I am a human with social media.
Kalau tak mustahil kau baca apa yang kau baca sekarang, kan?
Cuma dalam beberapa bulan ini, rasa lain sudah pandangan aku.
Pandangan aku terhadap perkara yang patut dan tak patut dikongsi dalam media sosial.
Perkara yang selamat dan kurang selamat.
Pertama,apa tujuan kita ada media sosial?
Lain orang lain jawapannya.
Semoga yang baik-baik saja.
Kedua, adakah matlamat kita itu selari dengan penggunaan kita?
Lain orang lain jawapannya.
Muhasabah sama-sama.
Ketiga, adakah penggunaan kita masih berada dalam batasan wajar?
Dan keempat, adakah niat kita dalam berkongsi sesuatu masih terjaga.
*****
Mungkin ada yang perasan, aku semakin jarang update status berbanding dulu.
Gambar, sejujurnya kali terakhir ialah masa Debat Diraja 2015.
Itupun sudah diprivatekan.
Sebenarnya, semakin lama aku semakin rasa, aku tak cukup ilmu nak banyak bicara dengan kata-kata sendiri.
Tambah aku bimbang amal tak seiring.
Malah aku bimbang, makin banyak aku bercerita di media ini, makin banyak aib yang terbuka.
Kalau tak aib aku, aib orang lain.
Kata cerminan akhlak.
Tulisan juga serupa.
Berkenaan gambar, mulanya sebab aku sedar dia kurang senang.
Dia tak pernah paksa atau suruh aku padam gambar.
Dia cuma lebih suka kalau tak upload. Itu saja.
Dia tak kongkong aku.
Memang pada awalnya aku rasa tak salah pun buat begitu.
Tapi, bila dengar penjelasan dia dan nasihat seorang sahabat, aku sendiri privatekan.
Aku dalam proses untuk padam gambar-gambar aku di media sosial.
Walaupun bertutup, ada juga beberapa benda yang perlu diperhatikan.
Pertama, benarkah gambar itu tidak menarik perhatian?
Sedangkan Allah cipta wanita semua cantik.
Bukankah wanita itu wajarnya tersorok keindahannya?
Teringat kata dia,
"Biarlah aku tak nak tayang ibu aku di media sosial, sebab dia terlalu berharga untuk aku. Begitu jugak bakal isteri aku, biarlah aku tak tayang dia untuk tatapan semua orang, sebab dia terlalu berharga."
Biarlah orang mengenali idea dan prestasi kita,walau tak berupa.
Di media sosial.
Belum cerita kalau gambar kau dijadikan bahan gosip dan umpat.
Minta simpang.
******
Berkongsi banyak perkara di media sosial, nikmat percutian, status percintaan melalui status dan sebagainya.
Kadang terlintas, apa perasaan orang yang makan tak cukup, bila tengok gambar orang bercuti?
Ada persepsi orang, bercerita ini seakan-akan menunjuk kitalah yang ada segalanya.
Akhirnya aku rasa, bila berkata biarlah yang penting atau baik, jika tidak diam sahajalah.
Share, pun aku tapiskan sekarang. Sebab bimbang ada yang salah. Sebab bimbang ada yang tak baik.
Lain di blog. Sebab bila kau buka blog orang, maknanya you are ready nak baca cerita hidup dia. Atau pandangan dia.
Cerita masalah di Facebook? Hati-hatilah.
Bimbang buka aib orang. Paling slack, buka aib sendiri.
Bila sedang marah atau sedih, kadang tulisan kita memakan diri.
*****
Aku sedang refresh balik identiti di media sosial.
Akaun Twitter sudah didelete.
Aku akan buka yang baru.
Dengan niat baru, paradigma baru.
Kerana minat aku yang mendalam terhadap quotes.
Gambar akan dibuang sedikit demi sedikit.
Gambar baru, akan semakin kurang dan mungkin tak upload pun.
E-mel address sedang dalam proses dibina semula.
Sebab emel lama sejak tingkatan dua itu sudah tidak sesuai.
Username kebudak-budakan.
Iklan dan spam pun banyak.
Domain baru yang aku pilih ialah zohomail.com.
Review? Nanti dulu.
Juga dalam proses pembinaan website inshaAllah.
Sebab nak daftar akaun zohomail perlukan domain website.
Tak mustahil aku pindah ke website.
Tapi blog ini akan aku simpan dan guna untuk personal.
Website mungkin lebih kepada info atau tujuan bersifat formal.
Instagram? Akan ditapis semula.
Kalau tak perlu, delete saja.
Buat masa ini, aku guna instagram untuk survey barangan online.
Dah lama tak update pun.
Pendek kata, sedang renew my social media life.
Menuju ke arah penggunaan yang lebih matang dan bermanfaat.
InshaAllah.
0 comments:
Post a Comment