Rasa malu,tapi bersyukur.
Selama ni aku pun tak tau yang ada kesilapan dalam solat aku.
Alhamdulillah, akhirnya nampak.
Ada saudara Islam yang tunjukkan.
Memang syukur sebab at least, Allah tunjuk before my last breath.
Masih ada lagi ruang dan peluang nak belajar solat dengan betul.
Betul-betul terasa jahil.
Benda basic yakni tiang agama pun tak betul lagi.
Ok, pesan untuk diri.
Jangan gatal nak menikah awal, nak kapel dengan level agama mcm ni.
Nanti apa benda kau nak ajar anak ?
Kena belajar lagi.
Jahil pun tak bermakna takda peluang nak hijrah dah kan?
Allah sayang itu pasal Allah tunjuk :')
#Nak kena cari husband ustaz dah gamaknya besar nanti, takpun biar yang arif pasal agama.Tak yang jauh ke dalam, arif bab ibadah wajib pun jadilah. Yang pastinya diri sendiri pun kena dalami ilmu. Bukan gedik nak zauj alim, tapi bakal zaujah satu habuk tak nak belajar. Kahwin dengan mufti pun tak guna kalau mcm tu. Buat berat dosa suami ja.
Jemput Follow :)
Jahil Bukan Tak Boleh Hijrah Kan? :')
Pusat Hemodialisis Seroja - First Experience
Lebih kurang 3 minggu sudah sejak abah mula buat hemodialisis.
Dah keluar wad,syukur alhamdulillah semuanya selamat. Lebih awal keluar daripada jangkaan.
Benarlah,kita merancang Allah tentukan. :)
Asal rancang hendak transfer ke Penang untuk rawatan jantung, tetapi perancangan berubah.
Abah akan berada di hospital tempat dia biasa menerima rawatan berkala untuk jantung,
Institut Jantung Negara, IJN pada 17.10.2012, Rabu. Mungkin saya tak ke sekolah rasanya dalam pada waktu tersebut.
Hari ini,hari pertama buat dialisis di pusat haemodialisis panel, Pusat Haemodialisis Seroja. Alhamdulillah, first impression terhadap tempat ini agak menarik.
Bab kebersihan memang perlu dipuji. Kawasan rawatan memang steriled. Kena jalan pakai selipar yang disediakan dalam kawasan itu. Lantai, memang bersih betul. Di tempat rawatan ada dua televisyen besar,boleh ditonton oleh semua pesakit. Memang perlu, hampir semua tempat rawatan hemodialisis menyediakan TV kerana tempoh rawatan yang panjang-2hingga 4 jam.
Yang saya suka, tempat solat di tingkat atas itu memang sangat bersih. Tandas pun memang bersih. Pendek kata kebersihan tempat ini boleh bagi A+ ! Hmm, waktu maghrib,semua jururawat Islam lesap ke tingkat atas untuk solat. Hanya ada jururawat non muslim menguruskan pesakit waktu itu.
Yang sedihnya saya bawa kerja sekolah,tetapi tak jumpa walaupun satu meja yang boleh gunakan untuk buat kerja. Maknanya,kalau masa ikut abah datang sini, say sayonara to homework,maka sekarang saya sedang blogging.hehe
*Berfikir: seminggu 3kali x 4jam. Dua kali seminggu kena stay di sekolah sampai pukul 6 petang.huhu.
The Beauty Of Hardship
Hospital, tempat manusia menggunakan hak berikhtiar menyelamat nyawa sebelum Allah memberi kata putus.
Percayakah,di sini juga punya keindahan tersendiri? Sukar difahami,mungkin. Saya berada di sini agak lama,dan kerap pula datang. Sepanjang waktu ini saya dapati sebuah nilai.
Di sini, saya nampak waris pesakit-pesakit saling berkongsi rasa dan cerita. Saling bantu membantu. Mungkin kerana susun atur wad biasa ini macam dorm asrama. Semua di sini macam senasib,itu yang mendekatkan jarak,mungkin.
Di sini manusia berperang dengan emosi. Risiko yang tinggi,keadaan yang menyayat hati,kerenah yang menguji sabar. Segalanya ada.
Dan di sini semuanya saling memerlukan. Kadangkala jururawat pun tak menang tangan, 4 jururawat 80 pesakit. Jadi,kadangkala jiran sebelah katil turut membantu sekadarnya. :)
Beauty of hardship. Kesederhanaan yang menyatukan semua,insyaAllah. Dan nyata, tak terbeli dengan harta.
Sederhana
Aku temukan dari mereka sesuatu yang bernama kesederhanaan.
Sesuatu yang Allah ingin tunjuk kepada aku.
Sederhana itu indah.
Kecantikan yang tak perlu pada perhiasan.
Kecukupan yang tak perlu pada kemewahan.
Sederhana itu memang menyejukkan mata dan hati,
Tinggal soalan, berapa ramaikah yang sanggup hidup di dalamnya?
Tak hairan mengapa tak sedikit yang hidupnya dalam mewah,
jatuh cinta pada anak nelayan yang tak punya apa-apa.
Tak hairan mengapa tak jarang si rambut perang warga metropolitan,
terkejar-kejarkan anak dara kampung berbaju kurung, berkain batik.
Tak hairan mengapa jutawan hartawan juga karyawan,
ada yang memilih pulang ke desa pada usia emasnya.
Sebab tak semua perkara,
dapat dibeli dengan harta,
ditebus dengan perhiasan,
dipajak dengan kecantikan.
Pada akhir cerita, yang indah itu tak terbeli.
Sebuah kecukupan yang mententeramkan nurani :)
Rasa Apa Ini? :'(
Ya Allah, aku stress sangatkah?
Sampai dah masuk dua hari, air mata aku tak boleh kering.
Marah, tapi sedih tu jauh lagi dalam.
Aku rasa bodoh sedih sebab benda tu.
Takpalah.
Selama ni, betullah kata akal, tak guna kalau ada rasa dengannya pun.
Aku tak macam 'dia'.
Mungkin aku bodoh, sebab menduga dia akan ingat aku.
Tapi, yang terjadi sebaliknya.
Sambil tulis post ini pun aku masih nangis.
Dia mesti puas hati hari ni.
Takpalah.
Ini cara Allah menjaga aku,
Dan mungkin cara untuk dia gembira.
Kalau nanti dia akan nampak, sukahatilah.
Biar, sebab Allah tahu yang terbaik.
Allah paling sayang aku,
Dia tahu apa aku rasa dan apa aku lalui.
Dia tahu setiap yang aku luah dan setiap yang aku simpan.
Semua yang aku tahan,pun dia tahu. Dia jaga aku :')
Aku janji tak kacau kau lagi, k? Aku takkan bodoh lagi :')
Thanks :)
Syukur alhamdulillah,on this beautiful ramadhan, aku dah dapat kemaafan yang aku harapkan.
Lama aku diam,tak berani suarakan. Dua tiga bulan lepas aku guna orang tengah, tapi tiap kali berdepan tiap kali tulah aku takut.
Aku cari alasan nak bercakap dengan dia, harapan aku kalau dia boleh senyum atau bersuara. Tapi aku tak berani sampaikan maksud sebenar aku.
Ya aku pengecut.
Finally,masa nak datang majlis berbuka puasa, dah seminggu aku berfikir nak sampaikan kata maaf secara berdepan,tapi aku tak berani. Aku nak menangis dengan diri sendiri atas ketakutan sendiri. Tapi waktu tunggu mak aku untuk balik, aku tak boleh tahan rasa berat yang aku pendam. Aku nampak dia masuk bilik makan,dan aku tau tak ada siapa dah kat dalam.
Aku masuk,mulanya aku cari alasan lagi. Tapi aku taktau bila datangnya kekuatan tu, dan aku cuma boleh sua tangan,bila dia dah salam baru aku cakap, aku nak minta maaf. And she said okay. That was enough.
Ya Allah syukur ramadhan ini hilangkan rasa berat yang aku tahan selama ni.
Masa di kem elit, aku sampai termimpi pasal dia. Several times sebenarnya aku mimpi. Tapi paling jelas masa di kem elit tu.
Benar, ego harus ke tepi.
Macam dalam komik yang aku baca, Magis Manis Coklat-Creamy Sugar. Pembuat coklat itu ambil ego pelanggannya untuk tenangkan hati pelanggan tu, dan pelanggannya berjaya selesaikan semua masalah.
Semoga lepas ini aku akan lebih fokus belajar dengan perkara baik ini :)
Some Things Hurt Mistakenly :)
There are some topics sounds funny to all people, but hurt for you.well,most people loves prawn but some may feel allergic to it.simple :)
Mudah saja benda ini.
Mungkin salah aku. Lately aku mudah sensitif. Tak taulah. Mungkin aku tertekan. Sampai lawak orang pun aku tak dapat nak terima sebagai lawak.
Tapi. The bad thing is, aku pi marah anak orang percuma ja. Huhu. Feeling bad about it. Melayang kawan aku sorang. :(
Janji Tiada Dusta
"Kau ni sihat atau tidak?"tanya Zack. Bahu Imran ditumbuk perlahan. Hairan dia melihat tindakan Imran tempoh hari. Sekarang, Imran yang dilihatnya seperti bukan yang dulu lagi. Bukan lagi orang kuat Hardcore yang dikenalinya pada hari dia diambil masuk ke dalam kumpulan Hardcore.
"Apa jenis soalan kau tanya aku ni?"ringkas jawapan Imran. Gaya kasarnya tetap seperti biasa.
"Kenapa kau lepas budak perempuan tu?"soal Zack. Soalan itu memang seringkali berputar di benaknya.
Imran, kalau dia buru maknanya memang dia buru. Dia bukan manusia yang cakap kosong tanpa melaksanakannya. Malah sesiapa yang mempermainkannya memang akan menanggung akibat. Selalunya, Zack akan dikerah memburu orang itu, sehinggalah dapat. Zack akan disuruh membelasah orang itu terlebih dahulu sebelum dibawa berjumpa dengannya. Apabila bertemu dengannya pula, satu lagi habuan akan dihadiahkan kepada mangsa.
Tetapi, tempoh hari berbeza.
"Tangkap dia di hadapan kawasan kolej, tetapi ingat, jangan 'sentuh' dia sesuka hati. Tidak perlu belasah dia teruk-teruk. Lumpuhkan dan bawa ke sini. Bawa pulang dia tanpa luka,"
Itulah arahan Imran yang paling aneh pada pendengaran Zack. Bawa pulang mangsa tanpa luka? Selalunya, bawa pulang dengan penuh luka itulah yang digemari Imran. Pengajaran katanya. Paling kelakar, kerana mangsa tersebut perempuan.
Imran jatuh cintakah pada gadis itu?
"Aku mahu jumpa dia lagi."
Gila, bisik hati Zack. Tidak sangka orang kuat Hardcore ini kenal erti cinta, biarpun suatu masa dahulu Zack terselamat kerananya.
******
IMBAS KEMBALI
"Bakar saja rumah ini. Peti besinya yang banyak wang itu tidak akan rentung. Tunggu api marak di tingkat bawah bahagian hadapan, baru masuk ambil peti besi itu di tingkat dua. Panjat melalui pokok besar belakang rumah. Waktu itu tidak akan ada yang perhatikan belakang rumah,"ujar Rafiq, ketua Hardcore. Arahan itu ditujukan khas kepada Imran. Imran mengangguk yakin.
'Peduli apa aku? Rumah ini kosong. Tiada nyawa yang akan melayang.'
Sejahat-jahat lelaki itu, hakikatnya dia punya pertimbangan. Sejak awal dia sengaja memilih saat tiada sesiapa di rumah supaya tiada nyawa yang melayang dalam kebakaran itu. Dia hanya mahu mengambil wang di dalam rumah tersebut dan menjahanamkan kekayaan orang kaya bongkak yang memiliki rumah itu.
Orang kaya itu, yang pernah memusnahkan kehidupan keluarganya.
Rafiq, lelaki yang menyelamatkannya pada masa itu.
Imran, anak lelaki kepada keluarga yang teraniaya ... tujuh tahun sebelum itu.
Lantas Imran dan orang bawahannya menyalakan api yang merebak dengan sangat cepat. Apabila api mula marak, kumpulannya bergegas ke belakang rumah sebelum sesiapa nampak mereka di situ. Bagi mengelakkan kesan tapak kaki, awal-awal lagi mereka sudah mencuri kasut tuan rumah sehari sebelum kejadian.
Imran kemudiannya memanjat pokok besar di belakang rumah itu seperti yang dirancangkan oleh Rafiq sebentar tadi. Dia terus sahaja masuk melalui balkoni rumah itu ke bilik anak lelaki tuan rumah tersebut.
Dari situ, dia melangkah ke bilik penyimpanan wang milik keluarga orang kaya bongkak itu. Namun, suara tangisan budak kecil menghentikan langkahnya. Dia berpaling dan mencari arah suara itu. Mujurlah dekat sahaja dengan kedudukannya.
"Budak, kau buat apa di sini?"tanya Imran. Dia tahu budak itu bukan anak lelaki tunggal pemilik rumah itu. Dia benar-benar terkejut. Setahunya, orang kaya bongkak itu hanya ada seorang anak lelaki.
"Ini rumah ayah saya. Dia tidak ada. Dia keluar dengan abang dan mak."
Imran terkejut. Sejak bila wujudnya anak lelaki kedua dalam keluarga itu?
"Kau siapa sebenarnya? Jangan bohong,"keras suara Imran.
"Saya Zakrul. Saya tak tipu. Saya anak ayah. Tetapi ayah tak beritahu orang saya anak dia. Saya cacat. Ayah malu bawa saya keluar,"kanak-kanak itu menangis teresak-esak. Dia masih ingat, dia dipaksa belajar bersungguh-sungguh dan menjalani pelbagai aktiviti pemulihan yang dia tidak faham, tetapi doktor kata pemulihan carakerja dan fisioterapi. Semuanya kerana kakinya yang sejak dilahirkan capik dan sedikit lemah. Dia tidak sehebat abangnya yang serba cukup, bahkan genius pula otaknya. Sejak kecil, abangnya hebat dan dia lemah.
Imran yang mendengar mengepal penumbuk. Ingin sekali dia membunuh orang kaya bongkak itu. Anak sendiri pun dia malu mengaku demi menjaga status. Di luar sedar, hatinya jatuh kasihan. Lantas kanak-kanak itu ditarik untuk mengikutinya. Peti besi diambil dan mereka keluar dari rumah itu.
"Imran, budak mana kau bawa keluar ini?"soal Rafiq.
"Ini anak kedua orang tua itu. Dia sembunyikan budak ini dari pengetahuan orang luar."
"Habis yang kau bawa dia keluar kenapa? Tinggalkan dia dalam rumah itu! Dia sudah tengok muka kita. Bahaya!"
