"Assalamualaikum Sayang," panggilan manja menyapa telinga Fiza.
"Oh, Abang rupanya. Nak apa?"
"Amboi, garangnya bunyi. Marahkan abang ke?"Hamdan kaget mendengar jawapan tidak manja dari Fiza. Dalam hati, dia yakin tentu Fiza sudah tahu tentang Annisa. Masalah!
"Siapa tak marah kalau bakal boyfriend dia ada orang lain. Maklumlah, Fiza ni jahil, tak cukup ilmu agama, pakaian tak cukup labuh macam ustazah tu kan. Patutlah sampai sekarang tak nak minta couple dengan Fiza. Dah ada calon isteri idamanlah katakan,"pantas Hamdan ditempelak.
"Fiza, ni mesti pasal cerita Annisa kan? Apa yang dia cakap? Cuba cerita kat abang,"
"Kalau setakat cerita aje tak apalah. Fiza boleh terima. Kalau dia nak Fiza lepaskan abang pun Fiza sanggup. Yalah, diakan orang alim, boleh sayang abang lagi baik dari Fiza,"
"Fiza, you shouldn't say that. Tak sayang abang dah ke? Tolonglah. Abang tak berapa kenal pun Annisa tu siapa. Cuma kawan abang cakap, dia tu budak perempuan yang tudung labuh sampai ke lutut. Takkanlah abang nak tinggalkan Fiza untuk perempuan yang abang tak kenal. Please, sayang,"
"Siapa kata Fiza tak sayang, tapi kalau dah dia lagi baik untuk abang. Just let me go.Fiza ada maruah yang bukan untuk dipijak-pijak,"
"Fiza cakap apa, ni? Sejak bila maruah Fiza dipijak? Cuba terus terang, apa dah jadi?"
"Tak memijak maruah Fiza namanya kalau sampai Fiza diberi amaran jangan ganggu abang lagi? Di mana maruah Fiza waktu Fiza dituduh betina gatal sebab selalu kacau abang? Fikirlah!"
"Hah ? Siapa pula yang bagi amaran macam tu?"
"Siapa lagi, ustazah kesayangan abang tulah, Annisa!" Talian telefon diputuskan.
********************
"Ei, aku meluat bin menyampah dengan Annisa tu. Konon tudung labuh, tapi perangai macam setan!" Hamdan membentak sebaik sahaja duduk di kelasnya.
"Relaks la kejap, bro. Apa masalahnya ni?" Fahmi bertanya sambil menenangkan, Imran pun turut pasang telinga.
"Kau kenal Annisa, budak Sains Tulen?"Hamdan bertanya geram.Fahmi menggeleng kepala.
"Alah, budak kelas 1 yang tudung sampai ke lutut, jalan tunduk macam nak cium lantai tu! Minah surau yang handle halaqah tu," Imran memberi petunjuk.
"Oh, hantu bungkus tu! Ha'ah, aku pernahlah nampak dia. Kenapa dengan dia?"
"Kau tau tak, dia sound Fiza supaya jangan rapat dengan aku? Eii! Nak mampus betul perempuan tu,"
"What? Gila ke minah surau tu?"Imran benar-benar terkejut. Dalam hati, dia betul-betul tidak percaya Annisa boleh berkelakuan sebegitu buruk.
"Kau dengar dari mana ni? Macam tak percaya je. Hantu bungkus tu pendiam kau tau tak. Kadang-kadang tu bercakap pun tak berapa dengar.Ish, tak masuk akal!"
"Tak masuk akal apanya, kalau setan dah tunggang kepala dia. Fiza sendiri yang mengaku semalam. Kau tau, Fiza sampai sanggup lepaskan aku untuk minah tu. Serius aku terharu semalam.Risau tau aku bila dia cakap macam tu.Aku tak sangka Fiza seikhlas tu,"
"Eh, baru aku teringat. Dua hari lepas, aku nampak Annisa dengan Fiza kat belakang kantin. Apa mereka cakap, aku tak tau, tapi macam serius aje,"Fahmi menceritakan apa yang dilihatnya sebelum ini.
"Maknanya betullah apa Fiza cakap. Minah tu memang setan!" Hamdan menggenggam penumbuk.
"Ish, tak sangka perempuan thiqoh macam tu boleh buat perangai gila,"Imran terkejut.
"Whatever. Aku akan ajar perempuan tu cukup-cukup!" Pakatan diatur. Tunggu masa melaksanakan apa yang terencana.
***********
"Annisa, kau okey ke? Aku risau tengok kau macam ni. Sudahlah tu, jangan fikirkan sangat soal budak-budak tu,"Safirah cuba membantu. Annisa dilihatnya sungguh muram dan tidak bermaya.
"Siapa yang tak sedih, Sa?"pengalaman tadi berlingkar di minda Annisa.
"Hei, perempuan!" Annisa yang berada di hujung balkoni tersentak. Tiga pelajar lelaki berada di sekelilingnya. Dia tidak ada ruang untuk meloloskan diri.
"Kau Annisa kan?"Fahmi bertanya dahulu, bimbang tersalah orang.
"Err, ya. Ana Annisa. Antum semua cari ana untuk apa?" Annisa cuba mengawal diri. Hakikatnya dia takut bercampur malu. Tambahan pula Hamdan yang selama ini diminati dari jauh sahaja kini berada tidak sampai semeter darinya.
"Oh, ana, antum..."perli Imran.
"Ha, mari sini ana nak jawab. Ana cari anti sebab ana nak ajar anti berbudi bahasa, faham?" Fahmi pula menyambung bicara. Meletus ketawa tiga lelaki itu. Annisa di hadapan ketakutan.
"Hei, Nisa! Kau minat aku ya? Hahahahaha" Hamdan pun tidak ketinggalan.
Annisa cuma berdiam diri. Ini soal maruahnya sebagai muslimah. Mustahil semudah itu dia mengakui perasaannya pada Hamdan.
"Eh, diam pulak hantu bungkus seorang ni! Almaklumlah, perempuannya kalau diam tu tandanya setuju.. Kan Fahmi kan.."Imran masih galak memperli.
"Ha'ah. betul sangat tu Imran. Aku bagi A+++ kat kau,"tiga lelaki ketawa lagi.
"Hah, anyway, kau tak payahlah ya nak tergedik-gedik, terhegeh-hegeh nakkan si Hamdan ni, sebab kawan aku ni memang tak teringin langsung kat kau tau!"Fahmi terus menempelak Annisa. Gadis itu masih diam seribu bahasa.
"For your information, aku dah ada makwe. Oh ya, lupa pulak aku. Kau dah tahu kan aku dengan Fiza. Itu yang kau warning dia tu kan? Hei, makcik! Sedarlah diri tu. Tudung sampai ke lutut, ada hati nak mengorat aku. Kalau muka tu cun macam Fiza, tak apalah jugak. Dahlah muka tak lawa, perangai lagilah hodoh! Eii, tak ingin aku tau! Reject awal-awal. Tak masuk dalam list aku langsung,"Hamdan terus menyakiti hati Annisa.Walaupun dia sedar, pasti remuk hati Annisa, dia tidak peduli.Itulah balasan kerana menganiayai teman wanitanya, Fiza.
"Hah, dah dengar tu Nisa? Luahan perasaan tulus oleh Hamdan, kawan baik aku. Sekarang, dengar pulak apa aku nak cakap ya. Cik Annisa, sedarlah diri awak tu siapa sebelum awak nak menggatal kacau rumahtangga orang. Cermin dulu muka tu! Ni saya nak pesan, jagalah maruah tu sikit. Memalukan perempuan tudung labuh aje. Tutup aurat tapi mulut tak reti jaga! Ikut suka hati awak aje nak warning awek orang. Please, watch your mouth!" Imran tidak jemu-jemu menyakiti hati Annisa.
"Aku pulak nak pesan. Setahu aku, budak tudung labuh ni hipokrit. Mulanya aku adalah juga ragu-ragu. Sekarang, dah jelas sangat-sangat. Kaulah buktinya! Budak tudung labuh ni memang hipokrit. Kononnya baik sangatlah, walhal buat malu agama aje. Baik kau tak payah pakai tudung, senang cerita!" Dengan kata-kata itu, mereka bertiga berlalu meninggalkan blok Sains Tulen. Dari jauh, Fiza memerhati dengan senyuman sinis. Terbalas sudah dendamnya.
Annisa pula menangis seorang diri di hujung balkoni. Teman karibnya, Safirah yang baru hendak naik kelas ternampak Annisa menangis seorang diri di situ. Safirah terus mendapatkan Annisa dan memeluknya. Segala kesedihan Annisa tumpah di bahu Safirah.
**************
Semenjak hari itu, Annisa tidak pernah lagi berbicara tentang Hamdan. Hatinya benar-benar terguris. Dia tidak menyangka begitu kasar peribadi Hamdan. Sungguh tidak beradab sama sekali.
"Sudahlah tu, Nisa.Tak guna kau termenung ingatkan dia. Lelaki macam tu memang tak layak dan tak pernah layak pun untuk engkau. Kalau dia suka engkau pun, aku tak restu Nisa, kawan aku nak jadi milik lelaki yang perangai macam tu. Nampak sangatlah dia tu jenis yang asyik pandang perempuan berdasarkan rupa. Dahlah cara dia bercakap tu kurang ajar. Kawan-kawan dia pun sama. Kau tau kan, kawan kita mencerminkan peribadi kita. Tau tak apa yang mereka cakap tu, betul-betul hina agama! Macamlah tak belajar aurat perempuan. Cakap main ikut sedap nafsu aje,"Safirah menegur apabila Annisa nampak termenung.
Dia tahu, pasti Annisa teringatkan Hamdan, walaupun zahirnya Annisa mengakui Hamdan sudah tiada di hatinya. Bukan mudah bagi Annisa melupakan seseorang yang pernah mencuit hati remajanya. Itulah kali pertama Annisa mengenal cinta, walaupun tidak sampai berpasangan. Safirah sedar, dia perlu meringankaqn beban sahabatnya.
Jemput Follow :)
Sekudus Nur Hidayah (13)
Labels:
karya,
Sekudus Nur Hidayah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment