Kadang-kadang kita rasa kita dah beribadat dengan sempurna.
TAPI, ada sesetengah lompang yang kita tak sedar.
Benar, Allah tak hukum kita atas sesuatu yang kita tak sengaja.
Tapi, salah kita juga kalau kita tak ambil teliti perkara yang patut diteliti.
Muslimah, sebelum keluar rumah, cuba suruh sesiapa tengok kamu dari belakang.
Terutama tudung bawal dan shawl. Fabriknya jarang. Percuma dapat dosa. :(
Solution : inner tudung yang sampai paras tengkuk dah banyak di pasaran. Tak panas pun fabriknya. Cari yang kain licin sikit. Kat pasar malam atau market rm5 dah boleh dapat :)
Dan dari depan, perhatikan sendiri pemakaian tudung. Nampak dada tak ?
Fabrik tudung tertentu memang melekap di tubuh pemakai, macam tudung ariani a.k.a tudung yg ada pengeras tu.
Bukan semua melekap, check siap-siap masa nak beli. Rugilah kalau tudung lepas paras dada tapi melekap sampai menampakkan bentuk yang tidak sepatutnya :)
Stokin, ini selalu kita lupa perhati. Sayang sangat kalau guna stokin berfabrik nipis yang nampak warna kulit apabila berjalan. Memang selesa, tapi ... tujuan kita pakai kan untuk tutup aurat kaki :) Tak lupa juga, pemakaian stokin berwarna kulit perempuan. Sebab syarat pemakaian stokin ialah tidak menyerupai warna kulit perempuan.
Kemudian, waktu solat. Cuba perhati telekung. Disebabkan warna putih, kebanyakan telekung masih menampakkan warna kulit pemakainya. Kalau telekung jarang, pakai inner dan baju lengan panjang. Kain pun sama, eloknya kalau beli telekung pilih yang kain berwarna hitam atau gelap, supaya tak kelihatan warna kulit kaki. Kalau yang sedia ada jarang, pakai stokin. Tak sah solat kalau warna kulit aurat kelihatan.
Lastly, inner dan handsock. Kedua-dua ini memang selalu kita pakai untuk tutup lengan, tapi mohon jangan dipakai terus bersama baju lengan pendek melainkan memang handsock dan inner anda luas dan tak membentuk lengan. Kita tutup aurat bukan bungkus aurat. Pakai handsock/inner cuma di dalam baju sebab nk melindungi bila lengan baju tersingkap. Tempoh hari ada kakak senior beritahu, ada sekarang handsock yg tak membentuk lengan. Itu bolehlah pakai. :)
Muslim, tak banyak hendak diperkatakan sebab aurat memang pusat ke lutut, tapi mohon seluar ke paras betis kerana apabila duduk atau bersukan memang akan tersingkap sampai aurat anda.
Rokok, sekadar peringatan, haram kerana memudaratkan diri sendiri sedangkan Allah berfirman melarang kita sengaja mencampakkan diri dalam kebinasaan, malah setahu saya tak ada pula tanda halal pada kotak rokok, malah pernah dikhabarkan terdapat kandungan ARAK dalam rokok. Ada pengesahan atau tidak, kira syubhah.
Ya, memang jarang kes perempuan cabul lelaki. Tetapi, tak payah tunggu kena cabul baru hendak tutup aurat. Perintah itu ditujukan Allah kepada sekalian manusia termasuk lelaki dan perempuan. :)
Berlapang dadalah dalam menerima teguran, kerana yang menegur tak semestinya baik tetapi dia perlu melakukannya kerana itu kewajipannya amar makruf nahi mungkar. Juga kerana sayangnya pada saudaranya. :)
Yang menegur, tegur dengan iman, jaga perasaan. Take a bit of your mad'u plate, taste, chew, swallow, then only you judge and talk. Allah suruh dai'e dakwah bukan hukum.
Teguran untuk diri seadanya~