Syukur, ada kelapangan untuk aku terus bercerita.
Yang paling patut disyukuri, hari ini aku masih bernafas, masih memandang, menghidu, mendengar, merasa, dan hari ini aku masih Muslimah.
Alhamdulillah :)
Masih di simpang.
Ya, selagi aku tak sambung belajar, selagi itulah aku di tengah simpang. Haha.
*Duduklah lama-lama tengah simpang. Kena lenyek dengan lori baru kau ada akal!*
Masa tingkatan empat dan lima, aku sangat cemburukan mereka yang dapat jadi pelajar UIA. Sangat cemburu.
Aku bukan lepasan sekolah agama. Aku masuk ke SMK Sultan Badlishah atas istikharah pada hujung 2007. Alhamdulillah, aku sampai sekarang tak menyesal pun pernah memilih masuk ke Badlishah.
Pengalaman di Badlishah beri aku berjuta-juta makna yang tak terbeli.
Di bumi Badlishah ini jugalah aku kenal tarbiah. Aku dididik dengan pengalaman di sini.
Siapa cakap sekolah sains tak ada penekanan pada kerohanian?
Alhamdulillah banyak juga penekanan pada kerohanian sebenarnya.
Baik formal mahupun tidak.
Tinggal pada pelajar sendirilah sama ada nak menerimanya atau tidak.
Nak hayati program atau nak bergosip, itu atas diri masing-masing.
Yang penting, ambil hikmah daripada setiap yang terjadi.
Every single thing happens for a reason, have faith.
Akhirnya, hujung 2012 tercabutlah gelaran pelajar SMK Sultan Badlishah daripada aku.
Jadilah aku BEKAS pelajar SMK Sultan Badlishah.
Hajatnya selepas di Badlishah, aku nak merasai kehidupan formal dalam suasana bi'ah solehah. Jadilah hajat aku nak ke UIA. Memang rajinlah aku cari segala maklumat dalam internet tentang UIA. Semua yang baik-baik. Teringin sangat nak hidup dalam suasana di sana. Nak kenal dekat dengan orang-orang yang aku kagumi di alam maya selama ini. Nak sangat-sangat!
Ustazah Fatimah Syarha, Kak Dena Bahrin, Hilal Asyraf and more.
Again, we plan but Allah decides.
Abah tak gembira dengan perkara itu, atas beberapa sebab yang aku tak dapat ceritakan.
Sedih. Tapi kerana nekad, aku isi borang UPU dengan meletakkan asasi perubatan UIAM sebagai pilihan pertama. Beberapa pilihan aku sememangnya meletakkan UIAM sebagai tempat pilihan.
Mungkin kemudian boleh dirunding dengan abah, itu fikir aku.
Ya, itu fikir aku.
Semua berbeza apabila akhirnya aku mendapat keputusan pemohonan ke matrikulasi.
KOLEJ MARA KULIM-Program Satu Tahun-Matrikulasi Sains
Jadilah aku spesis terancam. Mana taknya, dalam kelas aku hanya aku pelajar perempuan yang ditawarkan ke situ. Amin seorang lelaki kelas aku yang ditawarkan ke situ.
Beratus-ratus lepasan SPM Badlishah 2012, hanya 4 orang yang aku dapat kesan mendapat tawaran ke KMKulim ni. Ya 4 orang termasuklah diri aku.
Yang lawaknya, aku dan dua kawan rapat dapat tawaran di tempat yang sama. Aisyah Shahrowi dan Amin Saifuddin. Ya, Amin yang aku selalu buli dalam kelas dulu. Aku dah bagi notis, dia tak akan terlepas dari kena bulilah jawabnya. My good listener suatu masa dulu.
Nak lari masuk program asasi? Well, we both coincidently put UIAM as our first choice.
*sengih dan ketawa jahat*
Namun di sebalik dugaan jadi spesis terancam ni, ada banyak kebaikan.
1. Yuran pendaftaran dan yuran semester sangat berpatutan. Di Kolej MARA pendaftaran RM500 berbanding Kolej Matrikulasi, RM550. Yuran semester pula RM150 satu semester.
2. Makan dan penginapan ditanggung penuh oleh pihak MARA. Enam kali sehari makan. Yang lawaknya, cadar, bantal, malah baldi pun MARA bagi! Syukur Alhamdulillah. Jimat juga tu.
3. Kolej MARA Kulim ialah satu-satunya Kolej MARA yang menawarkan program Matrikulasi Sains.
4. Aktiviti kerohanian juga banyak ditekankan di sini, menurut para lepasan.
5. Apabila sambung ijazah selepas ni, boleh mohon pinjaman MARA walaupun ke IPTA, kerana pernah berada di bawah tanggungan MARA. (yang ni aku tak pasti)
6. Kolej MARA Kulim juga antara kolej matrikulasi terbaik di Malaysia. (wallahualam. ini pun aku tak pasti, tapi ramai juga yang cakap)
Aku tak tahu hala tuju aku, tetapi selepas istikharah dan istisyarah, setakat ni aku hampir bulat hati nak terima tawaran ini. Mostly,on financial reasons.
Kuasa Allah, semua impian aku sebelum ini macam dah diambil dari hati aku. Tak terasa sangat impian itu macam dulu.
Sungguhlah, hati kita DIA yang pegang.
Walau aku tahu macam-macam orang cakap pasal program matrikulasi.
Susah. Risky. Macam-macam lagi.
Namun aku seolah-olah tetap berlapang dada pada pilihan ini walau setelah aku bandingkan pro dan kontra.
Aku rasa kontranya tu tak adalah kontra sangat. Malah silap-silap bahagian kontra tu yang akan jadi 'faktor pemaksa' untuk aku yang lengai ni lebih berusaha.
Walau aku tahu, ada yang akan kata rugi.
Walau aku tahu, ada yang akan kata aku layak untuk dapat lebih baik.
Aku patut ke sini atau ke sana.
Macam-macam ada.
Tapi di sebalik semua itu, aku tenang pasrahkan diri pada istikharah dan istisyarah.
DIA tak akan kecewakan aku. Mungkin salah di mata manusia, tetapi DIA Maha Mengetahui.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah:216)
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya ..." (Al-Baqarah:286)
Have faith.
Kerana kita punya DIA.
Jemput Follow :)
Simpang (2)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Saya dapat tawaran ke kplej mara kulim....saya nak tanya elaun tak dapat ke?
bkn elaun dpt ka..rm100..lau matrik len depa dapat rm250..tu pn mknn cari sdri,,kahkah..lau kolej mara kulim depa bg mkn free,,6 kli plak tu..gemok laa..haha sori myampok =,=
Post a Comment