"Kau jangan risau, Rafiq. Aku ada rancangan aku sendiri. Orang tua itu sorokkan anaknya sendiri semata-mata nak jaga status. Aku nak bawa budak ni dalam kumpulan kita,"senyuman sinis terukir di bibir Imran. Lelaki itu sudah punya rancangan tersendiri.Seketika kemudian, dia membisikkan sesuatu di telinga Rafiq. Kedua-dua mereka kini tersenyum. Imran menghampiri Zakrul.
"Budak, mulai sekarang, kau orang kami. Nama kau, Zack."
******
Imran melangkah menuju ke arah Syafiqa. Gadis itu nampaknya baru habis kelas, tentu menuju ke rumah sewanya yang tidak jauh dari situ.
"Nurul Syafiqa,"
Syafiqa berpaling. Matanya membesar. Tetapi tidak pula dia melarikan diri. Rasanya, dia tidak perlu gentar berhadapan dengan lelaki ini. Entah mengapa, gerak hatinya berkata begitu.
"Ada apa?"tanya Syafiqa. Saat itu,Imran bagaikan kehilangan kata.
"Er ... aku nak jumpa kau. Boleh kau ikut aku?"pelawa Imran. Ah, kenapa aku gagap pula?bisik hati Imran. Jantungnya berdebar-debar.
"Maaf. Kalau nak bercakap di sini sahaja. Saya tak gemar ikut lelaki,"ujar Syafiqa sedikit tegas. Imran tersentak. Selama ini, para gadis yang mengekorinya kerana dia orang kuat Hardcore yang dianggap kuat serta tampan.
"Menarik ... baiklah. Kita berbual di sini sahaja.Saya berhasrat untuk kenal rapat dengan awak. Salam perkenalan,"Imran menghulur tangan tetapi nyata hulurannya tidak bersambut.
"Muslim dan Muslimah, kedua-duanya tidak boleh bersalaman dengan bukan mahram."Syafiqa bertegas. Dia kemudiannya terus berpeluk tubuh, sebagai tanda tidak senang dengan gaya Imran. Tujuan dia terus di situ, cuma satu.
"Why do you like to play 'hard to get'?"soal Imran. Jujur dia hairan dengan Syafiqa, bahkan dia pelik dengan ceramah percuma yang diberikan gadis itu pada perbualan pertama. Oh, perbualan ketiga sebenarnya. Kali pertama ketika beg Azlan dirampas. Kali kedua ketika Syafiqa memohon maaf. Kali ketiga, ialah kali ini, saat dia menghulurkan salam perkenalan.
"Muslimah sejati tidak akan mudah didapati. Maaf, saya bukan muslimah sejati tetapi saya berusaha ke arah itu. Apa yang Allah tetapkan, saya perlu taat kepada-Nya,"jelas Syafiqa menyuarakan pendirian.
"Ada apa yang kau tidak suka pada aku? Sejak awal kau seperti membenci aku,"
"Awak rasa,adakah manusia yang akan suka pada ahli kumpulan yang telah bunuh ayahnya? Awak rasa, adakah manusia yang akan suka pada orang yang menzalimi orang lain atas nama wang ringgit? Atas semua sebab itu, awak rasa mungkinkah saya akan menerima salam perkenalan awak dengan bahagia dan gembira?"terlepas semua ketidakpuasan hati Syafiqa.
"Saya tak membenci awak sepenuhnya. Saya yakin orang macam mana pun, kalau Allah hendak, maka akan berubah jadi mulia. Saya yakin hidayah Allah ada di mana-mana. Saya tak berhak hukum awak, tetapi saya tetap mahu ingatkan awak bahawa perbuatan awak selama ini tak lebih dari menjual akhirat untuk dunia. Setiap satu sen duit riba yang awak makan hasil menindas orang takkan bantu awak di akhirat, hatta kalau awak sedekah berjuta dolar sekalipun. Duit bunga yang awak ambil tu haram, apatah lagi awak ambil dengan cara kekerasan, bahkan suatu masa dahulu kumpulan awak menyebabkan kematian ayah saya, Encik Jusoh kerana hutang tersebut, sedangkan untuk pengetahuan awak, ayah saya hendak bayar awak keesokan harinya hasil duit jualan tanah pusaka. Adik-adik saya masih kecil waktu itu. Awak tak faham kesusahan kami masa itu,"ujar Syafiqa. Air matanya mengalir di pipi, diseka keras.
"Setelah adik-beradik kami menderita dan kakak sulung saya bekerja keras untuk sara saya dan adik-adik, saya sampai ke sini. Alhamdulillah. Dan sekarang? Awak nak hulur salam perkenalan kepada saya? Ya Allah, jujur inilah dugaan berat untuk saya. Jangan buat saya betul-betul benci awak. Saya tunggu di sini, kerana saya mahu sedarkan awak. Setelah saya katakan semua, terpulanglah awak hendak memilih hijrah atau rebah. Sedangkan di pihak saya, perempuan ada hak menerima atau menolak, dan saya pilih menolak kerana agama awak. Assalamualaikum."
Perbualan itu mati di situ. Imran tersentak, sementara Syafiqa berlalu dengan tangisan. Sejurus kemudian, pertama kali Imran tersungkur, melutut di jalanan. Fikirannya bagai hilang kewarasan. Seorang lelaki yang menjadi mangsa Hardcore suatu masa dahulu, rupanya ayah kepada gadis yang menambat hatinya kini.
"Zack, aku nak keluar kumpulan. Sampaikan pada Rafiq,"talian dimatikan. Imran ... bukan lagi lelaki Hardcore.
******
Dahulu, Imran menyertai kumpulan Hardcore semata-mata mencari wang membiayai pembelajaran adiknya. Dia menyertai kumpulan itu semasa tingkatan empat, ketika ibu bapanya bercerai. Keluarganya waktu itu benar-benar kesempitan wang, sedangkan yuran persekolahan adik-adik tetap perlu dibayar.
Datangnya Rafiq bersama tawaran menyertai kumpulan Hardcore dengan pulangan tinggi benar-benar membutakan mata Imran untuk membuat sebarang pertimbangan. Bukan ibu dan adiknya tidak melarang, tetapi dia teruskan.
'Aku tahu ini salah, tetapi apa mampu aku buat sekarang? Masa depan aku akan tergadai, tetapi tidak apa. Andai aku nanti mati dalam pertempuran pun, adik-adikku sudah mampu bekerja dan menyara keluarga.'
Itulah yang ada dalam fikiran Imran. Hakikatnya dia sendiri pun ada cita-cita.Siapakah yang suka untuk menyertai kumpulan penyangak itu?
Namun semuanya tidak lama. Hasil pertempuran, akhirnya ada kumpulan yang membalas dendam. Rumah buruk keluarganya dibakar. Adik-adik dan ibunya meninggal dunia. Setelah itu, misinya terus dalam kumpulan Hardcore cumalah membalas dendam.
'Nafsu. Selepas kematian mak dan adik, semuanya nafsu amarah dan dendam yang menggila. Mak, maafkan abang.'
Siapa sangka, lelaki yang dahulunya tangkas bertempur kini tersadai di pintu masjid, menangis tanpa arah...
******
"Assalamualaikum, nak..."itu suara pertama yang didengar Imran ketika terjaga dari pengsan. Matanya dibuka perlahan-lahan. Pandangannya mula meliar. Aku ada di rumah orang rasanya,getus hati Imran. Imran senyap. Jujur dia terlupa cara menjawab salam. Sejak bila kumpulan Hardcore pernah berbalas salam sesama mereka?
"Ya ... pakcik ini siapa?"tanya Imran cuba mengelak dari menjawab salam.
"Kalau ya pun, jawablah salam dulu. Wajib tu nak,"ujar lelaki separuh abad itu.
"Saya jawab dalam hati.Pak cik, ini mana?"rimas pun ada apabila seolah-olah dipaksa menjawab salam begitu. Macam tahu-tahu saja aku tidak ingat cara jawab salam, getus hati Imran.
"Kamu pengsan di hadapan masjid. Pak cik bawalah kamu pulang,"ujar lelaki itu. Terasa bersalah pula Imran kerana kurang menghormati lelaki itu. Benar, khilafnya banyak. Terlalu lama dia tidak kenal budi bahasa setelah pemergian ibu dan adik-adik.
"Iman, bawakan kopi yang ayah suruh bancuh tadi ke mari. Budak ini sudah sedar,"laung lelaki itu tanpa kedengaran nada yang kasar. Seketika kemudian, muncul seorang gadis yang bertudung labuh. Sudahlah bertudung labuh, jalannya pula tunduk. Imran langsung tidak dapat melihat wajah gadis itu, tetapi dia seolah-olah kenal gadis itu. Siapa ya? Tadi bapa gadis itu ada menyebut, tetapi dia tidak ambil tahu.
Takkanlah aku nak tanya pula, bisik hati Imran. Nanti tidak fasal-fasal kena halau sebab kacau anak dara orang. Perempuan ini bukan jenis boleh kacau.
Ya, Imran hormat dan malu berhadapan dengan gadis sedemikian. Teringat dia pada ketegasan Nurul Syafiqa yang akhirnya membawanya ke sini.
Ketika gadis itu mengangkat muka sedikit sekadar untuk menanyakan bapanya keperluan lain yang perlu dibawa, barulah Imran berkesempatan untuk melihat wajah itu. Matanya membesar sedikit.
"Iman? Nur Iman?"
Gadis itu mengangkat muka, memandang tepat ke arahnya. Wajahnya memerah, matanya seakan sayu, lantas dia berlalu tanpa menjawab persoalan Imran. Malunya tidak tahu hendak digambarkan.
'Ya Allah, kenapa perlu aku jumpa dia lagi?'
******
IMBAS KEMBALI
"Kau tahu, aku dengar ada pelajar kelas sebelah yang suka akan kau."
Imran mengangkat kening. Matanya memandang Adha. Pelik mendengar khabar sedemikian. Di sekolah ini ada lagikah yang hendak berkenan dengan samseng sepertinya? Satu sekolah lihat dia kena rotan semasa perhimpunan bulan lepas.
"Perempuan gedik mana pula tu?"selamba Imran bertanya. Baginya, kalau sudah suka padanya, tentu atas sebab ketampanannya. Gadis sedemikian, apa lagi gelaran yang layak diberi selain gedik?
"Amboi, sedapnya mulut! Dia tak gediklah. Kalau kau tengok pun memang kau tak akan cakap dia gedik. Setakat banyak cakap dan riuh dengan rakan-rakan perempuan itu biasalah. Takkanlah 'silent mode' memanjang,"Adha mula memuji gadis tersebut. Dia sudah biasa dengan Imran. Semua perempuan yang suka padanya dianggap gedik. Maklumlah, Imran tidak berminat mahu ada teman wanita, malah bagi Adha, inilah kali pertama dia lihat kewujudan gangster yang bukan kaki perempuan.
"Siapa?"
"Iman. Nur Iman. Budak bahas itu ... satu kumpulan dengan kau masa ujibakat dulu,"ujar Adha. Lantas Imran cuba mengingat kembali sebaris nama itu.
Yang terlintas di benak Imran ialah seorang gadis bertudung labuh yang kurang bercakap. Gadis yang nampaknya diam-diam ubi berisi. Kali pertama melihatnya berdebat pun Imran terdiam.Kalau gadis itu yang dimaksudkan Adha, memang tidak gedik. Dia cuma riuh sedikit dengan rakan-rakan perempuan dan suka mengenakan orang.
Imran cuma diam. Tidak memburukkan mahupun memuji. Ketika di tingkatan lima dua tahun kemudian, sekali lagi khabar itu diterima, tetapi dia tetap diam. Tidak memburukkan, tidak menolak. Tidak menerima, tidak memuji. Namun yang paling mengejutkan, ketika satu mesej masuk ke telefon bimbitnya.
'Maaf mengganggu ketenangan hidup awak. Saya suka awak. Saya minta maaf.'
Dan dalam hati Imran tahu, pasti Nur Iman penghantar mesej itu. Dia tetap membisu.
******
"Kenapa nak lari? Bukan dulu kau suka aku?"tajam soalan Imran menusuk pendengaran Nur Iman.Tidak sangka pula Imran masuk ke dapur ketika dia berada di situ. Ya Allah, ujian apa kau beri pada aku ini? Aku tak kuat menghadapi kehadirannya lagi ya Allah.
Nur Iman diam, tetap diam. Langsung tidak berkutik. Malu dan bersalah merajai hati. Tidak henti-henti hatinya beristighfar. Mujurlah dia membelakangkan Imran sekarang. Terasa maruahnya seakan melayang apabila perasaan hatinya dulu dijadikan permainan bicara.
"Kenapa diam?"tanya Imran. Kali ini sedikit lembut. Tetapi Imran tidak tahu, perbuatannya itu menambahkan gelisah di hati Nur Iman. Sedar tidak sedar, Nur Iman terhiris jari sendiri dengan pisau pemotong sayur. Darah mengalir, lukanya terasa pedih. Lantas dia ke sinki membasuh luka. Dia perlu cepat, takut-takut ...
Ah, kelihatannya terlambat.
"Pak cik!"
Nur Iman sudah pening. Badannya seperti melayang sebelum dia rebah. Sayup-sayup dia dengar suara ayahnya.
"Maaf pak cik, saya tidak tahu pun Nur Iman mabuk darah."
Imran diserbu rasa bersalah. Kasihan melihat Nur Iman yang terbaring dengan wajah pucat. Dia tahu, Nur Iman terhiris jari sendiri kerana gelisah dengan kehadirannya. Bukan dia tidak nampak bahu Nur Iman menggeletar biarpun membelakangkannya.
"Tidak mengapalah, nak. Anak pak cik yang cuai, bukan salah kamu."Imran malu sendiri. Kalaulah Nur Iman menceritakan perbuatannya kepada bapanya, pasti dia akan dihalau keluar dengan segera.
Azan berkumandang. Imran buat pertama kalinya diam dan merasai kesayuan dan ketegasan seruan azan. Habis sahaja azan, dia menadah tangan dan mengaminkan doa bapa Nur Iman.
"Pak cik mahu solat, kamu duduklah di luar dulu. Tidak manis kamu berdua di sini."
Ketika bapa Nur Iman ingin berlalu, Imran sempat menahan.
"Pak cik." Lelaki itu berpaling menghadapnya.
"Ajarkan saya solat."
******
Usai solat, Imran sengaja lalu di hadapan bilik Nur Iman, sekadar mahu tahu samada gadis itu sudah sedar atau belum. Dia berhenti sebentar mendengar alunan suara yang merdu. Gadis itu menyanyikah?
Tidak.
Imran terpegun. Suara gadis itu melagukan bacaan Al-Quran benar-benar lunak di pendengarannya biarpun perlahan. Sepatutnya dia tidak dapat dengar dari luar pintu, cuma kebetulan Nur Iman tidak menutup pintu betul-betul rapat. Imran diserbu rasa malu. Jika begitu perlahan bacaannya, tentulah Nur Iman berhasrat menyembunyikan kemerduan suaranya dari pendengaran lelaki asing, iaitu Imran.
Imran tidak tahu sebabnya, tetapi dari luar dia merapatkan pintu bilik Nur Iman hingga suaranya tidak dapat didengari dari luar pintu itu.
Senyuman terukir di bibirnya. Dia suka perasaan tenang saat mendengar bacaan Al-Quran itu. Alangkah baik jika dia dapat mendengar bacaan itu selalu.
******
Imran semakin berubah biarpun sedikit payah. Bukan mudah untuk Imran meninggalkan gaya Hardcore. Bukan mudah untuk istiqamah solat berjemaah. Bukan mudah untuk mengikut Haji Rasydan menghadiri kuliah agama dan usrah setiap minggu. Bukan mudah untuk bertatih membaca Al-Quran sejuzuk sehari. Semua itu bukan mudah bagi orang biasa, apatah lagi lelaki sepertinya.
Hakikatnya, Imran merasakan dirinya kerdil berbanding Nur Iman yang suatu masa dahulu pernah diperkotak-katikkannya. Nur Iman yang pernah menyimpan rasa padanya tetapi tidak dihiraukan. Dia malu melihat Nur Iman yang istiqamah bertudung labuh dan berstokin di dalam rumah hingga ke malam kerana menyedari adanya lelaki ajnabi di dalam rumah. Dia malu melihat Nur Iman yang sentiasa menghabiskan masa lapang dengan membaca buku-buku karya ulama tersohor seluruh dunia. Lagu yang didengarnya kerapkali selawat-selawat dan nasyid.
Andainya dahulu dia melihat yang solehah ...
"Nur Iman."
Lembut suara Imran memanggil Nur Iman. Sumpah, di dadanya ada debar yang menggila. Malu yang tidak tergambar. Dia berjanji, tidak akan sesekali menyakiti gadis ini. Dia terlalu baik untuk disakiti.
"A ... ada apa?"
Nur Iman tertunduk lantaran tidak dapat menahan segan. Dia lebih suka mengira pasir daripada memandang Imran.
"Masihkah ada sedikit sisa perasaan itu untuk saya?"
Imran sendiri tidak sedar apa yang ditanya olehnya kepada Nur Iman. Perasaan malunya sukar diungkap. Nur Iman pula lebih-lebih lagi. Wajahnya merona merah, tidak sanggup menjawab soalan itu. Masih adakah sisa rasa itu?
Imran terluka. Jika dahulu dia yang membisu, kini Nur Iman pula berlalu masuk ke bilik tanpa sebarang jawapan. Barulah dia mengerti perasaan Nur Iman yang tidak dihiraukan suatu ketika dahulu. Mungkin cintanya yang tidak kesampaian pada Syafiqa itu kifarah atas kesalahannya terhadap Nur Iman.
"Nur Iman, saya memang jahat. Saya tahu awak tak dapat terima lagi lelaki sejahat saya. Tetapi saya sayang awak. Izinkan saya berhijrah. Izinkan saya miliki awak,"jujur Imran akhirnya meluahkan rasa pada kali terakhir dia bertemu Nur Iman di hala.
"Imran, dulu saya salah. Cara saya ingin miliki awak itu sudah rendahkan diri saya di mata awak serendah-rendahnya. Saya bersalah. Dan saya berubah. Maka ini bukan caranya awak miliki saya dengan meredah hak wali saya. Saya tak berhak mengizinkan awak berhijrah. Tanyalah diri awak, awak berhijrah ... kerana saya atau Dia?"
Imran terdiam. Benar. Asalnya dia berhijrah kerana Nurul Syafiqa. Kemudian perlahan ikhlas kerana-Nya. Kini kerana Nur Iman. Semuanya ... adakah Allah menerima semua itu?
******
"Imran!"laung Haji Rasydan. Wajahnya nampak panik. Langkahnya tergesa-gesa.
"Kenapa, pak cik? Sabar pak cik, penat nanti,"ujar Imran. Tangannya menepuk-nepuk belakang Haji Rasydan. Biarpun Nur Iman tidak mahu membalas perasaannya,namun Haji Rasydan tetap dikasihinya umpama bapa kandungnya sendiri.
"Iman ... Iman ... Ya Allah, baca ni nak,"
Sekeping kertas bertukar tangan. Imran membaca tulisan itu satu per satu.
'Datang ke gudang XX jam 3 petang jika mahu Nur Iman selamat. Kau patut tahu gudang mana.'
Bagai mahu gugur jantung Imran. Nur Iman kini tebusan. Semua kerananya. Pakaian lama yang telah empat bulan tidak disentuhnya itu dipakai semula. Dia menyalami tangan Haji Rasydan dan memeluk lelaki itu seerat mungkin serta meminta maaf kerana menjadi punca Nur Iman ditangkap. Nyata Haji Rasydan tidak menyalahkannya.
"Pak cik, dua jam dari sekarang, bluetooth sebarang fail ke telefon bimbit jiran. Mereka akan telefon polis. Itu isyarat daripada pak cik. Jika pak cik telefon sendiri nahaslah, rumah ini pasti sudah dikepung nanti. Ingat ya, jangan telefon atau mesej sesiapapun. Jangan bercakap pun dengan jiran, dan komputer jangan dibuka. Bluetooth sahaja dua jam dari sekarang."
******
Letupan yang amat kuat kedengaran. Nur Iman selamat dalam pelukan Haji Rasydan biarpun ketakutan. Zack yang tercampak ke luar gudang memerhati gudang yang terbakar dalam api yang marak itu dengan rasa tidak percaya. Matanya berkaca.
"Imran ..."
Nur Iman menangis dalam ketakutan juga kesedihan. Kenapa? Akhirnya Allah mentakdirkan mereka berakhir begitu. Begitukah akhirnya kisah itu? Kenapa?
"Kenapa nak lari? Bukan dulu kau suka aku?"
"Nur Iman, saya memang jahat. Saya tahu awak tak dapat terima lagi lelaki sejahat saya. Tetapi saya sayang awak. Izinkan saya berhijrah. Izinkan saya miliki awak,"
Bukan mudah untuk akhirnya dia mendengar lafaz yang ditunggunya selama ini. Hajatnya termakbul. Tetapi harganya?
Imran terkorban dalam gudang yang meletup itu, semata-mata kerana menyelamatkannya.
Lafaz yang didengarnya dulu ... kali pertama dan terakhir.
******
Lima tahun kemudian ...
"Iman, umur kamu dah 25. Molek rasanya kalau Iman bawa balik teman Iman jumpa ayah,"ujar Haji Rasydan. Fahamlah Nur Iman, bapanya mahu dirinya memikirkan soal jodoh. Dia sendiri pun mengerti naluri bapanya, pasti mahu melihat anak perempuannya ini berkeluarga.
"Ayah nak Iman nikahkah?"sengaja Nur Iman bertanya soalan itu. Jawapannya dia sendiri tahu.
"Ya, itupun kalau Iman dah ada calon."
Lama Nur Iman membisu. Dulu memang ada,kini telah tiada. Imran sudah pergi dan takkan kembali. Sejak itu dia tidak pernah ada teman lelaki. Yang ada dalam hatinya hanya cinta Allah. Dia tidak mampu menipu diri. Dia masih terbelenggu dalam kenangan semalam.
Dia tidak sanggup melihat mana-mana lelaki berkorban untuknya lagi.
"Ayah ..."lembut Nur Iman bersuara akhirnya. Haji Rasydan mengangguk tanda ingin terus mendengar.
"Ayah pilihlah jodoh yang soleh untuk Iman. Iman tak kisah siapapun, asalkan dia dapat bimbing Iman dunia dan akhirat. Iman percayakan ayah."
'Kerana hati Iman tak mampu memilih selain dia, ayah,'bisik hati Nur Iman.
"Insya-Allah, Iman doakanlah ayah dapat mencari calon yang membahagiakan Iman dunia dan akhirat."
******
Tersentak jantung Nur Iman mendengar nama bakal suaminya. Namun dia sudah berjanji dengan bapanya untuk menerima, maka inilah yang harus diterima.
Imran nama tunangnya. Jujur Nur Iman terseksa.
'Bagaimana aku hendak ikhlas menyayanginya ya Allah, saat hati aku terbayangkan lelaki lain ketika mendengar namanya? Berdosanya aku ya Allah kerana melakukan itu andai dia suami aku.'
Nur Iman dihimpit rasa bersalah. Astaghfirullahalazim. Inilah sebenarnya salah satu hikmah Islam mencadangkan agar menikahi segera calon yang dicintai. Tidak perlu banyak-banyak bekas teman lelaki atau wanita. Kelak kita akan suka bandingkan dengan jodoh yang Allah beri. Kelak hati kita mungkin sudah terbelah. Saat ini Nur Iman benar-benar sedar akan perkara itu. Dia merasainya.
Lantas, saat dia mendapat alamat e-mel tunangnya, e-mel ikhlas dikarangkan untuk lelaki itu.
Assalamualaikum.
Ana di sini ingin memohon beribu kemaafan dari pihak anta.
Ana ingin mengaku, ana pernah mencintai lelaki yang sama namanya dengan anta beberapa tahun lamanya.
Sungguh ana akui kesalahan ana menyerahkan hati pada insan lain selain suami biarpun ana belum bersuami.
Jujur ana katakan ana terlalu rasa bersalah.
Ampun dan maafkan ana.
Anta lelaki soleh, ana yakin dengan perkhabaran ayah ana.
Maka, ana tidak akan sama sekali menyalahkan anta andai memilih putuskan ana.
Anta berhak memilih suri terbaik untuk hidup anta, meskipun bukan ana.
Hakikatnya,ana ikhlas menerima anta dalam hidup ana.
Jika anta ingin teruskan,ana amat menghargai kesanggupan anta menerima ana.
Wassalam.
E-mel itu tidak berbalas. Nur Iman hanya mampu mendiamkan diri. Ya, ini kifarah untuknya, maka dia haru redha selayaknya.
******
"Aku terima nikahnya Nur Iman Binti Mohamad Rasydan dengan mas kahwin 30 ringgit tunai."
Sekali lafaz, Nur Iman menjadi milik lelaki pilihan ayahnya. Saat terdengar suara itu, sungguh terasa lemah seluruh sendinya. Suara yang terlalu mirip dengan suara lelaki yang pernah dicintainya, cuma suara ini lebih lembut. Arwah Imran nada suaranya kasar.
Saat hendak bersalam pun, Nur Iman tidak mampu mengangkat muka. Malu yang melampau berserta sayu yang menggila menguasai diri. Dia masih tertunduk saat bersalaman.
"Assalamualaikum, Nur Iman. Akhirnya saya tiba menjemput bidadari ini,"
Nur Iman terpana. Tangan suaminya kini menyentuh dagu, mengangkat wajahnya untuk melihat. Subhanallah!
Imran?
"Waalaikumussalam. Awak ..."
Nur Iman tidak mampu meneruskan kata. Hanya matanya saja menampakkan soalan. Suaminya cuma tersenyum lembut.
"Percayalah saya, Nur Iman. Ini saya, Imran, lelaki yang lukai awak dahulu. Nanti saya dan ayah jelaskan,"ujar Imran sebelum beralih untuk bersalaman dengan ahli keluarga baru yang lain. Nur Iman terlalu sayu. Air matanya menitis.
******
"Iman, maafkan ayah atas semua yang berlaku. Imran mohon ayah rahsiakan daripada semua orang bahawa dia masih hidup. Letupan di gudang itu memang rancangannya supaya dia dapat melesapkan diri dari kumpulan Hardcore. Lima tahun tempoh yang diminta supaya kumpulan Hardcore mengesahkannya mati, begitu juga pihak akhbar, meskipun pihak polis tahu keadaan Imran yang sebenar. Awal-awal ayah sudah minta bantuan kawan ayah di pejabat polis."
Nur Iman sudah tidak dapat mengira berapa kali air matanya menitis hari ini. Sungguh, Imran kotakan kata-katanya. Lelaki itu telah berubah, bahkan mendapatkannya dengan sebaik-baik cara. Subhanallah, semuanya dengan izin Allah.
"Nur Iman, maafkan saya. Saya tidak ada pilihan. Saya sedar banyak kisah silam saya yang tidak selesai saat itu. Saya terpaksa selesaikan semua agar tidak membebankan awak, Iman, pada hari kemudian. Saya tak sanggup hilang awak kerana kebodohan saya,bahkan saya sedar saya belum layak mengimamkan awak. Hingga kini pun, hakikatnya saya belum layak untuk memiliki bidadari seperti awak ..."
Bicaranya mati. Telunjuk Nur Iman tepat di bibirnya, mematikan ayat seterusnya.
"Sudahlah, tak perlu kita sebut lagi. Allah dah izinkan awak berubah, dan Dia takdirkan saya milik awak, dipinjamkan kepada awak.Saya redha."
"Ehem ... sampai bila nak bersaya awak?"usik Haji Rasydan sebelum berlalu meninggalkan pasangan itu. Nur Iman tertunduk malu. Wajahnya merona merah.
"Betul soalan ayah. Sampai bila ya?"Imran mengulang soalan. Makin merah wajah Nur Iman. Dia mana pernah ada abang atau saudara lelaki yang dipanggil dengan gelaran abang!
Diam. Nur Iman tahu, dia pasti terpaksa akur.
******
Ya Allah, sungguh kusyukuri segala nikmat-Mu. Benarlah,janji-Mu tiada dusta. Ikhlas kerana-Mu pasti ketemu bahagia. Kumohon pada-Mu, bahagiakanlah kami di akhirat sana...
Janji Ilahi ... janji tiada dusta
Tarbiah Hospital #3 : Betapa Kita Sering Terlupa
9 hari, 3 kematian di wad yang ayah saya huni.
Saya berada di sebalik tirai yang membataskan kami dan pesakit lain.
Saya dengar tangisan ahli keluarga mereka.
Saya dengar sendiri bagaimana ahli keluarga mengajarkan pesakit di ambang maut itu kalimah Allah dan syahadah.
Ada di antara mereka tampak kesal dengan kematian dan keadaan pesakit.
Berdasarkan pertuturan, dapat saya tebak yang mereka menghadapi masalah dengan pesakit. Mungkin masalah keluarga.
Benar. Buruk macam mana pun ahli keluarga kita, tak sanggup kita kehilangannya. Naluri kita, fitrah kita sebagai manusia tetap punya kasih sayang. Kita manusia.
Saya tak dapat mengawal diri dari terfikirkan ayah saya yang ketika itu disahkan tenat oleh doktor yang merawatnya. Saya khuatir. Akankah ayah saya mengalami keadaan itu dalam waktu terdekat? Saya dan ibu tak mampu mengawal perasaan sebenarnya. Tetapi kami senyap. Kami tak mahu menangis depan abah. Kami tak nak abah lemah.
Hakikatnya, ketika itu terdetik dalam hati saya.
Seorang pesakit jatuh di rumah, terus diserang strok dan dibawa ke hospital. Sampai di hospital baru sahaja dimasukkan ke hospital sudahpun pergi menghadap Ilahi. Sungguh terlalu pantas masanya.
Mereka yang sakit ini, sekurang-kurangnya sempat buat persediaan terakhir. Setidak-tidaknya bertaubat dengan hati jika kaki tangan tak berupaya. Mereka rasa kesakitan di tubuh. Mereka dapat kifarah terakhir. Mereka tahu, mungkin hayat mereka sudah tak lama lagi.
Bagaimana jika saya?
Jika kita yang sihat ini sudah hampir dengan maut, apa kita menyedarinya?
Adakah peluang kita buat taubat terakhir?
Adakah kita bersedia?
Ataukah nyawa dicabut saat kita lalai?
Lihat saja ada penonton mati dipijak dalam perlawanan bola sepak.
Adakah saat dia ke sana dia sudah lebih tahu dia akan mati di situ?
Sedangkan dia ke sana dalam keadaan sihat sejahtera!
Bukankah selalu kita dengar,yang paling hampir dengan kita ialah maut. Tetapi, berapa kalikah kita muhasabah diri, andai waktu yang tersisa cuma hari ini, apakah sudah cukup bekalan buat ke sana?
Saya teringat pesan guru Biologi saya, Puan Rohana.
Katanya, semasa beberapa kali dimasukkan ke hospital, setiap hari yang terlintas di benaknya, esok nak mati, adakah cukup amalnya nak bawa jumpa Ilahi? Katanya lagi,cuba bayangkan, kalau esok kamu nak mati, hari ni kamu main? Jadi, janganlah bersenang-lenang di dunia ni.
Jujur, tersentak juga saya dengar tazkirah ringkas guru kesayangan kami ini.
Sungguh, betapa kita sering terlupa...
Tarbiah Hospital #2 : Muslim atau Bukan Muslim?
Sambungan kepada entri pertama
http://flyingmemories95.blogspot.com/2011/11/tarbiah-hospital-1-cabaran-dan.html
Selalunya, kalau kita nak mendapatkan rawatan, kita lebih suka jumpa doktor Muslim (banyaknya Melayulah) atau bukan Muslim? Jujur.
Sepanjang saya berada di hospital, saya rasa saya faham kenapa sejak dahulu kualiti kerja Muslim dan bukan Muslim selalu dibanding-bandingkan. Pada hakikatnya, diam-diam keluarga kami pun selalu kagum dengan kualiti kerja doktor-doktor bukan Muslim terutamanya Cina. Saya tak menjatuhkan bangsa mahupun agama sendiri. Saya cuma menzahirkan kekaguman lihat pekerja Cina lazimnya komited dengan kerja mereka. Sangat komited.
Bukan sesuatu yang aneh, kerana dari bangku sekolah lagi sudah nampak komitednya mereka pada pelajaran. Saya sendiri malu kerana saya pelajar yang agak main-main. =="
Saya lihat semakin hari semakin ramai pekerja perubatan di hospital kerajaan ialah bukan Muslim. Memanglah Muslim masih majoriti, tetapi akan datang? Pekerja Muslim kebanyakannya yang agak senior. Ada bukan saya sebut dalam entri lepas, sepatutnya orang Islam yang handle bidang-bidang kritikal macam ini. Sepatutnya doktor Muslim memenuhi pusat perubatan.
Malangnya, anak bangsa kita lebih minat memenuhkan Pusat Serenti dan Rumah Penyayang daripada memenuhkan sektor pekerjaan.
Bahkan ada sekali saya malu sendiri, apabila ada doktor Islam yang pakaiannya tidak sesopan pakaian doktor bukan Islam. Apakah itu? Kita ada kewajipan untuk menutup aurat.
Jururawat bukan Islam yang saya temui rata-ratanya lebih sabar berbanding Islam. Itu apa? Sabar itu sebahagian daripada iman kita.
Mana peranan iman kita?
Saya tidak menafikan bahawa ramai juga pekerja Muslim yang sabar. Saya tidak kata bahawa pekerja Muslim semuanya berdarah panas. Sama sekali saya tidak maksudkan demikian. Cuma saya terkilan apabila ada dalam kalangan pesakit yang lebih suka layanan orang bukan Islam. Bukan salah mereka.
Ini yang terjadi apabila iman kita tak lagi membina akhlak.
Dan ini yang terjadi apabila orang bukan Islam mengamalkan nilai Islam yang kita sendiri lalai daripadanya.
Qudwah hasanah, itu peranan kita semua untuk menunjukkan contoh yang baik. Supaya tak ada yang tersalah anggap tentang Islam.
Jika umat Islam dah luntur kepercayaan pada umat Islam sendiri, bagaimana untuk bukan Islam mempercayai kita?
Alhamdulillah ! :)
Tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan sekarang.
Alhamdulillah. All praises to Allah.
Macam mana aku tak bersyukur?
Allah Maha Penyayang.
Abah dah keluar wad.
Demi Allah, ini memang suatu keajaiban bagi kami sekeluarga.
It's a total miracle.
Taktahu macamana nak gambarkan perasaan sekarang.
Aku amat terkejut.
Bayangkan macamana hati seorang anak dan ibu apabila disuruh doktor untuk menandatangani borang pengesahan mengatakan doktor telah maklumkan kepada waris bahawa ayah dalam keadaan tenat?
"Sekarang puan nak macam mana? ICU tak boleh masuk sebab organ dalaman pak cik memang banyak dah tak berfungsi dengan elok, tak sesuai untuk guna support machine.Puan nak bawa balik atau terus kekalkan di hospital? Apa-apapun saya nasihatkan panggil adik beradik dia baliklah tengok dia."
Nak gugur jantung aku masa tu. Beberapa kali aku nampak mama nangis. Aku pun.
Waktu tu sumpah aku rasa diri aku amat tak berguna kerana aku tak dapat baca Yaasin kerana uzur. Mak pun sama. Jujur aku katakan aku memang panik sangat masa tu. Dalam keadaan tu, aku dah tak fikir apa-apa melainkan nak abah dapat bacaan Yaasin walaupun dari jauh.
Aku tak tau macamana nak balas budi member2 yang tolong bacakan Surah Yaasin untuk abah masa tu.
Serius, dalam panik dan sedih aku maklumkan pada rakan-rakan rapat fasal keadaan abah. Masa tu alhamdulillah, ramai juga yang sanggup bacakan Yaasin untuk abah walaupun dari jauh. Adalah dalam 5,6 orang member yang bantu. Syukur alhamdulillah.
Aku jadi terharu sangat bila ada rakan-rakan yang datang melawat abah. Beri sokongan pada aku. Shahirah. Najwa. Aisyah. Sokongan moral mereka masa tu aku tak tahu nak bayar dengan apa. Aku kesian bila ada antara mereka yang mengaku nak datang sangat kat wad tapi tak boleh sebab kekangan tertentu dan kata mereka rasa bersalah.
Geng bahas, tak tergambar rasa terima kasih atas keprihatinan kalian.
Hampir semua mesej beri sokongan.
Kak Iman sampai marah sebab aku bagitau lambat.
Yalah, masuk wad Selasa malam Rabu, rasanya Sabtu baru aku bagitau dia. -.-
Sorry. My bad. Sebenarnya aku takut kalau aku susahkan mereka.
Yalah, setengah nak SPM, setengah nak balik kampus.
Patut ke aku nak mengacau mereka pasal hal aku?
(Sah Kak Iman sekeh aku nanti. Dia paling tak suka aku buat ayat camni.)
Kak Anis dalam sakit-sakit pun sempat lagi teman aku.
Kak Iman nak SPM pun sempat bergayut dengan aku layan aku nangis.
Tapi dua-dua pun kesal tak dapat datang.
Member-member lain pun ada yang cakap macam tu, nak datang tapi takleh.
Mintak maaf.
Kenapa korang nak rasa bersalah padahal korang bantu aku sangat-sangat?
Aku sayang sahabat-sahabat aku.
#Tapi kan, banyak sangat hikmah dan pengalaman aku dapat sepanjang 9 hari berada di wad 8 Hospital Kulim. Insya-Allah aku akan kongsi di blog ini. Tajuk dah fikir, Tarbiah Hospital. Ada kot dalam 3,4 entri. Serius macam-macam aku belajar. Alhamdulillah :)
Sawang ... Cuci Jangan Tak Cuci!
Sawang sudah sama tinggi dengan tuan blog baru ingat hendak cuci.
Inilah saya. Buruk perangai ini.Maaf,maaf,maaf!
Saya sudah lama tinggal blog ini. Asal ingat nak biarkan mati saja atas sebab tertentu. Maaf, itu adalah akibat apabila yang kawal kita bukan lagi akal tapi emosi. Astaghfirullahal'azim.
Jujur saya katakan saya rindu blog. Rindu berukhuwah. Rindu berhalaqah. Semuanya cuma di internet tetapi saya dah gembira. Banyak yang saya belajar dari semua ini. Alhamdulillah.
"Jangan mengasingkan diri daripada sahabat-sahabat yang soleh"
Itu pengajaran paling utama saya dapat dari semua yang terjadi.
Kepada dia, saya akan tetap teruskan blog ini dan maaf atas semua yang berlaku. Satu sudut dalam diri saya tetap tak berubah. Cuma jalannya harus berbeza. Maaf catatan di sini pernah mengganggu ketenangan hidupnya.Tapi hidup saya juga perlu memikirkan orang lain. Sahabat yang selalu bertanya, 'macam mana dengan blog?', tak sampai hati saya nak delete blog apabila dengar semua tu.
Benar, bila ada ukhuwah pertimbangan jadi lebih wajar :)
Kalau mereka tak nasihat, rasa-rasanya blog ini dah berkubur.
Kalau mereka tak nasihat, rasa-rasanya saya lebih sunyi sekarang.
Alhamdulillah, lama saya tak update tapi follower ada juga bertambah.
Mungkin cuma satu atau dua tapi padanlah dengan kerja yang saya buat pun.
Apa-apapun tiadalah daya sebarang pertolongan melainkan daripada-Nya.
Alhamdulillah. All praises to Allah.
DIA tuhan yang Maha Esa
DIA yang sangat halus pengertian-Nya.
DIA yang sangat seni didikan-Nya
Allah~:)
May Allah Bless
Demi Allah, ketika ini aku redha.
Tapi jangan salahkan aku masih berharap.
Memang aku akui bahawa semua yang berlaku tu sangat pedih.
Bahkan aku pernah memberontak :)
Perkara yang melukakan itu pun,
aku dah redha.
Sebab pada dasarnya,
semua itu telah dulu ditakdirkan
telah lama ditentukan.
Tak apalah :)
Aku akan tetap senyum
mungkin kadangkala aku akan tetap menangis
atau bersedih
Sebab aku manusia diciptakan dengan hati&perasaan.
Apapun,
semoga Allah merahmatinya.
Aku relakan semua ini terjadi,
dia milik Allah,
dia pinjaman kepada 'dia' yang aku pun tak kenal.
Tapi hanya satu hak aku yang sesiapapun tak dapat halang,
mendoakan yang terbaik untuk seluruh kehidupannya :)
When it comes to the point where we can do nothing,
all we can do,
leave it to Allah and let Him take care of it~
Allah, Kuatkan Aku~ Secebis Doa Yang Termakbul :)
Aku selalu cakap dengan hati sendiri,
monolog yang berbicara dengan iman tak seberapa...
Aku cuma mampu berserah.
Let Allah decide it for us.
Dan sekarang Allah dah decide.
Aku yang dipilih untuk terus diuji dengan satu lagi kesakitan.
Dan dia dipilih untuk dibawa ke jalan-Nya.
Alhamdulillah, secebis doa aku termakbul jugak :)
"Ya Allah, jagakan dia biar teguh di jalan Engkau.
Kalau dia tersasar bawakan dia pulang pada Engkau,
dan peliharalah dia, jadikan dia hamba-Mu yang bahagia."
Ya, doa itu termakbul.
Alhamdulillah.
Semoga dia dijaga Allah.
Aku sangat teruji dah kali ni.
"Bukan sesuatu yang mudah untuk kita tersenyum dan ucapkan alhamdulillah apabila kita ditimpa kesakitan dan musibah, tapi kita ucap alhamdulillah, kerana kita bersyukur sebab musibah itu membawa kegembiraan dan kebahagiaan buat orang lain"
Itu yang aku cuba lakukan. Jadi manusia yang sanggup tawakkal. Jadi manusia yang sanggup merelakan. Jadi manusia yang redha. Sebab aku tahu, masa aku betul-betul teruji sekarang, sakit, pada masa yang sama luka yang aku alami sedang bagi dia gembira :)
"Sabar itu indah dalam pahit"
Bukan senang melaksanakannya. Aku sedang merasakannya. Sukar rasai keindahan sabar itu. Pedih lagi kuat mencengkam
All these years aku kuat sebab bersandarkan kenangan yang Allah pinjamkan untuk aku. Apa orang buat dekat aku pun aku boleh tahan. Macam mana aku ada masalah kat sekolah ke kat rumah ke apa aku mampu lagi kuat sebab aku ada sandaran. Sesuatu yang boleh buat aku senyum tak kira macam mana aku sedih pun. Tapi jelas sekarang aku dah tak berhak dan tak layak langsung bersandar pada semua tu. Aku kenalah jadi manusia yang sedar diri :)
Allah, kuatkan aku.
Secebis doa aku yang termakbul itu buat dia gembira.
Aku yang terpaksa sabar tapi tak mengapa.
Aku sedar aku bukan perempuan yang baik, solehah, perfect.
Aku sedar sangat-sangat.
Tapi aku berani untuk berharap. Bodohnya aku.
Bukan aku tak tau perempuan baik utk lelaki yg baik.
Tak apa, kekallah tersenyum walaupun mata berkaca ke berair ke apa.
Ya Allah, Engkau faham kan ?
Engkau dengar kan ?
Engkau kira kan setiap titis air mata itu ?
Engkau tahu kan ikhlas doa itu ?
Aku gembira, belum rezeki aku nak jejak bumi barakah tu,
tapi Allah makbulkan sedikit doa aku,
dia dapat :)
Aku senyum. Sebab aku gembira kalau dia gembira.
Even aku yang kena diketepikan. HAHA.
Allah lebih tahu~ Tu ja aku mampu katakan.
Selagi dia tak larang, selagi tu nama dia ada dalam doa aku.
Tak kisahla kalau tak ada sapa doakan aku pun. Doa kena ikhlas :))
May Allah bless~







