Powered by Blogger.
RSS

Jemput Follow :)

Rak Buku Sudah Mahu Penuh, Catatan? ~.~

Rasanya ramai kawan-kawan tahu saya peminat novel dan buku.Sehingga kini koleksi novel dan buku-buku lain sudah belambak dalam simpanan. Kemudian tadi saya ternampak buku NILAM pula.

Saya ketawa sendiri. Senyum sampai telinga gelakkan diri sendiri. Baru teringat betapa S.E.D.I.K.I.T catatan NILAM saya. ^^

Kemudian saya teringat semula ... saya liat sangatkah hendak membaca? Rasanya tidak ... hampir semua buku saya layan (sila kecualikan buku teks dan buku rujukan subjek-subjek SPM dan yang seangkatan) tanpa kira masa dan tempat. Semalam dengan selamba saya membaca novel sementara menunggu guru tusyen saya sampai di kelas(Jangan contohi perangai ini. Sila ingat silibus peperiksaan yang lebih patut 'dilayan'. Abaikan saya. ^^).

Saya rasa ramai yang macam saya. Baca buku tetapi tidak catat. Nantilah, insya-Allah akan saya kemaskini catatan NILAM itu. =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment