Alhamdulillah, aku masih bersyukur aku berada di bumi Kolej MARA Kulim ni.
Sangat-sangat bersyukur dengan apa yang ada.
Walau kata orang begitu dan begini fasal kolej ini, aku hargai sangat-sangat.
Serius, bagi aku Kolej MARA Kulim ni bumi tarbiah untuk aku.
Banyak sebenarnya yang telah berubah.
Cuma aku tak tahu sejauh mana aku mampu menyesuaikan diri dengan perubahan ini.
Perubahan cara hidup dan sebagainya.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Dulu aku selalu takut kena kejutan budaya apabila masuk peringkat pengajian tinggi.
Ikhlas, memang takut.
Selalu aku bincang dengan kawan-kawan pasal bab-bab pengaruh luar ni.
Bak kata orang, keluar dari sekolah tu sebenarnya baru nak kenal dunia.
YA, aku kena kejutan budaya.
Budaya islamik yang buat aku ... macam ... jatuh cinta.
Susah nak cakap perasaan tu.
Alhamdulillah, dek kerana jadual yang super sibuk ni, aku kurang masa nak terjebak dengan masalah hati.
Disibukkan dengan ilmu dunia dan akhirat.
Sekarang aku pegang jawatan Junior Felo a.k.a ketua dorm.
Alhamdulillah sebab ahli dorm aku beri kerjasama yang sangat baik.
Serius syukur ke hadrat Ilahi dapat kawan-kawan yang baik.
Ditemukan aku dengan kumpulan yang sangat baik.
Persekitaran di sini dapat mentarbiah aku perlahan-lahan.
Ya, cakaplah di mana pun, ada juga orang yang boleh bawa pengaruh negatif.
Tapi, kita pandanglah pada qudwah hasanah yang kita boleh nampak.
Pandang yang positif, supaya dapat bagi 'aura' pada kita balik.
Cuma, yalah, aku mengaku dengan jujur aku ni bukanlah baik sangat.
Ilmu agama tak tinggi.
Aku pernah cakap aku bukan dari mana-mana maahad atau SMA.
Jadi dalam memimpin pun sebenarnya aku masih banyak memerlukan tunjuk ajar anak buah aku.
Program-program bersifat kerohanian aku banyak minta pandangan mereka.
Dan aku takkan tolak pandangan mereka mentah-mentah insyaAllah.
Allah nak aku belajar.
Aku tak pernah duduk asrama. Aku tak pernah duduk sekolah agama.
Tapi Allah takdirkan aku di sini, di tempat ini.
Syukur atas takdir Ilahi yang tersangat cantik.
Tadi ada program ujian kompetensi bacaan Al-Quran.
Aku nampak ada macam band P1,P2, dan sebagainya.
Mungkin untuk kelas mengaji nanti. Rasanyalah.
Kalau aku kena pun aku terima. Aku boleh baca Al-Quran tapi tajwid aku tak baik sangat.
Terima dengan gembira, insyaAllah.
Walau tak tertulis Kolej Islam MARA Kulim. Tapi aku kira cukup layak digelar begitu.
Alhamdulillah. Thank you Allah for sending me here. :)
Jemput Follow :)
Belajar dan Belajar :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment