Powered by Blogger.
RSS

Jemput Follow :)

Kematangan Tanpa Sedar (3) : Stand Tall

Masih bercerita tentang kerja. Semua pengajaran yang ingin diceritakan.

Alam pekerjaan walau cuma sementara saya lalui sampai habis cuti SPM nanti, saya sangat hargai kerana bagi saya pengalaman kerja banyak mengubah diri saya. Serius. Sangat banyak.

Dulu saya kurang punctual.
Sekarang setidak-tidaknya bertambah punctual.

Dulu sejujurnya saya selalu terlepas subuh. Bangun tidur baru solat walaupun dah habis waktu.
Sekarang alhamdulillah dah boleh bangun pagi.

Dulu saya kurang tahu bab jalan raya.
Sekarang lebih faham, paling tidak pun boleh tunjuk jalan untuk orang yang datang bertanya.

Dulu saya buat kerja slow.
Sekarang bertambahlah juga lajunya.

Dulu saya panas baran. Mudah marah apabila orang tak tahu itu ini.
Sekarang bolehlah juga nak bersabar.

Setelah cerita demi cerita, saya rasa alam pekerjaan ini, saya agak bersedia menghadapinya setakat ini.

Saya akan berubah dan terus berubah.
Kerana sentiasa ada ruang untuk bertambah baik.

dan walaupun saya tidak diberi pasangan seperti rakan-rakan saya, saling membimbing sama berubah kepada kebaikan,

Allah mengajar saya berdiri di atas kaki sendiri.
Lalui perjalanan hijrah bersendiri, atau bersama kakak-kakak dan sahabat.

Allah is teaching me to stand tall.
Coz people who is destined to be strong must first be tested strongly.

Jujur di celah-celah kesibukan dan pelajaran hidup, ada sedikit ruang rasa yang ingin seperti sahabat lain yang berpasangan. Normal bagi manusia.

Tapi kita harus tahu diri, tahu batas. Tahu hak dan batil. Halal dan haram.

Dan apabila ada keluarga dah mula mengusik kalau saya berpunya, saya hanya mampu senyap. Keluarga saya memang ramai nikah awal.

Apabila rakan-rakan bercerita tentang itu saya tidak mampu bercerita. Hanya mendengar dan beri sedikit komen.

Tak mengapa.
Allah akan bagi juga.
Sekarang waktu saya matangkan diri supaya apabila datang masanya kelak, suami boleh tersenyum dan berkata,

"Aku bertuah memilikinya."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment