Assalamualaikum, salam yang saya beri walaupun saya tidak pasti apakah akan ada yang menjawabnya nanti. Saya tidak menaruh harapan langsung untuk melihat awak membaca nukilan di sini. Memang semuanya sudah lama sirna.Cuma saya yang tidak sedar.
Tahukah awak, kenapa kini dengan mudah saya sendiri melafazkan ayat yang saya tidak pernah sanggup ucap sekalipun awak sudah lama lepaskan saya? Kenapa selama ini saya terlalu mempertahankan perasaan ini walaupun tidak pernah berbalas langsung?Kenapa sekarang tiba-tiba saya buat semua ini setelah lama saya perbodohkan diri dengan semua ini?
Saya kecewa. Bukan sekadar sebab awak tidak melayani saya sebaiknya atau apa jua jawapan yang terlintas di benak awak. Awak fahamilah, seandainya saja semuanya sebab awak ada yang lain, dari kali pertama saya dengar semua itu saya sudah marah awak. Seandainya saja sebab awak menolak mentah-mentah persahabatan yang awak hulurkan, tentu saja saya sudah lupakan semuanya waktu itu. Sendainya saja semuanya sebab awak tinggalkan saya kerana ilmu, tentu saja saya tidak menunggu lama untuk punya pengganti.
Semua sebab itu tidak cukup kuat untuk saya melepaskan awak. Tidak cukup. Hanya satu sebab utuh yang saya simpan. KEIMANAN AWAK YANG KIAN LAYU.
Saya hanya mencintai kerana Allah, dan insya-Allah perasaan itu hanya untuk insan yang mencintai-Nya juga.Soalan saya kalaulah awak masih setia pada-Nya (bukan pada saya), kenapa awak sanggup lari dari kehidupan beragama? Kenapa tidak mahu tetap thabat di jalan para salafussoleh? Kenapa awak tidak mahu istiqamah? Awak pentingkan teman-teman lebih daripada Islamkah?
Saya hanya ingin awak tahu.
Saya tidak mungkin sanggup tinggalkan awak kerana insan lain.
Saya tidak mungkin sanggup lepaskan perasaan kerana awak tidak membalasnya.
Saya tidak mungkin sanggup lupakan awak kerana jihad awak.
Saya tidak mungkin sanggup relakan awak kerana bencana atas awak.
Saya tidak mungkin sanggup..
kalau semuanya atas kekurangan lahiriah awak..
Tetapi saya hanya tekad melepaskan awak..
kerana apa yang saya cintakan ialah pemimpin saya ke jalan Allah !
Renungan untuk semua.. selalunya alasan kita meninggalkan seseorang ialah kerana kecurangan, cinta tak berbalas, dia nak sambung belajar, dia ditimpa sesuatu yang memang kita tidak boleh terima dan sebagainya. Jarang sekali kalau kita sanggup melepaskan seseorang ikhlas kerana Allah. Ya, bukan mudah untuk melakukannya. Selalunya kita lepaskan kerana perangai. Cuba bayangkan kalau kita sanggup bertahan dalam segala situasi, tak kiralah ada orang lain ke, jarak jauh ke, apa ke, semuanya okey. Kemudian kita dapati dia mula futur (menurun dalam amalan), adakah satu alasan itu mampu buat kita nekad meninggalkannya? Sedangkan pemilik cinta yang sebenar ialah Allah! Renungkanlah.. buat diri dan semua..
0 comments:
Post a Comment