Powered by Blogger.
RSS

Jemput Follow :)

Kematangan Tanpa Sedar (1) : Rezeki Tiap Manusia

Assalamualaikum

Alhamdulillah, walaupun berhenti kerja di taska atas beberapa masalah, akhirnya kerja dapat juga di Petronas Kulim Square. Juruwang a.k.a cashier :)

Sebenarnya panjang cerita nak dapat kerja ni.

Sebelum berhenti dari taska entah kenapa mak ada cuba-cuba cari kerja untuk anaknya ni. Seperti dapat agak sesuatu akan berlaku. Firasat ibu, mungkin?

Dapat kerja cashier sekaligus promoter di sebuah kedai jam di Giant. Gaji lebih baik dari kerja sebelumnya.
Malangnya, asal rancang nak tumpang jiran ke tempat kerja tetapi akhirnya tak boleh sebab jiran tu dah pindah duduk rumah sewa :(

Maka, saya pun cari kerja lain. Cuba angin cari kerja di stesen minyak. 3 stesen minyak pergi. Stesen minyak ketiga ini hanya cuba nasib saja, kebetulan lepas singgah solat maghrib di sini, terasa nak cuba isi borang. Padahal tak ada pun tulis jawatan kosong di depan. Disuruh isi borang, cuba sajalah.

Kalau diingat, lagi dua stesen minyak kena jumpa bos dah. Tapi bila kita pergi, bos tak ada. Kemudian senyap begitu sahaja. Tak telefon balik dah pun.

Tak tersangka, lepas lima hari, Petronas Kulim Square telefon :D Masuk kerja esoknya.

Dan lebih tak tersangka, gaji lebih baik daripada gaji di semua tempat yang saya tak diterima sebelum ni :) Alhamdulillah.

Seingat saya ketika istikharah hendak terima kerja di kedai jam atau taska, saya blank. Tak rasa apa-apa. Kemudian saya dapat masalah taska lalu tak ada kenderaan nak ke kedai jam.

Rupanya rezeki di sini :)

Ada kenderaan nak ke sini.
Boleh jalan kaki ke kedai dan rumah mak angkat tersayang.
Ramai kawan mak duduk area sini.
Ayah setuju.
Ada waktu untuk solat.

Alhamdulillah :)

Kesimpulannya, yakin,

Mesti ada SEBAB kita di sesuatu kedudukan.
Ada sebab Allah bagi kita gagal dapat kerja di satu tempat.
Ada sebab Allah bagi kita dapat kerja yang kita dapat.
Ada sebab Allah jadikan kita di posisi gagal.
Ada sebab Allah jadikan kita berjaya.

Semuanya berhikmah.
Allahuakbar.

Believe!

P/S: insya-Allah tak akan putus rezeki kalau kita amalkan solat dhuha. Boleh istiqamah ke? Hmmmmm.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment