Malam ni dua post aku buat.
Tadi aku menceritakan aku masih belajar dalam memimpin.
Aku lihat itu amanah.
Tadi aku menceritakan tarbiah yang aku kenal di sini.
Bi'ah solehah yang tak terbeli.
Alhamdulillah sebab Allah beri peluang kepada aku.
Entah kenapa, terdetik dalam hati aku teringatkan kisah lama, dan sedikit soal masa depan yang tak ada kaitan pun dengan kerjaya.Haha.
Aku ingat lagi, dulu mula-mula aku semangat nak berubah aku selalu biasakan baca novel Ustazah Fatimah Syarha sebagai inspirasi.
Aku pernah terfikir, aku nak dinikahi seorang yang faham agama.
Seorang yang faham dakwah dan tarbiah.
Seorang yang mampu redha kalau aku nak terlibat dengan usrah, dakwah dan sebagainya selama masih mengekalkan tanggungjawab aku.
Memanglah macam awal sangat, tetapi itu memang hajat aku pun.
Aku nak join usrah walau bila sudah bekerja.
Aku nak pergi ceramah.
Aku masih nak solat berjemaah.
Aku masih teringin qiamullail.
Aku nak lengkapkan ilmu fardhu ain.
Aku nak usahakan fardhu kifayah.
Aku masih bertatih, lantas aku harapkan seorang pemimpin.
Tapi tak akan aku jadi manusia gatal yang hanya berharap pada lelaki tapi tak berusaha memperbaiki diri.
Tak ada guna berharap semata-mata tapi umur muda a.k.a umur bujang kita tersia tanpa usaha.
InsyaAllah aku ingin kekal hidup dalam suasana tarbiah ini.
Apabila aku berkeluarga, mudah-mudahan dapat aku aplikasikannya lagi.
Aku akan doa sambil ijtihad. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan aku.
Temukanlah aku dengan dia yang aku harapkan.
Walau aku tak tahu apa percaturan Allah pada masa hadapan.
If it is meant to be, it will be. Insya-Allah.
Untuk masa ini, aku rasa tenang.
Mungkin aku memang ada rasa padanya, tapi aku tak terlalu gelisah.
Sebab tanpa sesiapa tahu, aku ada sedikit keyakinan yang aku tak tahu dari mana.
Tak ada perkataan pun yang keluar, tapi masih terasa tenang dan sedikit yakin.
Mata aku tak 'memandang' pun pada orang lain setakat ini di sini. Alhamdulillah.
Semuanya berlaku sendiri dan aku tak tahu puncanya. Tapi aku akui, ada hikmah.
Keyakinan itu aku tak rasa datangnya sia-sia. InsyaAllah.
Aku berpegang pada pertolongan Allah yang Maha Kuasa.
Dia pegang hati aku, dan aku rasa, segala yang terjadi saat ini dia yang gerakkan hati aku.
If we are meant for each other, come what or who, it will still happen.
And if we aren't meant to be, destiny will step in, forcing it to be bygone.
Allah knows best.
Jemput Follow :)
Topik Yang Belum Masanya Aku Bicara, Mungkin?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment