Powered by Blogger.
RSS

Jemput Follow :)

Program PILN MARA 2013 -Double Pening =="

Semua tahu, keputusan pemohonan Program Ijazah Luar Negara (PILN) di bawah tajaan MARA untuk sesi 2013 dah diumumkan.

Basically, Alhamdulillah, I'm one of the lucky ones who are chosen for the program.

Lawak, apabila tawaran sebegini baik jadikan aku tambah pening, tambah tertekan sampai, ya, aku mengaku aku menangis. Memang menangis. Macam pelik kan? Dapat biasiswa pun nangis? Ok. Ok. Ok.

Medicine was what I applied in the first choice.

Aku pergi temuduga MARA di MRSM Kepala Batas untuk Zon Utara.
With expectation to undergo some kind of interviews, soft skill tests and so on.

Tapi bila aku tengah beratur di luar, dan tunggu orang dari dalam dewan keluar, aku dapat tahu pemilihan itu dijalankan melalui UJIAN PSIKOMETRI bukannya TEMUDUGA.

OK. Sila bayangkan rasa cuak itu. HAHA. =="

My first question was, whatever kind of test is that? What will be the question.

That is my FIRST TIME hearing such kind of test. Serius cuak.

Masuk dalam dewan, soalan pertama lagi aku dah rasa cuak.

"As an ENTERPRENEUR, the criteria you should have blablabla..."

Ok, serius, aku TAK FAHAM entrepreneur itu makhluk apa. My understanding is that entrepreneur is a leader,and it might be related to business.

Yang lagi best, ada lebih kurang 20 lebih soalan yang menanyakan tentang entrepreneour.

Not to mention sebenarnya aku tak sempat habis jawab semua soalan.
Aku tak tengok soalan dah, main aci tanda lebih kurang 10-15 soalan.

With that, I ended the story with tawakkal la kan. Nak buat apa lagi.

20 Mei 2013, keputusan ujian keluar.



"TAHNIAH! ANDA TELAH BERJAYA MENDAPAT TAWARAN DARIPADA MARA SEPERTI BERIKUT

Tempat persediaan: KOLEJ MARA KUALA NERANG

OK. Sumpah aku cuak baca ni. Aku apply Kolej MARA Seremban dan Kolej MARA Banting.

KURSUS DITAWARKAN: PERAKAUNAN+CPA

Terjawab sudah. OK. KO. Mana aku nak cakap pun aku tak tahu.

Dengan nama Allah aku bertawakkal. Istikharah dan istisyarah jalan keluarnya, insyaAllah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Unknown said...

assalamualaikum akak , saya pun dapat utk temuduga MARA jgak . PERAKAUNAN + CPA .. samaa macam akak ^^
Nak tahu .. soalan yang macamana lg ditanya time temuduga tu ? :)

Unknown said...

salam .. nak tanya..biasiswa MARA ni kalau dalam negara mmg ada ujian psikometri je ke? temuduga tak de?

Post a Comment