Powered by Blogger.
RSS

Jemput Follow :)

Bahasa ? Dwibahasa ? Hmm....

Entri ini sekadar diari, namun aku juga sedang berfikir. Aku sedang berfikir berkenaan blog ini. Hendak perbaharukan atau tidak? Pembaharuan apa ya agaknya? Hmm ... sudah tulis pun di atas. Bahasa.

Blog ini aku cuba jadikan blog Islamik yang bermanfaat buat semua. Walaupun rasanya jauh lagi beza berbanding blogger yang hebat-hebat seperti Nurina Izzati yang telah memperhebat blognya dengan taraf website. Follower baru seciput sahaja aku ini.

Tiba-tiba aku terfikir tentang sesuatu. Perlukah manfaat itu sekadar terhad kepada mereka yang berbahasa Melayu? Kenapa tidak cuba kembangkan? Rasanya saya boleh lagi kalau hendak menulis dalam Bahasa Inggeris biarpun bahasa tak seberapa. Maksud saya karya dalam Bahasa Inggeris.

Hmmm....

Confuse! Ah, jangan guna bahasa rojak boleh? Aku mahu cuba juga Bahasa Inggeris, tetapi aku tidak mahu rosakkan blog ini. Rosakkankah itu namanya? Semakin pening aku dibuatnya. Jika hendak buat blog lain, aku bimbang juga. Sekarang ada satu blog pun tidak menang tangan dan tidak tentu hala sahaja jadinya, kalau dua aku rasa hancur lebur. Silap-silap mula-mula buat satu artikel, sampai 2013 pun masih lagi satu artikel dalam blog BI. Blog ini memanglah tidak kan jadi 1 artikel sebab blog ini sudah ada 81 artikel. Ya, artikel yang mungkin tidak layak digelar artikel.

Bukan apa, masa menengah rendah aku tidak pernah terlibat dengan essay writing melainkan dalam bahasa Inggeris. Cuma sekali sahajalah dalam bahasa Melayu, waktu pertandingan Bintang Kecil. Alhamdulillah tahun itu aku peroleh juga tempat pertama untuk kedua-dua kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Itupun sekadar tuah sahaja. Ramai lagi yang hebat-hebat sebenarnya.

Guru aku selalu juga suruh aku menulis short stories untuk Dayakarya dan sebagainya, tapi kalau dah malas tu faham-faham sajalah kan? Hm... Astaghfirullahalazim.

Aku ingin cuba. Karya Inggeris bertemakan Islam. Lagipun, kalau tengok betul-betul, betapa banyak cerita Inggeris yang datang dari Barat, yang pada hakikatnya boleh kata 80-90% karya Inggeris mereka tak sesuai dibaca oleh masyarakat remaja timur khususnya Islam. Kasihan pula aku tengok kawan-kawan dan adik junior baca karya Inggeris dari Barat yang kalau tengok ceritanya memang banyaklah unsur yang tak patut untuk remaja Islam. Teringin nak lihat suatu hari nanti remaja Islam baca karya berbahasa Inggeris yang benar-benar sesuai untuk umat Islam.

Wah, jauhnya berangan! Cubit pipi kuat-kuat. Engkau tu bukannya penulis ke apa nak rancang semua tu untuk umat Islam.

Okey, dah cubit. Tapi impian aku tetap sama. Aku ingin lihat semua itu berlaku. Blogging pun jadilah. Baik berusaha daripada buat tak tahu kan? Manalah tahu, ada yang baca, mungkin rezeki nak dapat pahala... ;D

Oh, baik berhenti! Sudah, angan-angan takkan sampai ke mana-mana tanpa usaha. Malulah aku nak buat semua itu. Tetapi untuk Islam, perlukah malu? Ya Rabbi, perangai apalah ini?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment