Tiba-tiba ...
"Aku nak tanya hg pasal presentation ..."
And the conversation goes. A long one, as always.
Tak banyak dapat nak dibantu sebenarnya, you could have better.
Apabila senior melayu ,age 21, student Sydney tanya budak kampung umur 19 pasal presentation,
errr ... ?
Cuma mungkin ada rahmatnya.
Hang bagi aku idea nak update blog. Hoho.
Aku bercakap based on pengalaman setakat presentation kecil-kecilan,
dan ilmu yang tak berapa nak ada, jadi betulkan aku mana yang silap.
Ok cut off the crap and start with the points, here you go.
Things You Should Be Aware Of
1. Type and Aim of Presentation
Pembentangan jenis apa yang nak dibuat?
Macam yang dia tanya, pembentangan berasaskan topic dan lagi satu berasaskan projek.
Ada sesetengah pembentangan yang kita hanya perlu kaji dan bentang.
Belajar kemudian mengajar. Motifnya untuk memahamkan pendengar. Ala-ala lecturer mengajar kat depan.
Ada sesetengah pembentangan memerlukan kita mempromosi atau meyakinkan orang dengan apa yang kita bentang. Contohnya kalau di KMKulim waktu Minggu Inocrev ada pembentangan projek inovasi. Pembentangan jenis ini perlukan kita untuk meyakinkan pendengar untuk beli or luluskan projek kita.
By knowing your aim, you know your next step.
2. Topic and Points
Be prepared dengan tajuk yang nak dibentangkan. Kenalpasti betul-betul tajuk besar, pecahan dan penerangan bagi setiap pecahan. Make sure dah faham betul-betul sebab kalau tak faham automatic akan gelabah bila orang tanya.
Kalau kaji dan bentang, bersedia dengan lebih informasi.
Apabila kita ada asas dan pengetahuan ekstra tentang apa yang kita bentangkan, insyaAllah kita akan lagi mudah nak rasa yakin.
Cari sesuatu yang tak ada dalam buku sekiranya tajuk yang kita nak bentang tu dah ada dalam buku atau modul yang semua orang rujuk.
Sekurang-kurangnya pendengar dan pembentang dapat sesuatu yang baru, dan mereka lagi minat nak dengar apa yang kita cakap.
Kalau mempromosi dan meyakinkan, be ready bukan sahaja dengan kelebihan tetapi kelemahan dan cara mengatasi kelemahan produk atau projek.
Ini saya ambil intipati dari seorang lecturer yang guide students PPKS UMK KMKulim.
Masa tu group Abdul Rahman dengan pensyarah ni dalam bilik MPP dan saya ada di situ menguruskan sesuatu, saya tak join inovasi :)
Dia cakap lebih kurang macam ni,
"Orang yang dengar presentation awak nanti, dia bukan nak tanya@tengok kelebihan produk awak sangat. Dia akan aim pada kelemahan. Sebab kelebihan memang duk tau dah banyak."
Yes, indeed. Kalau tak ada kelebihan, kenapa nak buat projek tu kan?
Untuk dikomersialkan, mesti kena ada cara untuk mengatasi kelemahan sedia ada dan juga bagaimana kita nak buktikan yang kelemahan produk kita itu tidak sampai ke tahap yang menjejaskan kualiti dan fungsi asal produk tersebut.
Jadi, beware dengan asakan soalan yang ala-ala nak mempertikaikan produk awak tu. Bukan dia nak condemn, tapi ini sebahagian dari proses pengujian.
3. Target Audience
Siapa yang nak dengar pembentangan awak?
Sesuaikan bahasa penerangan dan istilah dengan tahap pendengar.
Kalau awak nak memahamkan budak darjah enam, tolonglah jangan guna laras bahasa Universiti of Harvard. Kalau awak nak memahamkan orang yang belajar bahasa arab darjah enam, tolonglah jangan guna bahasa kitab Universiti Al-Azhar. Itu kejam ya, kejam.
Tapi macam baik pun ada, tolong dodoikan orang sampai tidur nyenyak. Hmm.
The best is to keep it simple and short but informative sehinggakan orang yang dengar tu tak sempat nak tidur. I have found some speakers with that skill :)
Kalau awak nak bentangkan untuk pendengar yang berlatarbelakang akademik, beware. Semak semua fakta dua tiga kali sebelum bentang, supaya tak berlaku kesilapan yang menimbulkan rasa gugup.
Kalau nak bentangkan untuk orang yang kurang pemahaman, baiklah cari analogi mudah supaya orang faham deeply apa awak cakap.
Kalau awak nak bentangkan untuk pendengar bagi pembentangan projek dan promosi tadi tu, bersedia dengan keyakinan. Mungkin perlu pada skil memujuk dan mungkin SEDIKIT perdebatan berhemah. Seriously, sedikit. Beware, jangan sampai debat yang merendahkan level adab awak di mata pendengar kerana nescaya produk awak tinggal kenangan.
Memujuk jangan sampai orang meluat,
berdebat jangan sampai orang rembat.
Persediaan Awal Sebelum Pembentangan
Niat
Nawaitu kena set awal-awal. Pembentangan ini sejenis penyampaian juga.
Insya-Allah satu maslahat dakwah walaupun yang awak promosikan cuma penyapu serbaguna.
Bagaimana?
Bila orang dengar pembentangan awak, orang tertarik dan kagum dengan cara penyampaian dan akhlak awak, awak dah pun menunjukkan dua perkara.
Pertama : Akhlak Seorang Muslim
Kedua : Kemampuan Seorang Muslim dan Kehebatan Islam yang Membentuk Muslim Itu Sendiri.
Bila orang tertarik dengan isi pembentangan awak pula, awak dah dapat dua perkara.
Pertama : Menyampaikan ilmu yang menjadi saham akhirat.
Kedua : Sekiranya produk awak dikomersialkan maka awak akan dapat memberi manfaat kepada beratus beribu malah mungkin berjuta orang :)
Hadis :
Bukhari dan Muslim menceritakan , Nabi Muhammad berkata, "Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah yang paling banyak manfaatnya kepada orang lain".
sumber : http://www.kbs.gov.my/dokumen/anjung/santapan%20rohani%20april%202010.pdf
Niatlah membentang untuk menyampaikan dan memberi :))
Lastly, hiasi pembentangan dengan satu, dua quotes ya.
Maybe ayat Al-Quran, Hadis atau Kata-kata Hikmah.
Jangan lupa baca doa. Minta Allah mudahkan.
Doa yang mudah ialah dari surah Toha ayat 25 - 28
sumber : http://masjid-taman-subang-perdana.blogspot.com/2010/01/doa-agar-difasihkan-lidah-dan.html
Goodluck yeah. May Allah bless :)
Jemput Follow :)
Presentation Juga Penyampaian ^_^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment