Powered by Blogger.
RSS

Jemput Follow :)

Patah Sayap

Lagu ni buat aku sebak. 
Seakan bercerita tentang semua yang berlaku dalam tempoh 2014 ini.

Tapi pada hujungnya, Allah kan ada. 
Mama ada. 
Tanggungjawab ada. 

Walaupun sekarang sukar aku percaya semua yang terjadi. 
Tapi Allah pemilik jalan keluar.


Patah Sayap : Nadia Aqilah 

Kerinduan dalam hati

Bagai ditusuk sembilu bisa
Ku tak sanggup menahan sakit di hati
Ku mengharap kesakitan ini sementara
Ku terjaga kau tiada di sisi
Bila sedar erti cintamu padaku

Airmata yang mengalir
Menemani ruang hati ini
Namun kini ku tahu tiada yang pasti
Bila sedar erti cintamu

Patah sayap ku patah
Tak mampu terbang lagi
Bila tanpa cintamu
Hidupku tak bererti

Terbang tinggi ku terbang
Menggapai angkasa
Bila berpaut di sayapmu
Ku mensyukuri
Limpah hidup

Pernahkah pernahkah engkau terfikir
Fikirkan tentangku sakit merinduimu
Tak mungkin tak mungkin aku mampu
Menahan beban sakit hidup tanpa dirimu

Patah sayap ku patah
Tak mampu terbang lagi
Bila tanpa cintamu
Hidupku tak bererti

Terbang tinggi ku terbang
Menggapai angkasa
Bila berpaut di sayapmu
Ku mensyukuri

Patah sayap ku patah
Tak mampu terbang lagi
Bila tanpa cintamu
Hidupku tak bererti

Terbang tinggi ku terbang
Menggapai angkasa
Bila berpaut di sayapmu
Ku mensyukuri
Limpah hidup

Sumber >> Nadia Aqilah - Patah Sayap | SANoktah
via sanoktah.blogspot.com 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tawakkal

Bismillahirrahmanirrahim.


Semasa menulis, 28/2/2014 saya berada di Bilik Gerakan MPP Kolej MARA Kulim. Tempat yang banyak ukir sejarah dalam hidup aku. Alhamdulillah. 

Cerita di atas tentang tawakkal. 
Kenapa?

Saya sebak sendiri semasa menuliskan post ini. 
Terlampau banyak yang difikirkan. 
Terlampau banyak terjadi.

Tak lain tak bukan, semuanya bukti betapa kita ini hamba yang tak ada daya. 
Segala apapun dalam hati kita semuanya Allah tahu. 
Segala apapun hasrat kita Allah jualah penentu. 

Allah tak pernah lupa sebagaimana makhluk. 
Allah itu dekat, amat dekat. 

Cuba kita renung sama-sama, berapa kali kita pernah merancang dan jadi kenyataan?
Berapa kali pula yang menyimpang jadinya?

Pernah dengar tak, kita merancang Allah menentukan?

Siapapun kita, kita tertakluk dalam daerah kekuasaan Allah, yang mana apabila Dia mengatakan Kunfayakun.. maka segala usaha kita tak akan dapat mengatasi keputusan-Nya. 
Kita tak tahu langsung sebenarnya apa akan jadi esok hari.

Hakikatnya aku sedang bertawakkal dengan Allah. 
Aku pasrah apa yang berlaku setakat ini. 
Kerana aku tak mampu mengatasi Allah dalam segalanya, aku ini hamba. 

Biar apapun yang aku rasa, semuanya milik Allah. 
Andai Allah memberi masalah, tentu Allah akan memberi kunci penyelesaian. 

In shaa Allah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Doa Sulaiman

Bismillahirrahmanirrahim. 

Post ini sekadar untuk memanjangkan perkongsian seorang sahabat berkenaan Doa Sulaiman, untuk menangkis gangguan jin dan syaitan.
Alhamdulillah ilmunya bermanfaat untuk dirinya dan orang lain. 

Pertama



Kedua

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Presentation Juga Penyampaian ^_^

Tiba-tiba ...

"Aku nak tanya hg pasal presentation ..."
And the conversation goes. A long one, as always.


Tak banyak dapat nak dibantu sebenarnya, you could have better.
Apabila senior melayu ,age 21, student Sydney tanya budak kampung umur 19 pasal presentation,
errr ... ?

Cuma mungkin ada rahmatnya.
Hang bagi aku idea nak update blog. Hoho.

Aku bercakap based on pengalaman setakat presentation kecil-kecilan,
dan ilmu yang tak berapa nak ada, jadi betulkan aku mana yang silap.

Ok cut off the crap and start with the points, here you go.


Things You Should Be Aware Of

1. Type and Aim of Presentation

Pembentangan jenis apa yang nak dibuat?
Macam yang dia tanya, pembentangan berasaskan topic dan lagi satu berasaskan projek.

Ada sesetengah pembentangan yang kita hanya perlu kaji dan bentang.
Belajar kemudian mengajar. Motifnya untuk memahamkan pendengar. Ala-ala lecturer mengajar kat depan.

Ada sesetengah pembentangan memerlukan kita mempromosi atau meyakinkan orang dengan apa yang kita bentang. Contohnya kalau di KMKulim waktu Minggu Inocrev ada pembentangan projek inovasi. Pembentangan jenis ini perlukan kita untuk meyakinkan pendengar untuk beli or luluskan projek kita.

By knowing your aim, you know your next step.

2. Topic and Points

Be prepared dengan tajuk yang nak dibentangkan. Kenalpasti betul-betul tajuk besar, pecahan dan penerangan bagi setiap pecahan. Make sure dah faham betul-betul sebab kalau tak faham automatic akan gelabah bila orang tanya.

Kalau kaji dan bentang, bersedia dengan lebih informasi.
Apabila kita ada asas dan pengetahuan ekstra tentang apa yang kita bentangkan, insyaAllah kita akan lagi mudah nak rasa yakin.
Cari sesuatu yang tak ada dalam buku sekiranya tajuk yang kita nak bentang tu dah ada dalam buku atau modul yang semua orang rujuk.
Sekurang-kurangnya pendengar dan pembentang dapat sesuatu yang baru, dan mereka lagi minat nak dengar apa yang kita cakap.

Kalau mempromosi dan meyakinkan, be ready bukan sahaja dengan kelebihan tetapi kelemahan dan cara mengatasi kelemahan produk atau projek.
Ini saya ambil intipati dari seorang lecturer yang guide students PPKS UMK KMKulim.
Masa tu group Abdul Rahman dengan pensyarah ni dalam bilik MPP dan saya ada di situ menguruskan sesuatu, saya tak join inovasi :)
Dia cakap lebih kurang macam ni,

"Orang yang dengar presentation awak nanti, dia bukan nak tanya@tengok kelebihan produk awak sangat. Dia akan aim pada kelemahan. Sebab kelebihan memang duk tau dah banyak."

Yes, indeed. Kalau tak ada kelebihan, kenapa nak buat projek tu kan?
Untuk dikomersialkan, mesti kena ada cara untuk mengatasi kelemahan sedia ada dan juga bagaimana kita nak buktikan yang kelemahan produk kita itu tidak sampai ke tahap yang menjejaskan kualiti dan fungsi asal produk tersebut.

Jadi, beware dengan asakan soalan yang ala-ala nak mempertikaikan produk awak tu. Bukan dia nak condemn, tapi ini sebahagian dari proses pengujian.


3. Target Audience

Siapa yang nak dengar pembentangan awak?

Sesuaikan bahasa penerangan dan istilah dengan tahap pendengar.
Kalau awak nak memahamkan budak darjah enam, tolonglah jangan guna laras bahasa Universiti of Harvard. Kalau awak nak memahamkan orang yang belajar bahasa arab darjah enam, tolonglah jangan guna bahasa kitab Universiti Al-Azhar. Itu kejam ya, kejam.

Tapi macam baik pun ada, tolong dodoikan orang sampai tidur nyenyak. Hmm.

The best is to keep it simple and short but informative sehinggakan orang yang dengar tu tak sempat nak tidur. I have found some speakers with that skill :)

Kalau awak nak bentangkan untuk pendengar yang berlatarbelakang akademik, beware. Semak semua fakta dua tiga kali sebelum bentang, supaya tak berlaku kesilapan yang menimbulkan rasa gugup.
Kalau nak bentangkan untuk orang yang kurang pemahaman, baiklah cari analogi mudah supaya orang faham deeply apa awak cakap.

Kalau awak nak bentangkan untuk pendengar bagi pembentangan projek dan promosi tadi tu, bersedia dengan keyakinan. Mungkin perlu pada skil memujuk dan mungkin SEDIKIT perdebatan berhemah. Seriously, sedikit. Beware, jangan sampai debat yang merendahkan level adab awak di mata pendengar kerana nescaya produk awak tinggal kenangan.

Memujuk jangan sampai orang meluat,
berdebat jangan sampai orang rembat.


Persediaan Awal Sebelum Pembentangan

Niat

Nawaitu kena set awal-awal. Pembentangan ini sejenis penyampaian juga.
Insya-Allah satu maslahat dakwah walaupun yang awak promosikan cuma penyapu serbaguna.

Bagaimana?

Bila orang dengar pembentangan awak, orang tertarik dan kagum dengan cara penyampaian dan akhlak awak, awak dah pun menunjukkan dua perkara.

Pertama : Akhlak Seorang Muslim
Kedua : Kemampuan Seorang Muslim dan Kehebatan Islam yang Membentuk Muslim Itu Sendiri.

Bila orang tertarik dengan isi pembentangan awak pula, awak dah dapat dua perkara.

Pertama : Menyampaikan ilmu yang menjadi saham akhirat.
Kedua : Sekiranya produk awak dikomersialkan maka awak akan dapat memberi manfaat kepada beratus beribu malah mungkin berjuta orang :)


Hadis :

Bukhari dan Muslim menceritakan , Nabi Muhammad berkata, "Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah yang paling banyak manfaatnya kepada orang lain".

sumber : http://www.kbs.gov.my/dokumen/anjung/santapan%20rohani%20april%202010.pdf


Niatlah membentang untuk menyampaikan dan memberi :))


Lastly, hiasi pembentangan dengan satu, dua quotes ya.
Maybe ayat Al-Quran, Hadis atau Kata-kata Hikmah.

Jangan lupa baca doa. Minta Allah mudahkan.
Doa yang mudah ialah dari surah Toha ayat 25 - 28


sumber : http://masjid-taman-subang-perdana.blogspot.com/2010/01/doa-agar-difasihkan-lidah-dan.html


Goodluck yeah. May Allah bless :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Faham Dulu Sebelum Buat

Assalamualaikum. 

Post ini tak panjang, hanya curi masa sebelum bersiap pergi kerja. 

Ramai bercerita fasal politik,
kiri kanan depan belakang, 
macam-macam isu kan?

Tapi sekali-sekala, jom cari ilmu tentangnya. 
Fiqh, hukum-hakam perlu juga difahami walaupun dalam berpolitik. 

Berhujah dengan ilmu, membangkang dengan adab. 

Pelihara rasa ghairah dan darah muda itu dengan mencari ilmu menjernihkan fikrah. 

Nak recommend buku ni ^_^



105 halaman
harga RM12 sebelum sebarang diskaun.
Ringkas isinya tapi ada hujah dan dalil insya-Allah. 
Tak terlalu berat untuk difahami oleh yang dah pro mahupun yang tak berapa reti macam eden ni :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Never Alone

Assalamualaikum.
Got this photo from facebook, someone shared it.

Never alone, there the title goes.

Yes, sometimes we do feel that we are alone enough to even leave or commit suicide, which commiting suicide (bunuh diri) is totally HARAM in Islam.
Yes, sometimes pain and betrayals kills us inside that we changed ourselves, totally.
Yes, sometimes things gone are gone, including people we used to depend on.

Tapi, Allah takkan tarik sesuatu yang kita tak mampu hidup tanpanya.
Dan rahmat Dia sentiasa ada.
Pusing kiri kanan, pandang depan belakang, mesti ada lagi seseorang yang dapat kita percaya.

Ada orang, yang Allah tak tarik dia dari kita kerana Dia tahu kita perlukan dia.
Pernah tak terfikir yang kita pernah sakitkan hati seseorang, cakap macam-macam atau buat macam-macam kat dia tapi dia masih stay dengan kita?
Kenapa?

Kerana Allah tahu kita masih perlukan dia dalam kehidupan kita.
Walaupun dia tak sempurna, tapi dia lengkapi diri kita.

Yakinlah, Allah tak tinggalkan kita.

Antara kita nak bersyukur atapun tidak.
Antara kita nak percaya atau sangsi.
Antara kita nak setia atau berlaku khianat.
Antara kita nak pandang atau tak endah.

Life is full of choices.
And we are paying the price of every choice.
Rujuk surah As-Syams.

[1]Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang 
[2]Dan bulan apabila ia mengiringinya
[3]Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata
[4]Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita)
[5]Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya)

[6]Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya)
[7]Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya)
[8]Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa;
[9]Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan);
[10]Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). 

[11](Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas
[12]Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat)
[13]Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: " (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!"
[14](Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya)
[15]Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil).

Cuba dengar nasyid Demi Matahari juga ya ^_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mengislah Pemikiran : Perlu Pada Hikmah

Bismillahirrahmanirrahim.

Rasanya ni pertama kali aku akan tulis fasal isu-isu berat.
Aku biasa dengan penulisan berbentuk dakwah, tapi bukan ilmiah.
Unsur ilmiah ada, tapi bukan pada tajuk berat.
Jadi, maafkan pada mana yang kurang dan salah, berilah tunjuk ajar.

Pokok pangkalnya bermula apabila aku masuk KMKulim.
Aku banyak kena keluar untuk segala jenis program peringkat kebangsaan.
Di sini aku kenal macam-macam orang dan macam-macam perangai.
Ada latar belakang pelajar dari macam-macam negeri.

Lain laut lain ikannya.
Lain manusia lain pemikirannya.

I have seen people with different political views, too.

Tak dinafikan sekarang ni ilmu banyak di hujung jari.
Berita sensasi mudah-mudah tersebar sana-sini.
As - Syeikhul Google semakin diberi 'tauliah' percuma oleh masyarakat.
No doubt on that.

Tak dinafikan Generasi Y  ni memang 'canggih' pemikiran.
Those eighteen or nineteen ages people are also getting up into political issues.

Tak salah nak cakna isu semasa, memang itu yang sepatutnya.

Memang kita nak berjuang, dan ada antara kita memilih untuk berjuang melalui mata pena, atau sekarang dah tukar jadi mata keyboard.
Keyboard warrior.

Apabila aku ke Kem Dai'e Muda di Selangor, Alhamdulillah aku dapat lihat ilmu dari dua sudut pandang.
Tertarik pada satu kata hikmah, 'carilah SOLUSI bukan PERSEPSI'.

Aku tertarik pada satu perkara yang dah lama aku dengar dari beberapa mulut di sekeliling, bahkan banyak terbaca dalam ruangan internet.

'Menyatukan Melayu'

Maaf, kalau ada terasa sensitif kerana menyebut bangsa, but for academic purposes aku rasa kenyataan yang perlu disebut.

Ceritanya, kalau hendak menyatukan perlu pada islah pemikiran. Cuma sekadar dari sudut pandang orang biasa, aku selalu nampak satu perkara, penghalangnya BENDERA.
Taksub pada bendera masing-masing sambil saling menghina bendera lain.

Aku mudah menerima pengisian di kem tersebut.
Semuanya kerana nampak agak neutral penceramahnya. AGAK bukan 100%.
Aku suka beberapa penceramah yang meminimumkan sentiment label dan penghinaan kepada lawannya.
Hikmah tu membolehkan aku terima ilmu tu tanpa rasa meluat atau benci.

Kalau nak menyatukan, perlu pada pendamai.

Pendamai, seharusnya orang yang adil.
Hikmah perlu ada pada sang pendamai.
Penting untuk seseorang pendamai itu mendapat tsiqoh (kepercayaan) daripada orang-orang yang ingin didamaikannya.

Bagaimana nak mendapat tsiqoh ? 

Melalui akhlak yang ditunjukkan.
Melalui pembawaan Islam dalam diri.
Contoh terbaik bagi sebaik-baik pendamai ialah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Menyatukan umat Islam, perlu bermula dengan akhlak pendamai.

Membela biar dengan ilmu, membangkang biar dengan akhlak.

Chek bagi hampa satu contoh mudah la nah.

Hang bergaduh dengan orang rumah sebelah kanan.
Jadi orang rumah sebelah kiri mai nak tolong damaikan hampa.
Pada masa yang sampai hampa tengok orang yang mai tu, mulut tak habih-habih dengan mencarut.
Dia sendiri hari-hari duk kutuk pulak orang belakang rumah.

Dah tu ? Agak-agak hampa nak pakai dak nasihat dia? Nak percaya dak cerita dia?

Samalah.

Nak tak nak, kita perlu meraikan kondisi mad'u.
Orang bendera A akan ramai yang tak boleh terima nasihat dari orang bendera B yang mulut 24 jam kutuk bendera A.
Orang bendera B akan ramai yang tak boleh terima nasihat dari orang bendera A yang mulut 24 jam kutuk bendera B, mencarut-carut siap.

Biar ada hikmah. Ada ukhuwah baru lancar dakwah.
Kasihanlah pada mereka yang masih belum ada ilmu.
Takkanlah kita yang ada ilmu nak tunjuk akhlak sama dahsyat dengan yang tiada ilmu?

Wallahualam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ending Yet Beginning

290414

Final paper : Physics paper 1

3.30 petang, tercabut gelaran pelajar matrikulasi Kolej MARA Kulim.

No regrets for choosing to be here, I know Allah chose the best.

Walaupun aku tak dapat bayang dah apa nak jadi dengan pointer.
Arwah Pakcik Zol, meninggal masa aku tengah jawab exam kimia, dan aku pula dengan izin Allah betul-betul tak sihat, tak berapa terkawal sedangkan aku tak tahu pun arwah pergi. Blank. Subjek seterusnya selepas kimia, semua boleh kata sangat down.
Mungkin sebab talian yang rapat, mungkin kerana memang dia satu-satunya pakcik yang aku paling rapat sejak kecil.
Allahu, mata dah berkaca.

Amanatnya pada anak-anaknya pun ada melibatkan aku.
Jelas sebelum dia pergi, aku masih ada dalam hatinya.
Allahu.

Senyumkah aku? Setidaknya cuba.

Orang-orang kesayangan yang pernah aku bergantung, semua berturutan pergi dalam tahun ini, semester ini.
Abah, tok umar, pakcikzol.

And I am left here untuk happykan ma dan bantu family arwah pakcik aku yang baru meninggal.

Ain't easy, but if Allah wills everything is possible. :)

TAPI .

Mungkin ini namanya Allah sedang mempersiapkan aku.
Untuk perjuangan yang lebih besar.
Untuk amanah yang lebih berat.

Yang aku tahu, aku muslimah.
Peranan aku dalam dakwah itu wajib dalam segala segi selama dalam batas.
Namun setelah bernikah lain cerita.
Waktu itu peranan yang lebih utama ialah membantu dakwah suami dan keluarga.
Mendukung tarbiah keluarga sambil mengislah masyarakat.

Sibuk dengan masalah peribadi, masalah ummah siapa nak fikir?

Kuatkan diri, tegak hadapi semua, gerak untuk Islam :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS