Powered by Blogger.
RSS

Jemput Follow :)

PMR Ain't Everything :)


Semua tahu keputusan PMR 2011 sudahpun keluar :)


Tahniah kepada yang berjaya, dan la tahzan pada yang gagal mencapai sasaran. 
Jangan sedih, jangan kecewa. 
Allah tahu kenapa Dia tetapkan sesuatu itu. 
Ada hikmah di sebaliknya. 
Kadang-kadang kita dah usaha, tetapi kejayaan tak berpihak kepada kita.
Masa tu, kadangkala rasa nak hantuk kepala ke dinding. 


Jangan, tak ada gunanya :) Tiada apa yang berubah dengan cara begitu. 


Yang kita rasa baik tak semestinya baik. 
Yang kita rasa buruk tak semestinya buruk. 
Allah tahu sedangkan kita tidak. 


Akal tak dapat menjangka sepenuhnya apa yang ditakdirkan. 
Planning manusia tak dapat lawan planning Allah. 


Cheer up guys and girls :)


Kejayaan tu amanah sebenarnya,
naik tingkatan empat nanti nak kekalkan tu bukannya sesenang 123 atau ABC.
Kegagalan tu pun amanah, 
naik tingkatan empat nanti nak berusaha bangkit semula dari kegagalan. 


So, both has pros and cons. Walaupun kita selalu prefer kejayaan. 


Jangan ditelan terus sesuatu kerana manisnya, 
dan jangan pula diluah terus kerana pahit sesuatu. 


Jangan terlalu berbangga andai keputusan cemerlang. 
Ingat selalu kita ini milik-Nya semata. 
Dia beri kita kefahaman dalam pelajaran. Kalau Dia tidak beri, macam mana?


Jangan terlalu kecewa andai keputusan tidak mencapai sasaran. 
Ingat selalu kita ini milik-Nya semata. 
Dia berikan yang terbaik buat kita dan Dia tahu ujian sekadar mana yang kita mampu pikul. 


Dan selalulah ingat, PMR ain't everything. 
Okay, no offence. 
Orang akan cakap,
 'kau boleh la sembang, sebab dapat 8A/ dah habis PMR'


Ya, sebab saya sudah habis PMR saya cakap begini. 
Saya faham perasaan itu sebab saya ada pengalaman dah.
Bukan saya saja, senior mana pun yang menjawab pertanyaan fasal PMR tu bercakap berdasarkan PENGALAMAN. 
Bukan saja nak sedapkan hati orang :)


Dan kami tahu, tahun depan kalian pun akan ulang benda yang sama pada para junior. Trust me :P


PMR ain't everything. Allah is :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

ain akasyah said...

setuju sangat2 part ni Yang kita rasa baik tak semestinya baik.
Yang kita rasa buruk tak semestinya buruk.pmr bukan kayu pengukur kehidupan dont give up buat mereka yg kurang berjya

Isquare said...

Dia lebih tahu :) insyaAllah orang mukmin tak akan putus asa dari rahmatNYA :)

Mrs. NA said...

Semuanya berdasarkan kehendakNya =)

Nurina Izzati said...

Great one. Supaya ana tak terleka dengan result. Tapi kejayaan, apa pun, kita kembalikan pada Allah. :)

Post a Comment