I may be the weakest,
I may be the worst,
but hey,
the weakest pawn can be the strongest queen,
and the worst can be the best, right?
I may start from downwards,
and it takes long to reach you,
up above the sky,
but hey,
the airplanes fly up from the ground, right?
I may not be the best,
neither to be strongest,
but all I know,
whatever I play,
whatever I do,
I do it the best way I am.
Either if you bear in mind,
or you never care,
I am still who I am,
not the strongest queen,
neither the weakest pawn,
I am just simply myself.
Maybe I will never reach you,
but hey,
nothing is impossible, right?
I do believe in possibilities... ^^
Jemput Follow :)
Believe In Possibilities
Syukur Alhamdulillah
Setelah lebih dua minggu saya asyik dibelenggu isu bahas,
perlahan saya mendapat semula semangat saya.
Berkat sokongan dan doa semua.
Kak Syahidah, Kak Iman, Nurina, Athirah ... dan semualah dalam pasukan bahas!
Sayang semua!
Lama sangat rasanya saya terbelenggu sampai tak ada semangat.
Melampaulah tu namanya.
Alhamdulillah Allah kejutkan saya semula,
berikan semangat untuk saya teruskan melangkah.
Ya, Allah itu dekat.
Dia tahu waktu hamba-Nya tersungkur,
dan yakinilah Dia selalu ada,
pasti akan membangkitkan hamba-Nya yang tercinta.
Jika Dia belum datang kepada-Mu,
sedarlah,
dirimu belum benar-benar tersungkur,
mungkin engkau masih bertatih,
mencari jalan pulang.
Bukan pula Dia hanya tiba saat kau rebah,
tetapi sepertimana insan bernama ibu,
seharusnya Dia biarkan engkau melangkah sendiri,
dan Dia memerhati,
membangkitkan bila engkau tak daya berdiri sendiri.
Jika Dia telah datang,
bersyukurlah,
cinta-Nya sentiasa ada,
mahu engkau tahu kewujudan-Nya,
mahu engkau beriman kepada-Nya,
dan dia sama sekali enggan biarkan engkau terus rebah di situ.
Jangan lupakan Dia ...
Janji Untuk Mereka
Beri aku masa.
Aku tak mampu menulis seperti dulu.
Buat masa ini.
Tak ada yang menarik mampu aku tulis untuk sekarang.
Catatan aku sebelum entri ini masih belenggu aku.
Aku ada baca blog seseorang.
Aku janji.
Tahun depan aku tak akan ulang lagi.
Tak akan kecewakan senior-senior.
Tak akan kecewakan cikgu-cikgu.
Tak nak lihat mereka sedih lagi.
Aku janji.
Tarikh ini 17 April 2011.
Aku pegang janji aku.
Aku janji.
Tahun depan biar kami padamkan NAIB, tinggalkan JOHAN di atas sijil.
Hasrat Kak Iman, yang dinyatakannya.
Dan aku yakin juga hasrat semua.
Ok, so take my promise?
Aku tau aku sekarang bukan pembahas yang baik.
Tetapi aku mohon percayakan aku sekali lagi.
Kata-kata pengetua...
Perlawanan kami dengan SMK Ibrahim...
Ya, itu menyakitkan.
Tetapi bagi mata aku yang lihat sendiri,
telinga aku yang dengar sendiri,
dengan sepenuh akal aku buat pertimbangan.
Aku rasa ... aku dah tahu perkara yang patut aku buat.
Aku mohon, percayakan aku untuk kali ini.
Aku yakin dan percaya dengan langkah ini.
Dan untuk membalas satu entri yang aku baca,
aku janji untuk tahun depan...
kami akan menang dengan
fakta yang SAHIH
ayat pedas tahap WASABI
hujah yang KUKUH.
Take note that I'm not trying to pick up a stupid kind of negative fight. ;)
Masih Terasa Kesedihannya
Telah saya sebut tempoh hari bahawa pasukan bahas kami akur di tempat kedua selaku naib johan. Ternyata dalam entri yang lalu saya berjaya menyembunyikan perasaan saya. Pada hakikatnya, saya benar-benar sedih. Saya tahan perasaan saya beberapa hari ini. Status FB saya tidak update sebab saya tahu kalau update memang akan tercurah kesedihan ini.
Ya, saya akui memanglah bukan rezeki kami. Apabila ada yang bertanya saya berikan jawapan itu, dan kemudian akan saya elak soalan seterusnya. Cukup. Saya sudah cukup sedih menerima kenyataan itu.
Sebenarnya, sejak diumumkan usul diterima pada hari itu, saya cuba sekuat hati menahan perasaan. Masa dalam dewan dan kawasan sekolah SMK Tunku Putra saya berjaya tahan. Saya kesian tengok Kak Syahidah dan Kak Iman yang dah menangis.
Tapi dalam kereta, saya pura-pura tidur tapi saya menangis. Saya minta maaf dengan semua sebelum saya pura-pura tidur. Athirah cakap, "takpalah benda dah berlalu" tapi saya tahu, dia pun sedih. Semua tak nak salahkan saya.
Dalam hati, saya tahu satu perkara.
Cikgu kata kami kurang satu markah. Kalaulah cikgu sedar, sebenarnya satu yang ditolak itu tentu sebab saya yang tak terima cukup izin laluan. Saya terima satu sahaja. Wajib dua. Namun, kerajaan sebenarnya yang tak bagi izin laluan.
Semua ... satu dewan ... semua senior ... cikgu-cikgu ... kawan-kawan ... tak perasan agaknya masa tu. Saya sendiri tersedar selepas saya habis cakap dan dah duduk semula di tempat saya. Masa saya duduk semula pun , tak ada yang tegur saya tentang izin laluan tu.
So, kesimpulan yang cukup mudah. Saya sebenarnya bukan pembahas yang boleh diharapkan dalam kalangan pembahas SMKSB. Saya cumalah seorang yang amat cuai. =(
Kak Iman salahkan dirinya. Saya? Tetap salahkan diri saya.
Andai sahaja ada yang mampu faham? Saya amat sedih. Secara jujurnya saya tahu kami ada peluang untuk menang. Tahukah kenapa sekarang saya bersedih kembali?
Tadi jumpa Cikgu Mahpudzah.Katanya nangis haritu masa kami kalah sebab cikgu ingat kami boleh menang. Saya... amat sedih mendengar kata-kata itu. Serta-merta saya teringatkan mata Kak Iman dan Kak Syahidah yang turut basah hari itu. Saya akui, saya salah di situ.
Saya bukan pembahas yang baik.
Berbanding dengan pembahas yang sama peranan dengan saya dari sekolah lain, saya macam kayu. Hanya tahu bidas hujah cakap fakta, tetapi tak ada unsur humor dan tak pandai pula mengarang ayat sinis. Lihatlah lawan saya masa itu, saya akan ingat ayat pedasnya sampai bila-bila.
Saya sedar terus. Saya pembahas yang kayu, serius. Tak ada humor. Saya memang bukan pembahas yang baik. Saya rasa pembahas lain yang pegang peranan saya... semuanya jauh lebih kreatif. Saya tidak. Saya sedar. Saya menangis hari itu.
Untuk team bahas, jangan sedih ya. Itu semua salah kami bukan ampa. Kami ... amat sedih.
Tentang Sesuatu Yang Tidak Difahami
Ku tak tahu,
semua yang kuhadapi ini apa,
inikah dugaan?
inikah cabaran?
atau hanya aku dikejar bayang sendiri?
Aku tahu,
diriku insan biasa,
naluriku seperti mereka,
yang membezakan aku,
sifatku.
Aku cuba untuk senyum,
menahan setiap air mata,
jangan tumpah di hadapan mereka,
aku telah terbiasa,
tak mahu yang kusayang turut binasa,
cukuplah sekadar,
aku yang terluka.
Bila kusedari,
langkahku pincang rapuh bergoyang,
seumpama hati di dalam,
yang kelihatannya merah berdarah,
tampak biasa,
namun kegelapan yang dirasai,
itu rahsia aku dan Ilahi.
Tuhanku,
aku sedar kenyataan itu,
Engkau telah tunjukkan padaku.
Dengan seribu bahasa,
yang selama ini cair di lidahku,
terdiam aku sendiri,
terpaku,
tak daya melafazkan,
seribu rasa yang bermukim.
Setiap detik jantungku berdetak,
kurasakan ada kekosongan di situ,
setelah sesuatu yang kusayang,
direnggut jauh meninggalkan aku,
sedangkan,
pada hakikatnya,
tak pernah menjadi milikku.
Harapan,
aku mengerti maknanya,
tak semestinya,
jadi kenyataan,
namun itulah,
yang memaknakan kehidupan.
Namun biarlah,
harapan yang tersimpan dalam hati,
sekadar malap sendiri,
sebab aku tak rela,
mendengar,
melihat,
menghadapi,
tawa mereka semua,
melihatku tewas dan rebah sendiri,
melihat kelemahanku.
Ini bukan medan bahas,
bukan medan percaturan,
di mana minda mampu menguasai.
Apabila datangnya ujian hati,
yang mengawalnya hati,
yang merobohkan emosi,
pada hakikatnya,
mungkin semua mampu berjaya,
tetapi kalah pada emosi.
Aku,
tertunduk sendiri,
menyedari kekalahanku,
dan ternyata,
tidak ada yang kan mengerti,
sebab sebenar,
kerana aku tahu,
andai diriku ragu,
bagaimana mereka jelas,
tentang sesuatu yang tidak difahami,
walaupun oleh aku yang menghadapi.
Hanya tuhan yang tahu,
selayaknya,
aku redha.
Yakini hariku tak selamanya mendung,
yakini tuhan menunjukkan jalan,
terus tersenyum pahit,
hingga tiba waktu impian itu jadi nyata,
mungkin bukan semua,
tetapi aku yakini janji Ilahi.
Kronologi Cerita Hari Ini
Pasukan Bahas ... Ukhuwah Selamanya! (1)
Pasukan bahas ala parlimen 2011 benar-benar bermakna untuk saya, dan saya pasti semua yang berada dalam pasukan ini juga dapat merasai sendiri betapa istimewanya pasukan ini.
Mungkin kami bukanlah pasukan juara kebangsaan. Mungkin kami bukanlah juara antarabangsa. Mungkin kami bukanlah yang terbaik seluruh Malaysia, mahupun seluruh Kedah. Namun kami tetap satu. Kami yakin, kami adalah yang terbaik dalam pasukan kami semua. Tiada yang terbaik kerana kami semua yang terbaik.
Mungkin kami bukan sehebat beberapa pembahas hebat yang kami temui sebelum ini. Saya secara peribadinya, merasakan ... kami bukan juara berbanding mereka, namun kami tetap juara dalam hati kami masing-masing.
Mungkin pada kalian, kami bukan yang terbaik. Namun kami adalah satu pasukan, malah secara peribadi ... kami mampu menjadi kuat kerana kami adalah satu. Kami satu pasukan. Pasukan bahas SMKSB!
Er... secara jujurnya inilah kali kedua saya membuat penghargaan terang-terangan dalam blog tanpa berselindung. Rakan-rakan bahas, tahniah! Kalian berjaya paksa saya untuk menyebut kalian dalam blog ini walaupun kalian tidak pernah paksa atau minta. Kalian berjaya buka hati saya.
Saya agak berhati dingin juga sebenarnya. Selama ini biar nama siapa pun saya tidak sebut dalam blog ini. Cuma, sejak akhir-akhir ini sahajalah saya mula merasakan lambat laun blog ini pasti akan bertambah pembacanya dan tidak ada guna pun saya sembunyikan sangat blog ini. Buang karan saja!
Kami telah mencuba yang terbaik. Ya, kami akur di tempat kedua. Tetapi kami juara ukhuwah dan usaha! Memang tiada yang mengiktiraf, memang tiada yang menganugerahkan kami apa-apa, tetapi kami sendiri tahu. Kami dapat merasakannya. =)
Maka, entri kali ini ... khas untuk kalian!
APA YANG PENTING? KERJASAMA!
ONE FOR ALL ... ALL FOR ONE
BERGABUNG ... MELETUP!
Pasukan berlima berserta penyokong... biarpun ada yang tiada dalam gambar ini... kita semua tetap satu! |
Senior-senior yang telah melatih kami... masakan kami ke tahap ini tanpa tunjuk ajar kalian... takkan dilupa... kenangan terindah! |
Guru-guru pengiring ... mana Cikgu Zaiton ni??? |
Letih
Saya tak tahulah apa nak jadi.
Sudah rehat semalaman masih letih lagi.
Rasa tak larat hendak update tapi sayang pula tengok sawang banyak sangat.
Tak apalah.
Saya tulis apa yang terdaya.
Pertamanya, penat lelah pasukan bahas 2011 secara rasminya sudah berakhir semalam dengan kami di tempat kedua peringkat negeri Kedah Darul Aman ditewaskan oleh SMK Ibrahim. Tahniah untuk mereka. Hey, kalian! Pastikan anda dapat harumkan nama Kedah setelah menewaskan kami ya. Jangan risau, saya tidak dendam pada anda sebab anda friendly juga di luar pentas. =)
Kedua, minggu depan saya keluar kelas lagi hari Khamis sebab ada perlawanan catur peringkat daerah.
Tak tahulah apa Miss Gooi nak kata memandangkan saya dah banyak kali tidak masuk kelas dia.
Sudahlah Akaun saya hampir sangat nak dapat C.
Sedih sebenarnya.
Tak apalah.
Hari itu rezeki saya bukan di catur sekolah kerana rezeki di bahas daerah.
Manalah tahu rezeki saya yang bukan di bahas negeri itu ada di catur daerah (apa aku berangan ni?)
Berfikiran positif ok!
Sekian, wassalam...
Radif Kelemahan Jiwa
Usaha Untuk Kejayaan
Akhir-akhir ini memang kesibukan melanda diri.
Saya cuba seimbangkan segalanya.
Keputusan peperiksaan pertama bagi saya tak elok,
tetapi alhamdulillah mama kata okey.
Mungkin mama faham yang anaknya ini tak lagi semahir dahulu.
Rindunya zaman dapat keputusan bagus dulu ...
Namun apa-apapun berlaku saya akan tetap usaha.
Saya nak pastikan mama dapat tengok semua A dalam slip anaknya ini.
Tahun ini, peperiksaan seterusnya insya-Allah.
Saya nak mama kembali yakin pada saya.
Mama memang yakin pada kebolehan saya tetapi saya mahu mama lebih yakin.
Tiada yang mustahil, kan?
Khamis ini perlawanan bahas peringkat negeri Kedah.
Saya tidak sangka semasa peringkat daerah cita-cita saya tercapai.
Cita-cita yang saya simpan sejak semasa melihat kakak-kakak bertanding.
Alhamdulillah.
Semoga saya mampu capai cita-cita saya yang kedua.
Juga tentang bahas ala parlimen.
Cita-cita ini mungkin bunyinya mustahil tetapi saya tetap mahu cuba.
Siapa tahu jika mampu kan?
Saya ingin kami bawa pasukan bahas SMK Sultan Badlishah ke peringkat kebangsaan.
Dengan kata lain, mahu tunaikan hasrat senior tahun lepas.
Janganlah ketawakan saya.
Saya cuma insan biasa.
Hanya ada semangat dan berbekalkan kebolehan tidak seberapa.
Izinkan saya berada dalam pasukan bahas, keluarga bahas.
Saya sayang keluarga bahas.
Saya yakin akan mereka semua.
Saya lemah.
Maka saya memerlukan sokongan mereka.
Besar harapan saya agar usaha kita mendapat hasil yang tidak diduga.
Untuk semua ... doa kalian saya pinta!
Hanya Tuhan Yang Tahu
Hanya Dia yang tahu
betapa sakitnya hatiku
saat melepaskanmu.
Hanya Dia yang tahu
aku ingin akan kehadiranmu
tetapi aku tak bisa
merelakan hasratku.
Aku tahu dalam hatiku
ada nafsu serakah
yang selalu bertemankan syaitan
kerana aku manusia
akulah insan lemah
aku yang mudah lelah dan rebah.
Setiap kali terlihat wajahmu
aku ingin mendekatimu
lantas aku yang menyesal
kenapa tak dari dulu
aku terima kehadiranmu.
Padahal kini semuanya sudah lewat
engkau kan lupa semua itu
malah sebenarnya
engkau telah lupa
hakikat gurauan berbisa itu
yang membekas di hati ini.
Tika itu
tak pernah aku sedari
malah rasa itu tak pernah ada
dan kini
ketika semua sudah terlewat
kenapa perlu rasa itu bermukim?
Hanya Tuhan yang tahu
kenapa kita dipertemukan?
Hanya Tuhan yang tahu
mungkinkah memang engkau untukku
semuanya kuasa Ilahi...
Coretan untuk semua.. tawakkallah kerana Dia tahu siapa dirimu