Powered by Blogger.
RSS

Jemput Follow :)

Tarbiah Hospital #1 : Cabaran dan Keperluan

Seperti yang saya janji dalam post sebelum ini, itu yang aku buat. 

Cerita pengalaman 9 hari ini. Bukan nak mencapub ke apa, cuma rasa sayang kalau dibiarkan berlalu tanpa manfaat kepada orang lain juga. 

Saya bercita-cita untuk jadi doktor. Bidang sakit puan, insya-Allah. Nah, kali ini saya dah mengaku terang-terangan. Ada sesiapa nak gelak? Tak apalah. Saya tak kisah. 

Cabaran bekerja sebagai doktor, semua dah maklum. 
Berat, tambahan bagi doktor perempuan. 
Sebab tu doktor ramai lelaki. 
Sekarang dah ramai sikit perempuan, tapi rasanya tak mencukupi. 
Campur dengan doktor lelaki pun belum mencukupi sebenarnya -.-

Ini saya kira yang saya nampaklah. Bukan setakat doktor, jururawat pun ada terbabit sesetengahnya.

*Kerja memakan masa yang banyak. Agak susah nak bahagi masa terutama sebab ada on-call dan sebagainya. Kalau on-call waktu tidur rasanya memang tak seberapalah jawabnya. Kalau jururawat pun ada waktunya bertugas malam. Lain rasanya tidur siang dengan malam.

*Kerenah pesakit yang macam-macam. Ini lebih kepada jururawat terutamanya, walaupun doktor tak ketinggalan. Saya lihat doktor dan jururawat tak ubah macam guru, tapi anak didiknya lebih dewasa. Ada pesakit yang meracau tak tentu fasal. Ada yang enggan ikut arahan. Bukan senang nak kawal mereka. Hendak berkasar, berkeras sangat tak boleh, mereka ini sakit!

*Soal aurat. Ini lebih kepada jururawat. Uniform perempuan memang banyak yang mengikut alur badan. Belum dikira dengan lengan pendeknya. Kasihan mereka. Tentu sukar nak jaga aurat. Bila tengok mereka, jujur saya katakan saya rasa malu kalau kita yang biasa ni tak tahu dan tak rasa nak jaga aurat. Pekan mana yang ada tetapkan uniform rakyatnya apabila keluar berjalan mesti pakai 'pakaian adik'?

*Soal pergaulan. Ini memang sukar sangat nak elak. Mana tidaknya. Doktor terpaksa terima semua jantina pesakit. Kalau doktor di hospital sama banyak dengan pesakit lainlah cerita. Sebenarnya, fardhu kifayah dah jadinya untuk orang Islam pegang bidang-bidang kritikal ni. Kalau doktor ramai, insya-Allah boleh asingkan pesakit mengikut jantina. Begitu juga dengan jururawat. Jururawat lelaki memang kurang. Pesakit lelaki tetap ramai. Tugas tetap tugas. Terpaksalah bersentuhan lelaki perempuan jika tiada pilihan. 

Sekarang mari cakap soal keperluan, sambil kita bandingkan dengan persepsi masyarakat. 

#Sepatutnya tambah jururawat lelaki. Kasihan jururawat perempuan. Tetapi tak ramai lelaki ingin jadi jururawat seolah-olah terasa itu bukan kerja lelaki. 

#Doktor Islam patut diperbanyak untuk membolehkan rawatan ikut syariat. Tapi berapa ramai pelajar Islam mahu ambil perubatan? Makin hari makin berkurangan. Jika dahulu saya ke hospital doktor Cina dan India minoriti, kini mereka majoriti. Sepanjang saya di wad, saya rasa cuma 2 orang doktor Melayu. 

Tolonglah wahai muslim, jangan jadi doktor sendiri yang menyusahkan doktor bertauliah! =="

#Doktor Muslimah@ perempuan patut diperbanyak. Untuk maslahat para muslimah juga. Kan lebih afdal kalau kita perempuan dirawat oleh doktor perempuan?

#Pakar sakit puan perempuan perlu ditambah! Ini mustahak. Nama pun sakit puan, mesti melibatkan aurat yang berat.Tetapi yang saya lihat lelaki lebih ramai nak jadi pakar sakit puan. Perempuan bagai tak mahu. Kasihan pesakit wanita yang ingin dirawat oleh doktor Muslimah. 

Jujur, saya kagum dengan kesabaran mereka yang bekerja dalam bidang perubatan. Orang boleh cakap doktor kerja analisis dan tetap ubat, tapi hakikatnya? Bila ada kesilapan, siapa kena saman? Doktor juga. Bila layanan kurang memuaskan, siapa dikutuk? Doktor juga.

Setiap hari, mereka berdepan dengan keputusan-keputusan berkaitan nyawa. 

Pernahkah kita terfikir?


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment