Tadi aku ke kedai buku. Aku cari novel. Aku tidak tahu novel apa aku mahu. Cuma yang aku tahu satu tema yang aku inginkan. Satu penceritaan yang aku inginkan. Aku hendak lihat pena-pena ulung yang melakarkan penceritaan itu. Hanya satu tema, hanya satu cerita yang bermain di minda aku masa itu … dan itu telah mengambil masaku yang panjang.
Hakikat sebenar, tidak satu pun menyamai yang aku inginkan. Punyalah lama mencari satu pun tidak menyamai cita rasa. Aku cerewetlah maknanya kan ? Ya … aku boleh dikatakan cerewet. Kalau aku mahu cerita begitu, jangan harap hendak pandang yang lain. HAHA
Akhirnya disebabkan gian hendak membaca, aku pilih juga novel yang agak-agak tidak lari dari kehendak aku. Sebenarnya tidaklah sama 100% pun. Cuma boleh tahanlah berbanding yang lain. Aku hela nafas berat.
Cerewet aku dalam bab cerita sesebuah buku ni susah nak kawal betul!
Err ... sebenarnya baru hari ini aku sedar diri setelah aku dapati semua buku yang aku jumpa macam tidak serasi dengan aku. Memang selama ini aku sudah banyak kali menghabiskan masa yang lama semata-mata mencari bahan bacaan terutamanya novel dan buku rujukan. Dua jenis buku ini memang susah kalau aku hendak pilih.
Cuma selama ini tidak perasanlah sebab aku jumpa juga buku yang aku suka walaupun dengan menelan masa boleh dikatakan berabad juga ... dan mungkin setelah ronda dua atau tiga kedai.
Sekarang, memang betul-betul sedar dirilah.
Kedengarannya teruk tetapi kalau difikirkan, aku mahu yang aku beli itu setimpal dengan wang yang aku keluarkan. Faham kan? Cuma aku agak ekstremlah dalam bab ini.
Lantas masa sedang membelek buku di Harfa sampai jaga kedai sudah hadiahkan pandangan pelik (mungkin saya saja yang salah sangka!) tiba-tiba idea pelik muncul di tepi telinga saya.
"Kalau dah semua cerita yang sedia ada engkau tidak suka, kenapa tidak engkau buat sahaja cerita itu sendiri? Engkau pun puas hati kan?"
Saya terpaku, depan rak buku. Wah, bunyi pantun dua kerat! Kalau guru BM dengar sahlah saya kena luku. Ya, saya terfikir kewajaran idea di tepi telinga. Ah, sudah!
Saya mengarut apa ini?
Okey, kembali kepada alam normal. Saya bukan dan tidak berminat untuk menjadi Mat Jenin. Abaikan.
Saya pening kepala memikirkan masalah pengurusan fail saya, iaitu:
* selalu tersalah letak pendrive.
* pening lihat desktop saya yang penuh dengan segala macam ikon sebab saya suka letakkan pintasan terus ke fail penting secara terus di desktop
*pendrive senang kena virus dan saya amat risau.
*fail-fail video, muzik, dan gambar akan memberatkan dan melambatkan laptop ini.
*dokumen yang semakin banyak yang pasti memenatkan komputer saya ini.
*segala macam fail dan dokumen akan musnah kalau kena virus.
*semestinya, apabila fail dan dokumen musnah terkena virus, 99.999999999999999% kemungkinan laptop saya ini akan turut masuk hospital khusus, diformat (itu pun jika ada peluang untuk sembuh) semula dan menghilangkan semua data saya.
PENYELESAIAN : EXTERNAL HARD DISK
Saya pasti Nurina Izzati akan senyum sampai telinga membaca entri ini. Dia sudah lama beri saranan saya agar guna alat itu. Saya yang ragu-ragu. Punca keraguan:
*Harga semasa Pesta Komputer dulu (masa Nurina beli) ialah RM170. Agak-agak cekik darah tak? Bagi saya ya. Memang berbaloi kerana saiz penyimpanan failnya berpuluh kali ganda berbanding pendrive. 300GB (yang Nurina guna)
*Semestinya apabila sudah di luar pesta dan musim promosi, harganya lagilah mahal! Mak kata RM200 ke atas lah gamaknya. RM230 kalau tidak salah.
*Masalah utama, bajet saya sendiri pun tidak cukup.
Secara keseluruhannya, semua masalah yang tersenarai berkaitan dengan bajet! (Senyum simpul dengan mata terkelip-kelip) Ada siapa nak belanja saya tak? ^_^
ZZZZ ... saya tahu ramai yang 'boo' saya nanti. Cabut!
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment