Waktu terus bergulir,
tiadalah sanggup menunggu sampai kita mengejarnya,
kerna ketaatannya pada ketetapanNYA,
paling utama berbanding menanti manusia mengejarnya..
Saat jemariku menari untukmu,
pastilah engkau tiada di sini bersamaku,
engkau yang tiada di dekat namun sentiasa dekat di hati,
ALLAH mengetahui dalam rindu ini buatmu.
Teman yang tersayang,
aku tiada mahu berbillion harta darimu,
aku tiada mahu melihat kau berpangkat tinggi berdiri megah,
aku tiada mahu kau dikelilingi kemahsyuran insan tersohor,
andai semua itu sekadar menghanyutkan pula dirimu..
Aku hanya mahukan engkau yang seperti dirimu,
aku sudah cukup bahagia memiliki teman seistimewa dirimu,
aku hanya mahukan engkau kekal sebagai sahabat..
Teman yang tersayang,
meski dengan segunung intan,
tiadalah akan terbalas nilainya dirimu buatku,
kau yang selalu di sini saat semua meninggalkan diriku,
kau yang tetap sama seperjuangan denganku,
teruskanlah perjuangan suci menegakkan kalimahNYA..
Teman yang tersayang,
kiranya kau melihat bayanganku dalam fikirmu,
maka satu permintaanku,
doakanlah buat diriku keberkatan dan perlindungan..
0 comments:
Post a Comment