Bagi yang hanya memandang aku pada result,
mungkin memandang sinis.
"Kau selalu je cakap kau tak boleh, tapi result kau ok apahal?"
Allahurabbi.
Sesungguhnya Dia lebih tahu.
Macamana dengan izin Dia jua, semua dimudahkan.
Masa belajar dalam kelas, blur.
Hati cuba nak fokus, tapi ke laut.
Kepala cuba nak faham, tapi blank.
Astaghfirullahalazim.
Cuma yang mampu dibuat...
Kerapkan cuba salam tangan lect / cikgu/ ustazah.
Mudah-mudahan dengan kita salam dia, dia sudi doakan kita.
Terdetik di hati dia pun jadilah.
Biar kita tak pandai mana, janji kita hormat.
Kalau kita pernah ponteng kelas pun,
janganlah sampai lect/cikgu benci meluat pada kita.
Jumpa mereka di jalanan, paling tak senyumlah.
Bagilah salam. Tundukkan sikit kepala.
Kot ya pun kita segan.
Jauhkan dari umpat lect/cikgu.
JANGAN benci lect/cikgu.
Tak suka subjek tak apa lagi, tapi hormat jangan hilang.
Jangan sampai dosa kita dengan mereka jadi hijab.
Cuba fikir, masa nak minta maaf hujung sem,
Sanggup tak nak cakap,
"prof/cikgu, saya minta maaf sebab selalu umpat kutuk prof selama ni..."
"dr/cikgu, saya minta maaf sebab selama sem ni saya simpan perasaan tak suka dekat dr/cikgu"
Astaghfirullahalazim. Allahurabbi.
*****
Ramadhan kali ini, kali pertama aku final exam masa puasa.
Sesungguhnya memang teruji.
Antara nak study dengan nak tarawikh.
Antara nak stay up study dengan nak tidur awal bangun awal.
Study tak habis lagi. Nak nangis pun ada.
Tapi,mengenangkan yang peluang bertarawikh ni bukan senang nak dapat,
aku pilih bertawakkal dan turun jugak.
Sebab ... aku percaya Allah pemilik segala bantuan.
Aku turun demi akhirat aku, dan serahkan semua urusan dunia di tangan Dia.
Sambil hati percaya, jika Allah izin bagiku, lima minit terakhir sebelum masuk dewan pun mampu aku fahamkan semua.
Malam sebelum Statistics, aku menangis.
Sebab ... banyaknya lagi tak faham.
Banyak lagi tak sudy.
Allahurabbi.
Ujian kedua untuk aku, bila antara waktu maghrib dan isyak, biasanya nak dekat isyak, tiba-tiba masya-Allah.. senangnya masuk.
Faham dan ingat serba serbi.
Sampai terlintas kat hati, nak turun tak tarawikh ni?
Tutup buku dan turun.
Sambil hati berdoa, moga Allah tambah kefahaman bila aku naik balik nanti.
Allah ... Allah.
Cemas dan harap silih berganti.
******
"... mintalah pertolongan Allah dengan sabar dan solat."
"... sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."
Sungguh.
Hubungan Etnik - aku terstudy benda-benda yang bebetul keluar exam, masa antara azan, dan selepas solat subuh.
Statistik - aku study dua topik saja asalnya, tapi dengan rahmat Allah aku terhafal jadual yang keluar bebetul sebelum masuk exam. Tajuk yang aku study pula, mewakili 15-18 markah daripada 40 markah keseluruhan.
Etika - lebih kurang 10 minit study, sebelum solat zuhur. Lepas zuhur gerak ke dewan. Sekali, keluar benda yang dihafal. Nak-nak pula ada dua soalan esei tentang alam sekitar.
Fisiologi - alhamdulillah, apa aku baca almost semua aku ingat.
Psikologi punn sama.
*****
Bukan sebab aku nak menunjuk.
Cuma aku ucapkan tanda syukur.
Juga agar yang membaca ini dapat mengambil manfaatnya.
Never rely on ourselves. Rely on Allah.
Perkara yang mustahil pun, kalau Allah kata jadi, jadilah.
Cubalah menyukakan Allah, agar Allah sudi pandang doa kita.
Memang aku akui, aku sibuk berprogram sana sini.
Jejak bilik pukul 2,3 pagi.
Tapi, bila kita jalankan amanah kita sebaiknya, walaupun orang tak nampak, inshaAllah, rezeki kita Allah jaga. Subhanallah.
Yang penting yakin. Insha-ALLAH.
Jemput Follow :)
Final Exam VS Ramadhan : Subhanallah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment