Powered by Blogger.
RSS

Jemput Follow :)

Jika Cinta Dia

Izzati menghela nafas berat. Dia bingung dan buntu. Jemu sudah dia bertemankan operator talian yang setia menjawab setiap panggilan telefonnya. Amri? Entah ke mana hilangnya temannya itu.

"Dia ni dah tak sayang aku lagi agaknya ..."keluh Izzati perlahan. Pandangannya dihalakan ke arah kejauhan. Matanya juga sudah berkaca. Ke mana Amri menghilang?

Perhubungan Izzati dengan temannya itu akhir-akhir ini kurang baik. Kerap benar panggilan telefonnya tidak berbalas. Pening dia dibuatnya. Jika dia cuba berbincang, pasti pertelingkahan kecil terjadi baik sengaja mahupun tidak. Mungkin benar kata sepupunya, Nur Iman, bahawa Amri sudah berubah. Tetapi kenapa?

Mata Izzati dipejamkan. Dia teringat akan peristiwa di Pulau Pinang sebulan lepas. Izzati masih terluka dengan hal itu, dan hatinya kuat mengatakan peristiwa itulah yang akan membawa musibah dalam kehidupannya. Amri ... I think I'm losing you.

Semasa berbual dengan Izzati, tiba-tiba sahaja pandangan Amri bagai tidak mahu lepas dari satu arah. Dan arah itu bukan menuju ke wajah Izzati. Amri tidak seperti biasa. Tidak pernah Amri bersikap begitu. Selalunya Amri bagaikan lelaki paling romantis seluruh petala langit dan bumi, hingga Izzati bimbang jika Amri itu sebenarnya spesis mat romeo. Tetapi jika Izzati mengatakannya begitu,selamba Amri menjawab,

"Yes, I am a Romeo, and my only Juliet is you."

Tetapi apa yang menarik pandangan Amri pada ketika itu? Izzati mengalih pandangannya ke arah yang sama. Pandangannya segera menangkap figura seorang wanita cantik yang kelihatan masih muda. Mungkin cuma dua tiga tahun beza dengan Izzati. Wanita itu bertudung bawal berbidang labuh, sedang berjalan bersama seorang lelaki tampan, mendukung seorang bayi comel dan memimpin tangan seorang budak lelaki. Lelaki tampan itu pula sedang mendukung bayi dan memegang tangan seorang budak perempuan.

Izzati hairan. Amri buang tabiatkah? Takkan isteri orang dipandang bagai nak tembus? Sudahlah suaminya ada di sebelah! Memang wanita itu kelihatan muda, tetapi sudah beranak-pinak begitu, tidak cukup kelihatankah bahawa dia isteri orang? Mungkin juga dia nampak muda kerana berkahwin awal.

"Amri!"tegur Izzati seraya menyiku lengan Amri. Hilang akal sungguh!

"Ya,"

"Awak pandang apa?"

"Mari kita balik,"ujar Amri. Tanpa menunggu Izzati, Amri sudah terus menuju ke kereta. Berlari-lari anak Izzati mengejar langkahnya. Susah juga kalau ditinggalkan seorang diri di Pulau Pinang begitu!

Sepanjang perjalanan pulang, Amri tidak bersuara walau sepatah. Hanya wajahnya tampak bercelaru. Izzati hanya mampu memandang penuh keliru. Mengapakah jadi begitu? Sampai di rumah Izzati, barulah Amri bersuara,

"Awak, saya minta maaf fasal hal tadi. Saya balik dulu. I love you."
Senyuman Amri mengembalikan senyuman Izzati. Kenapa? Kerana Izzati sayang akan dia.

Sejak itu hubungan mereka menjadi bercelaru. Kadangkala baik, kadangkala Izzati bagai tidak diperlukan. Sebenarnya apa yang berlaku? Kadangkala Amri muncul menyayangi dan kadangkala dia menyepi.

Jika cinta dia,
jujurlah padaku,
tinggalkan aku di sini tanpa senyumanmu...
Jika cinta dia,
kucuba mengerti,
mungkin kau bukan cinta sejati di hidupku...

Lagu nyanyian kumpulan Geisha itu mengusik hati Izzati. Mungkinkah? Air matanya terus menitis. Amri, jangan buat saya begini.

*************
Seminggu berlalu, bererti genap sebulan Izzati dan Amri saling menyepi. Izzati sudah mula menerima hakikat kehilangan Amri dari kehidupannya. Sekurang-kurangnya senyuman Amri tidak lagi mengelirukan tiap keputusannya.

Deringan telefon bimbit Izzati menandakan ada mesej yang masuk. Izzati membukanya.

Boleh kita berjumpa? This is important. About life and future.

Izzati menangis. Dia seperti yakin perjumpaan ini adalah penamat perhubungannya dengan Amri secara rasmi. Dan ternyata, dia belum sanggup menghadapinya. Biarpun berat, Izzati bersetuju.

*****************

"Maafkan saya atas keputusan ini,"kata-kata Amri yang terakhir sebelum berlalu meninggalkan Izzati ternyata menghiris hati. Perbualan itu menjengah kembali di hati Izzati.

"Ingatkah lagi wanita yang saya pandang semasa di Pulau Pinang?"
Izzati mengangguk. Benar rasanya telahannya selama ini.
"Dia Salwa, wanita yang saya rindui selama tujuh tahun."
"Tapi dia isteri orang!"bentak Izzati. Adakah Amri sudah gila mahu merampas isteri orang? Tahukah dia hukum meruntuhkan rumah tangga orang? Ya, dia bukan baik sangat, tetapi setidak-tidaknya dia tidak sanggup meruntuhkan baitulmuslim orang lain.
Amri menggeleng.
"Dia bukan isteri orang. Dia sebaya awak,"
"Habis? Yang berjalan dengan dia itu siapa? Suami dan anak saya? Atau suami dan anak awak?"soal Izzati keras.
"Itu abangnya. Dan budak-budak itu anak abangnya merangkap anak saudaranya,"sambung Amri. Hatinya dihujani rasa bersalah, tetapi dia sendiri tidak menyangka hatinya kembali terpaut pada Salwa sebaik sahaja terpandangkan gadis itu semula.
"Okey, itu keluarga dia. But now, you owe me an explaination. WHY did you come over into my love story when you are loving her?"
"Awak, she's my past, my history..."
"Then its over, right?"tanya Izzati sedikit mengharap.
"It should had been over. Tapi tidak. Saya sukakannya sejak tujuh tahun lalu. Tapi sayang saya tak pernah berbalas all these years. And it hurts. Ketika itu saya ambil keputusan melupai dia, dan akhirnya saya temukan awak. Saya sangka bayangnya sudah tiada dalam hidup saya. Sayangnya ternyata tidak apabila saya jumpa dia. Everything changed."
Izzati menahan esak, tetapi air matanya terus mengalir tanpa mampu disekat.
"Saya jumpa dia lagi semasa kita di sana. Ternyata saya terluka dengan menyangka dia isteri orang. Dalam kelukaan itu, saya bertemu dengan kawan lama saya. Dia beritahu saya Salwa masih bujang. Justeru, siapa lelaki itu? Kawan saya kata, Salwa memang selalu membantu keluarga abangnya. Abangnya itu sudah kematian isteri. Salwa masih sendiri,"
"Dan awak memikat dia, terus meninggalkan saya kan?"
"Saya tidak tahu dari mana kekuatan itu datang, tetapi saya menemui abangnya dan merisik khabar dia. Saya diberitahu, Salwa sudah lama menunggu saya, tetapi syariat menjadi keutamaannya. Dan kami bersepakat untuk bernikah."
"Justeru awak tinggalkan saya."
"Maafkan saya."

Dan Izzati masih tersandar di kerusinya, bertemankan air mata. Dia sendirian. Amri sudah pergi, dan tak akan kembali lagi dalam hidupnya.

***************

Begini namanya kehidupan. Yang dirancang tidak selalu kenyataan. Jodoh itu ketentuan tuhan. Izzati tidak lagi peduli kata orang, biarpun macam-macam yang didengarnya akhir-akhir ini. Pilihannya, Farid, abang Salwa, ialah pilihannya. Dia tidak peduli kata orang. Menggunung kasih sayangnya ketika melihat sendiri Farid menguruskan anak-anaknya. Tambah kasihan melihat anak-anak yang ketandusan kasih seorang ibu. Lantas lamaran Farid diterima dengan rela. Beza umur mereka tidaklah jauh. Cuma dahulu Farid berkahwin awal dengan sepupunya kerana sepupunya itu disahkan menghidap penyakit kronik. Namun begitu, sepupunya sempat melahirkan dua pasang kembar sebelum kembali ke rahmatullah.

"Zati, jangan lupa kunci pintu ya. Abang sudah hidupkan enjin kereta,"

"Ya. Zati tengah tolong kemaskan baju Sara ni,"ujar Izzati. Setelah anak bongsunya itu masuk ke dalam perut kereta, pintu rumahnya segera dikunci. Kesemua mereka memakai baju melayu dan kurung berwarna merah gelap. Mengapa?

Kerana mereka akan menghadiri majlis perkahwinan Salwa dan Amri. Tiada lagi duka, tiada dengki. Love story ended by destiny.

Moral of the story:

Bukan semua yang kita hendak itu jadi kenyataan. Cintalah separuh mati, bercintalah seromantis drama swasta, surat cinta berkajang-kajang, but love is always from Allah, and He knows best, who is the one for you. Keep believing.  

Bahasa memang tak tapis. =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment