Powered by Blogger.
RSS

Jemput Follow :)

Masih Terasa Kesedihannya

Telah saya sebut tempoh hari bahawa pasukan bahas kami akur di tempat kedua selaku naib johan. Ternyata dalam entri yang lalu saya berjaya menyembunyikan perasaan saya. Pada hakikatnya, saya benar-benar sedih. Saya tahan perasaan saya beberapa hari ini. Status FB saya tidak update sebab saya tahu kalau update memang akan tercurah kesedihan ini.

Ya, saya akui memanglah bukan rezeki kami. Apabila ada yang bertanya saya berikan jawapan itu, dan kemudian akan saya elak soalan seterusnya. Cukup. Saya sudah cukup sedih menerima kenyataan itu.

Sebenarnya, sejak diumumkan usul diterima pada hari itu, saya cuba sekuat hati menahan perasaan. Masa dalam dewan dan kawasan sekolah SMK Tunku Putra saya berjaya tahan. Saya kesian tengok Kak Syahidah dan Kak Iman yang dah menangis.

Tapi dalam kereta, saya pura-pura tidur tapi saya menangis. Saya minta maaf dengan semua sebelum saya pura-pura tidur. Athirah cakap, "takpalah benda dah berlalu" tapi saya tahu, dia pun sedih. Semua tak nak salahkan saya.

Dalam hati, saya tahu satu perkara.

Cikgu kata kami kurang satu markah. Kalaulah cikgu sedar, sebenarnya satu yang ditolak itu tentu sebab saya yang tak terima cukup izin laluan. Saya terima satu sahaja. Wajib dua. Namun, kerajaan sebenarnya yang tak bagi izin laluan.

Semua ... satu dewan ... semua senior ... cikgu-cikgu ... kawan-kawan ... tak perasan agaknya masa tu. Saya sendiri tersedar selepas saya habis cakap dan dah duduk semula di tempat saya. Masa saya duduk semula pun , tak ada yang tegur saya tentang izin laluan tu.

So, kesimpulan yang cukup mudah. Saya sebenarnya bukan pembahas yang boleh diharapkan dalam kalangan pembahas SMKSB. Saya cumalah seorang yang amat cuai. =(

Kak Iman salahkan dirinya. Saya? Tetap salahkan diri saya.

Andai sahaja ada yang mampu faham? Saya amat sedih. Secara jujurnya saya tahu kami ada peluang untuk menang. Tahukah kenapa sekarang saya bersedih kembali?

Tadi jumpa Cikgu Mahpudzah.Katanya nangis haritu masa kami kalah sebab cikgu ingat kami boleh menang. Saya... amat sedih mendengar kata-kata itu. Serta-merta saya teringatkan mata Kak Iman dan Kak Syahidah yang turut basah hari itu. Saya akui, saya salah di situ.

Saya bukan pembahas yang baik.

Berbanding dengan pembahas yang sama peranan dengan saya dari sekolah lain, saya macam kayu. Hanya tahu bidas hujah cakap fakta, tetapi tak ada unsur humor dan tak pandai pula mengarang ayat sinis. Lihatlah lawan saya masa itu, saya akan ingat ayat pedasnya sampai bila-bila.

Saya sedar terus. Saya pembahas yang kayu, serius. Tak ada humor. Saya memang bukan pembahas yang baik. Saya rasa pembahas lain yang pegang peranan saya... semuanya jauh lebih kreatif. Saya tidak. Saya sedar. Saya menangis hari itu.

Untuk team bahas, jangan sedih ya. Itu semua salah kami bukan ampa. Kami ... amat sedih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment