Jemput Follow :)
Dia Tetap Manusia
Dialog 1
"Ala .. kau sajalah yang pergi tanya dia. Aku seganlah."
"Dia tu tudung punyalah labuh,segan aku nak bercakap dengan dia. Silap cakap nanti dapat ceramah percuma pula."
Dialog 2
"Aku tak nak la ajak dia keluar dengan kita."
"Yalah, nanti disuruhnya kita pakai macam nak pergi masjid pula.Rimas!"
TETAPI... Jika muslimah bertudung labuh itu berbuat salah?
"Huh, malas aku nak tanya orang munafik ni! Nanti ceramah sesat apa pula dia nak bagi."
"Buat apa ajak dia? Dia pun akhlak tak betul. Nama saja bertudung labuh."
Rasanya acap kali perbualan ini ada dalam sehari-hari. Saya mendengar juga pengakuan sahabat-sahabat tertentu.
Ada yang kata malu dipaksa bertudung labuh ikut peraturan sekolah, sebab orang anggap sempurna dan tak boleh buat salah.
Ada yang kata bertudung labuh menyebabkan dirinya tersisih, orang pandang macam makhluk asing.
Ada yang kata sangat sedih, sebab baru sahaja berhijrah nak tutup aurat betul-betul dengan tudung labuhnya terus saja kena kutuk atas kesalahan-kesalahannya.
DARI SITU, terdetik hati saya hendak menukilkan ini. Tambah pula saya terjumpa gambar ini di Facebook.
Bertudung labuh itu suatu yang wajib, labuhnya wajib menutupi paras bahu dan dada.
Itu jugalah perlindungan bagi seorang muslimah.
Saya ada berpakaian begitu ke kota raya.
Memang pandangan orang agak 'lain', tetapi alhamdulillah saya tidak diganggu hatta ditegur mahupun diusik mana-mana lelaki 'nakal'.
Rakan-rakan saya yang pernah merasai hal ini pun mengakui.
Kerana dalam Al-Quran ada menyebut jilbab itu membuatkan muslimah itu dikenali sebagai muslimah dan tidak diganggu.
Ia bukan SIMBOL USTAZAH/ALIM.
Ia suatu SIMBOL MUSLIMAH.
Maka dari itu, ingatlah, labuh mana pun jilbab seseorang, dia tetap manusia.
Terimalah kurang lebihnya.
Bimbinglah salah betulnya.
Teguhkanlah lemah kuatnya.
Ingatlah, kita dan dia tetap hamba Ilahi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment