Powered by Blogger.
RSS

Jemput Follow :)

The Beauty Of Hardship

Hospital, tempat manusia menggunakan hak berikhtiar menyelamat nyawa sebelum Allah memberi kata putus.

Percayakah,di sini juga punya keindahan tersendiri? Sukar difahami,mungkin. Saya berada di sini agak lama,dan kerap pula datang. Sepanjang waktu ini saya dapati sebuah nilai.

Di sini, saya nampak waris pesakit-pesakit saling berkongsi rasa dan cerita. Saling bantu membantu. Mungkin kerana susun atur wad biasa ini macam dorm asrama. Semua di sini macam senasib,itu yang mendekatkan jarak,mungkin.

Di sini manusia berperang dengan emosi. Risiko yang tinggi,keadaan yang menyayat hati,kerenah yang menguji sabar. Segalanya ada.

Dan di sini semuanya saling memerlukan. Kadangkala jururawat pun tak menang tangan, 4 jururawat 80 pesakit. Jadi,kadangkala jiran sebelah katil turut membantu sekadarnya. :)

Beauty of hardship. Kesederhanaan yang menyatukan semua,insyaAllah. Dan nyata, tak terbeli dengan harta.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment