Aku insan biasa,
ternyata jiwaku rapuh,
tatkala diuji,
akulah yang rebah lantas binasa.
Aku muslimah,
tetapi aku bimbang,
andai nama muslimah terpatri padaku,
hanya mengundang fitnah.
Aku Islam,
namun aku gentar,
andai keislamanku goyah dengan pancaroba,
takut keranaku Islam tampak lemah.
Kamu,
seorang muslim.
Kamu,
sewajarnya waris baginda Rasulullah.
Aku,
seorang muslimah.
Aku,
sewajarnya waris Ummul Mukminin.
Namun lihatlah langkahku kini,
tampaknya goyah,
semakin pincang,
aku tahu,
aku sedar,
malah aku takut,
andai diriku bukan sekadar rosak,
malah merosakkan.
Aku tidak mahu kamu alpa,
aku bimbang,
memikirkan amanah tergalas di bahumu,
lebih berat berbandingku,
kerana,
aku sedar,
aku pun akan dipersoalkan kelak,
jika akulah punca kelalaianmu.
Ketahuilah,
kalau kamu menyakiti hati aku,
dengan bermacam cara pun,
aku redha,
malah bersyukur.
Aku bersyukur,
setidaknya aku sedar siapa diriku,
aku tahu rendahnya darjatku,
aku tidak akan menjadi buta,
tenggelam dalam angan sendiri.
Aku bersyukur,
kerana dengan engkau mematahkan harapanku,
setidaknya aku tahu,
aku bukanlah sesuatu yang melekakanmu,
aku tidak bererti,
setidaknya,
aku terlepas dari bebanan akhirat,
saat dipersoalkan punca kelalaianmu.
Mungkin sekarang aku sakit,
andai ditolak,
andai digantung tidak dihiraukan.
Namun aku juga yakin,
lebih baik begitu.
Lebih baik aku disakiti dulu,
jangan nanti,
bukan hanya aku,
malah engkau jua,
yang akan menanggung siksa,
panasnya api neraka.
Meskipun saban hari,
senyumku senyum pahit,
tawaku tawa palsu,
manis bicaraku sekadar hiasan,
tidak mengapa.
Biarpun terpenjara,
tersakiti,
tetap redha.
Sesungguhnya dunia ibarat penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.
Ya Allah,
tika arus terlalu deras,
kuperlukan dahan-Mu,
untukku berpaut.
Ya Allah,
tika belati tajam menikam,
kuperlukan perlindungan-Mu,
jagakan aku dari putus asa.
Ya Allah,
tika pandanganku mula terasuk,
kuperlukan hidayah-Mu,
arahkan hatiku hanya untuk-Mu.
Dan bila...
aku lemah,
aku terjatuh,
aku pohon,
siapa jua kalian,
yang turut mencintai-Nya,
bantu aku,
aku rayu,
bangunkan hatiku ...
*cuba berpuisi panjang.. tetapi mungkin tak menarik.. maaf!
0 comments:
Post a Comment