Alhamdulillah, sudah dapat kerja untuk mengisi cuti panjang ini.
Agak-agak kerja apa?
*Budak yang tak pandai dukung baby pun.
*Budak yang boleh dikatakan sentiasa bagi baby nangis sebab keras semacam bila dukung (menurut seorang makcik)
*Budak yang kasar, keras kedekang
*Budak yang tak ada pengalaman langsung bab-bab jaga baby
*Dan budak ini akhirnya dapat kerja sebagai GURU TASKA :D
Saya dapat kerja sebagai guru taska di Kulim Utama. Entahlah, mungkin rezeki di sini. Saya pun tak percaya sebenarnya.
Tugas saya:
1. Mengasuh bayi kecik. Setakat ni bayi 3 bulan, 2 bulan, dengan sebulan. Kira setakat ni tahap bayi yang kalau dukung perlu sokong kepalanya sebab tengkuk belum kuat.
2. Jaga budak-budak. Umur yang ada setakat ni bawah 4 tahun semuanya. Ada seorang tu namanya Alif, kacak! Masalahnya nakal teramat. Haha.
3. Ajar budak-budak nombor dan huruf. Belum mula lagi tugas ketiga kerana belum ada jadual dan kekurangan kakitangan.
4. Berurusan dengan ibu bapa yang hendak daftar anak. Belum juga, kata majikan saya perlu dilatih dulu.
Kesimpulannya, kedengaran macam empat tugas tapi sebenarnya, sangatlah sibuk. Rehat bergantung kepada sikap budak-budak dan bayi kecil yang tak tahupun pengasuhnya letih atau tidak. -.-
Apa-apapun, bagus juga dapat kerja di sini. Saya rasa mungkin gaji yang ditawarkan biasa-biasa tetapi kebaikannya banyak insya-Allah. Ajar asas huruf dan nombor, bukankah saham akhirat namanya itu? Insya-Allah.
Waktu solat saya tidak terganggu sangat. Hanya perlu tunggu budak-budak senyap. Lagipun majikan saya bantu. Memang ada kesempatan masa untuk solat. Tempat itu bersih, jadi tidak ada masalah untuk solat.
Pekerja lelaki tidak ada dan memang majikan saya tidak mahu. Jadi soal aurat dan ikhtilat alhamdulillah selamat insya-Allah. Boleh buka tudung atau berlengan pendek di dalam rumah. Ya, taska ini di kawasan perumahan.
Nanti kalau sempat saya masukkan gambar budak-budak itu di blog atau Facebook. Saya sempat main telefon bimbit semasa budak-budak itu tidur. Hehe.
Gembira! :)
Jemput Follow :)
Saya Sudah Dapat Kerja! ^^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
alhamdulillah, dah dapat kerja.. maaf taw, tempat mak ana ni takda kerja kosong. bestnya enti main dengan baby! nanti upload la kalau rajin. nak juga ana tengok budak2 yang enti jaga tu.. hehe
Post a Comment