Powered by Blogger.
RSS

Jemput Follow :)

Kematangan Tanpa Sedar (2) : Hati Mau Kering!

Malam ini kerja shift malam.
Kurang pelanggan, sebab itu jadi agak bosan (bosan pulak?kalau ramai kang tumbang pulak pukul 3 pagi ni oi!) lalu sempat update sampai dua entri.

Tadi berbual dengan pekerja senior, Ibrahim namanya.
Sajalah saya bertanya pada dia sedikit soalan.
Bual fasal gaji, kerja dan sebagainya.

Tapi saya tertarik pada satu perbualan.

"Abang, kalau masa mula-mula tengok saya masuk kerja, abang ingat saya ni orang macam mana?"

"Mula-mula tengok, ingatkan tak tahan lama, tapi tengok ok ja. So far so good,"jawab senior. Ibrahim namanya. India muslim, tapi serius memang baik orangnya. Selesa kerja dengan dia.

"Kenapa ingat tak lama?"

"Sebab tengok duk asyik kena ja."

Saya katakan padanya,

"Dah set dari awal, nak masuk kerja, hati mau kering."

Betul. Memang itu yang saya tanam dalam hati. Saya nak kerja. Jadi akan ada halangan. Saya akan kenal macam-macam ragam manusia. Kena kuat.

Sungguh saya teringat.
Saya pernah disalahkan. Difitnah. Dihentam. Dijadikan sasaran. Semuanya pernah. Masa lalu saya terlalu banyak untuk usia belum genap 18 tahu, mungkin :)

Tapi hari ini saya lebih kuat.
Walau ada yang saya nampak sendiri berhenti kerja kerana tak mahu kerja susah, alhamdulillah saya mampu teruskan.

Belajar mengalah.
Belajar bergaul.
Belajar hidup dalam masyarakat yang kita perlu terima, kita bersama manusia bukan malaikat.

Dan di sebalik semua itu ada sebuah kematangan yang tercipta bukan dengan sedetik, tetapi dengan bertahun pahit manis yang ditahan, ditelan, diluah dan dihadap.

Cerita semalam itu hidupkan aku hari ini :')

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment