Sudah lama saya berminat dengan dunia penulisan. Selalunya, saya tidak boleh duduk senang tanpa pen dan kertas. Hinggakan dalam kereta pun, saya masih sempat menulis sajak.Kadang-kadang pantun. Sehinggakan ibu saya pun sedar betapa minatnya saya dengan dunia penulisan.
Sifat saya suka menulis tetapi selalu malu untuk publish karya saya. Takut dikutuk dan diketawakan. Banyak karya yang saya tulis, akhirnya hilang apabila kertas kecil itu hilang. Hmm...
Apa yang saya ingat, saya sudah mulakan kerja menulis ini lama dulu. Darjah tiga pun saya dah mula merapu tulis macam-macam, komik jepun tu saya tukar jadi macam cerpen. Paling saya ingat, darjah empat dulu saya menulis jalan cerita untuk kami main drama semasa cikgu ada kursus.Hahaha. Sampai sekarang saya rasa nak ketawa sebab crita itu pasal nak selamatkan kawan yang kena culik. Seterusnya perkara tu bersambung bila darjah lima,buat sajak untuk Hari Guru. Darjah enam buat skrip untuk persembahan Hari Raya.Tingkatan satu buat skrip drama untuk persembahan kelas masa perhimpunan. Hujung tahun tu buat novel pendek waktu cuti.Tak layak panggil novel pun. Buku cerita 35 page ja. Haha. Naik tingkatan dua buat novel jugak tapi tak sempat habiskan. Juz siapkan 80 page pastu dah tak sempat nak buat. Cerita pendek 25 mukasurat tu adalah siap.
Kenangan yang best adalah bila orang senyum bila baca karya kita. Yang tu selalu buat kita rasa puas. Sekarang, saya tingkatan tiga. N saya pun dah tak berapa ingat berapa puluh helai kertas dah jadi mangsa saya. Masa exam pun kalau paper bm, kh atau bi, mesti macam-macam ada kat kertas exam tu. Sampaikan kawan nak check jawapan dengan saya, nak tengok kertas tu pun saya dah naik segan. Macam saya kata, kadang-kadang saya malu bila orang baca. Takut orang kata saya ni nak berjiwang karat pula.
Hanya ada kawan tertentu yang jadi pembaca tetap saya. Setiap kali saya menulis, saya akan bagi kawan tertentu tu baca. Itu kepuasan untuk saya. Kawan saya selalu suruh publish, tetapi saya juga yang segan. Mereka suruh saya hantar karya tu ke website tertentu,saya tak buat sebab saya malu. Kiranya saya lebih senang pendamkan saja minat saya ini.
Akhirnya, saya diinspirasikan oleh penulis kegemaran saya, Fatimah Syarha Mohd Noordin. Membaca novel-novel penulis ini memberi saya ilham. Bukan tiru, tetapi membantu saya mengenalpasti genre apa yang saya paling minat. Malah, membantu saya mencari hala tuju.
Kemudian, secara kebetulan saya menemui blog junior saya, kalbumuslimah.blogspot. Saya sangat terpegun. Saya dapat tahu dia sangat berani walaupun wataknya pendiam.Nak tahu kenapa? Dia lebih muda dari saya, tetapi jauh lebih berkeyakinan dari saya untuk menyiarkan karyanya di blog, website dan lain-lain. cita-citanya mahu mendakwah malah menulis. Saya kagum sangat.
Saya terpegun lalu saya terfikir sejenak. Kenapa dia boleh dan kenapa saya tidak boleh? Dia tidak gentar pun untuk menerima apa sahaja komentar. Dia redha malah berusaha meningkatkan mutu karyanya. Saya pula macam pengecut. Berkarya kemudian simpan dalam laci. Saya teringat bahawa saya sudah membaca novel Harry Potter terjemahan Melayu. Di belakang novel ada bertulis, "J.K.Rowling tidak akan menjadi terkenal dan Harry Potter tidak mungkin terhasil sekiranya beliau hanya menyimpan manuskrip novel di dalam laci. Oleh itu, hantarkanlah karya anda ke alamat (saya lupa alamatnya,maaf) untuk diterbitkan. Siapa tahu, anda boleh menjadi penulis sehebat beliau?". Main point nya bukanlah untuk jadi penulis terkenal, bukan kemahsyuran, tetapi keberanian mengembangkan bakat.
Saya buka laptop. Saya bikin blog. Saya cipta karya. Klik! Saya publishkan.
Saya buka laptop. Saya buka web penulisan2u. Saya cipta karya. Klik! Saya postkan.
Saya akan terus mencuba. Doakan saya akan berjaya. =)
Jemput Follow :)
Sedikit Cerita Tentang Karya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment