Powered by Blogger.
RSS

Jemput Follow :)

Amanah , Here We Go :)

Setelah aku istikharah, nazar dan sebagainya, jawapan masih sama.
Aku masih di Kolej MARA Kulim, tak berpindah pun.

Sibuk itu biasa. Matriculation life, if you are not busy then something is wrong. Haha.

Dan ya, tanggungjawab dah bertambah.

Amanah tergalas di bahu bertambah.

Setiausaha 2 Majlis Perwakilan Pelajar Kolej MARA Kulim.

Gembira tak nafi memang ada, sebab aku tahu banyak pengalaman yang akan aku tiba dan banyak benda aku akan belajar.
Tapi takut tu memang tak nafi ikut serta.

Aku masuk bertanding MPP, setelah diminta gantikan kawan kelas aku yang tarik diri.
Dia tarik diri pun bukannya saja-saja.
Ada sebab yang aku kira konkrit tapi tak perlulah aku ceritakan sebab musababnya.

Lepas istikharah, semak al Quran, berbincang and so on, aku terima borang tu.

Pada masa yang sama aku fikir balik, betul ke aku nak ambil?
Sedangkan aku berbelah bahagi nak stay atau nak pindah.
Wallahu'alam.

Tapi hati entah macam mana rasa tekad.

Kemudian aku nazar, kalau di sini tempat aku, biar aku menang pilihan raya ni.
Tapi kalau bukan, tolong kalahkan aku supaya aku boleh keluar dari sini dengan lapang dada.

Then, kawan aku mesej aku, nampaknya kau kena stay sini.

Aku lepas pilihan raya tu. Kemudian masa meeting, ada manusia yang sepakat pula calonkan aku setiausaha. Redha je la.

Aku punyalah usaha tak nak tulis dalam pengalaman kepimpinan, yang bahawasanya dari sekolah rendah aku selalu diundi untuk jawatan setiausaha. Aku tulis satu dua je setiausaha, tak tulis semua sebab senior cakap cikgu yang akan calonkan kita pegang jawatan based on pengalaman dan kelayakan.

But, see? Allah yang tentukan. Aku tak bagitahu pun pemenang pilihan raya tu semua yang aku dulu banyak pegang S/U. Tup2 Aiman masuk Bilik Seroja duduk belakang aku, terus cakap dekat aku, kau S/U. Aku cakap kat dia aku tak nak sebab modul 1 banyak kerja. 4 subjek berat. Dia buat tak reti. Sabau je lah kannn~~ haha.

It is what it is, dengan suara undi (cikgu tak calonkan mana-mana jawatan tahun ni),

YDP : Zulhilmi Zakaria ( Budak Kulim@ Kawan MUAZ. apakah? ==") - Matrikulasi

NYDP 1:Arif Fikri - Matrikulasi
NYDP 2: Abdul Rahman - UMK
NYDP 3: Talhah - USM
NYDP 4: Atiqah Jamdin - UniKL

S/U 1: Fatin Nabilah - UniKL
S/U 2: Nurul Rashidah - Matrikulasi (Nightmare?)

Bendahari: Asmahani - Matrikulasi

Biro Akademik dan Pembangunan Sahsiah : Siti Nazihah - Matrikulasi , Azizi Arbain - USM
Biro Sukan dan Rekreasi : Izzat - Matrikulasi, Raja - Matrikulasi
Biro Kerohanian dan Pembangunan Insan : Shahriel Azhar - Matrikulasi, Fadhillah - Matrikulasi
Biro Kesenian dan Kebudayaan : Aiman Ramli - Matrikulasi, Fatin Amirah - UniKL
Biro Kebajikan dan Keselamatan : Ahmad Nahizudin - Matrikulasi , 'Afeef Nabih - Matrikulasi

Masa ni Biro Multimedia dan Penerbitan tak diwujudkan lagi.
Baru diwujudkan dan tak silap aku so far Talhah ketuanya.

Ok, it is what it is. Amanah kalau tak dipikul dengan baik, aku tak rasa aku akan selamat.

Sedikit cerita, ada sekali tu aku tinggal kejap kerja MPP. Ada senarai dan minit yang aku tak buat lagi.
Waktu tu aku konon nak study.

Guess what?

Aku tak faham apa. Topik matrices yang kalau ikutkan senang, aku dah faham dari awal, tiba-tiba jadi tak paham.
Tutorial yang aku hantar kat cikgu, masyaAllah.

"Please see me." "Late." dan tanda soal yang cukup besar berserta pangkah.

Then entah macam mana aku teringat kerja MPP.
Aku buat walaupun konon nak study esok ada kuiz.

Alhamdulillah, I did better for that quiz. Much better , frankly.

Muhasabah, bukan kerja yang banyak tu mengganggu study aku.
Tapi,

MENGABAIKAN kerja itu yang mengganggu.
Ia buat hidayah ilmu itu terhijab mungkin.

Wallahualam.

"Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya). Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar."(Al Anfaal : 27-28)

Wassalam :)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment