Powered by Blogger.
RSS

Jemput Follow :)

Aidilfitri ^_^

Alhamdulillah, 1 Syawal menjelma.

Alhamdulillah, nyawa kita disampaikan pada Eidul Fitri kali ini.
Alhamdulillah, kita diizinkan menyempurnakan sebulan pengajian Tarbiah Ramadhan.
Bukan senang nak dapat semua ni.
Ada yang tak berkesempatan, tapi kita insan terpilih.
Ada yang Syawal disambut dengan bom yang real, sedangkan kita yang tak ada bom ni excited nak meletup jugak (eh? o.O)
Ada yang memilih lorong hitam, tapi kita ditakdirkan setidak-tidaknya jalani ibadat puasa.
Ada yang tak dikurniakan nikmat iman dan islam, tapi kitalah yang Allah pilih.

Ok untuk post ni, aku tak terasa macam layak nak bertazkirah panjang.
Sungguh, aku buat post ni sebagai satu tribute.
Maaf zahir batin dipinta untuk semua yang mengenali aku.
Minta maaf atas semua salah silap.
 Termarah, tertengking, terperli, terjeling, terdengki, terbenci, terpukul, tergurau dan segala ter yang dah mengundang mudarat, rasa tak senang, meluat, tersinggung atau sedih.
Sungguh, kadang-kadang (selalu) aku gagal kawal diri.
Sakitkan hati orang walau niat nak berguraulah kononnya.
Aku memang kurang sikit bab bergaul ni, mungkin sebab anak tunggal. Tapi aku cuba nak belajar, insyaAllah.
Kadang-kadang nak tegur tapi tak kena cara.
Mungkin aku tegas sangat atau sinis sangat. Itu pun aku minta maaf.
Kadang-kadang aku tak pandai respon pada teguran.
 Kadang-kadang susah akui kesilapan diri dan terima kesalahan diri juga orang lain. Memang aku minta maaf.

 Untuk semua kawan, thank you for staying. Chess, bahas , robotik, pengawas, 5sc3 and all. Bagi korang yang tahu macamana aku, background aku, kelemahan aku, and still choose to be my friend, I appreciate it so much walaupun kadang-kadang tak tercakap.

Untuk semua family members, kami minta maaf kalau menyusahkan, kalau kami tak berbahasa, tak menyenangkan dan sebagainya.
 Aku tak baik sangat. Kasar tu sebahagian jugak dari aku.
Tapi sayang je sebenarnya. Family first, kan :)

Untuk semua cikgu, saya minta maaf banyak-banyak semua salah saya.
Saya bukan pelajar yang baik. I admit that.
 Saya jenis orang yang kadang-kadang terlebih nekad bila nakkan sesuatu. Dan terlalu fokus pada sesuatu yang saya nak.
 Jenis yang akan buat apa yang saya betul nak. Dan mungkin tu semua menyakitkan hati cikgu saya tanpa sedar.
Whoever I was in the past, I'm learning to move forward today, insyaAllah.
Takda basics yang cikgu semua bagi dulu, I'm nothing today.
Mohon halalkan ilmu, semoga semua diberkati. Allahuma amin.

Untuk kawan 5sc3 , aku minta maaf atas semua kesalahan n ketidakmatangan aku. Dalam nak hadapi cabaran kita masa form5 , dealing with studies, koko, family, friends aku banyak susahkan korang weh.
Aku memang tak pandai bergaul, dan cubaan aku selalu gagal. Aku minta maaf.
 Dan ada masanya lawak aku memang kasar. Tapi korang superb.
Walaupun aku ni tak rapat sangat dengan korang, tapi aku appreciate what we had together. Harap boleh terima aku as part of the class despite of semua kebengongan masa lampau aku.
Do pray for me kat sini. Tak mudah, serius tak mudah. Tapi alhamdulillah sebab Allah letak aku kat sini.
Walaupun aku kena bash dengan orang luar sebab pilihan aku, tapi aku tahu aku banyak belajar tak cuma akademik kat sini. Harap dapat balance semua yang aku kena hadapi and handle kat sini.

Untuk kawan dan senior KMKu, thank you for teaching me soooo much about life and deen.
Banyak yang saya belajar kat sini dan saya tahu tak terbeli semua yang bernama tarbiah, saya belajar dari korang semua ilmu dunia dan akhirat.
Fardhu ain dan fardhu kifayah. Ukhuwah islamiah. Perjuangan.
Adanya azam yang dibina daripada tarbiah kat sini.
 Minta maaf kalau ada pada diri saya apa yang tak menyenangkan (surely banyak.hahaha). Thanks for staying by my side.

Untuk MPPs, aku minta maaf banyak-banyak untuk semua salah silap.
Aku tahu kita semua tahu tugas kita berat, dan tak semua orang faham apa yang kita pikul.
We need each other, actually.
Dan kita sentiasa perlukan sahabat-sahabat lain untuk sama-sama bantu kita. Kerjasama, it will work out the best result.
Moga-moga ukhuwah kita semakin erat , berkekalan. ^_^

Allahuma ameen. May Allah bless!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Study Masa Cuti : Sedikit Perkongsian ^_^

assalamualaikum
from someone :)

 cuti rasa susah nak study kan? sbb rasa susah nak adapt dgn masa yg terlalu bebas.

so, hope dpt tlg.

.1.kalau tak boleh ikut jadual, tak buat tak apa. TAPI, make sure ada checklist apa yg nak kena buat dalam cuti ni.senaraikan, cth : buat past year, complete notes chapter 2, blablabla,.. n tick setiap kali dh complete satu.

 2. kita ada plus minus 8 hari katakan., so boleh letak 2 hari per subject berat kan... so make sure dlm checklist kita td, kita kena tick apa yg kita nk utk certain subject. kiranya dalam 2 hari ni kena siap benda utk subjek yg kita tentukan. cth : hari ni ngn esok math , so dlm 2 hari ni usahakan utk tick sebanyak mgkin checklist yg berkaitan math

.3. kalau rasa susah nak buat kerja sbb gangguan manusia, cth nk main ngn adik n so on, tidur awal skit. pas tarawikh tu agak dlm pukul 11.30 ke tdur. bangun balik tu make sure awal.bangun, amk wuduk, qiam dua rakaat pn jadilah.study masa pukul 2,3 pagi cmtu insyaAllah seng masuk. standby nescafe pun ok :D

 4.kalau rasa sebab benda kat rumah pun, boleh guna cara tu. kalau nk online , ok fine you may proceed. sbb pukul 2,3 pagi berapa org sgt nak online. news feed pun slow je. study smbil online. nak chat blh. sbb benda tu dpt thn kita dr tdur, but make sure kerja jalan  :)

5.kalau nk study sikit before tdur td tu, blh study subject baca. kalau 2,3 pagi, better buat latihan kalau mata xleh bertahan.

6.study smpai sahur, then kalau pas sahur tu blh la qiam sampai subuh, pas subuh sambung Al Mathurat n baca Al Quran sikit. mandi tu awal pagi bagi segar badan.bila semua orang dah bangun, kta akan ada keja nak buat so insyaAllah kurg mengantuk. agak2 sebelum/selepas zuhur tidur la , qailullah utk refresh tenaga

waktu ramadhan mudah sikit nak qiam sbb ada waktu sahur tarawikh n so on.. jadi ambik la momentum tu insyaAllah 

pesanan dari senior2, ustazah,...

 doa dari Allah dua perkara.. ketenangan hati dan keberkatan waktu.
amalkan ayat seribu dinar selalu terutama selepas solat fardhu.

jgn tinggal solat malam sebab tu la sebenarnya sumber kekuatan kita.

kita cuba solat pada awal waktu, insyaAllah waktu lain pun akan awal jugak.
amal solat dhuha, tak dapat setiap hari, seminggu sekali pun ok :)

so insyaAllah, usaha doa tawakkal..moga bermanfaat. cogan kata mara kan BERDISIPLIN BERILMU BERAMAL ^_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pelajaran Paling Bermakna : Redha :)

Bismillahirrahmanirrahim.

Tak tahu nak cakap alhamdulillah atau inalillah atau masya-Allah.
Pilihan Raya Kolej MARA Kulim dah pun selesai.
Keputusan pun dah ada. 

Pernah aku cakap dengan kawan-kawan aku, 

"Keputusan tu bukan setakat keputusan menang kalah MPP whatever,
tapi bawa sesuatu yang lebih penting, tentukan tempat aku."

Ada yang tahu maksud aku dan ada yang tak tahu. 
Ada yang blur dah pandang aku.

Dan antara yang tahu, hampir semua tak suka perkara tu. 
Ada yang cakap, 
"Kalau aku tahu kau nak buat benda tu sebelum kau buat, memang aku dah halang kau weh."

Kerana enggan dihalanglah aku buat benda tu di luar pengetahuan orang. 
Waktu aku dah buat baru aku cakap dengan sesetengah kawan dan senior.

Boleh dikatakan semua agak tak suka dengan benda tu sebenarnya.

Tapi benda dah buat. So kena la terima.
Dan akhirnya, keputusan dah keluar.

Sahabat sekelas bagitahu aku , aku tersenarai.
Maka dengan itu berakhir dilema aku. Nyatanya Allah memilih aku berada di sini. 
Yang tertinggal cuma hati menerima pengajaran dan mencari hikmah.
Mudah-mudahan dapatlah aku digest pelajaran palihg bermakna - redha dengan ketentuan DIA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Amanah , Here We Go :)

Setelah aku istikharah, nazar dan sebagainya, jawapan masih sama.
Aku masih di Kolej MARA Kulim, tak berpindah pun.

Sibuk itu biasa. Matriculation life, if you are not busy then something is wrong. Haha.

Dan ya, tanggungjawab dah bertambah.

Amanah tergalas di bahu bertambah.

Setiausaha 2 Majlis Perwakilan Pelajar Kolej MARA Kulim.

Gembira tak nafi memang ada, sebab aku tahu banyak pengalaman yang akan aku tiba dan banyak benda aku akan belajar.
Tapi takut tu memang tak nafi ikut serta.

Aku masuk bertanding MPP, setelah diminta gantikan kawan kelas aku yang tarik diri.
Dia tarik diri pun bukannya saja-saja.
Ada sebab yang aku kira konkrit tapi tak perlulah aku ceritakan sebab musababnya.

Lepas istikharah, semak al Quran, berbincang and so on, aku terima borang tu.

Pada masa yang sama aku fikir balik, betul ke aku nak ambil?
Sedangkan aku berbelah bahagi nak stay atau nak pindah.
Wallahu'alam.

Tapi hati entah macam mana rasa tekad.

Kemudian aku nazar, kalau di sini tempat aku, biar aku menang pilihan raya ni.
Tapi kalau bukan, tolong kalahkan aku supaya aku boleh keluar dari sini dengan lapang dada.

Then, kawan aku mesej aku, nampaknya kau kena stay sini.

Aku lepas pilihan raya tu. Kemudian masa meeting, ada manusia yang sepakat pula calonkan aku setiausaha. Redha je la.

Aku punyalah usaha tak nak tulis dalam pengalaman kepimpinan, yang bahawasanya dari sekolah rendah aku selalu diundi untuk jawatan setiausaha. Aku tulis satu dua je setiausaha, tak tulis semua sebab senior cakap cikgu yang akan calonkan kita pegang jawatan based on pengalaman dan kelayakan.

But, see? Allah yang tentukan. Aku tak bagitahu pun pemenang pilihan raya tu semua yang aku dulu banyak pegang S/U. Tup2 Aiman masuk Bilik Seroja duduk belakang aku, terus cakap dekat aku, kau S/U. Aku cakap kat dia aku tak nak sebab modul 1 banyak kerja. 4 subjek berat. Dia buat tak reti. Sabau je lah kannn~~ haha.

It is what it is, dengan suara undi (cikgu tak calonkan mana-mana jawatan tahun ni),

YDP : Zulhilmi Zakaria ( Budak Kulim@ Kawan MUAZ. apakah? ==") - Matrikulasi

NYDP 1:Arif Fikri - Matrikulasi
NYDP 2: Abdul Rahman - UMK
NYDP 3: Talhah - USM
NYDP 4: Atiqah Jamdin - UniKL

S/U 1: Fatin Nabilah - UniKL
S/U 2: Nurul Rashidah - Matrikulasi (Nightmare?)

Bendahari: Asmahani - Matrikulasi

Biro Akademik dan Pembangunan Sahsiah : Siti Nazihah - Matrikulasi , Azizi Arbain - USM
Biro Sukan dan Rekreasi : Izzat - Matrikulasi, Raja - Matrikulasi
Biro Kerohanian dan Pembangunan Insan : Shahriel Azhar - Matrikulasi, Fadhillah - Matrikulasi
Biro Kesenian dan Kebudayaan : Aiman Ramli - Matrikulasi, Fatin Amirah - UniKL
Biro Kebajikan dan Keselamatan : Ahmad Nahizudin - Matrikulasi , 'Afeef Nabih - Matrikulasi

Masa ni Biro Multimedia dan Penerbitan tak diwujudkan lagi.
Baru diwujudkan dan tak silap aku so far Talhah ketuanya.

Ok, it is what it is. Amanah kalau tak dipikul dengan baik, aku tak rasa aku akan selamat.

Sedikit cerita, ada sekali tu aku tinggal kejap kerja MPP. Ada senarai dan minit yang aku tak buat lagi.
Waktu tu aku konon nak study.

Guess what?

Aku tak faham apa. Topik matrices yang kalau ikutkan senang, aku dah faham dari awal, tiba-tiba jadi tak paham.
Tutorial yang aku hantar kat cikgu, masyaAllah.

"Please see me." "Late." dan tanda soal yang cukup besar berserta pangkah.

Then entah macam mana aku teringat kerja MPP.
Aku buat walaupun konon nak study esok ada kuiz.

Alhamdulillah, I did better for that quiz. Much better , frankly.

Muhasabah, bukan kerja yang banyak tu mengganggu study aku.
Tapi,

MENGABAIKAN kerja itu yang mengganggu.
Ia buat hidayah ilmu itu terhijab mungkin.

Wallahualam.

"Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya). Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar."(Al Anfaal : 27-28)

Wassalam :)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS