Powered by Blogger.
RSS

Jemput Follow :)

Mengislah Pemikiran : Perlu Pada Hikmah

Bismillahirrahmanirrahim.

Rasanya ni pertama kali aku akan tulis fasal isu-isu berat.
Aku biasa dengan penulisan berbentuk dakwah, tapi bukan ilmiah.
Unsur ilmiah ada, tapi bukan pada tajuk berat.
Jadi, maafkan pada mana yang kurang dan salah, berilah tunjuk ajar.

Pokok pangkalnya bermula apabila aku masuk KMKulim.
Aku banyak kena keluar untuk segala jenis program peringkat kebangsaan.
Di sini aku kenal macam-macam orang dan macam-macam perangai.
Ada latar belakang pelajar dari macam-macam negeri.

Lain laut lain ikannya.
Lain manusia lain pemikirannya.

I have seen people with different political views, too.

Tak dinafikan sekarang ni ilmu banyak di hujung jari.
Berita sensasi mudah-mudah tersebar sana-sini.
As - Syeikhul Google semakin diberi 'tauliah' percuma oleh masyarakat.
No doubt on that.

Tak dinafikan Generasi Y  ni memang 'canggih' pemikiran.
Those eighteen or nineteen ages people are also getting up into political issues.

Tak salah nak cakna isu semasa, memang itu yang sepatutnya.

Memang kita nak berjuang, dan ada antara kita memilih untuk berjuang melalui mata pena, atau sekarang dah tukar jadi mata keyboard.
Keyboard warrior.

Apabila aku ke Kem Dai'e Muda di Selangor, Alhamdulillah aku dapat lihat ilmu dari dua sudut pandang.
Tertarik pada satu kata hikmah, 'carilah SOLUSI bukan PERSEPSI'.

Aku tertarik pada satu perkara yang dah lama aku dengar dari beberapa mulut di sekeliling, bahkan banyak terbaca dalam ruangan internet.

'Menyatukan Melayu'

Maaf, kalau ada terasa sensitif kerana menyebut bangsa, but for academic purposes aku rasa kenyataan yang perlu disebut.

Ceritanya, kalau hendak menyatukan perlu pada islah pemikiran. Cuma sekadar dari sudut pandang orang biasa, aku selalu nampak satu perkara, penghalangnya BENDERA.
Taksub pada bendera masing-masing sambil saling menghina bendera lain.

Aku mudah menerima pengisian di kem tersebut.
Semuanya kerana nampak agak neutral penceramahnya. AGAK bukan 100%.
Aku suka beberapa penceramah yang meminimumkan sentiment label dan penghinaan kepada lawannya.
Hikmah tu membolehkan aku terima ilmu tu tanpa rasa meluat atau benci.

Kalau nak menyatukan, perlu pada pendamai.

Pendamai, seharusnya orang yang adil.
Hikmah perlu ada pada sang pendamai.
Penting untuk seseorang pendamai itu mendapat tsiqoh (kepercayaan) daripada orang-orang yang ingin didamaikannya.

Bagaimana nak mendapat tsiqoh ? 

Melalui akhlak yang ditunjukkan.
Melalui pembawaan Islam dalam diri.
Contoh terbaik bagi sebaik-baik pendamai ialah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Menyatukan umat Islam, perlu bermula dengan akhlak pendamai.

Membela biar dengan ilmu, membangkang biar dengan akhlak.

Chek bagi hampa satu contoh mudah la nah.

Hang bergaduh dengan orang rumah sebelah kanan.
Jadi orang rumah sebelah kiri mai nak tolong damaikan hampa.
Pada masa yang sampai hampa tengok orang yang mai tu, mulut tak habih-habih dengan mencarut.
Dia sendiri hari-hari duk kutuk pulak orang belakang rumah.

Dah tu ? Agak-agak hampa nak pakai dak nasihat dia? Nak percaya dak cerita dia?

Samalah.

Nak tak nak, kita perlu meraikan kondisi mad'u.
Orang bendera A akan ramai yang tak boleh terima nasihat dari orang bendera B yang mulut 24 jam kutuk bendera A.
Orang bendera B akan ramai yang tak boleh terima nasihat dari orang bendera A yang mulut 24 jam kutuk bendera B, mencarut-carut siap.

Biar ada hikmah. Ada ukhuwah baru lancar dakwah.
Kasihanlah pada mereka yang masih belum ada ilmu.
Takkanlah kita yang ada ilmu nak tunjuk akhlak sama dahsyat dengan yang tiada ilmu?

Wallahualam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment