Bismillahirrahmanirrahim.
Tak tahu nak cakap alhamdulillah atau inalillah atau masya-Allah.
Pilihan Raya Kolej MARA Kulim dah pun selesai.
Keputusan pun dah ada.
Pernah aku cakap dengan kawan-kawan aku,
"Keputusan tu bukan setakat keputusan menang kalah MPP whatever,
tapi bawa sesuatu yang lebih penting, tentukan tempat aku."
Ada yang tahu maksud aku dan ada yang tak tahu.
Ada yang blur dah pandang aku.
Dan antara yang tahu, hampir semua tak suka perkara tu.
Ada yang cakap,
"Kalau aku tahu kau nak buat benda tu sebelum kau buat, memang aku dah halang kau weh."
Kerana enggan dihalanglah aku buat benda tu di luar pengetahuan orang.
Waktu aku dah buat baru aku cakap dengan sesetengah kawan dan senior.
Boleh dikatakan semua agak tak suka dengan benda tu sebenarnya.
Tapi benda dah buat. So kena la terima.
Dan akhirnya, keputusan dah keluar.
Sahabat sekelas bagitahu aku , aku tersenarai.
Maka dengan itu berakhir dilema aku. Nyatanya Allah memilih aku berada di sini.
Yang tertinggal cuma hati menerima pengajaran dan mencari hikmah.
Mudah-mudahan dapatlah aku digest pelajaran palihg bermakna - redha dengan ketentuan DIA
Jemput Follow :)
Pelajaran Paling Bermakna : Redha :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment