Powered by Blogger.
RSS

Jemput Follow :)

Showing posts with label karya. Show all posts
Showing posts with label karya. Show all posts

Meski Tak Sempurna

Lafaz itu wajarnya sakinah, mengapa harus ada yang terluka?
        Dhiya memandang ke sekeliling. Langit luas terbentang, saujana mata memandang. Kehijauan pohon menghiasi bumi yang tua. Subhanallah, meskipun sudah terlalu lama bumi ini menjadi persinggahan, serinya masih ada biarpun kian kelam.
        "Wuhuuuuu!"Suara pemuda yang sedang menunggang motosikal bersama rakannya menusuk gegendang telinga Dhiya. Wajah mereka agak mencerminkan kenakalan. Jelas itu bukannya adab muslim yang sejati, yang wajar menghormati  anak dara orang. Astaghfirullahalazim, hanya itu yang mampu Dhiya lafazkan dalam hatinya. Tidak lama kemudian, Dhiya ternampak pula bekas rakan sekelasnya, Yana yang sedang menunggang motosikal bersama rakannya. Rambut ikal mayangnya dibiarkan bebas ditiup angin dan dibakar terik mentari. Hakikatnya, dia menyeksa rambut sendiri. Di dunia rambut itu dibakar terik mentari, nanti di akhirat pula menjadi bahan bakar api neraka.
        Dhiya tidak tahu cara untuk menegur rakan-rakan sekampungnya sendiri. Dia kurang bergaul dengan mereka. Keluarganya lebih banyak mengurus hal sendiri berbanding bersosial di luar. Dhiya tidak keluar rumah melainkan dengan ibunya, kecuali atas dasar program anjuran sekolah.
        Dulu, Dhiya benci diperlakukan sedemikian. Kini, dia besyukur dia dibesarkan dengan cara begitu.
                  
                 ******  

       "Ada orang tu kan, saya nampak dia buka tudung dalam kereta,"sindir Maria semasa berbual dengan Shahira.
           Dhiya yang sedang membaca meletakkan bukunya di atas meja tanpa menutup buku tersebut. Dia tahu Maria bercakap tentang dirinya.  
           "Kau nampak aku ya semalam?"Soal Dhiya. Rasanya soalan itu tidak perlu ditanya kerana cara Maria bercakap pun sudah jelas membuktikannya.       
         "Ya. Aku nampak kau semalam atas kereta, tak pakai tudung. Kereta kau di tepi jalan waktu itu,"ujar Maria tanpa perasaan bersalah. Buat apa dia rasa bersalah sedangkan dia membicarakan kenyataan? Boleh jadi Maria terlupa, aib Dhiya tidak patut didedahkan sewenang-wenangnya.
       "Aku pakai tudunglah masa keluar semalam,"nafi Dhiya. Dia tidak berbohong. Dia keluar semalam dengan mengenakan tudung.
         "Ala,katalah apa-apa sahaja kau nak kata. Aku nampak. Kalau kau nak tipu, suka hatilah. Allah pun nampak,"selamba Maria menjawab. Langsung tidak mahu menerima sebarang penjelasan.
         "Aku pakai tudung masa keluar semalam. Aku buka tudung selepas mandi sungai. Tudung aku basah, sebab itu aku buka. Kami sekeluarga berhenti di tepi jalan, jadi aku bukalah sekejap tudung aku yang basah itu," ujar Dhiya serba-salah. Baginya dia tidaklah melakukan sesuatu yang jijik. Dia hanya membuka tudung, bukannya berkepit dengan lelaki. Keluarnya pun bertemankan ibu-bapa. Tahulah dia menjaga diri. Lagipun dia baru darjah lima. Keluarganya tidak terlalu menitikberatkan soal agama terhadapnya.
        "Mana boleh buat begitu. Kau di dalam kereta pun, orang masih boleh nampaklah. Aurat kena tutup. Basah ke apa, tudung tetap kena pakai,"terus Maria menyambung kata-katanya. Memandangkan Dhiya sudah mengaku, elok sahaja dia terus bersuara. Shahira di sebelahnya cuma diam, sekali-sekala mengangguk. Baginya, anak kota bernama Dhiya itu memang perlu diajar.

       Dhiya panas baran. Dhiya mempunyai mulut yang berbisa. Dhiya sombong orangnya. Segala yang negatif ada tempiasnya pada Dhiya. Dhiya memang kaya, tetapi miskin budi.
        Di sebalik semua itu, siapa yang peduli tentang hidup Dhiya? Siapakah yang kisah pada air mata yang disorok Dhiya? Siapakah yang kisah fasal kesunyian hidup Dhiya? Siapakah yang peduli kalau Dhiya hanya minta diajar, dididik menjadi dewasa? Dan siapa pula yang sudi menyelami hati Dhiya ...
       Dhiya tidak solat. Itu sebuah hakikat. Dhiya baru bertatih hendak membiasakan diri dengan bertudung. Sejak darjah tiga Dhiya diajar bertudung, tetapi belum mampu istiqamah. Kadangkala Dhiya buka juga tudungnya. Dahulu, Dhiya bersekolah di sebuah sekolah kampung. Dhiya tidak banyak diasuh tentang agama di sekolah itu. Dhiya diajar fasal agama, tetapi jiwanya tidak dididik. Pembangunan mindanya mantap, tetapi spiritualnya lemah. Lebih kasihan, Dhiya baligh seawal usia sepuluh tahun. Sudah perlu menanggung dosa sendiri.
         Ya, Dhiya tidak banyak ambil kisah perihal agama. Semuanya dianggap hal kecil. Baginya, akademik ialah hal paling mustahak. Mendapat nombor satu ialah matlamat.
         Masuk ke sekolah baru di ceruk felda ini, Dhiya mencari perhatian. Dia tidak mahu sendirian. Oleh sebab itu, dia mengada-adakan cerita berkenaan masa lalunya. Kononnya dia gadis teraniaya yang dicari oleh rakan-rakan lama bagi mencari kemaafan. Semuanya supaya kawan-kawan menganggap Dhiya gadis yang sangat baik. Dhiya hanya mencari perhatian! Kehidupannya sebagai anak tunggal terlalu sunyi hinggakan Dhiya melakukan apa-apa sahaja demi sebuah perhatian.
         Maria salah seorang rakan Dhiya yang tertipu. Niat Maria sama ada baik ataupun jahat, hanya Allah yang tahu. Dia sentiasa menegur Dhiya atas segala kesalahan baik yang paling kecil hingga yang paling besar selepas penipuan Dhiya terbongkar. Namun Dhiya tidak tahan dengan mulutnya. Mungkin mesej Maria baik, tetapi cara penyampaiannya silap. Setelah penipuan Dhiya terbongkar, Dhiya banyak meminta maaf dengan rakan sekelas. Adakalanya perangai panas barannya datang juga, tetapi Dhiya banyak mengalah. Kadangkala ada yang mengambil kesempatan atas sikap mengalah Dhiya. Dhiya turutkan nasihat Maria dan rakan-rakan. Kerap kali Dhiya terluka dengan cara Maria mendekatkannya kepada agama, tetapi dia cuba mengikut ajaran itu.

         Tarbiah bukan paksaan. Tarbiah bukan soal memaksa orang, menghalal dan mengharamkan semata-mata. Tarbiah ini soal didikan. Didikan terhadap manusia yang pastinya memerlukan sentuhan terhadap manusia itu sendiri. Biar jiwa manusia itu lembut sehingga dapat menerima syariat halal dan haram dengan baik.
        Benar,didikan mampu dipaksakan. Alah bisa tegal biasa. Tetapi, sukakah kamu kalau sahabat menghadiahkan minyak wangi, tetapi dilempar ke mukamu hingga pecah botolnya dan berdarah pula wajahmu? Adakah mungkin kamu dapat memakai minyak wangi itu dengan wajah yang ceria, atau minyak wangi itu sendiri telah tumpah di jalanan seawal pemberian?
            
          "Kalau mak aku, tentulah mak aku tekankan pembelajaran agama. Bukan setakat subjek UPSR macam yang kau kata,"ujar Maria kepada Dhiya  semasa berbual dengan rakan-rakan sekelas.
            "Yalah, mesti tekankan agama. Takkanlah nanti dalam kubur malaikat hendak soal kita, satu tambah satu dapat berapa, kan?"Sahut Widya. Dia memang seronok kalau dapat mengenakan Dhiya. Baginya, Dhiya sentiasa lebih daripada semua orang dalam bab-bab pelajaran, biarlah Dhiya sedar diri, dia pun ada kekurangan!
        "Bukannya mak aku tak ajar langsung fasal agama, mak aku ajar juga. Memanglah agama ditekankan, tetapi subjek teras pun ada penekanan juga." Dhiya cuba membela diri, namun nampaknya penjelasannya tidak dilayan
.              'Tak apalah. Mereka ini orang-orang yang berilmu dalam agama. Mereka pergi sekolah petang. Aku ini apa yang ada?' Dhiya bermonolog sendiri. Kalau bertingkah bab agama, awal-awal Dhiya tewas. Namun Dhiya tidak kisah. Hanya tinggal sebulan dua lagi waktu Dhiya di sini. Selepas ini Dhiya akan bebas daripada belenggu 'orang kuat agama' di sekolah ini.

                                            *******         
               "Dhiya, sebut lafaz  takbiratul ihram,"arah Ustazah Zakiah. Dhiya terdiam. Pelajar kelas 6A itu tidak kenal, atau mungkin lupa fasal lafaz itu. Dhiya hanya dapat membisu.
               "Nurul? Kelas, tolong sebut lafaz takbiratul ihram. Tolong kawan kita,"arah Ustazah Zakiah. Laju sahaja lafaz 'Allahuakbar' bergema di kelas tersebut. Dhiya terasa malu. Adakah episod di sekolah lama akan berulang?
                  Di sekolah lama ada Maria, di sini ada Athiya. Dhiya diaibkan juga pada awal persekolahannya di tempat baru ini. Dhiya pernah ditohmah, 'Memanglah hang boleh dapat 5A, tetapi Pendidikan Islam? Gagal!' Jujur Dhiya malu. Dia mendapat markah kedua terendah dalam kelasnya untuk subjek tersebut, kerana dia memang tidak menghafal ayat-ayat Al-Quran dalam buku teks. Hukum tajwid pun tunggang-langgang biarpun dia sudah pernah khatam Al-Quran.
                
                Itulah Dhiya. Perkara yang disogokkan ke mindanya di sekolah lama dahulu terasa seperti racun. Namun di sini, setidak-tidaknya Dhiya kenal Hazwani. Dhiya ada Farah. Dhiya ada Nabila. Dhiya berkawan dengan pelajar biasa-biasa. Di kelas itu, mereka adalah antara yang tercorot dalam pelajaran. Dari segi latar belakang keluarga pula, mereka bukan berasal dari keluarga yang hidup mewah. Mereka bukan juga perempuan cantik. Mereka dan Dhiya jauh berbeza.                   Mereka tidak pandai tetapi mereka belajar bersama Dhiya. Mereka tidak kaya tetapi mereka menemani Dhiya. Mereka tidak terlalu tinggi pengetahuan agama tetapi mereka tidak mencaci Dhiya. Merekalah insan mulia yang menerima Dhiya seadanya.
               Bersama mereka, Dhiya mengenali erti kesederhanaan. Kadang-kadang Dhiya bertanya pada diri, mengapa orang yang tinggi pengetahuan agama mencaci dirinya yang serba jahil? Mengapakah dia dididik teman sebaya dengan sindiran? Kalau benarlah orang kuat agama itu orang yang baik, kenapa mereka ini yang lebih cetek ilmu agama yang menerima dia seadanya? Kalau benarlah orang kuat agama itu orang yang hebat, mengapa tidak tunjukkan dia jalan menjadi hebat? Ataukah dunia ini memang ada kasta, yang kuat agama dengan kelompok mereka dan yang lemah sepertinya di kelompok bawahan, menunggu di lurah neraka dan tak ada tangan untuk menarik mereka ke syurga?

              Inikah Islam?
              Dhiya tak mengerti.        

                                               *****
          Masa berlalu pantas. Dhiya lulus cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan berjaya memasuki SMK Sultan Badlishah, salah sebuah sekolah terbaik di daerahnya. Dhiya yang kini berbeza dengan yang dulu.
             Sepanjang cuti sekolah selepas keputusan UPSR diumumkan, Dhiya mula memuhasabah diri. Dia belajar agama secara perlahan. Dhiya cuba istiqamah dengan solat dan jilbabnya. Dhiya belajar mengatasi sikap panas barannya. Dhiya belajar menjadi muslimah.
             Maka di sekolah ini, niat Dhiya cuma satu. Dhiya ingin menjadi lebih baik. Biarlah orang kenal betapa jahilpun Dhiya,dia rela. Asalkan Dhiya tidak terus jahil di akhirat.
             Di sekolah ini, pertama kali Dhiya belajar solat berjemaah dengan betul. Dhiya belajar menjadi makmum yang masbuk, iaitu makmum yang menyertai solat berjemaah ketika imam sudah solat separuh jalan. Sebelum ini Dhiya tidak tahu. Hakikatnya Dhiya tidak pernah pun solat berjemaah di rumah. Mujurlah dalam program orientasi sekolah, para ustaz dan ustazah memberi tunjuk ajar formal, siap dengan demonstrasinya sekali. Bagi Dhiya, hal ini agak luar biasa. Sekolah ini bukan sekolah agama tetapi sekolah sains, namun perihal agama cukup ditekankan.
             Di sekolah ini, setiap pelajar sesi petang diwajibkan solat zuhur dan asar berjemaah. Terdapat pemantauan daripada semua guru. Memang ada pelajar perempuan yang berpura-pura uzur, lantas guru-guru mengambil langkah proaktif dengan menyuruh wakil kelas mencatat kehadiran pelajar dalam solat berjemaah. Dhiya sendiri pernah gagal untuk istiqamah dalam solat berjemaah. Dia pernah sahaja menyertai kawan-kawannya untuk ponteng solat. Walaupun dia kenal erti dosa, tetapi manusia fitrahnya alpa.

           "Dhiya, kau masih cuti lagikah?"Soal Baniah, rakan sepermainan Dhiya di pusat latihan catur daerah. Dhiya terkedu. Dhiya sudah suci dari haid, tetapi belum menyucikan diri dengan mandi hadas.
            "Aku sudah suci, tetapi belum mandi hadas." Dhiya menjawab jujur. Hendak berdalih Dhiya tidak tahu mahu pusing ke mana lagi. Lebih kurang tiga minggu lepas Dhiya bertemu dengan Baniah semasa pertandingan dan Dhiya sedang uzur waktu itu. Dhiya yang temankan Baniah ke surau untuk melaksanakan sujud syukur kerana Baniah sudah berada dalam posisi selamat untuk bergelar juara selepas seri pusingan akhir. Dhiya sendiri berada dalam posisi selamat, iaitu di tempat ketiga untuk melayakkan diri ke peringkat negeri.
         Tidak mungkinlah tidak sampai tiga minggu, Dhiya sudah uzur semula? Agak-agaklah kalau hendak tipu pun,getus Dhiya dalam hatinya.
         "Maknanya sudah tiga minggu kau tak mandi hadas dan kau tak solat?" Baniah bersuara sedikit terkejut. Baniah merupakan pelajar sekolah berasrama penuh. Di asrama, lazimnya pendidikan agama memang ditekankan kerana adanya peranan Badan Dakwah dan Rohani atau singkatannya BADAR. Tidak hairanlah jika dia terkejut dengan kelakuan Dhiya.
           Dhiya hanya mengangguk. Baniah menghela nafas. Dia kemudian menegur perlahan, "Tak baik begitu,tahu tak?" Dhiya akur dengan teguran itu. Cara Baniah bertutur jelas tidak menunjukkan bahawa gadis itu mahu mengaibkan sesiapa. Baniah juga ada menyuruh Dhiya menarik sedikit pakaiannya yang agak ketat dan dan singkat agar melepasi paras pinggul. Dhiya akur. Bukannya dia degil sangat jika ditegur dengan cara baik.
             

           Di pusat latihan ini, Dhiya mengenali kakak-kakak senior yang jauh lebih baik berbanding dirinya. Ada Kak Qirah, Kak Najah, Kak Anis dan Kak Fa'in. MSSK 2009 telah menemukannya dengan ramai insan baik yang mengenalkannya kepada fikrah agama. Dhiya berasa sedikit terkongkong. Kesalahannya sering ditegur. Itu tidak kena dan ini pun tidak kena. Memang teguran mereka benar dan Dhiya akur.
         Namun di sini Dhiya lebih kenal erti hidup beragama. Mujurlah Allah temukan Dhiya dengan rakan-rakan yang baik. Apa-apa sahaja persoalan Dhiya, selalu ada yang sudi menjawabnya. Ironinya, di sini Dhiya tidak pula kelihatan jahil. Rakan-rakan tidak mengaibkannya biarpun mereka sebenarnya terkejut dengan keadaan Dhiya yang amat cetek agama. Dhiya banyak belajar dengan mereka.

                                                         *******

           Dhiya gembira berada di sekolah ini. Kalau Dhiya tidak menjejak SMK Sultan Badlishah, mungkin Dhiya tidak menjejak MSSK 2009. Kehidupan Dhiya banyak berubah di sini. Dhiya sedar, rakan-rakannya sudah cukup baik dengan asas agama sedangkan dia baru bertatih. Adakalanya Dhiya terjatuh dan gagal istiqamah dengan hijrahnya. Namun, Dhiya terlalu bersyukur kerana jalan untuknya berubah sentiasa ditunjukkan.
         Telah banyak dugaan yang Dhiya tempuh untuk berhijrah. Bukan sedikit air mata yang pernah tumpah. Mungkin dia belum cukup baik dan tidak akan pernah cukup baik, namun dia berharap agar Allah memandang usahanya.

          Hari ini, sudah lima tahun sejak Dhiya meninggalkan sekolah feldanya. Dhiya baru sahaja menghantar sahabat baiknya, Mira pulang ke rumah. Kini Dhiya berteleku di ruang tamu rumahnya.
        Segalanya sudah berbeza. Maria sudah banyak berubah. Rakan-rakan lama yang banyak mengajarnya dulu semua sudah berubah. Dhiya mendengar macam-macam khabar tentang mereka.
        'Maria, kenapa kau buat semua ini? Dulu kan kau marah aku kerana berbohong pada kamu semua, kenapa hari ini kau tipu keluarga kau? Dulu kau ajar aku fasal agama, kenapa hari ini kau yang suka bertabarruj? Dulu kau ajar aku fasal aurat kan?' Dhiya kusut mencari jawapan.
           Dulu, di tempat itu Dhiya dimarahi kerana agama. Hari ini, Dhiya seperti menjejak dunia yang berbeza. Dulu, dia menjadi bahan umpatan kerana ceteknya ilmu agama. Kini, kenapa semua yang mereka marahkan dia, mereka sendiri yang buat? Kenapa?
            Dhiya hanya mahu mencari jawapan. Niat Dhiya dahulu seperti tercapai. Dhiya ingin membuktikan dia juga mampu menjadi lebih baik. Dhiya ingin buktikan, orang yang pandai ilmu dunia tak semestinya jahil perihal agama. Niat Dhiya tercapai. Semua orang yang memandang rendah dirinya dulu kini menjadi cermin terhadap kelakuannya dulu, malah lebih dahsyat.
          Hari ini Dhiya antara pelajar yang belum terjebak dengan gejala sosial. Kesucian Dhiya masih terjaga. Setidak-tidaknya Dhiya tidak merempit dengan lelaki. Dhiya masih mengekalkan jilbab dan solat. Inilah gadis yang pernah dihina ramai dulu.
         
           Tapi Dhiya tak gembira!

           Bukan ini dakwah yang kakak-kakak ajar dulu, dakwah bukan perihal siapa lebih baik dan  dendam siapa yang terbalas. Air mata Dhiya terus menitik.  

            Meski tak sempurna caranya, di felda itulah tempat aku mula diasuh,titik awal aku kenal makna sakinah, bisik hati Dhiya sendirian.

                                                                                             ******TAMAT*******

  #Maaf atas kualiti cerpen yang kurang memuaskan. Jujur otak dah karat.
Namun mesejnya jangan putus asa andai dididik dengan cara yang salah.
Kita punya akal untuk menentukan sendiri siapa kita ingin jadi. Iman bukannya harta warisan.
Biarpun yang menegur tak kena gaya, kita pandang pada mesejnya.
Soal kelakuan dia dan niatnya, itu urusan dia dengan Tuhannya. Jangan kita hukum.
Kita kalau hendak mendidik, biarlah berhati-hati. Cara yang silap mungkin menariknya jauh daripada dakwah kita.   Salam Maal Hijrah ^_^  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kebodohan

Telah aku saksi sebuah cerita
Antara hati-hati yang tak sekata
Manusia yang berbeza

Aku saksikan dia
Dia orang biasa
Tak punya apa-apa
Ingin hampiri dunia
Keluar dari kempompongnya
Walau ada kecacatan,
Keterbatasan dia.

Tapi,
Aku juga saksikan manusia-manusia lain
Aku saksikan sebuah kebodohan.

Kau nampak dia membisu.
Kau nampak dia terdiam.
Hanya memandang kosong,
Malah tak tersenyum.

Cukup memandang kamu tanpa bicara.

Bodoh manusia itu!

Kau tinggalkan dia tanpa kata
Tanda tak peduli
Tinggalkan dia sendiri
Seperti dia bukan manusia.

Sedang matanya merayu,
Ingin tetap di sisi kalian!

Bila kau menjauh dia akur,
Selagi terdaya dia mencuba,
Sayang,
Kau tak nampak cubaan itu.

Yang kau lihat,
Hanya ketidaksempurnaannya,
Kesalahannya,
Masa lalunya.

Sedang dia di situ,
Menanti maaf daripadamu,
Menanti kau menjemputnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sederhana

Aku temukan dari mereka sesuatu yang bernama kesederhanaan. 
Sesuatu yang Allah ingin tunjuk kepada aku. 

Sederhana itu indah. 
Kecantikan yang tak perlu pada perhiasan.
Kecukupan yang tak perlu pada kemewahan.

Sederhana itu memang menyejukkan mata dan hati, 
Tinggal soalan, berapa ramaikah yang sanggup hidup di dalamnya?

Tak hairan mengapa tak sedikit yang hidupnya dalam mewah, 
jatuh cinta pada anak nelayan yang tak punya apa-apa.
Tak hairan mengapa tak jarang si rambut perang warga metropolitan,
terkejar-kejarkan anak dara kampung berbaju kurung, berkain batik.
Tak hairan mengapa jutawan hartawan juga karyawan,
ada yang memilih pulang ke desa pada usia emasnya. 

Sebab tak semua perkara, 
dapat dibeli dengan harta, 
ditebus dengan perhiasan,
dipajak dengan kecantikan. 

Pada akhir cerita, yang indah itu tak terbeli. 

Sebuah kecukupan yang mententeramkan nurani :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puncak, Apa Ertinya ?


"Apabila sesuatu kuasa itu sudah terlalu berkuasa, maka saat kejatuhannya benar-benar sudah hampir tiba."

Sebaris ayat itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan Athirah tersentak. Buku koleksi kata-kata mutiara yang sedang dibacanya ditutup rapat. Cermin matanya dibetulkan seraya merenung jauh. Benar rasanya kata-kata itu. 

Ya, dahulu dia di bawah, ketika dia belum meyerlah dalam pasukan bahas. Ketika dia belum menyertai acara boling. Ketika dia belum mula mengembangkan bakat penulisannya. Waktu itu, apabila dia cuba bersuara, orang ramai tidak peduli. Malah dia akan mendapat label yang tidak sewajarnya, seperti 'tunjuk lagak' dan 'pulun'. 

Pengalaman lalunya benar-benar mendewasakannya. Dia pernah difitnah, dipulaukan tanpa sebab yang jelas, dihina, dikhianati ... semuanya pernah. Ketika itulah zaman kejatuhannya. Zaman kegelapan untuk hatinya. Saat dia mempunyai suara tetapi tidak mampu meluahkan. Ya, adat orang minoriti ditindas dalam diskriminasi pihak majoriti. 

Perasaan fobia lantaran suara tidak dihiraukan itu menjadikannya kurang berkeyakinan, selalu merasakan dirinya tidak diperlukan. Segala yang mampu dilakukan dipendam. Dia sudah baik dengan kakak-kakak bahas seperti Kak Diyana, sama sekali dia tidak mahu mencalarkannya, biarpun mereka yang memujuknya supaya menyerlahkan potensi. Dia tidak tahu siapa yang jujur padanya dan siapa yang mengkhianatinya. Lantaran itu, banyak nasihat yang diabaikan.


*************

"Tak nak cubakah hantarkan karya ini ke mana-mana syarikat?"tanya Nurina setelah membaca novel pendek Athirah, yang ditulis untuk program pascaPMR. Apa lagi, Athirah terdiam. Mindanya berputar ligat, tetapi saat itu dia memilih untuk diam. Soalan itu dibiarkan sepi. 

'Dulu pun, Nabilah mahu aku berjaya begini. Janjinya hendak bantu aku mencari mana-mana laman web yang mencari penulis. Tetapi? Akhirnya dia khianati aku. Dia sama dengan orang lain yang benci aku. Nurina, kau pun nak jadi macam diakah?'bisik hati Athirah. Benar, itu namanya bersangka buruk. Tetapi siapa yang tahu itu kesan psikologi yang pernah dialaminya dahulu? 

Air matanya bergenang. Dia sayang Nurina. Baginya Nurinalah sahabat yang membimbingnya biarpun setahun lebih muda daripadanya. Nurina yang setia membaca semua karya picisannya jika diberi, bahkan selalu meminta. Nurina yang menghargai hasil tulisannya. Lama sudah dia tidak menemui rakan perempuan yang ikhlas terhadapnya. 

Lantas dia melangkah pulang, enggan air mata itu dilihat Nurina. 


*******

Kau tahu, tadi ada junior, Nurina Izzati mahu aku terbitkan karya aku. Novel pendek yang aku ceritakan pada kau tempoh hari. -Athirah

Mesej itu dihantar kepada Adha. Tidak perlu lama, sebentar sahaja mesej balasan sudah diterima. Memang begitulah Adha, rakan yang sedia mendengar celotehnya, bahkan masalah keluarga pun Adha maklum tentangnya. Jujur dia hargai rakan sebaik Adha. 

Baguslah kalau begitu. Aku pun hendak tengok kau berjaya. Aku tahu kau sememangnya penulis yang berbakat. Aku baca semua karya kau, kan? Aku suka. -Adha

Malu pula dia membaca pujian Adha. Sejak dahulu lagi lelaki itu selalu memuji karyanya. Dia pun pening sama ada pujian itu ikhlas atau bodek. 

Banyaklah kau punya bagus. Kalau diterbitkan, habis satu sekolah tahu fasal karya tu. Aku tak nak dengar dah orang label aku bukan-bukan. Serius. T__T -Athirah

Haih, mana ada. Mengarutlah kau ni. Aku rasa tak ada masalah.-Adha

Kau buat macam tak pernah dengar apa orang cakap fasal aku.-Athirah

Buat tak tahu sudahlah. Ini aku nak tanya, apa pelajar baru tu buat pada kau?-Adha

Athirah tergelak sendiri membaca mesej tersebut. Pasti Adha maksudkan perihal Ammar, pelajar baru yang tadi berbual dengannya. Lelaki itu lawaknya memang kasar sedikit, tetapi dia tidak ambil hati. Tahu sangat perangai lelaki  kalau bergurau. Selagi tidak melampaui batas, Athirah tidak ambil peduli. 

Tak ada apalah. Gurau biasa saja. -Athirah

OK. Kalau dia buat perangai pelik-pelik, beritahu aku. -Adha

Mesej itu dibiarkan tidak berbalas. Athirah malu, bahkan bimbang. Fikirnya lelaki itu sudahpun melupakannya, tetapi sikap protektifnya tetap ada. Dahulu, dia pernah menolak perasaan lelaki itu terhadapnya. Saat itu, dia rasa dirinya kejam, seolah-olah mempergunakan lelaki itu tetapi menolak perasaan daripadanya. Biarpun semuanya tanpa niat.


*******

"Kau dengan Adha tu ada apa-apakah?"tanya Aisya, semasa mereka berbual-bual. Kerap benar nampaknya Athirah berbalas SMS dengan Adha. 

"Mana ada. Kami cuma kawan. Kau kan tahu hal dulu?"tanya Athirah pula. 

"Kau tak terfikirkah nak terima saja dia? Lama kamu berdua berkawan rapat, dan dia pun memang suka kau. Kau pun belum ada sesiapa,"sela Aisya. Jujur dia hairan dengan sikap Athirah. 

"Atau ... kau masih tunggu Syu'ib?"pertanyaan itu tidak berjawab. Athirah menggigit bibir. Jujur, itulah sebab sebenar mengapa dia menolak semua hubungan dengan mana-mana lelaki termasuklah Adha yang diketahuinya jujur terhadap dirinya. 

"Aku tak dapat memilih selain daripada dia. Jadi kau faham sahajalah. Lagipun , seikhlas hati aku belum bersedia hendak serius dengan sesiapa. Aku cuma suka Syu'ib, tetapi alhamdulillah kerana ketidaksediaan aku barangkali Allah takdirkan begini,"jawab Athirah ikhlas. Fikirannya melayang, teringat pada Syu'ib yang sering saja tidak mempedulikannya. 

"Kau masih hidup dalam bayang diakah? Macam tidak berbaloi sahaja kau buat begini. Dia tak pernah pedulikan kau pun,"tegur Aisya. Dia bengang dengan sikap Athirah yang terlebih sabar. Dia mahu apa lagi yang berlaku barulah dia berhenti menunggu Syu'ib? Sudah ada Adha di depan mata pun dia buat tidak endah sahaja. 

"Kau nak aku terima Adha kan sebenarnya? Masalahnya aku tak boleh. Aku tak suka sesiapa selain Syuib. Itu kau kena faham, sebab Adha pun faham,"tegas suara Athirah. Ya, Adha tahu berkenaan kewujudan Syu'ib dalam hidupnya. 

"Kau beritahu Adha?"

"Ya. Dan dia faham. Kau tidak,"ujar Athirah lalu mengemas barang dan berlalu pulang ke asrama. Lagi lama dia menunggu lagi banyak masalah akan timbul. Dia malas hendak berdebat lama dengan Aisya. Bukan di situ tempat berlatih debat, dan itu bukan usul yang relevan untuk diperdebatkan.

"Kau gila, Thirah. Benar kau gila buat begitu,"keluh Aisya. Tidak kasihankah Athirah akan Adha?

Apa perasaan Athirah, andai sahaja Syu'ib menceritakan kepadanya bahawa Syu'ib menyukai sahabatnya, sebagai contoh, Aisya?

*********

Cerpen aku yang kelima sudah hampir siap. Seronoknya! - Athirah

Baguslah kalau begitu. Nanti aku mahu baca-Adha

Cuma satu yang aku sedih.-Athirah

Apa?-Adha

Syu'ib. Sampai sekarang aku tidak dengar khabar dia. Dia senyap sangat-Athirah

Adha terdiam sebentar. Rupanya Athirah tidak pernah berubah. Sama sahaja sejak dahulu hingga kini. Masih setia pada lelaki bernama Syu'ib, yang Adha sendiri tidak kenal. Perkara yang Adha tahu, lelaki itu telah lebih dahulu mendapatkan hati Athirah sebelum Adha mula merapati Athirah.

Perkara yang pasti, Athirah tetap tidak berperasaan padanya. 

Kita tak boleh nak paksa seseorang tu menghubungi kita, merapati kita. Doakanlah yang terbaik untuk dia kalau kau suka dia. Insya-Allah kalau dia tak dengar pun, Allah dengar-Adha.


Athirah membaca mesej itu dengan mata yang bergenang. Sungguh, dia tidak dapat memaksa Syu'ib mendekatinya. Air matanya bergenang lagi. Tidak tahu punca, tetapi dia tahu hatinya ingin memiliki Syu'ib suatu hari nanti. Mungkin cuma mimpi,tetapi Athirah tak rela mimpi itu diragut pergi. 

Hidup dalam kenangan dan bayangan itu sakit kerana kita tahu semuanya tak tergapai,
tetapi yang lebih sakit adalah apabila kenangan dan bayangan itu dirampas pergi.

Berbekalkan sepotong ayat yang tak lain tak bukan bercerita tentang dirinya sendiri, sebuah lagi cerpen ditulis. Sebuah cerita dibayangkan hanya dengan sepotong ayat itu. Ya, itu cara Athirah menulis. Tibanya ilham sepotong ayat, maka fikirkan sebuah cerita. 

**********

"Ina suka baca semua novel dan cerpen Athirah. Cubalah hantar ke mana-mana syarikat. Mana tahu Athirah boleh berjaya,"sekali lagi Nurina mengutarakan cadangan yang sama. 

"Em, bolehlah. Tunggu semua sudah siap baru Athirah cuba nasib,"buat kali pertamanya Athirah menyatakan persetujuannya untuk mengetengahkan karyanya. Semuanya kerana pujukan Nurina dan Adha. Ya, mungkin juga ramai yang mengeji, tetapi seperti kata Nurina, jika kita melakukan sesuatu kerana Allah, maka Allah juga akan tolong kita. 

Perkara yang pasti, Athirah akan menjaga penulisannya, biar kekal atas landasan yang dibenarkan syarak. Jika menulis cerita cinta pun, biarlah terkesan di hati masyarakat untuk menjauhkan cinta maksiat. Semampu boleh ingin diyakinkan semuanya tentang manisnya cinta berlandaskan syariat, dan betapa dustanya cinta maksiat. 

Pada hakikatnya, perkara yang ditulis itu nanti akan dipertanggungjawabkan pula ke atasnya. Jika maksiat yang ditulis, dosalah ke atasnya. Maka di situ sebenarnya berat tanggungjawab seorang penulis, bukan sekadar bersenang-lenang mengarang cerita dan memikir plot. Lebih daripada itu. 

Menyeru, bukan menghukum. Maka tulisannya perlu adil. Jika ada yang mengeji tanpa berhemah, mereka sebenarnya menghukum tanpa pengadilan.

'Ya Allah, jika tulisanku mengundang murka-Mu, maka aku rela segala tohmahan dilempar ke atasku agar aku tidak alpa.'

**********

Alhamdulillah! Hanya itu yang mampu diungkapkan ketika membaca e-mel dari syarikat penerbitan, memaklumkan bahawa proposal Athirah telah diterima. Kepada Nurina dan Adha dikhabarkan berita gembira itu sebagai dua orang pertama. 

Assalamualaikum. Alhamdulillah proposal itu sudah diterima. Terima kasih banyak atas sokongan selama ini.-Athirah

Nurina kelihatannya amat gembira dan masih sudi memberikannya tunjuk ajar seperti dahulu. Athirah amat terharu dan bersyukur kerana dikurniakan sahabat sebaik itu. 

Waalaikumussalam. Alhamdulillah. Aku amat berbangga ada kawan macam kau. Semoga sukses selalu. Kan aku dah cakap kau mampu. Aku sentiasa sokong kau :)-Adha

Athirah terkedu untuk kesekian kalinya. Adha terlalu memahaminya. Selalu ada dengannya. Beberapa kali dia pernah menangis di gagang telefon sewaktu berbual dengan Adha. Tetapi lelaki itu tidak pernah merungut apatah lagi tidak menghiraukannya. 

Sebentar Athirah teringatkan Syu'ib. Khabar gembira itu tidak disampaikan pun kepada Syu'ib. Sejak mula, Syu'ib tidak pernah tahu dia menulis. Syu'ib tidak banyak tahu tentang dirinya. Dia pun tidak banyak tahu tentang Syu'ib. 

Semuanya kerana Syu'ib banyak menjarakkan diri. Bahkan pernah membuatnya menangis kerana kata-katanya. 

***********

Jangan cakap dengan aku tadi aku nampak kau menangis sebab Syu'ib.-Adha

Er, maaf tapi memang benar. Aku teringat kata-katanya. Aku teringat kata-kata gurunya. Aku masih sedih dan terhina. Semua orang anggap aku tak layak dengannya. Aku tahu dan aku faham. Tapi hati aku tetap ingin dia maka aku tak mampu lepaskannya.- Athirah

Dengan air mata yang masih berjuraian, Athirah menaip mesej tersebut dan menghantarnya kepada Adha. Ya, dia tidak mampu menerima kenyataan. Dia tidak betah mendengar kata orang yang menghinanya. 

Kata seorang guru kepada Syu'ib, berhentilah menunggu Syu'ib kerana Syu'ib tidak akan mahu perempuan sepertinya. Pasti Syuib ingin yang jauh lebih baik daripadanya. 

Syu'ib sendiri, sebenarnya pernah menempelaknya. Sakitnya rasa itu masih belum hilang. 

Tetapi, kenapa perasaannya tetap pada Syu'ib?

Itulah soalan yang tidak mampu dijawab oleh Adha dan Athirah. 

************

"Kau tak rasakah yang diri kau kejam sekarang? Dah berapa lama dia tunggu?"tanya Aisya kepada Athirah. Dia benar-benar kasihan akan Adha. Sampai sekarang Adha masih menjadi teman baik Athirah, yang pada hematnya cuma dipergunakan oleh Athirah. 

"Aku mengaku, aku rasa aku kejam. Aku kejam sebab terus menerima kebaikannya tetapi tidak perasaannya. Tetapi kau pun kena faham, perasaan ini bukannya benda boleh dipaksa-paksa. Aku tak dapat terima dia sebab hati aku tak ada pada dia,"jawab Athirah yakin. Lama sudah dia memendam perasaan itu. Ingin sekali dia luahkan, bahawa dia kasihankan Adha. Dia mahu Adha mencari kehidupan sendiri. 

"Kau tak mahukah cuba buka hati untuk dia?"tanya Aisya sekadar mencuba. 

Athirah menggeleng, lantas menjawab. 

"Tidak. Aku tak mampu. Dan selebihnya aku berserah. Aku doakan dia mendapat orang lain yang jauh lebih baik daripada aku. Aku doakan dia temui yang terbaik untuknya, aku tahu itu bukan aku."

Sejurus kemudian, Athirah berlalu pulang dengan hati yang lega. Sekurang-kurangnya tidaklah berat sangat hatinya terbeban dengan rasa bersalah. Ya, dia mahukan yang terbaik untuk Adha, bukan lagi terbelenggu dengan dirinya.

Sejak itu, semakin jarang Adha dan Athirah berhubung. Athirah sedikit lega. Harapannya Adha tidak lagi menantinya, biarpun sedikit sebanyak Athirah terasa juga kehilangan sahabatnya itu.

*********

Dalam kesibukan,
kita seringkali mula hilang kemesraan dengan mereka di sisi.
Tak rasa bersyukur, tak rasa berbangga 
mempunyai bahu sedia untuk kita bersandar. 
Pejamkan matamu, lihatlah di hatimu
semua kasih terhimpun dibiarkan terkurung.
Jadi luahkan, sekarang luahkan. 

Lirik lagu Tiga Kata nyanyian KRU itu membuatkaan Athirah terhenti daripada menaip manuskripnya yang terbaru. Seketika dia tersandar di kerusi kerjanya. Tidak dapat dinafikan, lirik itu tepat mengenai batang hidungnya. 

Dia, Nurina dan Adha terlalu sibuk barangkali sehingga lama tidak berhubung. Athirah menggigit bibir. Dia kini sedang meningkat naik sebagai penulis. Adalah sesuatu yang amat menyedihkan apabila kesibukannya menulis telah merenggangkan hubungannya dengan rakan-rakan. Tambahan pula pertandingan bahas telah berakhir dan kakak-kakak senior pula sudah ke pusat pengajian tinggi. Persahabatan terasa semakin hambar.

Agak lama Athirah terdiam, lalu dia menghentikan dahulu kerja menulis manuskripnya itu. Laman Facebook dibuka. Ketika memerhati perkembangan rakan-rakannya, dia terkejut melihat profil Adha. 

Muhammad Adha is in a relationship with Nur Syahira. 

