Powered by Blogger.
RSS

Jemput Follow :)

Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Aku Kenal Diakah ? Haha -,-

Apa rasa agaknya kalau pukul 2,3 pagi pendrive hilang, dan kamu terpaksa taip semula semua kerja kursus plus minus 20 m/s, sedangkan deadline pukul 7/7.30 pagi?

Haha. Itulah pengalaman aku baru-baru ini. Masa tu kepala pusing, klik senarai rakan FB yang online, dan tup-tup nampak mangsa ini online.


Yang tengah, pakai cermin mata. 

Kenapa tajuk entri seperti di atas? 
Sebab aku TAK PERNAH kenal dia dalam dunia realiti. 
Aku kenal dia melalui Kak Nadira rasanya. Mukabukulah ceritanya. 

Disebabkan kejahatan yang berleluasa, awal-awal dah cakap dengan dia nak tulis teruk-teruk punya. Haha. Bertuah kan budak ni ? Orang dah tolong lagi nak kutuk. 

Nak kutuk banyak-banyak , tak kenal dalam realiti. 
Nak puji banyak-banyak , pun tak kenal dalam realiti. 

Kalau mudahnya, aku pernah baca blog dia beberapa kali dulu sebelum kes kerja kursus ni, tapi tak adalah banyak sangat aku baca.
Berdasarkan pandangan aku, aku rasa dia orang yang emosi jugak sebenarnya, samada dia tunjuk atau tak. 
And mungkin ada benda yang dia pendam, tak cakap dengan sesiapa atau mungkin dengan orang tertentu saja benda tu dia cakap. Mungkin sesuatu yang berat, itu aku tak tahu. Psychologically burdened.Tafsiran peribadi sahaja. Maaf kalau tersilap :)

Bila aku dah tulis semua ni, memanglah aku takkan bagi link blog dia kat sini. Eh pakcik, jahat2 aku pun aku hormat jugak privasi hang k :p

Aku ada baca post dia pasal 'teman' yang dia kata skandal, dan menurut formula mamat fizik seorang ni, SKANDAL=GOSIP. Apakah ? Haha. Tapi disebabkan aku pun tak berapa nak faham sangat maksud skandal dalam erti kata yang sebenarnya, dan aku pernah dengar orang lain cakap skandal macam gosip, jadi aku pun gelak je lah. Yang kelakarnya, dia SENDIRI pun TAKTAU definisi skandal yang sebenar-benarnya. =="



Nah, ambik hang. Haha. Aku ada cakap nak buat post kontrovesi kan pasal hang kedink oi. 

Aku taktau tinggi hang yang sebenar-benarnya, tapi aku setuju jugak hang ni kedink kalau based on gambar ni. Haha. Kejahatan berleluasa. 

Kenapa aku susah-susah kaitkan dengan gambar ni? Sebab dalam cerita ni di blog dia, aku boleh nampak dia ni tak keras mana. :p okey, macam pak ngah aku rasanya. Stail cakap macam legend keras hati jugak, tapi bila dia cerita kesedihan dia nak tinggal kolej lama dia kat blog, aku cakap, ok fine, he has his own soft spot :D 

Mungkin hang rasa hang tak peduli hal orang, padahal hang peduli. 
Kalau tak for what hang study just untuk ajar orang ? Haha. 
Kalau tak aku tak rasa hang ajaq chess dekat budak2 dan adik hang. 
Bagi aku la, seorang yang gila-gila tak peduli hal orang, egoistik dan cuma kira diri sendiri takkan buat semua tu. 
Dan, hang takkan buat kerja kursus aku (walaupun upah), pastu komplen kat twitter keesokan harinya kata hang pening lalat sebab semalaman tak tidur pasal kerja aku :(

Dan aku rasa dia jumpak turning point dia and on his way towards the better. Aku tau dia bukan tersedia alim warak, tapi aku rasa dia ada something yang jadi turning point. Mudah cakap, moderate. Aku yang kadang-kadang malu. Apa guna kita jadi orang banyak ilmu yang tak usaha pertingkatkan diri, malah boleh jadi yang sederhana tapi nak tingkatkan diri lebih baik dari kita?

Harap hang maintain sebab a-level=overseas.
Satgi balik Malaysia rambut karat, aku pos cat kaler hitam pi rumah hang bagi adik2 hang cat rambut hang hitam pekat. :p

Aku taktau nak kata, tapi dari cerita yang aku cakap dia ni muka legend hati soft spot ni, aku rasa nak kenai dia. Haha. Pelik dak ? Sebab aku ada satu ciri pelik. 

Aku tak suka tengok pemendam. Aku rasa bersalah. Walaupun hakikatnya mungkin orang tu cuma satu sekolah dengan aku tanpa pernah bercakap walau sepatah dan aku cuma tengok dari jauh, no aku tak sampai hati tengok. Mungkin bukan pemendam yang sebenar,tapi kalau mata aku nampak memendam, honestly aku kesian.

I have felt what it is to be alone. 
I have felt what it is to have nobody around that cares for you when all you need is a shoulder to cry on.
I have felt what it is to be something that everyone wants to eliminate.
I have felt what it is to be left out. 

I felt a lot, much and maybe too much. 

Semua pengalaman tu ajar aku untuk lebih kuat. Semua tu ubah aku. 
Aku taknak ada orang jadi macam aku. I hate to see someone alone like what I had feel. 

Maybe hang tak alone pun. Maybe aku silap. Tapi as I said, my own view. :)

Hey pakcik, nah, baca dua di bawah. And a video aku rembat kat youtube khas untuk berleter kat hang. Haha




Lagu ni merupakan lagu yang bukak mata aku, masa aku bermasalah dengan orang sekeliling aku, which I wont mention here what happened to me. Dan lagu nilah jugak yang liriknya ketuk kepala aku untuk sedar, betapa ruginya aku kalau aku tak rapat dengan siblings aku, which is cousins since aku anak tunggal. So I hope you will get some help from the lyrics. Ni adalah berdasarkan something yang aku baca dekat blog hang yang aku ingat-ingat lupa. DAN ni bukannya lagu aku cakap kat hang semua benda ni pulak. Salah faham kang naya aku. 

Enjoy listening ;)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Farewell Post : Specially For You :)

Michelle !!!
My dear 4Sc3 classmate whom I used to disturb everyday :')
You're moving, another big step in your life isn't it?
You're such a nice buddy. ^^
I used to play around with your hair. 
I used to disturb you for Addmath. 
(Not only you, I guess I disturbed everyone for that subject.
Izzat, Fida, Jahizah,Izmir and lot more.
Don't blame me, blame the genius who invented the subject :P)
I used to play around with you, 
disturbed you here and there. 

I am now glad that Cikgu Habibah asked me and Fida to move behind. 
That time I didn't really like it cause I'm used to my old place near the door&window. 
But yeah, I had a nice time there. 

Being in 4Sc3 is always a nice time for me :)

Hey Michelle, sorry for not uploading our photo in the post. 
I got no USB cable provided in the hospital. hehe
But I miss blogging so I write this for you.

Thanks yeah for all the things you taught me. 
All the cheers and jokes. 
You're always a good buddy. 

And of course, sorry for all my mistakes towards you.  
A lot, especially when I start to disturb you.

Can you see everyone already missing you now ? T_T

Take care. I hope we'll meet again.
One warning for you. 

NEVER FORGET 4SC3. :P 


#I'll upload your photo when I get out from this place. -.-



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Belajarlah Memberi Peluang :)

Assalamualaikum~

Baru-baru ini saya selalu sangat lihat dan dengar macam-macam cerita daripada kawan-kawan. Dan dari pengalaman sendiri pun ada juga belajar. Berdasarkan semua yang saya alami dan kawan saya cerita, saya cuma letakkan pendapat di sini sebab saya tak pandai nak sampaikan sendiri. Low communication skill.

Belajar memberi peluang :)

Hari-hari kita jumpa macam-macam jenis orang dan ada tanggapan macam-macam pada orang. Kita ada kenalan daripada pelbagai karakter. Dan tipulah kalau kita tak pernah langsung terlintas rasa tak suka dengan sesiapa. Pasti pernah juga terdetik rasa tak suka, terutama dalam kalangan kawan dan kenalan yang kita tak berapa rapat.

People can be different from what we see,
cause what we see is actually what they want us to see on them~

Setiap orang tu ada kelemahan, dan ada sifat yang bezakan dia dengan orang lain. Memanglah banyak juga orang yang tipikal. Kita tengok A dan B, kita boleh cop terus mereka golongan apa. Tapi mereka juga ada perbezaan satu sama lain.

Pernah tak kita terfikir ...
kalau sebenarnya mereka yang kita nampak jahat tu sebenarnya baik?
Tapi mereka yang tak suka nampak baik?
Atau mungkin mereka tak pandai nak tunjukkan kebaikan mereka dalam kata-kata?
Atau mungkin mereka nampak sombong ke apa sebab mereka cuma tak suka diganggu?
Kalau semua yang kita fikir tu hanya sangka buruk?


Memang, bila kita berkawan, benda yang lebih kita kenal dan ingat ialah benda buruk. Semua orang pun ada sifat macam tu. Nobody's perfect. Jadi memang ada sifat buruk yang kita tak senang pada seseorang tak kira baik macam mana pun orang tu. Cuma bezanya, ada sifat buruk yang orang boleh terima dan ada yang tak boleh.

Tapi, jika kita belajar beri peluang, insya-Allah keadaan bertambah baik. Contohnya, kita mungkin tak suka sikap buruk seseorang tu, tapi kita boleh cuba beri peluang.

*Satu peluang pada diri dia untuk menyerlahkan sikap baiknya yang ada, mungkin tersimpan.
*Satu peluang pada diri kita untuk membuka hati terima baik buruknya.

Tambahan bagi yang remaja, kita masih dalam proses nak bina karakter diri, kuatkan kematangan diri. Jadi kadangkala perangai buruk itu sebenarnya timbul ketika kematangan diri kita belum kukuh.

Pada diri setiap orang itu ada kebaikan dan keburukan. Siapa tahu, orang yang kita rasa ganas dan kasar serta tak tahu menjaga hati orang lain itu juga, pada sisi baiknya ialah seorang yang jujur dan tak suka tikam belakang? Do not be judgemental.

Carilah satu sisi baik pada kawan yang kita tak suka, supaya perlahan kita dapat terima hakikat dia kawan kita. Mungkin lama masanya untuk kita mendalami semua itu, tapi insya-Allah tidak mustahil. Kemudian, perlahan kita luruskan mana yang bengkok pada sahabat kita. :)

Daripada menutup hati terus untuk tidak suka dan benci kepada seseorang, ada baiknya perlahan kita belajar menyesuaikan diri, belajar menerima sahabat seadanya. Siapa tahu, yang kita benci dapat jadi kawan baik setelah kita terima kelemahannya?

Meminggirkan yang salah, bukan penyelesaian.
Mengungkit kelemahan, sekadar menambahkan beban.
Menyakiti, hanya menyalakan perbalahan.

Insya-Allah, jika ada memberi dan menerima, ukhuwah mampu terbina walaupun antara dua kenalan yang saling membenci atau mungkin tak pernah saling berbicara~ :)

*Sahabat yang baik tak akan selalu mengiyakan,
tapi dia akan menidakkan perbuatan kita saat kita ternyata salah.
*Sahabat yang baik tak akan selalu memapah,
tapi dia akan mengajar kita bangun bila kita jatuh.
*Sahabat yang baik tak akan selalu mengikuti,
tapi dia akan tarik kita ke jalan yang betul waktu kita sesat.
*Sahabat yang baik tak akan sentiasa buat kita tertawa,
tapi dia akan buat kita menangis ketika kita layak menangis.
*Dan Sahabat yang baik tak akan sentiasa seiring,
tapi dia akan sentiasa cuba membawa kita ke jalan terbaik :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pasukan Bahas ... Ukhuwah Selamanya! (1)

Pasukan bahas ala parlimen 2011 benar-benar bermakna untuk saya, dan saya pasti semua yang berada dalam pasukan ini juga dapat merasai sendiri betapa istimewanya pasukan ini.

Mungkin kami bukanlah pasukan juara kebangsaan. Mungkin kami bukanlah juara antarabangsa. Mungkin kami bukanlah yang terbaik seluruh Malaysia, mahupun seluruh Kedah. Namun kami tetap satu. Kami yakin, kami adalah yang terbaik dalam pasukan kami semua. Tiada yang terbaik kerana kami semua yang terbaik.

Mungkin kami bukan sehebat beberapa pembahas hebat yang kami temui sebelum ini. Saya secara peribadinya, merasakan ... kami bukan juara berbanding mereka, namun kami tetap juara dalam hati kami masing-masing.

Mungkin pada kalian, kami bukan yang terbaik. Namun kami adalah satu pasukan, malah secara peribadi ... kami mampu menjadi kuat kerana kami adalah satu. Kami satu pasukan. Pasukan bahas SMKSB!

Er... secara jujurnya inilah kali kedua saya membuat penghargaan terang-terangan dalam blog tanpa berselindung. Rakan-rakan bahas, tahniah! Kalian berjaya paksa saya untuk menyebut kalian dalam blog ini walaupun kalian tidak pernah paksa atau minta. Kalian berjaya buka hati saya.

Saya agak berhati dingin juga sebenarnya. Selama ini biar nama siapa pun saya tidak sebut dalam blog ini. Cuma, sejak akhir-akhir ini sahajalah saya mula merasakan lambat laun blog ini pasti akan bertambah pembacanya dan tidak ada guna pun saya sembunyikan sangat blog ini. Buang karan saja!

Kami telah mencuba yang terbaik. Ya, kami akur di tempat kedua. Tetapi kami juara ukhuwah dan usaha! Memang tiada yang mengiktiraf, memang tiada yang menganugerahkan kami apa-apa, tetapi kami sendiri tahu. Kami dapat merasakannya. =)

Maka, entri kali ini ... khas untuk kalian!

APA YANG PENTING? KERJASAMA!
ONE FOR ALL ... ALL FOR ONE
BERGABUNG ... MELETUP!



Pasukan berlima berserta penyokong... biarpun ada yang tiada dalam gambar ini...
kita semua tetap satu!

Senior-senior yang telah melatih kami... masakan kami ke tahap ini tanpa tunjuk ajar kalian...
takkan dilupa... kenangan terindah!



Guru-guru pengiring ... mana Cikgu Zaiton ni???

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Subhanallah.. Luasnya Erti Cinta !

Maaf atas kelewatan untuk membuat satu post lagi yang dijanjikan dalam post sebelum ini. Ana terlalu sibuk baru-baru ini lantaran perjuangan di medan peperiksaan menghimpit ana. Apabila difikirkan rasa macam teruk pun ada. Nampak seolah-olah ana sedang futur (merosot amalan) pula. Rasulullah jauh lebih sibuk berbanding ana, tapi semua itu tak pernah menghalang baginda berdakwah. Astaghfirullahalazim...

Ana tak mahu bertangguh lagi. Janji ana untuk menyimpulkan post yang lalu mesti ana tunaikan walaupun ana sendiri saja yang baca. Tak mengapa, asalkan ana dapat menyampaikan ilmu dan dakwah walaupun mungkin takat seorang. Mungkin ana masih cetek ilmu, belum layak nak menyampaikan. Namun rasa seakan tanggungjawab pula untuk ana tunaikan.

Dalam post "Manisnya Cinta", ana telah menerangkan sedikit sebanyak berdasarkan hadis, ayat al-Quran, dan berdasarkan pemerhatian ana sendiri melalui pengalaman. Ana telah membuat analogi dan analisis. Cuma bagi ana post itu belum lengkap dan padat.

Apa yang ana cuba sampaikan dalam post-post ana ini ialah mengenai erti cinta dan kemanisan cinta. Apabila saya menulis 'erti cinta', janganlah pula kita melihatnya dengan kaca mata nafsu.Jangan pula kita samakan dengan cinta yang dibanggakan di sebelah barat sana. Lihatlah dengan kaca mata iman. 

Cinta itu universal. Cinta pada Allah, cinta pada rasul,cinta pada nabi,cinta pada keluarga,cinta pada sahabat, bahkan cinta pada kekasih. Terlalu banyak sebenarnya perasaan cinta yang wujud dalam diri kita.Ingatlah,cinta bukanlah sekadar berpegangan tangan dengan ajnabi  yang tidak halal sama sekali. Bukan sekadar hanyut dengan buaian asmara sampai terlepas ibadat. Cinta bukan sekadar saling menyayangi hingga membuang ibu bapa dan sanak saudara.

Tahukah antum bahawa mencintai seseorang sebenarnya berpahala ? Ya ! Apabila kita mencintai sahabat kita dengan sepenuh jiwa, mencintainya kerana Allah, insyaAllah berpahala. Bukankah dalam post sebelum ini ada ana nyatakan sebuah hadis? Hadis itu menyatakan bahawa salah satu golongan yang bakal dinaungi Arasy ialah dua orang yang saling mencintai kerana Allah Taala.

Sebaliknya berlaku apabila kita mencintai insan yang tidak halal bagi kita. Apakah kita boleh mendapat naungan itu dengan mencintai seseorang yang tidak halal,bersama dirinya,kemudian mendakwa bahawa saling nencintai kerana Allah.Itu propaganda jenis apa? Kita nak pahala tapi campurkan dengan dosa.  In fact, kita tak tahu pun apa yang kita buat tu dinilai sebagai dosa atau pahala. Kita tak tahu 'pahala' tu dihitung ataupun diberi nama dosa semata-mata.

Percaya atau tidak, masih ada lagi golongan yang berpegang pada cinta Allah semata-mata. Itulah cinta sejati yang sebaik-baik cinta. Mereka ini tidak berasa kekosongan apabila tidak berpunya. Cukuplah cinta Ilahi menjaga mereka. Memang mereka ini tidak berpeluang merasai ayat-ayat cinta dari teman lelaki seperti kebanyakan insan lain, pada hakikatnya mereka yang enggan menerima peluang kerana tekun menjaga syariat, tapi mereka tak kesunyian. Allah mengurniakan teman pula bagi mereka, teman yang sama seperjuangan.

Apabila tiba masanya pula, mereka ditemukan dengan cinta yang halal. Dihadiahkan sebuah cinta yang penuh barakah. Dek kerana sebelum ini belum pernah lagi merasai lazatnya maksiat, segala yang dicurahkan itu tak terasa jemu. Halaqah cinta yang nantinya akan mendekatkan lagi diri dengan Allah. Tidakkah itu namanya sebuah kehidupan yang indah?

Percayalah, setiap satu yang digariskan dalam Islam itu semuanya ada kebaikan,dan kalau dituruti itu membuahkan keindahan yang tak terjangkau dek akal fikiran. Walaupun akarnya pahit tapi buahnya manis. Tentu indahnya kalaulah diri kita ini semuanya menjadi permata yang suci dan terjaga. Kalaulah diri kita ini insan-insan yang tidak pernah langsung terpalit secebis pun dosa maksiat. Sayangnya, bukan semua sanggup menghadapinya, menerimanya.

Ana sendiri tidak menyalahkan sesiapa andainya post ini dikecam atau dikutuk keras oleh insan yang mengenali diri ini. Sejujurnya, sebelum sesiapa mengecam ana, ana mengakui terlebih dahulu, ana sendiri pernah terlibat dalam hal sebegini. Ana sendiri pernah terjebak dalam cinta palsu begini. Namun, berkat bimbingan beberapa insan penting dalam hidup ana, pembacaan ana, dan pastinya petunjuk Allah yang menggerakkan hati ana untuk meninggalkan jalan itu. Lantas ada yang berpesan, tanggungjawab bagi kita untuk menyeru. Atas dasar itu, ana ingin sekali cuba menyambung legasi dakwah mereka. Sebab ana masih ingat, sabarnya mereka menyeru ana penuh hikmah. Sampai bila pun ana tak akan lupa sama sekali.

Doakanlah agar ana istiqamah dan berjaya dalam segala lapangan hidup ana, dunia dan akhirat.

P/S: mulai post ini, insyaAllah gantidiri ana yang akan digunakan.. ^_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Manisnya Cinta..

"Uhibbukifillah ya ukhti"
"Saya mencintai awak kerana Allah"

Sebaris sahaja kata ini, membawa maksud yang mendalam bagi saya untuk direnungkan.
Saya temui ayat ini tahun lepas dalam novel Cerita Dari Hati karya Nurul Nazwa, namun tidak pula saya terdetik untuk mendalami maksudnya.

Masa semakin berlalu dan saya temui ayat itu sekali lagi di facebook beberapa bulan yang lalu. Alhamdulillah kali ini saya tertarik sangat dengan kata-kata itu. Saya cuba gunakan pada saudara yang saya sayangi dengan nama ukhuwah.Ternyata, semakin saya mendalaminya, semakin saya bahagia dengan penghayatannya.

Kita diwajibkan mencintai Allah melebihi segala yang lain. Sungguhpun begitu, Allah tidak sama sekali menyuruh kita semua saling membenci dan cuma mencintai Dia. Al- Quran dan Sunnah sendiri membuktikan Islam agama yang sangat mementingkan perpaduan dan kasih sayang. Ada dalil daripada hadis dan ada dalil daripada ayat Al-Quran untuk menjelaskannya.

"Tidak halal bagi seorang Muslim meninggalkan atau memutuskan persaudaraannya melebihi tiga hari." (hadis)

"Sesungguhnya ALLAH S.W.T berfirman pada hari kiamat kelak, "Mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-Ku? Hari ini Ku-naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-Ku." (hadis sahih muslim)

"Tidak sempurna iman salah seorang daripada kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri" (hadis)
Bukankah jelas ditunjukkan di sini bahawa Islam tidak menyekat kasih sayang dan mencambahkan benih kebencian? Kesimpulan ini buat saya keliru dahulu. Dalam Majalah Solusi isu 23, memberitahu bahawa sesungguhnya Allah tidak menghimpunkan dua cinta dalam satu hati.  Kalau mula kita membaca sebaris ayat itu, kemungkinan untuk kita membuat pelbagai andaian itu sangat tinggi.

Allah tidak melarang kita mencintai saudara seislam kita, malah mewajibkannya. Betapa islam mementingkan kasih sayang dan persaudaraan dalam kalangan manusia, sehinggakan dikatakan tidaklah sempurna iman kalau tidak betul-betul mencintai saudara seislam kita seperti mencintai diri sendiri. Namun, sebaik-baiknya adalah mencintai saudara kita sepertimana mencintai diri kita, dan mencintai diri kita itu tidaklah lebih daripada kita mencintai Allah yang menciptakan kita.

Ambillah kasih sayang ibu kita sebagai analogi. Seorang ibu sangat-sangat sayang kepada anaknya. Namun dia juga mendidik anaknya agar sayang ayahnya. Dia mahu anaknya turut sayang dan saling menjaga dengan abang, adik, dan kakak. Dia sekolahkan anaknya dan biar anaknya bergaul dengan rakan-rakan,buat anaknya sayang kawan-kawan. Apabila dewasa, dia biarkan anaknya menikah. Dia ajar anaknya agar taat dan cinta suaminya (anak perempuan). Dia tidaklah mengongkong anaknya untuk cuma sayang dirinya, malah sampai sanggup membiarkan anaknya punya kekasih hati dan memilih jalannya. Cuma satu harapannya, JANGAN DILUPAKAN DIRINYA.

Allah pula sebagai tuhan Yang Maha Esa, Dia membenarkan malah memerintahkan manusia untuk saling mencintai sesama manusia. Namun, adalah syarat dan batasnya. Ibu kita pun, tentu ada menggariskan batasan untuk kita. Tidak mungkin ibu kita akan suka kita mencintai lelaki sampai melakukan maksiat, bukan? Inikan pula Allah. Allah telah menetapkan bagi kita pula untuk bercinta hanya dengan insan-insan yang dihalalkan, juga ditetapkan batas-batas syaraknya. Tak lain tak bukan, semuanya adalah untuk menjaga kita, kerana dalamnya cinta Allah pada hambaNya. Analogi dengan ibu kita, ibu kita melarang kita begitu dan begini kerana sayangkan kita, mahu menjaga kita sebaik-baiknya.

Sebenarnya, kita akan tenang kalau memandu hati menurut ketetapan Allah. Sebab Allah yang menciptakan hati kita, dan mengawalnya. Tentulah Dia menetapkan begitu kerana sesuai dengan fitrah kita sebagai manusia.

Kagum. Saya teramat-amat kagum apabila melihat insan-insan yang bertaut hatinya dengan nama Allah. Lihatlah peribadi mereka yang sungguh terdidik. Keikhlasan yang menjernihkan wajah, nampak suci peribadi mereka. Erat persahabatan itu kelihatan sungguh terjaga. Saling menasihati dan saling mendidik antara satu sama lain. Saya merenungkan tingkah laku mereka, bagi saya hubungan hati-hati yang bertaut kerana Allah itu sebenarnya terjaga kerana keberkatannya.

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran." (Al-'Asr:1-3)

Saya mungkin nampak pelik kerana suka memerhati kelakuan orang-orang tertentu. Yang paling saya suka perhatikan ialah golongan seperti yang saya sebutkan tadi. Mereka saling nasihat-menasihati. Masing-masing begitu menjaga perlakuan dan tatatertib terutamanya soal agama. Kasih sayang mereka pula tampak terlalu ikhlas. Suci dan terjaga.

Mungkin ada yang kata, 'skema', 'alim kucing' atau apa-apa saja. Sebenarnya, apa-apa yang dilakukan kerana Allah itu boleh mententeramkan jiwa. Biarlah orang lain tak suka, tapi sebenarnya mesti ada juga golongan yang sudi menerima. Allah tak akan biarkan seseorang hambaNya menderita tak bersudah. Paling habis sekalipun deritanya adalah sampai kematiannya. Siapa tahu di dunia dia menderita, saat mati Allah permudahkan dia buat selama-lamanya?

Ada yang akan bosan dengan golongan tadi, tetapi percayalah. Hati-hati yang saling mencintai kerana Allah akan selalu bahagia dengan perhubungan mereka. Mungkin ada yang rasa janggal dengan pembawakan diri mereka yang adakalanya dianggap syadid. Namun, hakikatnya bersahabat dengan orang-orang seperti ini, ukhuwahnya sungguh mendalam. Sangat manis.

Namun bukan semua hubungan itu akan mendapat keberkatan. Boleh jadi hilang berkatnya kerana dosa. Boleh jadi hubungan sekadar berkulitkan keimanan tetapi menyembunyikan kebatilan. Allah lebih Mengetahui.

Untuk menyimpulkan post ini, bacalah post seterusnya. Pelengkap kepada semua yang tertulis ini, mungkin lebih mudah difahami... =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bingkisan Buat Teman

Waktu terus bergulir,
tiadalah sanggup menunggu sampai kita mengejarnya,
kerna ketaatannya pada ketetapanNYA,
paling utama berbanding menanti manusia mengejarnya..


Saat jemariku menari untukmu,
pastilah engkau tiada di sini bersamaku,
engkau yang tiada di dekat namun sentiasa dekat di hati,
ALLAH mengetahui dalam rindu ini buatmu.

 
Teman yang tersayang,
aku tiada mahu berbillion harta darimu,
aku tiada mahu melihat kau berpangkat tinggi berdiri megah,
aku tiada mahu kau dikelilingi kemahsyuran insan tersohor,
andai semua itu sekadar menghanyutkan pula dirimu..

 
Aku hanya mahukan engkau yang seperti dirimu,
aku sudah cukup bahagia memiliki teman seistimewa dirimu,
aku hanya mahukan engkau kekal sebagai sahabat..

 
Teman yang tersayang,
meski dengan segunung intan,
tiadalah akan terbalas nilainya dirimu buatku,
kau yang selalu di sini saat semua meninggalkan diriku,
kau yang tetap sama seperjuangan denganku,
teruskanlah perjuangan suci menegakkan kalimahNYA..


Teman yang tersayang,
kiranya kau melihat bayanganku dalam fikirmu,
maka satu permintaanku,
doakanlah buat diriku keberkatan dan perlindungan..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS