga bahas 2010? tak sngka aku smpat mnjdi ahli tu..walaupun skjp..tpi sbb tu juga aku dtrima sbgai pembahas di sekolah baru,mmberi peluang utk aku mngembngkan bakat yg ada..alhamdulillah,ini semula bermula kerana adanya kawan yg sentiasa mmberi dorongn,..biar dipaksa ke atas pntas krna yg lain fobia,tpi,dri segi positif,krna itulah kenyakinan dri mningkat dan dknali sbgai pemidato dan pembahas sekolah :) semuanya bermula di di sini..
ya...sebuah cerita di SMKSB :)
Post a Comment