Syahira mana pula ni, fikir Athirah. Lantas dia melihat profil gadis itu. Rupa-rupanya pelajar junior sekolah mereka juga. Namun Athirah sedikit hampa. Nampaknya hubungan Adha dan Syahira kelihatan sedikit mesra dan kurang mematuhi syariat. Sudah pandai pula tangkap gambar berdua-duaan. Sikap Adha pun kelihatannya tidak seperti ketika bersahabat dengannya dahulu. 

Benar, semua orang berubah. 

Apa-apapun , terdetik juga rasa bersalah di hati Athirah. Adakah kerana dia terlalu pentingkan diri sendiri hingga tidak menghiraukan perasaan Adha, hingga akhirnya sampai jadi begitu?

Athirah akui, hatinya tiada rasa pada Adha melainkan seorang sahabat. Dia cuma terkilan dengan perubahan Adha. Dia cuma rasa bersalah.

Jauh di sudut hati, Athirah sedar, pasti ada balasan untuk dirinya.

************

Athirah menangis di hadapan komputer riba. Benar, balasan untuknya ada. Setiap saat dia menipu dalam perbualannya dengan Kak Diyana. Setiap saat ... dia berpura-pura gembira biarpun tuhan sahaja yang mengerti sakitnya hati. 

Syu'ib ada meluahkan perasaan pada Kak Diyana. 

Tahniah untuk aku, bisik hati Athirah. Cukup ! Dia sudah terima balasan atas semuanya. Cerita-cerita Kak Diyana saban hari  sudah lebih daripada cukup untuk menyeksa dirinya. 

Semuanya berlaku terlalu pantas. Dia yang selama ini tidak pernah tergerak hati untuk menyebut nama Syu'ib di hadapan Kak Diyana, akhirnya tanpa sebab bertanyakan hal Syu'ib pada Kak Diyana, dan mendapat tahu berita melukakan itu. 

Ya, Kak Diyana dan Syu'ib masih rapat. Biarpun luahan Syu'ib tidak diakhiri sebarang penerimaan atau penolakan. Athirah? Cuma mampu mendengar khabar berita daripada Kak Diyana. 

'Ya Allah, benarlah. Memang Engkau membalasku dengan setimpal.' 

Kini, Athirah boleh dikatakan berada di puncak. Karya-karyanya mula mendapat perhatian. Laman webnya semakin kerap dikunjungi. Dia berada di puncak karier, mercu kejayaan. 

Tetapi, tiada Adha. Kehilangan Syu'ib. 

Sejak berita itu diketahui, bahkan seringkali mendapat tahu perihal keakraban Kak Diyana dan Syu'ib, sungguh ... Athirah akan terhenti menulis dua tiga hari. Kesedihannya menguasai diri. 

Puncak , apa ertinya?

Andai sahaja dia mampu pulang ke Disember lalu, pasti tidak akan dia lukai Adha seteruk yang dilakukannya. Back To December - Taylor Swift beralun di telinga. Segera dia teringat, bertemu Adha di jalanan. Kini Adha nampaknya bahagia dengan cara sendiri bersama Syahira.

Cuma, dia tidak sendiri. Ada Nurina dan rakan-rakan bahas, yang sedia membimbingnya. Setelah semua luka, ingin dia berhijrah. Cukuplah melukai dan dilukai. Barulah dia sedar hikmah perbatasan laki-laki dan perempuan. 

"Ya ... Kak Diyana lebih patut mendapatkan Syu'ib. Dia lebih layak, lebih beragama daripadaku. Dan dia selalu mampu buat Syu'ib tersenyum, sedangkan aku cuma menekan fikirannya saat aku luahkan perasaan padanya."

Air mata mengalir lagi. Hakikat ... tetap hakikat. Dua orang itu dikatakan sesuai adalah apabila kehadiran salah seorang sahaja cukup untuk mengukir senyum di bibir yang seorang lagi, walau saat dirundung masalah.

********

I'm so glad you made time to see me
How's life? Tell me, how's your family?
I haven't seen them in a while

You've been good, busier than ever
We small talk, work and the weather
Your guard is up, and I know why

Because the last time you saw me
Is still burned in the back of your mind
You gave me roses, and I left them there to die

So this is me swallowing my pride
Standing in front of you, saying I'm sorry for that night
And I go back to December all the time

It turns out freedom ain't nothing but missing you
Wishing I'd realized what I had when you were mine
I go back to December, turn around and make it alright
I go back to December all the time

These days, I haven't been sleeping
Staying up, playing back myself leaving
When your birthday passed, and I didn't call

Then I think about summer, all the beautiful times
I watched you laughing from the passenger side
And realized I loved you in the fall

And then the cold came, the dark days
When fear crept into my mind
You gave me all your love, and all I gave you was goodbye

(chorus)

I miss your tan skin, your sweet smile
So good to me, so right
And how you held me in your arms that September night
The first time you ever saw me cry

Maybe this is wishful thinking
Probably mindless dreaming
But if we loved again, I swear I'd love you right

I'd go back in time and change it, but I can't
So if the chain is on your door, I understand
(chorus)
I go back to December, turn around and make it alright
I go back to December, turn around and change my own mind
I go back to December all the time, all the time






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Yang Terbaik Hanya Milik-Nya

"Ke manalah agaknya Iqa pergi? Aku cakap kalau dah lega telefon aku, aku hantarkan dia balik. Degil juga budak ni," Azlan merengus geram. Jemarinya digenggam menjadi penumbuk. Sudahnya dinding bangunan menjadi mangsa. Akhir sekali, tangan sendiri juga yang sakit. 


Azlan berundur masuk ke bangunan apartmen itu. Dia tahu tidak ada guna pun dia cuba mencari Syafiqa dalam gelap malam begitu. Nampak sangat sejak awal Syafiqa enggan menerima bantuannya. Lelaki itu akhirnya masuk ke kawasan balkoni rumah apartmennya itu dan terus duduk di lantai sambil matanya meliar ke persekitaran. Cuma ketenangan saja yang diinginkan sekarang. 


'Gadis kebal'. Nurul Syafiqa. 

********

"Kau kalau nak balik barang dalam beg kau ni, bayarlah dulu duit aku. Ingat senang-senang aku nak tolong kau?"sinis suara Imran menyindir. Tangannya memegang beg kecil milik Azlan. Dia tidak kisah memegangnya tidak terlalu erat. Dia tahu, Azlan bimbang barang dalam beg itu terdedah di hadapan orang ramai. Jika perlu, boleh sahaja itu menjadi senjata untuk melemahkan Azlan.

"Aku dah cakap, sebulan dua ni memang aku tak untung. Aku nak bayar kau dengan apa? Duit makan pun aku tak bawa sebab nak kumpul duit bayar kau,"

"Macam ini punya hal, aku tak dapat nak tolong. Duit tetap duit. Aku tunggu kau dua hari lagi,"ujar Imran lalu berpaling untuk berlalu. Namun dia kaget. Beg di tangannya sudah ditarik dengan selamba. Seketika kemudian, beg itu sudah kembali ke tangan Azlan. 

"Ambil ni. Lain kali jangan mengalah senang sangat,"tegur gadis berpakaian sukan dan bertudung hitam bermanik jernih. Tangannya menghulurkan beg tersebut kepada Azlan. Azlan mencapai beg itu walaupun teragak-agak.

"Aku tak tahu apa harta dalam beg itu, tapi jaga elok-elok."

Kemudian gadis itu terus berlalu tetapi sempat pula ditahan oleh Imran. 

"Hei, biadab! Nama kau siapa?"

Gadis itu berpaling seraya menjawab,

"Nurul Syafiqa."

Sedikit pun tidak nampak gentar. Imran pula yang terkedu. Padanya gaya Syafiqa yang tidak makan saman itu amat mengejutkan.Langsung dia tidak peduli dengan siapa dia bercakap. Kemudian, Syafiqa berlalu dan hilang dari pandangan. 

"Jangan ingat kau boleh lepas, biadab."

*******

"Syafiqa!"laung Azlan. Bukan main susah dia hendak menjejak Syafiqa sebentar tadi. Dia mahu berbual sebentar dengan 'gadis kebal' itu. Syafiqa berpaling. Raut wajahnya sama, tidak beriak. 

"Ada apa?"tanya Syafiqa. 

"Terima kasih atas pertolongan semalam. Ini untuk awak,"hulur Azlan. Jujur dia malu. Ini kali pertama dia memberi hadiah kepada perempuan selain ibu dan adiknya. Namun dia mahu berterimakasih pada Syafiqa.


"Saya tolong awak bukan sebab nak hadiah. Ini bukan hari Valentine dan kalau ya pun saya memang tak minat nak sambut. Boleh saya pergi dulu?"selamba Syafiqa berkata sebelum dia berlalu meninggalkan Azlan. Terpaku Azlan dibuatnya. 


"Benar kata orang. Dia memang gadis kebal,"gumam Azlan. Selalu dia mendengar orang memanggil Syafiqa begitu, tetapi tidak sangkalah pula sikapnya sampai begitu sekali. Memang tahan godaan. Memang melukakan!

Namun, terdetik di hatinya, semudah itukah Imran akan melepaskan orang yang mencabar egonya? Risau mula bertandang. 


********


"Helo, bro." 


Azlan berpaling. Suara itu ... Imran. Dia tidak terperanjat. Lelaki itu selalu ada di mana-mana. Cuma yang diharapkannya, jangan sampai Syafiqa pula dijejaki.


"Aku tak datang nak tuntut hutang hari ni. Aku nak bagi kau tawaran."


Meremang bulu roma Azlan dibuatnya. Sungguh ... dia tidak sedap hati. 


"Tawaran apa?"


"Aku bagi potongan 80% daripada hutang kau berserta bunga, dengan syarat kau bawa Syafiqa ke tempat aku,"senyuman sinis terukir di bibir Imran. Benar telahan Azlan, Imran tidak akan mudah melepaskan Syafiqa. Gadis itu telah merendahkan egonya ke tahap paling bawah dengan tindakannya tempoh hari. Wajah Azlan serta-merta berubah. 


"Maaf,tawaran ditolak. Aku rela bayar kau sedikit-sedikit macam sekarang,"tegas suara Azlan. Dia sendiri tidak percaya dia melawan kata samseng yang bersandar di dinding bangunan itu. Sedangkan boleh jadi pistol pun dibawa Imran. 


Imran ketawa kecil. Bertambah sinis senyumannya. 


"Hebat, hebat. Ok, tawaran aku ditolak. Tidak mengapa. Cuma kau tolong aku, kirim 'salam perkenalan' pada budak itu. Kau tahu apa akibatnya cari fasal dengan budak Hardcore kan?"kata-kata akhir Imran membuat Azlan tersentak.


'Salam perkenalan' bagi definisi Imran ialah, 'Aku sedang buru kamu.'


******


"Syafiqa, ikut saya. Saya ada benda nak cakap,"ujar Azlan kelihatan agak panik. Syafiqa buat tidak endah. 


"Ada apa? Cakap saja di sini. Tempat terbuka,"tegas suara Syafiqa. Pelik juga dia. Tempoh hari beri hadiah, ini apa pula?


"Awak kena ikut saya. Ini soal keselamatan awak,"


"Keselamatan? Awak merepek apa ni?"Syafiqa bertambah bingung dengan perangai Azlan. Sejak bila aku ada upah pengawal peribadi tidak bertauliah ini?


"Awak dengar sini. Imran tengah buru awak fasal awak tolong saya tempoh hari. Tak pernah ada lagi orang berani campur tangan hal samseng tu di kawasan ini. Ego dia dah tercabar dan dia cari awak,"ujar Azlan sedikit panik. Dia sebenarnya mahu bercakap di kawasan sunyi supaya tidak dilihat orang-orang Imran.


"Oh, fasal dia. Tidak mengapalah. Itu bukan alasan untuk saya ikut awak ke sana ke mari,"tepat dan jelas ayat Syafiqa. Jujur Azlan tidak mampu uruskan gadis sebegini. Nama pun 'gadis kebal'.


Syafiqa terus berlalu, tetapi kali ini dia sempat berpaling. 


"Terima kasih atas perhatian awak, tetapi saya rasa saya tidak pernah mengupah pengawal peribadi setakat ini. Harap awak faham. Saya tak selesa diapit lelaki,"jelas. Muktamad. Azlan terdiam, tetapi dia tetap mahu melindungi Syafiqa. Gadis itu sebenarnya tidak kenal kumpulan Hardcore. 


Dan ... kedengaran deruman motosikal. Motosikal itu memecut laju ke arah Syafiqa. Azlan sempat menarik gadis itu ke tepi, dan kedua-duanya tersungkur di bahu jalan. Namun kaki dan tangan Azlan cedera agak teruk berbanding Syafiqa. Pedih menjalar ke semua urat sarafnya. 


Ketika itu, lelaki yang menunggang motosikal itu turun dan terus menarik tangan Syafiqa. Sempat gadis itu menepis. Ternyata bukan calang-calang orang gadis itu. Bunga silatnya mula kelihatan. Sesuatu yang amat janggal, perempuan bertempur dengan lelaki. Zack, lelaki bermotosikal itu, tidak menjangka pertarungan sedemikian akan berlaku. Azlan pula terkedu. Sekarang, siapa yang melindungi siapa?


Kehandalan Syafiqa menepis serangan demi serangan serta membalas balik sepakan Zack, akhirnya memaksa Zack menggunakan ilmu persilatannya. Asalnya sedikit pun dia tidak berniat menggunakan kudrat sepenuhnya, memikirkan yang diburunya itu perempuan. Tetapi jika begini, dia perlu menggunakan persilatan jika tidak mahu ditewaskan. 


Dua pesilat bertembung, tetapi nyata kudrat Syafiqa tidak setara kudrat lelaki berbadan tegap seperti Zack. Kaki dan tangan yang panjang serta susuk tubuh yang tinggi memberi kelebihan kepada Zack. Lama Syafiqa bertahan, tetapi ternyata dia dahulu yang kehausan tenaga, memberi kesempatan kepada Zack untuk melepaskan sepakan tepat di perut gadis itu. Tujuannya cuma satu, melumpuhkan pergerakan Syafiqa. 


Kali ini, Azlan campur tangan melihatkan Syafiqa tumpas. Pertempuran yang agak sengit berlaku. Jujur, Azlan tidak tahu dari mana datangnya kekuatan untuk dia melawan Zack. Dia yang selama ini sentiasa lemah. Kekuatan yang datang dari fitrahnya sebagai lelaki, ingin melindungi. Kekuatan yang datang dari amarahnya yang meluap-luap. Ternyata Zack berjaya ditumpaskan. 


Tiada pilihan selain bergegas, Syafiqa yang pengsan dibawa ke apartmen miliknya. Lewat seminit, pasti orang-orang Imran sudah tiba.


******


"Mmm ..." gumam Syafiqa. Seketika kemudian dia mengerang kesakitan. Tendangan di perut itu masih terasa kesakitannya. Hendak bangun berdiri pun rasanya dia memang tidak berdaya. Memorinya yang bagaikan bersepah mula berkumpul kemas untuk dia mengingati peristiwa sebelum itu.


"Awak dah sedar?"soalan spektakular drama Melayu. Nampak jelas kan gadis itu sudah buka mata?


"Ya. Aku di mana? Boleh benarkan aku balik? Kau kurung aku di mana ni?"hilang bahasa 'awak' yang digunakan Syafiqa. Mungkin mindanya belum stabil atau dia panik melihat dirinya berada sebilik dengan lelaki asing. Oh, mungkin bukan bilik. Mereka di ruang tamu. Dia terkulai di sofa sementara Azlan duduk di meja makan. Jarak yang jauh, tetapi tetap tidak menyenangkan. 


"Boleh bangun?"duga Azlan. Dia mahu ketawa sebenarnya. Bukannya dia tidak tahu, Syafiqa itu hendak bangun pun belum mampu. Ada hati hendak pulang pula. 


Syafiqa cuba bangun, tetapi ternyata perutnya amat sakit. Kepala pula masih pening. Kalau berjalan, dia hanya perlu tiga saat untuk rebah dan pengsan semula. Sudahnya dia kekal berbaring, tetapi dengan keras dia bersuara. 


"Beritahu aku kita di mana, dan sebab kau perlu berada serumah dengan aku."


"Kau ada di apartmen aku. Aku terpaksa bawa kau ke sini. Kau pengsan tadi. Aku bukan sengaja nak serumah dengan kau. Aku tengok-tengokkan kau saja dulu. Kalau kau dah sedar sekarang, aku keluar dulu ke apartmen sebelah. Nanti kalau dah lega telefon aku. Aku hantar kau balik. Itu atas meja, aku letak nombor telefon aku, air panas satu termos, dan sup cendawan panas untuk kau hangatkan badan. Ubat tahan sakit pun ada. Aku keluar dulu, nanti kena cekup kahwin percuma pula. Kau nakkah suami macam aku?"seloroh Azlan sebelum meninggalkan Syafiqa sendirian. Syafiqa pula dalam lemah menahan geram. Boleh tidak kalau aku mandikan lelaki ini dengan air panas ataupun sup panas itu? Masalahnya aku tidak larat. 


Selepas Azlan keluar, Syafiqa terlelap seketika. Apabila bangun ,tubuhnya lebih bertenaga. Dia menghirup sup panas yang sudahpun suam serta air panas. Ubat tahan sakit tidak disentuhnya. Dia tahu, banyak mudaratnya memakan ubat tahan sakit. Buah pinggang memang terkesan. Belum lagi dikira kesan sampingan yang lain. 


Dia sudah mampu bangun, lantas diambil barang-barang miliknya dan berlalu keluar. Rasanya dia cam kawasan apartmen ini, tidak jauh dari rumahnya sendiri. 


Azlan? Tidak dihubungi.


******


Azlan berasa aneh. Sudah pukul lapan malam dan tiada khabar daripada Syafiqa? Teruk sangatkah sakit gadis itu? Nyata, apabila ke apartmen dia mendapati Syafiqa sudah tiada.
Apabila turun ke bawah, gadis itu juga sudah tiada. Azlan merengus geram. Syafiqa benar-benar menempah bahaya. 


Mentang-mentanglah kuat, fikirnya. 


Dia benci Syafiqa. Dia marah. Tetapi dia risau. Dia mahu lindung gadis itu. Benar, perasaannya gila. Apakah rasa ini?


*******


"Semalam kenapa balik terus tak beritahu saya, Syafiqa?"tegur Azlan sedikit keras apabila mereka terserempak lagi. 


"Saya sudah sihat waktu itu. Saya boleh balik sendiri."


"Saya patut hantar awak untuk keselamatan awak."


"Azlan, awak sedar tidak yang matlamat tak menghalalkan cara? Cara awak salah. Awak nak jaga saya tapi sebenarnya awak ancam saya dan diri awak. Kenapa tak tinggalkan saya dengan mahram saya? Saya takut Allah murka daripada bahaya makhluk-Nya yang tak mampu bahayakan saya tanpa izin-Nya!"marah Syafiqa. Benar, terasa maruahnya melayang apabila teringatkan keadaan semalam.


"Awak sedar tidak yang awak dalam bahaya? Kalau orang-orang Hardcore dapat awak memang nahaslah awak!"marah Azlan. Seketika kemudian bibirnya diketap. Dia sudah tersalah sebut. 


"Hardcore? Pemiutang samseng itu?"tanya Syafiqa. Matanya merenung tajam wajah Azlan.  Azlan? Menyedari dirinya tertangkap, terpaksa mengiakan. 


"Awak hutang merekakah?"tanya Syafiqa keras. Sekali lagi Azlan terpaksa mengakui. 


"Astaghfirullahalazim. Sekarang awak yang cari penyakit, bukan saya. Berapa awak hutang?"
Nombor lima angka itu Azlan sebutkan walau payah. 


"Awak dengar sini, awak tunggu. Saya pinjamkan awak duit, awak bayar semua sekali termasuk bunga duit hutang itu. Kemudian bayar saya perlahan-lahan. Saya tidak kutip bunga. Tak ada gunanya duit banyak tetapi hidup musnah,"bergetar suara Syafiqa memberi arahan. Cukuplah dulu keluarganya maut kerana hal itu, dan akhirnya dia mewarisi harta ayahnya. Tetapi, duit tanpa nyawa apa gunanya pula?


Melihat Azlan diserbu pelik, Syafiqa menceritakan perihal keluarganya. Jujur dia bersedih.Akhirnya,dengan bantuan Syafiqa, selesai juga hutang Azlan dengan Imran. Dengan paksaan Azlan,akhirnya Syafiqa akur meminta maaf daripada Imran. Jujur gadis itu tidak dapat menahan rasa malu, dan mujurlah Imran hanya berniat mahu memberi pengajaran kepada gadis itu semata-mata. Hakikatnya, Azlan dan Syafiqa tidak mungkin tahu, jauh di sudut hatinya ingin sekali mengenali gadis itu.


"Inilah jadinya bila berhutang tak ikut syariah. Islam dah larang pengambilan riba adalah sebabnya. Duit bunga itu ialah riba tahu tak? Tengok, hutang RM1000 boleh jadi sampai lima angka. Riba itu menindas golongan seperti awak,"


Teguran Syafiqa membuatkan Azlan terdiam. Seketika kemudian, soalan Syafiqa menusuk pendengaran Azlan. 


"Dalam beg itu ada apa sebenarnya?"


Lambat-lambat Azlan menjawab, "Saya jual VCD, yang agak kurang sesuai untuk tontonan umum. Tetapi sumpah, saya jual pada orang bukan Islam sahaja. Saya tak ada pilihan. Saya perlu bayar hutang Imran,"


Syafiqa menggeleng-geleng perlahan. "Sudahlah. Lepas ini jangan lagi ulang,"


Azlan mengangguk akur. Gadis kebal itu benar-benar 'mengajar' subjek kehidupan kepadanya. 


*******


"Syafiqa, boleh saya jaga awak? Saya ingin balas budi ... dan ... saya rasa, saya ..."belum habis ayat Azlan, Syafiqa sudah memotong.


"Tidak. Cukuplah Allah jaga saya. Jika memang saya bahaya, pasti Allah kirimkan tentera-Nya. Dia sebaik-baik pemelihara. Awak jangan risau. Allah yang jaga saya. Allah yang akan letakkan saya di tempat yang sebaiknya. Jalan  takdir saya dalam naungan-Nya,"ujar Syafiqa sebelum berlalu pulang. Kakak sulung Syafiqa sudah tiba untuk mengambil gadis itu. 


Azlan terdiam. Nyata tidak sempat dia menghabiskan ayat di lidah, lantas hatinya saja berbicara.


'Awak ... saya rasa ... saya sudah jatuh hati pada gadis kebal.'


Tetapi benar. Allah sebaik-baik penjaga. Maka jagakanlah dia untuk aku dan jagakanlah imanku,getus hati lelakinya. Perlahan dia akur berlalu dan memilih menghormati pendirian Syafiqa. Banyak lagi tanggungjawabnya selaku Muslim yang belum selesai, bukan sekadar cinta. 


Mungkin dia tampak jahat dengan kerjanya, tetapi apabila seorang Muslim mengorak langkah hijrah kerana-Nya, percayalah langkahnya diiringi restu Allah.


********


"Iqa, itu teman Iqakah?"usik Syahidah, kakak kepada Syafiqa. Syafiqa menjeling kakaknya itu. 


"Tidaklah. Banyak tanggungjawab lain, kak. Mana ada masa lagi untuk bercinta apabila tanggungjawab pada Islam belum selesai. Iqa muda lagi untuk ada teman,"jawab Syafiqa tenang.


Benar.Belum masanya, getus hati Syafiqa. 


"Dia suka Iqa kan?"


Syafiqa mengangguk perlahan. Dia tahu. Dia faham maksud Azlan tadi. Dia mengerti. Sengaja dia memotong percakapan itu. Dia tidak ingin mendengar luahan cinta itu. Dia mahu mendengarnya daripada pecinta yang halal. Sekarang bukan waktunya. 


"Iqa suka dia?"Syahidah menduga. Sebenarnya, hatinya kuat mengatakan soalan itu tidak perlu ditanya. Tidak pernah Syafiqa begitu baik dengan mana-mana lelaki.


Diam. Wallahualam, getus hati Syafiqa. Biar Allah yang jaga hatinya. Pilihan-Nya ... sentiasa terbaik.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS