Powered by Blogger.
RSS

Jemput Follow :)

Sahabat ... Jom Recheck !

Kadang-kadang kita rasa kita dah beribadat dengan sempurna.
TAPI, ada sesetengah lompang yang kita tak sedar. 
Benar, Allah tak hukum kita atas sesuatu yang kita tak sengaja.
Tapi, salah kita juga kalau kita tak ambil teliti perkara yang patut diteliti.


Muslimah, sebelum keluar rumah, cuba suruh sesiapa tengok kamu dari belakang.
Terutama tudung bawal dan shawl. Fabriknya jarang. Percuma dapat dosa. :(
Solution : inner tudung yang sampai paras tengkuk dah banyak di pasaran. Tak panas pun fabriknya. Cari yang kain licin sikit. Kat pasar malam atau market rm5 dah boleh dapat :)


Dan dari depan, perhatikan sendiri pemakaian tudung. Nampak dada tak ?
Fabrik tudung tertentu memang melekap di tubuh pemakai, macam tudung ariani a.k.a tudung yg ada pengeras tu. 
Bukan semua melekap, check siap-siap masa nak beli. Rugilah kalau tudung lepas paras dada tapi melekap sampai menampakkan bentuk yang tidak sepatutnya :)




Stokin, ini selalu kita lupa perhati. Sayang sangat kalau guna stokin berfabrik nipis yang nampak warna kulit apabila berjalan. Memang selesa, tapi ... tujuan kita pakai kan untuk tutup aurat kaki :) Tak lupa juga, pemakaian stokin berwarna kulit perempuan. Sebab syarat pemakaian stokin ialah tidak menyerupai warna kulit perempuan. 


Kemudian, waktu solat. Cuba perhati telekung. Disebabkan warna putih, kebanyakan telekung masih menampakkan warna kulit pemakainya. Kalau telekung jarang, pakai inner dan baju lengan panjang. Kain pun sama, eloknya kalau beli telekung pilih yang kain berwarna hitam atau gelap, supaya tak kelihatan warna kulit kaki. Kalau yang sedia ada jarang, pakai stokin. Tak sah solat kalau warna kulit aurat kelihatan.


Lastly, inner dan handsock. Kedua-dua ini memang selalu kita pakai untuk tutup lengan, tapi mohon jangan dipakai terus bersama baju lengan pendek melainkan memang handsock dan inner anda luas dan tak membentuk lengan. Kita tutup aurat bukan bungkus aurat. Pakai handsock/inner cuma di dalam baju sebab nk melindungi bila lengan baju tersingkap. Tempoh hari ada kakak senior beritahu, ada sekarang handsock yg tak membentuk lengan. Itu bolehlah pakai. :)




Muslim, tak banyak hendak diperkatakan sebab aurat memang pusat ke lutut, tapi mohon seluar ke paras betis kerana apabila duduk atau bersukan memang akan tersingkap sampai aurat anda. 


Rokok, sekadar peringatan, haram kerana memudaratkan diri sendiri sedangkan Allah berfirman melarang kita sengaja mencampakkan diri dalam kebinasaan, malah setahu saya tak ada pula tanda halal pada kotak rokok, malah pernah dikhabarkan terdapat kandungan ARAK dalam rokok. Ada pengesahan atau tidak, kira syubhah.


Ya, memang jarang kes perempuan cabul lelaki. Tetapi, tak payah tunggu kena cabul baru hendak tutup aurat. Perintah itu ditujukan Allah kepada sekalian manusia termasuk lelaki dan perempuan. :) 






Berlapang dadalah dalam menerima teguran, kerana yang menegur tak semestinya baik tetapi dia perlu melakukannya kerana itu kewajipannya amar makruf nahi mungkar. Juga kerana sayangnya pada saudaranya. :)


Yang menegur, tegur dengan iman, jaga perasaan. Take a bit of your mad'u plate, taste, chew, swallow, then only you judge and talk. Allah suruh dai'e dakwah bukan hukum. 


Teguran untuk diri seadanya~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku Kenal Diakah ? Haha -,-

Apa rasa agaknya kalau pukul 2,3 pagi pendrive hilang, dan kamu terpaksa taip semula semua kerja kursus plus minus 20 m/s, sedangkan deadline pukul 7/7.30 pagi?

Haha. Itulah pengalaman aku baru-baru ini. Masa tu kepala pusing, klik senarai rakan FB yang online, dan tup-tup nampak mangsa ini online.


Yang tengah, pakai cermin mata. 

Kenapa tajuk entri seperti di atas? 
Sebab aku TAK PERNAH kenal dia dalam dunia realiti. 
Aku kenal dia melalui Kak Nadira rasanya. Mukabukulah ceritanya. 

Disebabkan kejahatan yang berleluasa, awal-awal dah cakap dengan dia nak tulis teruk-teruk punya. Haha. Bertuah kan budak ni ? Orang dah tolong lagi nak kutuk. 

Nak kutuk banyak-banyak , tak kenal dalam realiti. 
Nak puji banyak-banyak , pun tak kenal dalam realiti. 

Kalau mudahnya, aku pernah baca blog dia beberapa kali dulu sebelum kes kerja kursus ni, tapi tak adalah banyak sangat aku baca.
Berdasarkan pandangan aku, aku rasa dia orang yang emosi jugak sebenarnya, samada dia tunjuk atau tak. 
And mungkin ada benda yang dia pendam, tak cakap dengan sesiapa atau mungkin dengan orang tertentu saja benda tu dia cakap. Mungkin sesuatu yang berat, itu aku tak tahu. Psychologically burdened.Tafsiran peribadi sahaja. Maaf kalau tersilap :)

Bila aku dah tulis semua ni, memanglah aku takkan bagi link blog dia kat sini. Eh pakcik, jahat2 aku pun aku hormat jugak privasi hang k :p

Aku ada baca post dia pasal 'teman' yang dia kata skandal, dan menurut formula mamat fizik seorang ni, SKANDAL=GOSIP. Apakah ? Haha. Tapi disebabkan aku pun tak berapa nak faham sangat maksud skandal dalam erti kata yang sebenarnya, dan aku pernah dengar orang lain cakap skandal macam gosip, jadi aku pun gelak je lah. Yang kelakarnya, dia SENDIRI pun TAKTAU definisi skandal yang sebenar-benarnya. =="



Nah, ambik hang. Haha. Aku ada cakap nak buat post kontrovesi kan pasal hang kedink oi. 

Aku taktau tinggi hang yang sebenar-benarnya, tapi aku setuju jugak hang ni kedink kalau based on gambar ni. Haha. Kejahatan berleluasa. 

Kenapa aku susah-susah kaitkan dengan gambar ni? Sebab dalam cerita ni di blog dia, aku boleh nampak dia ni tak keras mana. :p okey, macam pak ngah aku rasanya. Stail cakap macam legend keras hati jugak, tapi bila dia cerita kesedihan dia nak tinggal kolej lama dia kat blog, aku cakap, ok fine, he has his own soft spot :D 

Mungkin hang rasa hang tak peduli hal orang, padahal hang peduli. 
Kalau tak for what hang study just untuk ajar orang ? Haha. 
Kalau tak aku tak rasa hang ajaq chess dekat budak2 dan adik hang. 
Bagi aku la, seorang yang gila-gila tak peduli hal orang, egoistik dan cuma kira diri sendiri takkan buat semua tu. 
Dan, hang takkan buat kerja kursus aku (walaupun upah), pastu komplen kat twitter keesokan harinya kata hang pening lalat sebab semalaman tak tidur pasal kerja aku :(

Dan aku rasa dia jumpak turning point dia and on his way towards the better. Aku tau dia bukan tersedia alim warak, tapi aku rasa dia ada something yang jadi turning point. Mudah cakap, moderate. Aku yang kadang-kadang malu. Apa guna kita jadi orang banyak ilmu yang tak usaha pertingkatkan diri, malah boleh jadi yang sederhana tapi nak tingkatkan diri lebih baik dari kita?

Harap hang maintain sebab a-level=overseas.
Satgi balik Malaysia rambut karat, aku pos cat kaler hitam pi rumah hang bagi adik2 hang cat rambut hang hitam pekat. :p

Aku taktau nak kata, tapi dari cerita yang aku cakap dia ni muka legend hati soft spot ni, aku rasa nak kenai dia. Haha. Pelik dak ? Sebab aku ada satu ciri pelik. 

Aku tak suka tengok pemendam. Aku rasa bersalah. Walaupun hakikatnya mungkin orang tu cuma satu sekolah dengan aku tanpa pernah bercakap walau sepatah dan aku cuma tengok dari jauh, no aku tak sampai hati tengok. Mungkin bukan pemendam yang sebenar,tapi kalau mata aku nampak memendam, honestly aku kesian.

I have felt what it is to be alone. 
I have felt what it is to have nobody around that cares for you when all you need is a shoulder to cry on.
I have felt what it is to be something that everyone wants to eliminate.
I have felt what it is to be left out. 

I felt a lot, much and maybe too much. 

Semua pengalaman tu ajar aku untuk lebih kuat. Semua tu ubah aku. 
Aku taknak ada orang jadi macam aku. I hate to see someone alone like what I had feel. 

Maybe hang tak alone pun. Maybe aku silap. Tapi as I said, my own view. :)

Hey pakcik, nah, baca dua di bawah. And a video aku rembat kat youtube khas untuk berleter kat hang. Haha




Lagu ni merupakan lagu yang bukak mata aku, masa aku bermasalah dengan orang sekeliling aku, which I wont mention here what happened to me. Dan lagu nilah jugak yang liriknya ketuk kepala aku untuk sedar, betapa ruginya aku kalau aku tak rapat dengan siblings aku, which is cousins since aku anak tunggal. So I hope you will get some help from the lyrics. Ni adalah berdasarkan something yang aku baca dekat blog hang yang aku ingat-ingat lupa. DAN ni bukannya lagu aku cakap kat hang semua benda ni pulak. Salah faham kang naya aku. 

Enjoy listening ;)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Things I Really Miss :')





I miss the people who used to be there.
Kepada yang tak naik form 5 lagi, belum jadi junior lagi, 
kalau ada senior yang care pasal awak2 sekalian syukur tau. 

Aku rindu masa dulu. 
Masa tu kalau buat salah, nak mula hanyut walaupun sikit,
mesti ada orang marah. 

Ingat lagi, Kak Syahidah marah :( 
Sebab lipat tudung macam gaya budak perempuan nakal. 
Setiap kali dia nampak mesti kenalah!

Ingat lagi, senior tegur kalau buat perangai.
Ingat lagi, dulu masa form 1 kena tegur dengan geng Kakfiqah, Kak Sa, Kak Una kalau mula nak buat hal.

Ingat lagi, masa pergi MSSK chess 2009. 
Kak Saqirah Kak Najah Kak Fa'in dengan Kak Fazwanis ada. 
Sempat belajar dari nasihat dan teguran mereka. 

Okey, bagi sesetengah orang tu merimaskan. 

Tapi tau tak, ada orang marah tu maknanya ada orang KISAH? 
Dan tau tak, ada orang marah tu maknanya ada orang BERUSAHA nak awak jadi yang terbaik? 
Tau tak, ada orang marah tu maknanya ada orang SAYANG?

Dan masa tu aku ada panduan yang jelas. 
Aku tak mudah tersasar. 
Aku ada spiritual yang agak kuat. 

Sekarang masa dah berlalu.
Aku dah jadi senior form five.

Hanyut atau tidak, atas diri sendiri. :)
Lihat rakan sebaya, ada je yang dah hanyut pun. 
Perkara normal bila dah jadi budak form five. 

Still, I miss those moments. 
Rindu waktu yang terarah macam dulu. 
Sekarang, aku rasa macam aku ni dah jadi budak bermasalah je kat sekolah tu. 

I feel like jerangkung hidup walking around the school. 
Trying to hold myself up. Hakikatnya aku down. 
Aku rasa aku tak fokus belajar macam dulu. 

Bila sahabat jauh tanya khabar, aku akan sentiasa cakap aku okey. 
Sebab aku taknak mengada-ngada buat orang risau.

Dan aku taknak masuk senarai pelajar bermasalah a.k.a wanted a.k.a perlukan kaunseling di sekolah. 

Semua rasa ni aku tak tau nak cakap macam mana, maka jadilah perkara yang terpendam :|

People I miss, really miss. 
The board, the debate file, the cake, kamar syura, MSSK, bilik robotik, everything. 
Things I really miss. :')


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Some Things Hurt Mistakenly :)

There are some topics sounds funny to all people, but hurt for you.well,most people loves prawn but some may feel allergic to it.simple :)

Mudah saja benda ini.

Mungkin salah aku. Lately aku mudah sensitif. Tak taulah. Mungkin aku tertekan. Sampai lawak orang pun aku tak dapat nak terima sebagai lawak.

Tapi. The bad thing is, aku pi marah anak orang percuma ja. Huhu. Feeling bad about it. Melayang kawan aku sorang. :(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Contengan Jiwa Kacau


Once I was a part of the battle, and it did taught me a lot. 
Precious stories :)

Lama sangat-sangat blog tak dikemaskini.Maaf,banyak cerita yang kononnya nak dicerita tapi tak dicerita juga. Kesibukan masih menghalang.

Yang pasti,sekarang dah masuk semester kedua persekolahan 2012. Bererti lebih kurang empat lima bulan lagi SPM. Tak tahu nak cakap apa, honestly tak bersedia dari semua aspek,dari segi fizikal dan mental.

Tak tahu nak cakap apa. Banyak sangat perkara yang berlaku. Syukur alhamdulillah atas semua pengajaran. Sedih pun ada gembira pun ada.

I have stopped playing since january.
Some people really know what happened and what do I mean.
TAPI, rasa macam tak rela pun ada. Sebak sekejap tengok video mereka. Bukan apa, rasa macam I missed a lot of precious things sebab kesilapan sendiri. All these years yang berlalu agak sia-sia.

I just can do nothing about it. Gone is gone,but memories are things nobody can steal from me, even if they forget but I don't. Because they are a part of my life.

Tapi,ada juga hikmahnya. Cuti dua minggu baru ni memang sangat bermakna walaupun agak penat.haha.

I broke the walls around me. Alhamdulillah. Rasa takut nak bersuara dengan mereka tu dah semakin hilang. Distance tears me apart. Syukur alhamdulillah aku tak rasa kekok dah nak bersembang dengan mereka. Ok fine, dulu aku sangat kekok. Boleh bilang dengan jari berapa kali aku bercakap banyak dengan mereka. Other than that, sepatah-sepatah.

Allah knows best. Dia gantikan sesuatu yang hilang dengan sesuatu yang lain.

Cuma aku masih tahan banyak perasaan dalam kepala. Gotta deal with my emotions well if I wanna do well in SPM.

Sekarang yang ada dalam kepala aku, rasa bersalah, unstable,runsing. Mujur aku masih ada penguat semangat aku-gambar keluarga dan sahabat aku dalam phone yang aku memang nangis gila kalau kena format ke apa sebab aku xtransfer ke mana2.naudzubillah.janganla berlaku.huhu.

Kalau rasa lemah, aku lihat gambar2. And I tell myself.

"Kau tak macam dulu lagi. Kau tak sorang-sorang. Kau ada diorang, yang mesti nak lihat kau senyum,berjaya. Dan jangan lupa diorang ada untuk kau. Selalu ada."

Yang pasti, ALLAH yang kirimkan mereka. ALLAH sentiasa ada. Syukur. :')



And now the board is empty, leaving the stories unfold. 
I still miss those moments :')

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS