Powered by Blogger.
RSS

Jemput Follow :)

Because Of The Smiles

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, selesai dengan largest event dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej MARA Kulim 2013/2014.

Which is somewhat our final battle as MPP.

Walaupun sebenarnya second last event. InsyaAllah.

Event kedua yang aku tersenarai secara direct dalam paperwork dan barisan pengurusan projek, dan amanah paling berat dalam MPP yang pernah aku pegang selain S/U MPP sendiri.

First was setiausaha projek Hari Puteri, which is tak berat sangat since Ketua Projek, Arif Fikri, yang nak buat sendiri paperwork. Aku just buat surat, laporan n bantu kendalian program.

Kali ni jadi timbalan pengarah program 1M4U. Did the paperwork myself,yang akhirnya Azlianna edit, touch up dan gabungkan bersama paperwork Minggu Kesenian dan Minggu Sukan. Terlibat dengan pengurusan secara direct dengan ketua projek, Zulhilmi Zakaria.

It was a challenge jugak, sebab both of us tak ada anak buah biro.

Macam Arif dengan Atiqah masa Hari Puteri.

Tapi, Allah itu Maha Memudahkan.

Mungkin kerana aktiviti tu bersifat kebajikan, students yang terlibat bagi kerjasama yang baik. Majoriti ada satu hasrat, nak menggembirakan penghuni-penghuni Rumah Anak Yatim BEDAYA tu. Adik-adik yang dah kehilangan sebelah sayap pelindung, malah ada yang hilang keduanya.

Lil bit of a story.

Sebenarnya, aku bukan beriya sangat nak buat 1M4U punya pelancaran bagai tu sebab bukannya disambut meriah sangat pun. And aku sendiri  tak minat pun benda alah tu. To be true, aku rasa, kalau nak harapkan 1M4U berdiri sendiri sebagai satu event, alamat kami bersama kerusi yang menjadi pengendali dan peserta program.

Zul? Jangan cakaplah. Haha.
Mana dia minat benda-benda alah 1M4U ni. 

Krik krik.

Tapi ada sebab tersendiri aku mintak nak teruskan program tu. Bukan semata-mata kerana tu tugas@amanah.

Lemme tell u, I've always been asking myself.

Kenapa asal 1M4U je artis?
Asal 1M4U je berjoget?
Asal 1M4U je konsert?

Typical one. Aku tak kata semua, but most of it.

1M4U macam nak galakkan aktiviti yang baik jugak, tapi kadang-kadang macam tak kena. I mean dari segi shariah-compliant. This is pendapat peribadi,so doakan aku tak tidur lokap malam ni.

Tapi cakap sahaja dan kritik program sedia ada tak bawak apa-apa perubahan. Tak ada makna. Words are cheap, and talk is not valid enough until you walk the talk.

Selalu dengar kot ayat,

 "Kalau ada kuasa/peluang, aku nak ubah itu ini blablabla"

Jadi, once I have the chance I want to walk the talk. Tak perlu aku kutuk konserto bagai, tapi pihak kita jalankan sendiri satu program yang insha Allah shariah compliant, sekadar atas ketermampuan pihak kami. Sedaya upaya.

Sekurang-kurangnya aku cuba ubah dengan tangan, walaupun impaknya tak besar mana kerana aku hanya semut di Malaysia ini. At least cuba.

To prove it can be done with shariah.
To prove yang remaja still boleh enjoy walaupun dengan cara Islam.
Islam bukan anti hiburan, tapi anti maksiat, dedah aurat n so on.

Moga Allah nilai pada kata usaha. Ameen.

Dan sebab kedua, aku dah lama hajat nak buat lawatan amal tu, tapi tak terusul pulak dalam mesyuarat sebab tak ada idea dan peluang, mungkin? Dalam manifesto sahabat MPP aku pun ada benda tu. Siap bentang depan pengarah masa pembentangan biro, masa mesyuarat bersama pengarah semester satu dulu. So alhamdulillah diberi peluang settlekan benda tu. 

Paperwork 1M4U siap beberapa lama sebelum arwah abah meninggal. Sejak arwah tak ada, aku lagi nekad nak buat benda macam ni. Sungguh.

Kalaupun aku tak dapat senyum ikhlas, aku harap dapat buat orang lain tersenyum sebab aku.

Sekurang-kurangnya biar diri aku hidup ada manfaatnya untuk orang lain. Agar tangan ini dapat memberi.

At least, ada something yang aku dapat bagi sepanjang penglibatan aku dalam MPP,dengan secebis kuasa yang Allah bagi.

Bukannya aktiviti lain tak memberi. Semua ada memberi, serius. 
Semua ada manfaatnya.
Semua ada ilmu sendiri.

Even buat mural pun. Bantu kolej tu, sampai batch2 akan datang mural tu tetap orang pandang.

Sukan, dah buat puak-puak bersatu dalam satu rumah sukan. Pensyarah pun terlibat. Bila lagi nak bersuka dengan cikgu ramai-ramai. ;)

Apa-apapun,  aku nak minta maaf pada sapa-sapa yang aku dah susahkan sepanjang persediaan dan perjalanan program.
Maaf kalau rasa terpaksa buat program tu. 
Maaf kalau banyak menyusahkan mintak tolong itu ini.
Maaf kalau attitude aku tak menyenangkan kat mana-mana.

Tq tolong aku untuk kesekian kalinya :))


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS