Powered by Blogger.
RSS

Jemput Follow :)

Benar Kata Mereka

Saat ini, saya teringat kata-kata yang pernah saya dengar mahupun baca suatu masa dahulu. Nampaknya semua kata-kata itu sedang menjadi kenyataan.

Kata Kak Afiqah:

PMR sangat senang. Naik tingkatan empat dan lima barulah rasa kalutnya.

Kata Kak seorang senior (sudah lupa senior yang mana):

Kalau tidak dapat elok masa PMR memang menyesallah. Nanti naik tingkatan empat lima, SPM susah. Susah nak rasa lagi perasaan dapat semua A.

Kata Imam As-Syahid Hassan Al Banna:

Kerja yang ada itu lebih banyak daripada masa yang ada.

Ya, saya mengakui kata-kata mereka. Masa itu amatlah suntuk. Saya kepenatan juga cuti ini. Kalau dulu tidak adalah penat sampai begini. Sejujurnya semasa tingkatan tiga, ketika peperiksaan percubaan sudah amat hampir barulah saya ingat hendak belajar betul-betul ... dan saya akui, keputusan peperiksaan saya semasa tingkatan tiga tidaklah cemerlang. Waktu PMR pun kerana Allah yang menolong.

Sebaik sahaja melangkah ke tingkatan empat, kekalutan itu amatlah terasa. Saya pernah beritahu Kak Afiqah semasa ditanya dulu,

"Tingkatan tiga rasa relaks je pun,"

Dia kata, "Nanti apabila sudah hujung tahun baru rasa"

Secara jujurnya, sampai akhir tahun saya tidak rasa! Hehehe ...

Namun saya rasakan semuanya semasa tingkatan empat. Pelajaran dalam kelas, peperiksaan, acara-acara kokurikulum, semuanya amat menghimpit.

Pasti ada yang kata, update blog sempat pula!

Saya juga perlukan rehatlah, kawan...
Ini cara saya berehat kerana saya tidak mahu tutup komputer kemudian cabut lari tanpa menyelesaikan tugasan saya yang belambak dalam komputer ini. Kerja saya banyak tersekat dalam komputer. Microsoft Word jangan ceritalah. Dokumen saya,kalau hendak cari apa-apa, terpaksa guna search box di atas. Boleh juling mata dibuatnya kalau hendak selidik satu-satu! Hendak cari program pun guna search box. Sangat kritikal, sangat kronik.

Jawapan a.k.a alasan: Saya terperangkap dengan kerja sampaikan otak ini hanya fikir hendak siapkan kerja! Tidak fikir hendak susun kerja langsung. Harap maklum. ^^

Mengarut betul entri kali ini. Lepas ini rasanya hendak tag Kak Afiqah. Semua pesannya dulu jadi kenyataan, walaupun dahulu saya antara dengar dengan tidak. Perkara yang pasti, kesibukan itu menyeronokkan bagi saya, cuma sekarang apabila saya gagal mengadaptasikan diri dengan kesibukan, itu yang jadi masalah.

Anyhow, anyway, smile !! ^__^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

isminuur said...

Balance is so important in our lives. In our busy world, we can give ourselves balance between thinking and feeling.=)

Isquare said...

yes, senior! ur right

Post a Comment