"Dulu masa SPM ingatkan banyak benda nak fikir, rupanya ni dah lepas SPM lagi banyak benda nak fikir."
Teringat cakap Athirah beberapa bulan lepas, lepas balik dari jenguk adik-adik bahas di sekolah. Itu kata dia. Aku senyum dan perbualan diteruskan.
I can't agree more with you sis, sincerely. :)
Apa yang aku buat? I'm going with the flow.
"I believe that one fine day, time will show up everything," ini ayat Kak Pikah, status FB dia. Lebih kurang sajalah, tak hafal betul-betul.
Pun aku setuju.
Why not ?
Allah dah tentukan siap-siap siapa kita, rezeki kita, jalan hidup kita.
Semua DIA dah rancang. Tinggal kita ikhtiar dan DIA jugalah pada akhirnya penentu.
Ok, ok, cakap macam senang je kan semua ni ?
Indeed, nak tawakal sepenuhnya bukan senang.
Kita manusia, ada akal ada perasaan.
Indeed, I am a girl. Makhluk emosi kata orang :)
Pertimbangan mudah hilang juga sebab satu akal sembilan nafsu.
It ain't easy. Seriously it ain't.
Sebab dalam diri aku pun ada dilema macam orang lain juga.
Further study is a part of your future.
Keputusan hari ini yang akan pandu kita ke arah tuju kita nanti.
So far, Alhamdulillah, get two offers.
First, from daulahmedic agency, to further study in Al-Azhar, Egypt in Medicine.
Second, from government, Kolej Mara Kulim, one year program, Science Matriculation.
Rejected the first one so far. For some reasons.
Pertama, swasta. Mak aku tak kerja cop duit. Abah pun tak. Duit palsu pun aku tak pandai buat. Boleh macam tu? Haha.
Kedua, ramai yang cakap bumi anbiya' itu agak bergolak. Ramai juga pelajar Malaysia yang tak tahan dan pulang ke sini atas faktor keselamatan terutamanya. Rusuhan dan sebagainya terjadi dua tiga tahun lepas. Alhamdulillah di Malaysia kita masih selamat.
Bersyukurlah dan berpada-padalah dalam semua benda, walaupun politik.
Back to the basic, politics is meant to lead to bright future of the country, and the nation indeed, right?
Do appreciate the peace we are living in.
OK, out of topic. PRU punya pasal. Haha. OK, chill and relax. No offence, please ? I am under-aged anyway, but maturity does not count on that. :)
Ketiga, aku takut tak dapat pengiktirafan kedoktoran tu nanti waktu dah balik Malaysia kerana tak buat A-Level. Entahlah, aku pun tak pasti. Aku tak faham sangat sistem ni. Aku pun tak tahu masa bila diorang nak buat pra-universiti untuk kami.
Keempat, aku tak ada asas Bahasa Arab yang baik. Ya, aku tahu medium pembelajaran sepenuhnya Bahasa Inggeris. Tapi, ada kata mutiara, barangsiapa memahami bahasa sesuatu kaum, nescaya dia terlepas daripada ditipu kaum tersebut. Nak hidup macam mana di tempat orang kalau sepatah pun mereka cakap kita tak faham?
Atas sebab tu, lepas istisyarah dan istikharah, aku memilih tolak tawaran tersebut, walaupun aku sememangnya pernah berharap nak ke Mesir, belajar dengan ulama. Nak dalami ilmu agama sebanyak mungkin. Dulu itulah rancangan aku waktu lepas PMR.
Aku tahu ,mungkin ada yang anggap ini alasan saja.
Kalau nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
Ada saja orang lain yang boleh buat, kenapa kau tak boleh pula?
Allah Maha Mengetahui. Kun faya kun.
Kalau DIA nak aku ke sana, semuanya akan tetap terjadi.
Regardless of any objection, it will happen.
Tak terjadi itu sesungguhnya kerana DIA tentukan itu bukan untuk aku.
Mungkin akan terjadi nanti. Pihak daulahmedic ada jugak hubungi aku bertanyakan dokumen. Namun hati aku tak memberi kata putus ke arahnya.
Apa-apapun nanti, biar Allah yang tentukan untuk aku.
Yakin hati letaklah pada DIA.
Rabbi yassir wa la tu'assir. Ya tuhanku,mudahkan, dan jangan engkau susahkan :')
Jemput Follow :)
Simpang (1)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment