Powered by Blogger.
RSS

Jemput Follow :)

MPPB 2013/2014 :)

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Dah tamat menjalani minggu orientasi atau nama formal -Minggu Pengurusan Pelajar Baru-. Aku peserta untuk sesi 2013/2014.

Bunyi Alhamdulillah 3x tu, ada bunyi macam aku terseksa tak duduk MPPB ni?Haha.

Serius tak. Indeed, sangat bersyukur. Feeling I'm the lucky one being there. Sangat happy.

Orientasi yang bukan setakat orientasi. Pengisian and all, walaupun fasi tak terbilang berapa kali minta maaf atas apa-apa kekhilafan diorang dalam program ni, kata boring dan sebagainya, tapi serius kami semua tahu diorang dah betul-betul usahakan yang terbaik untuk kitaorang.

Group aku kat sini aku, Aisyah, Wardina dan Nazlia. Memang hampir setiap slot kami duduk barisan depan sekali kalau ada peluang.

Aku ni pulak, spesis manusia yang suka perhati orang. Serius. Orang tu tengah cakap aku perhati tak lepas, kecuali kalau orang tu dah terpandang aku, aku lari la mata ni. Segan deh. Haha.

Tengok muka pun tahu, diorang dah usaha yang terbaik cuba bagi kitaorang enjoy MPPB :) Muka penat pun nampak.

Thank you so much.

Nak senaraikan fasi sampai pukul 11 la aku mengadap laptop. Besok ada kuliah lagi. Lagi dua tiga minit dah nak naik dorm :)

Tapi, memang betul-betul berterimakasih.

Walaupun namanya orientasi, tapi bukan takat orientasi pelajar baru KMKulim semata-mata, tapi sebenarnya macam orientasi kepada gaya hidup Muslim yang lebih baik. Ikhlas cakap.

Sangat bangga sebab pengisian rohaniah sepanjang MPPB ni superb.
Qiamullail, Al-Mathurat, Solat berjemaah, Ceramah.

Part ceramah memang semua sekali kena basuh. Muslimah pun banyak kena dan akui memang ada yang kena batang hidung sendiri.

Dan sebab tak biasa, ada jugak part yang aku terlelap, tertidur dan yang sewaktu dengannya. Maaf sangat.

Ya, mungkin bagi yang tertentu, benda ni tak ada apa pun.

Tapi bagi aku, dan aku percaya kawan-kawan aku jugak, yang tak pernah merasa hidup di mana-mana Maahad atau SMA ni, semua ni sangat bermakna.

Kelas fardhu ain, ujian kompetensi bacaan Al-Quran and all, ialah sebab aku nak masuk UIA dulu, tapi tak kesampaian nak pergi sebab dapat kos lain.

There's someone out there really long for this kind of tarbiah.

Alhamdulillah. May Allah bless all of you. InsyaAllah kalau kami praktikkan tarbiah kakak and abang, semua akan dapat saham juga nanti :)

Thanks for being super seniors, bangga sangat dengan korang.

Proud to say, Alhamdulillah no ragging. Indeed kena marah ke apa, sooooo small part yang aku rasa MEMANG LAYAK kena marah pun.

Alhamdulillah, aku tak menyesal jejak kaki ke sini. Walau ada yang tanya,

"awat duduk matrik?"

Ok. This is what Allah has made for me. Itu je aku cakap. Selebihnya, may Allah bless.

Wassalam ^_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment