Powered by Blogger.
RSS

Jemput Follow :)

Cuci Karat Semula

Aku sudah lama tak menulis. 
Dan ya aku akui, satu kerugian besar bila aku buat begini. 
Sebab, aku mensia-siakan  kebolehan yang Allah beri. 
Sebab, aku lepaskan begitu sahaja aset amal yang Allah beri pada aku. 

Karat. 

Aku cuba nak menulis banyak kali, tapi tak pernah dapat disudahkan. 
Mungkin cara aku kurang sistematik. 
Fasa pra-penulisan yang gagal diuruskan dengan baik. 
Sinopsis umum entah ke mana, sinopsis bab demi bab lagikan tiada. 

Karat. 

Aku nak menulis satu cerpen pun tak termampu. 
Susah nak dapat semula mood macam dulu. 
Novel apatah lagi. 

Karat. 

Samada ia karat ilmu sebab tiada beramal, ataupun karat Jahiliah yang menyekat ilham.
Entah apa-apa. 
Yang penting bukan salah sesiapa melainkan aku sendiri. 

Karat. 

Ini ujian Allah,asbabnya salah aku sendiri. 
Bukan salah orang lain. 
Tabiat sendiri yang menjadi punca. 
Atau mungkin nawaitu aku sudah lari.

Karat. 

Sesuatu yang sudah ada dalam otak dan hati saat ini. 
Meroyan saja tak akan membuangnya.
Doa dan amal jualah yang mampu menjadi ikhtiar untu menjemput keizinan Allah melapangkan dada dan memudahkan urusan. 



Jadi, manakan mungkin aku menyerah mudah-mudah. 

Gambatte. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS