Powered by Blogger.
RSS

Jemput Follow :)

Hearty Thingy ... Alhamdulillah

"Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya .." (Petikan An Nuur : 33)


We are young ~ ~ ~

Biasalah kalau darah muda teringin nak macam-macam.
Namun semestinya akal akan cakap tidak. 
Restu mak bapak bukan senang nak dapat pada usia macam ini. 
So, dalam al Quran dah pun ada solution :) Tu haa yang kat atas tu. 

Kahwin tak boleh, jangan cakap couple boleh. 

Ada pandangan yang nak menghalalkan, itu terserah. 
Pada dasarnya, kalaupun nak dihalalkan, ada syarat yang ketat. 

Zaman macam aku dan yang pentingnya ORANG macam aku, 

are you sure enough that you can fill the relationship clean from maksiat ?

Memelihara kesucian diri, bukan setakat menahan diri daripada couple, kapel, kopi kapal api dan yang sewaktu dengannya. 
It is more than that. 

Mengurat - lead kepada kapel. 
Berangkat-angkat tapi macam kapel - lead kepada kapel. 
Bergayut-gayutan berlebihan - lead kepada kapel.
Berkenal-kenalan yang tak macam kawan pun - lead kepada kapel.
Dan lain-lain yang berlebihan.
Walaupun tak declare. Walaupun atas nama friendship. Walaupun atas nama brotherhood.
Once cara dah lari.

Sama je la tu. 

Alhamdulillah for finally I have the strength to move on, the strength to confess about this. 
I never want to get us become enemy, and alhamdulillah it is understood. 

Maafkan aku. 

Aku masih nak kejar cita-cita aku sebagai seorang muslimah. 
Aku masih nak ada dalam tarbiah. 
Nak jalankan risalah dakwah. 
Mencintai usrah dan ukhuwah. 

Aku enggan usaha dakwah terfitnah kerana aku cuai menjaga diri. 
Amanah aku banyak di sini. 

Memang aku tak couple. Memang aku tak berangkat-angkat declare sana sini. 
Tapi persahabatan ini agak kurang berbatas hakikatnya. 
Dan kita sama-sama tahu cara kita salah.

Alhamdulillah kerana aku melalui sedih hilang orang yang rapat ini. 
Sebab aku tahu menghadapi dan membuat keputusan. 
Dan dengan pengalaman ini, hati terasa dekat dengan mad'u. 
Mudah nak masuk dengan mereka kerana kita tahu perasaan itu.
Alhamdulillah :)

Dan tak akan aku sia-siakan peluang ini. 
Terus membina diri dan sahabat seperjuangan. 
Mencari kejayaan, membina jati diri mukmin. 
Baru dinamakan bersedia dan mempunyai kemampuan.

Allah kurniakan aku peluang untuk berada dalam saf MPP dan Biro Kerohanian is a real bless. 
Just like a dream come true. 
And you said, "So go and get it."

Thanks and may Allah bless you too. 
You are a great man so be a great mujahideen too. 
You are a great man so be a man of deen. 

Islam needs PROFESSIONAL MUKMIN!

Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. 
Goodluck in Sydney. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

To Do Things Cuti Semester


Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

A001
Demi Masa!-(Al-'Asr 103:1
A002
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -(Al-'Asr 103:2
A003
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

So, I've gotta some plan to do for this Semester Break. 
Ada kerja sunat dan ada kerja wajib.

1.To complete all my MPP works. 
     #4 minit mesyuarat
     #2 laporan aktiviti
     #2 kertas kerja (insyaAllah).
     #Senarai aktiviti sudah dijalankan (semester 1)
     #Senarai aktiviti akan dijalankan with tarikh rancangan (semester 2)
     #Manifesto dan status
     #Update carta organisasi.

2.To complete reading books I have bought. 
3.To improve cooking, and other ladies skills. 
4.To improve car driving. 
5.To spend time with family and friends. 

Yes, lots to do. Maybe cannot complete it all perfectly. Maybe around 50 - 60% only. 
However this is about target. :)

Ilmu, rugi kalau tak tuntut. InsyaAllah. 

Tidak aku berputus harap pada harapan nak 4 flat. Tidak sehingga result keluar. 
Terus usaha dengan cara lain.

Tidak akan berputus asa dari rahmat-Nya, walau pegangan terasa sedikit lemah. Rapuh. 

Tiada berputus harap. 
InsyaAllah. 
  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cuti-Cuti Malaysia :D

Alhamdulillah, semester 1 dah selesai.
Done. 
Tercabut sudah gelaran pelajar semester 1 matrikulasi Kolej MARA Kulim. 

Sapa tak seronok cuti sem kan ?
Nice one :)

Dan, kalau cerita fasal final siapa yang tak sedih kan. 
Ya, those performers will be glad. 
As for me, wallahualam. 

Aku pegang tali Allah. Jangan give up.
Berharap pada yang satu.

Anyway, this holiday is for another learning process.

Aku nak berhijrah untuk semester 2.
I know my bad, and there is always room for improvement. 

1. Bersihkan hati. Maafkan semua. Hilangkan riak ujub dengki. 
2. Lembutkan lidah. 
3. Jaga perilaku. 
4. Banyak doa tawakkal. 

Belajar macam-macam ilmu dalam cuti ni insyaAllah :)

Moga ada manfaatnya bagi diri dan orang lain.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

A Step Into 18

Alhamdulillah for my whole 17 years Allah granted me with my soul and physical.
Alhamdulillah, for getting my chance to step into 18.
Thank you Allah.

Harap tak jadilah tahun ke lapan belas ini setahun lagi umur yang tersia.
Seriously, man, we live for years but we simply don't know how much is the portion of life that give us, at least, the smell of Jannah.

Mungkinkah ada sehari dalam tahun-tahun ini yang Allah redha ?

A step into 18, a whole new life supposed to be.
No more 'budak under 18'.

Matang ke aku? Seiring tak dengan nombor usia tu? Haha. Macam tak je :)

Thank you for all the wishes.

Terima kasih Aisyah Shahrowi, my bestie dari zaman sekolah.
Ur the first one to wish via SMS padahal kiub xsampai lima langkah pun :p
Thank you for staying, when you know almost all of my flaws.
Thank you for staying through the hard times.
Sometimes we keep on hurting each other but that doesn't matter.
Life ain't a bed of roses, and we can never be perfect for real.

Thanks Afif Faiz, second person. Boleh pulak cakap xpernah sebut nama aku selama ni.
Well, we have too much names. Alien, mangkuk, and so on -.-
Aku tak sampai standard hang kalau bab-bab study ni, even masa SPM pun aku slack satu nak sama result dgn hg.
Thanks, sebab suka nak sound aku bab-bab study ni even memang sentap gila bila hg psiko xhenti macam machine gun.
Thanks, sebab selalu tolong n sorry sebab aku jarang text org melainkan ada hal lately.
PSPM coming near, mari sini ajar aku Physics meh -_-

Atiq, third one. First MPP yang ingat birthdate aku. Kui3. Pagi-pagi buta buka phone ada mesej.
Thanks. Erm ... but I still don't wanna show my affection. It won't be easy to get it from me maaa. My walls are still around, though ada pulak budak-budak MPP, kawan2 Biro Kerohanian yg dah berjaya broke down that wall pelan-pelan. Haih, MPPs killing me sometimes, making me slowly show up that smile, that tears, that soft part.
I don't wanna show up that soft part,mak cik, TAK NAK :p
And yeah, till I'm ready to soften myself, thanks for being here for every fall.

Thanks Dayah & girls tutorial A2, nyanyi happy birthday dalam lab BIOLOGY. Hoho.
Pagi-pagi aku masuk, Dayah gitahu kawan-kawan haritu birthday aku, and the concert goes :p
One of my best part in KMKu is that I have awesome classmates for real, seriously. Appreciate them real much. Thanks sangat sebab selalu concern pasal study aku yang semakin tunggang langgang. You guys know better my performance after balik dari Kem JPP tu macam mana kan, sampai dah jadi hotspot teachers dh skrg. :)

Zul, the only MPP yg wish aku depan-depan selain Atiqah. Aku nak jawab pun tak reti, blur kejap tengah-tengah koridor. Orang lain yang jawabkan. Lama sikit baru aku respon, thanks.
Aku tak tau nak respon apa.

Layukallifullahunafsanillawusaha.
Innallaha ma'ana.
Goodluck for life. Strive for Jannah.

Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan. (Luqman: 22)

Thanks Basmah. Padan muka kau lewat dua minit daripada MPP. Dia target nak wish dulu, tapi terlupa. Hehe.
Basmah, I HATE YOU, for breaking down walls around me. Herrrrrrrrr. 3 KALI kot aku tercakap benda yang memang a selalu aku ckp BIG NO for me nak cakap dengan kawan-kawan bagai. -__-

Thanks, for helping me to find my cure.

Thanks budak-budak kelas A, untuk wishes dan juga konsert dekat bangunan hijau depan pintu kelas 505.
Dah le dekat 503 masa tu kelas CIKGU ROHANA.
Aisyah dengar kot dari dalam kelas tu konsert diorang.
Tariq, aku claim dengan kau nanti -.-
Again, having my superb classmates is a bless, a big bless.
Penat macamana pun aku tahu korang ada dengan aku, yang selalu bantu aku dlm studies especially.
Bonds are there, make sure kita semua still united dlm same class utk SEM 2.


Not to forget, boleh pulak 26 September boys kelas aku repeat concert.haha. 
Sebab budak2 A2 masa 25 September tu blur tak tahu nak sebut nama siapa sebab diorang silent time girls nyanyi. Pun boleh~
 Ain Syafira geram , kawan first dia dekat kelas tu punya birthday dia tak tahu. Errr... sorry sbb tak pernah cakap.Segan. Eh? 


And



Thanks. Whoever you are, thanks for the chocolate. Nice one :)
May Allah bless you, girl! *from the handwriting*

From myself, nak minta ampun maaf banyak-banyak tahap gunung Himalaya.
I've been doing so many wrong things.
I've been having my real breakdown and I realized what I did was killing myself and affecting people around me.
Kasar bahasa memang aku tahu aku selalu terbuat,tapi setiap kali aku terbuat tu lah, aku akan simpan rasa bersalah tahap gaban gila punya lama. Cuma aku tak reti nak minta maaf depan-depan. Serius mintak maaf kuasa sejuta :(
Maaf bila tegas aku selalu menyakitkan. I'm used to that to protect myself. Dan ya, aku tahu aku kena berubah mana yang patut kalau nak terus hidup macam orang. Maksud aku, jadi orang.

Most of it, everything I did and said, even the harsh ones, my stone face, just to protect myself.
Don't have older or younger brothers, sisters or whatever it is and even my dad is paralyzed since I was in Standard 5, need me to be strong enough to survive independently no matter how hard is it.

If and only if, korang kenal some guys (even some girls) yg aku kenal selama ni, the community I once lived in, then kau tahu kenapa aku terpaksa mcmni, it was all about surviving without dropping your dignity, deen and even safety.

Atiqah Bt Jamdin, thanks for that song, that chocolate.
Abah aku boleh buat muka selamba bila aku balik,tanya  'bila hang nak kahwin?'.
Mak aii..
dan pesan abah aku

"Awak jangan ragging orang. Orang ragging awak takpa lagi, jangan awak ragging orang. Nanti menyesal."

May Allah bless :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aidilfitri ^_^

Alhamdulillah, 1 Syawal menjelma.

Alhamdulillah, nyawa kita disampaikan pada Eidul Fitri kali ini.
Alhamdulillah, kita diizinkan menyempurnakan sebulan pengajian Tarbiah Ramadhan.
Bukan senang nak dapat semua ni.
Ada yang tak berkesempatan, tapi kita insan terpilih.
Ada yang Syawal disambut dengan bom yang real, sedangkan kita yang tak ada bom ni excited nak meletup jugak (eh? o.O)
Ada yang memilih lorong hitam, tapi kita ditakdirkan setidak-tidaknya jalani ibadat puasa.
Ada yang tak dikurniakan nikmat iman dan islam, tapi kitalah yang Allah pilih.

Ok untuk post ni, aku tak terasa macam layak nak bertazkirah panjang.
Sungguh, aku buat post ni sebagai satu tribute.
Maaf zahir batin dipinta untuk semua yang mengenali aku.
Minta maaf atas semua salah silap.
 Termarah, tertengking, terperli, terjeling, terdengki, terbenci, terpukul, tergurau dan segala ter yang dah mengundang mudarat, rasa tak senang, meluat, tersinggung atau sedih.
Sungguh, kadang-kadang (selalu) aku gagal kawal diri.
Sakitkan hati orang walau niat nak berguraulah kononnya.
Aku memang kurang sikit bab bergaul ni, mungkin sebab anak tunggal. Tapi aku cuba nak belajar, insyaAllah.
Kadang-kadang nak tegur tapi tak kena cara.
Mungkin aku tegas sangat atau sinis sangat. Itu pun aku minta maaf.
Kadang-kadang aku tak pandai respon pada teguran.
 Kadang-kadang susah akui kesilapan diri dan terima kesalahan diri juga orang lain. Memang aku minta maaf.

 Untuk semua kawan, thank you for staying. Chess, bahas , robotik, pengawas, 5sc3 and all. Bagi korang yang tahu macamana aku, background aku, kelemahan aku, and still choose to be my friend, I appreciate it so much walaupun kadang-kadang tak tercakap.

Untuk semua family members, kami minta maaf kalau menyusahkan, kalau kami tak berbahasa, tak menyenangkan dan sebagainya.
 Aku tak baik sangat. Kasar tu sebahagian jugak dari aku.
Tapi sayang je sebenarnya. Family first, kan :)

Untuk semua cikgu, saya minta maaf banyak-banyak semua salah saya.
Saya bukan pelajar yang baik. I admit that.
 Saya jenis orang yang kadang-kadang terlebih nekad bila nakkan sesuatu. Dan terlalu fokus pada sesuatu yang saya nak.
 Jenis yang akan buat apa yang saya betul nak. Dan mungkin tu semua menyakitkan hati cikgu saya tanpa sedar.
Whoever I was in the past, I'm learning to move forward today, insyaAllah.
Takda basics yang cikgu semua bagi dulu, I'm nothing today.
Mohon halalkan ilmu, semoga semua diberkati. Allahuma amin.

Untuk kawan 5sc3 , aku minta maaf atas semua kesalahan n ketidakmatangan aku. Dalam nak hadapi cabaran kita masa form5 , dealing with studies, koko, family, friends aku banyak susahkan korang weh.
Aku memang tak pandai bergaul, dan cubaan aku selalu gagal. Aku minta maaf.
 Dan ada masanya lawak aku memang kasar. Tapi korang superb.
Walaupun aku ni tak rapat sangat dengan korang, tapi aku appreciate what we had together. Harap boleh terima aku as part of the class despite of semua kebengongan masa lampau aku.
Do pray for me kat sini. Tak mudah, serius tak mudah. Tapi alhamdulillah sebab Allah letak aku kat sini.
Walaupun aku kena bash dengan orang luar sebab pilihan aku, tapi aku tahu aku banyak belajar tak cuma akademik kat sini. Harap dapat balance semua yang aku kena hadapi and handle kat sini.

Untuk kawan dan senior KMKu, thank you for teaching me soooo much about life and deen.
Banyak yang saya belajar kat sini dan saya tahu tak terbeli semua yang bernama tarbiah, saya belajar dari korang semua ilmu dunia dan akhirat.
Fardhu ain dan fardhu kifayah. Ukhuwah islamiah. Perjuangan.
Adanya azam yang dibina daripada tarbiah kat sini.
 Minta maaf kalau ada pada diri saya apa yang tak menyenangkan (surely banyak.hahaha). Thanks for staying by my side.

Untuk MPPs, aku minta maaf banyak-banyak untuk semua salah silap.
Aku tahu kita semua tahu tugas kita berat, dan tak semua orang faham apa yang kita pikul.
We need each other, actually.
Dan kita sentiasa perlukan sahabat-sahabat lain untuk sama-sama bantu kita. Kerjasama, it will work out the best result.
Moga-moga ukhuwah kita semakin erat , berkekalan. ^_^

Allahuma ameen. May Allah bless!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Study Masa Cuti : Sedikit Perkongsian ^_^

assalamualaikum
from someone :)

 cuti rasa susah nak study kan? sbb rasa susah nak adapt dgn masa yg terlalu bebas.

so, hope dpt tlg.

.1.kalau tak boleh ikut jadual, tak buat tak apa. TAPI, make sure ada checklist apa yg nak kena buat dalam cuti ni.senaraikan, cth : buat past year, complete notes chapter 2, blablabla,.. n tick setiap kali dh complete satu.

 2. kita ada plus minus 8 hari katakan., so boleh letak 2 hari per subject berat kan... so make sure dlm checklist kita td, kita kena tick apa yg kita nk utk certain subject. kiranya dalam 2 hari ni kena siap benda utk subjek yg kita tentukan. cth : hari ni ngn esok math , so dlm 2 hari ni usahakan utk tick sebanyak mgkin checklist yg berkaitan math

.3. kalau rasa susah nak buat kerja sbb gangguan manusia, cth nk main ngn adik n so on, tidur awal skit. pas tarawikh tu agak dlm pukul 11.30 ke tdur. bangun balik tu make sure awal.bangun, amk wuduk, qiam dua rakaat pn jadilah.study masa pukul 2,3 pagi cmtu insyaAllah seng masuk. standby nescafe pun ok :D

 4.kalau rasa sebab benda kat rumah pun, boleh guna cara tu. kalau nk online , ok fine you may proceed. sbb pukul 2,3 pagi berapa org sgt nak online. news feed pun slow je. study smbil online. nak chat blh. sbb benda tu dpt thn kita dr tdur, but make sure kerja jalan  :)

5.kalau nk study sikit before tdur td tu, blh study subject baca. kalau 2,3 pagi, better buat latihan kalau mata xleh bertahan.

6.study smpai sahur, then kalau pas sahur tu blh la qiam sampai subuh, pas subuh sambung Al Mathurat n baca Al Quran sikit. mandi tu awal pagi bagi segar badan.bila semua orang dah bangun, kta akan ada keja nak buat so insyaAllah kurg mengantuk. agak2 sebelum/selepas zuhur tidur la , qailullah utk refresh tenaga

waktu ramadhan mudah sikit nak qiam sbb ada waktu sahur tarawikh n so on.. jadi ambik la momentum tu insyaAllah 

pesanan dari senior2, ustazah,...

 doa dari Allah dua perkara.. ketenangan hati dan keberkatan waktu.
amalkan ayat seribu dinar selalu terutama selepas solat fardhu.

jgn tinggal solat malam sebab tu la sebenarnya sumber kekuatan kita.

kita cuba solat pada awal waktu, insyaAllah waktu lain pun akan awal jugak.
amal solat dhuha, tak dapat setiap hari, seminggu sekali pun ok :)

so insyaAllah, usaha doa tawakkal..moga bermanfaat. cogan kata mara kan BERDISIPLIN BERILMU BERAMAL ^_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pelajaran Paling Bermakna : Redha :)

Bismillahirrahmanirrahim.

Tak tahu nak cakap alhamdulillah atau inalillah atau masya-Allah.
Pilihan Raya Kolej MARA Kulim dah pun selesai.
Keputusan pun dah ada. 

Pernah aku cakap dengan kawan-kawan aku, 

"Keputusan tu bukan setakat keputusan menang kalah MPP whatever,
tapi bawa sesuatu yang lebih penting, tentukan tempat aku."

Ada yang tahu maksud aku dan ada yang tak tahu. 
Ada yang blur dah pandang aku.

Dan antara yang tahu, hampir semua tak suka perkara tu. 
Ada yang cakap, 
"Kalau aku tahu kau nak buat benda tu sebelum kau buat, memang aku dah halang kau weh."

Kerana enggan dihalanglah aku buat benda tu di luar pengetahuan orang. 
Waktu aku dah buat baru aku cakap dengan sesetengah kawan dan senior.

Boleh dikatakan semua agak tak suka dengan benda tu sebenarnya.

Tapi benda dah buat. So kena la terima.
Dan akhirnya, keputusan dah keluar.

Sahabat sekelas bagitahu aku , aku tersenarai.
Maka dengan itu berakhir dilema aku. Nyatanya Allah memilih aku berada di sini. 
Yang tertinggal cuma hati menerima pengajaran dan mencari hikmah.
Mudah-mudahan dapatlah aku digest pelajaran palihg bermakna - redha dengan ketentuan DIA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Amanah , Here We Go :)

Setelah aku istikharah, nazar dan sebagainya, jawapan masih sama.
Aku masih di Kolej MARA Kulim, tak berpindah pun.

Sibuk itu biasa. Matriculation life, if you are not busy then something is wrong. Haha.

Dan ya, tanggungjawab dah bertambah.

Amanah tergalas di bahu bertambah.

Setiausaha 2 Majlis Perwakilan Pelajar Kolej MARA Kulim.

Gembira tak nafi memang ada, sebab aku tahu banyak pengalaman yang akan aku tiba dan banyak benda aku akan belajar.
Tapi takut tu memang tak nafi ikut serta.

Aku masuk bertanding MPP, setelah diminta gantikan kawan kelas aku yang tarik diri.
Dia tarik diri pun bukannya saja-saja.
Ada sebab yang aku kira konkrit tapi tak perlulah aku ceritakan sebab musababnya.

Lepas istikharah, semak al Quran, berbincang and so on, aku terima borang tu.

Pada masa yang sama aku fikir balik, betul ke aku nak ambil?
Sedangkan aku berbelah bahagi nak stay atau nak pindah.
Wallahu'alam.

Tapi hati entah macam mana rasa tekad.

Kemudian aku nazar, kalau di sini tempat aku, biar aku menang pilihan raya ni.
Tapi kalau bukan, tolong kalahkan aku supaya aku boleh keluar dari sini dengan lapang dada.

Then, kawan aku mesej aku, nampaknya kau kena stay sini.

Aku lepas pilihan raya tu. Kemudian masa meeting, ada manusia yang sepakat pula calonkan aku setiausaha. Redha je la.

Aku punyalah usaha tak nak tulis dalam pengalaman kepimpinan, yang bahawasanya dari sekolah rendah aku selalu diundi untuk jawatan setiausaha. Aku tulis satu dua je setiausaha, tak tulis semua sebab senior cakap cikgu yang akan calonkan kita pegang jawatan based on pengalaman dan kelayakan.

But, see? Allah yang tentukan. Aku tak bagitahu pun pemenang pilihan raya tu semua yang aku dulu banyak pegang S/U. Tup2 Aiman masuk Bilik Seroja duduk belakang aku, terus cakap dekat aku, kau S/U. Aku cakap kat dia aku tak nak sebab modul 1 banyak kerja. 4 subjek berat. Dia buat tak reti. Sabau je lah kannn~~ haha.

It is what it is, dengan suara undi (cikgu tak calonkan mana-mana jawatan tahun ni),

YDP : Zulhilmi Zakaria ( Budak Kulim@ Kawan MUAZ. apakah? ==") - Matrikulasi

NYDP 1:Arif Fikri - Matrikulasi
NYDP 2: Abdul Rahman - UMK
NYDP 3: Talhah - USM
NYDP 4: Atiqah Jamdin - UniKL

S/U 1: Fatin Nabilah - UniKL
S/U 2: Nurul Rashidah - Matrikulasi (Nightmare?)

Bendahari: Asmahani - Matrikulasi

Biro Akademik dan Pembangunan Sahsiah : Siti Nazihah - Matrikulasi , Azizi Arbain - USM
Biro Sukan dan Rekreasi : Izzat - Matrikulasi, Raja - Matrikulasi
Biro Kerohanian dan Pembangunan Insan : Shahriel Azhar - Matrikulasi, Fadhillah - Matrikulasi
Biro Kesenian dan Kebudayaan : Aiman Ramli - Matrikulasi, Fatin Amirah - UniKL
Biro Kebajikan dan Keselamatan : Ahmad Nahizudin - Matrikulasi , 'Afeef Nabih - Matrikulasi

Masa ni Biro Multimedia dan Penerbitan tak diwujudkan lagi.
Baru diwujudkan dan tak silap aku so far Talhah ketuanya.

Ok, it is what it is. Amanah kalau tak dipikul dengan baik, aku tak rasa aku akan selamat.

Sedikit cerita, ada sekali tu aku tinggal kejap kerja MPP. Ada senarai dan minit yang aku tak buat lagi.
Waktu tu aku konon nak study.

Guess what?

Aku tak faham apa. Topik matrices yang kalau ikutkan senang, aku dah faham dari awal, tiba-tiba jadi tak paham.
Tutorial yang aku hantar kat cikgu, masyaAllah.

"Please see me." "Late." dan tanda soal yang cukup besar berserta pangkah.

Then entah macam mana aku teringat kerja MPP.
Aku buat walaupun konon nak study esok ada kuiz.

Alhamdulillah, I did better for that quiz. Much better , frankly.

Muhasabah, bukan kerja yang banyak tu mengganggu study aku.
Tapi,

MENGABAIKAN kerja itu yang mengganggu.
Ia buat hidayah ilmu itu terhijab mungkin.

Wallahualam.

"Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya). Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar."(Al Anfaal : 27-28)

Wassalam :)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Topik Yang Belum Masanya Aku Bicara, Mungkin?

Malam ni dua post aku buat.

Tadi aku menceritakan aku masih belajar dalam memimpin.
Aku lihat itu amanah.

Tadi aku menceritakan tarbiah yang aku kenal di sini.
Bi'ah solehah yang tak terbeli.

Alhamdulillah sebab Allah beri peluang kepada aku.

Entah kenapa, terdetik dalam hati aku teringatkan kisah lama, dan sedikit soal masa depan yang tak ada kaitan pun dengan kerjaya.Haha.

Aku ingat lagi, dulu mula-mula aku semangat nak berubah aku selalu biasakan baca novel Ustazah Fatimah Syarha sebagai inspirasi.

Aku pernah terfikir, aku nak dinikahi seorang yang faham agama.
Seorang yang faham dakwah dan tarbiah.
Seorang yang mampu redha kalau aku nak terlibat dengan usrah, dakwah dan sebagainya selama masih mengekalkan tanggungjawab aku.

Memanglah macam awal sangat, tetapi itu memang hajat aku pun.

Aku nak join usrah walau bila sudah bekerja.
Aku nak pergi ceramah.
Aku masih nak solat berjemaah.
Aku masih teringin qiamullail.
Aku nak lengkapkan ilmu fardhu ain.
Aku nak usahakan fardhu kifayah.

Aku masih bertatih, lantas aku harapkan seorang pemimpin.

Tapi tak akan aku jadi manusia gatal yang hanya berharap pada lelaki tapi tak berusaha memperbaiki diri.

Tak ada guna berharap semata-mata tapi umur muda a.k.a umur bujang kita tersia tanpa usaha.

InsyaAllah aku ingin kekal hidup dalam suasana tarbiah ini.
Apabila aku berkeluarga, mudah-mudahan dapat aku aplikasikannya lagi.

Aku akan doa sambil ijtihad. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan aku.

Temukanlah aku dengan dia yang aku harapkan.
Walau aku tak tahu apa percaturan Allah pada masa hadapan.

If it is meant to be, it will be. Insya-Allah.

Untuk masa ini, aku rasa tenang.
Mungkin aku memang ada rasa padanya, tapi aku tak terlalu gelisah.

Sebab tanpa sesiapa tahu, aku ada sedikit keyakinan yang aku tak tahu dari mana.
Tak ada perkataan pun yang keluar, tapi masih terasa tenang dan sedikit yakin.

Mata aku tak 'memandang' pun pada orang lain setakat ini di sini. Alhamdulillah.

Semuanya berlaku sendiri dan aku tak tahu puncanya. Tapi aku akui, ada hikmah.
Keyakinan itu aku tak rasa datangnya sia-sia. InsyaAllah.

Aku berpegang pada pertolongan Allah yang Maha Kuasa.

Dia pegang hati aku, dan aku rasa, segala yang terjadi saat ini dia yang gerakkan hati aku.

If we are meant for each other, come what or who, it will still happen.

And if we aren't meant to be, destiny will step in, forcing it to be bygone.

Allah knows best.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Belajar dan Belajar :)

Alhamdulillah, aku masih bersyukur aku berada di bumi Kolej MARA Kulim ni.
Sangat-sangat bersyukur dengan apa yang ada.
Walau kata orang begitu dan begini fasal kolej ini, aku hargai sangat-sangat.
Serius, bagi aku Kolej MARA Kulim ni bumi tarbiah untuk aku.

Banyak sebenarnya yang telah berubah.
Cuma aku tak tahu sejauh mana aku mampu menyesuaikan diri dengan perubahan ini.
Perubahan cara hidup dan sebagainya.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Dulu aku selalu takut kena kejutan budaya apabila masuk peringkat pengajian tinggi.
Ikhlas, memang takut.
Selalu aku bincang dengan kawan-kawan pasal bab-bab pengaruh luar ni.
Bak kata orang, keluar dari sekolah tu sebenarnya baru nak kenal dunia.

YA, aku kena kejutan budaya.

Budaya islamik yang buat aku ... macam ... jatuh cinta.
Susah nak cakap perasaan tu.

Alhamdulillah, dek kerana jadual yang super sibuk ni, aku kurang masa nak terjebak dengan masalah hati.
Disibukkan dengan ilmu dunia dan akhirat.

Sekarang aku pegang jawatan Junior Felo a.k.a ketua dorm.
Alhamdulillah sebab ahli dorm aku beri kerjasama yang sangat baik.
Serius syukur ke hadrat Ilahi dapat kawan-kawan yang baik.
Ditemukan aku dengan kumpulan yang sangat baik.
Persekitaran di sini dapat mentarbiah aku perlahan-lahan.

Ya, cakaplah di mana pun, ada juga orang yang boleh bawa pengaruh negatif.

Tapi, kita pandanglah pada qudwah hasanah yang kita boleh nampak.
Pandang yang positif, supaya dapat bagi 'aura' pada kita balik.

Cuma, yalah, aku mengaku dengan jujur aku ni bukanlah baik sangat.
Ilmu agama tak tinggi.
Aku pernah cakap aku bukan dari mana-mana maahad atau SMA.

Jadi dalam memimpin pun sebenarnya aku masih banyak memerlukan tunjuk ajar anak buah aku.
Program-program bersifat kerohanian aku banyak minta pandangan mereka.
Dan aku takkan tolak pandangan mereka  mentah-mentah insyaAllah.

Allah nak aku belajar.

Aku tak pernah duduk asrama. Aku tak pernah duduk sekolah agama.
Tapi Allah takdirkan aku di sini, di tempat ini.

Syukur atas takdir Ilahi yang tersangat cantik.

Tadi ada program ujian kompetensi bacaan Al-Quran.
Aku nampak ada macam band P1,P2, dan sebagainya.
Mungkin untuk kelas mengaji nanti. Rasanyalah.

Kalau aku kena pun aku terima. Aku boleh baca Al-Quran tapi tajwid aku tak baik sangat.
Terima dengan gembira, insyaAllah.

Walau tak tertulis Kolej Islam MARA Kulim. Tapi aku kira cukup layak digelar begitu.

Alhamdulillah. Thank you Allah for sending me here. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kosong, Terisi : Mana Satu ?

Rasa aku, aku pun tak faham dah sekarang.
Ikhlas aku tak tahu.

Lose focus. Uncontrollable.

Aku hilang perasaan aku sendiri.

Rasa,bila aku tengok orang pun dah tak ada hati. Tak ada rasa.

Rasa tak pedulikan orang lain.

Hilang.

Tapi aku sedikit tenang. Sedikit terisi.

Aku rasa diri dan jiwa aku dah termiliki tapi aku pun tak tahu siapa.

Lawak.

Ikhlas. Aku rasa pelik. Aku dah berubah. Aku nak tahu semua ini apa sebenarnya.

Apa-apapun, aku bersyukur. Aku sangat berterimakasih. Sangat-sangat berterimakasih. Pada kau.

Sebab kau tunjuk aku jalan yang aku nak.

Walau kau tak cakap melalui perbualan dengan aku.

Tapi entah kenapa aku masih menyimpan hampir setiap patah yang kau cakap.

Walau memang menyakitkan.

Kau bukan sesiapa dalam hidup aku, tapi insyaAllah aku simpan semua ajaran kau.

Aku akan usahakan untuk diri aku. Aku sayang kehidupan aku sekarang yang kau ubah tanpa kau sendiri tahu.

Alhamdulillah.

Terima kasih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Masih Pening

Aku malas nak fikir tajuk dah.
Jujur ikhlas aku masih lagi sedikit menyesal sebab aku tekan butang 'tolak tawaran' pada asasi UIAM- ekonomi dan sains pengurusan.

AGAIN, I try to keep myself on track.
Cuba untuk redha dengan semua yang dah berlaku.
Aku tahu dah tertulis siap dalam takdir aku, rezeki aku tak di situ.

Aku betul-betul tak percaya lagi aku yang tekan sendiri butang tu.
Masa tu aku fikir, dah aku tak nak pergi, lebih baik tekan tolak sebab kesianlah dekat orang lain yang nak buat rayuan bagai.

Sekarang aku rasa macam nak hempuk diri.
Still, keeping myself on track.

Aku tak tahu samada aku ni masih nak kekal di aliran sains atau keluar.
In fact, slip SPM aku pun tak banyak membantu.
Result Biologi dan Prinsip Perakaunan aku sama gred.

Aku tahu Allah tak tutup semua jalan aku. Yakin.

If it is meant to be, it will be. And whatever happens, hold on to The One, up there.

Quote by Dena Bahrin that inspired me really lot.

Tinggal pilihan aku, bertukar ke Kolej MARA Kuala Nerang.

1. Matrikulasi Perakaunan
2. Foundation In Business-PILN MARA

Masalah aku sekarang ni, PILN MARA menetapkan ijazah pertama aku dalam Perakaunan+CPA.

My plan is to further in marketing, business.

Tapi, betul ke apa aku nak buat ni? Allahuakbar. Deadly confused. Rasa nak telan orang.

Dan aku tahu, kalau aku dalam kepeningan macam sekarang, En.Migrain akan datang balik melepas rindu di kepala aku pada kadar segera. Kbai.

Assalamualaikum :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kun Faya Kun.


Aku pejam mata. Buka balik.

Macam tak percaya.

Aku tahu aku suka pemikiran strategi. Kawan aku cakap aku ni otak logik.
Sebab tu aku pernah jadi pemain catur dulu. :)
Aku tahu aku minat bab-bab strategi pemasaran bagai.
I'm completely clear on that.
Walaupun hanya kerja juruwang, tapi aku belajar habis pasal promosi bagai.

Aku tahu aku nak masuk UIA.
Punya semangat aku research pasal universiti tu sejak tingkatan empat lagi.
Nak sangat-sangat.
Walau abah tak berapa berkenan pun aku minta diam-diam.

Tapi aku minta perubatan pilihan pertama atas beberapa sebab.

Kemudian, yang aku dapat ASASI EKONOMI dan SAINS PENGURUSAN.
Alhamdulillah. :)

BUT, kun faya kun.

Hati kita DIA yang pegang.

Entah kenapa, aku bulat hati untuk tolak tawaran tu.

Dan sampai hari ini aku tak percaya aku dah pun TOLAK tawaran tu.

Rasa macam, serius ke aku yang buat benda ni?

No regrets. This is not my choice.
Allah has made this for me. Seriously HE meant good for me.

Dan entah kenapa, waktu istikharah, akhirnya aku terarah ke tempat aku sekarang. Kolej MARA Kulim. Matrikulasi Sains. Program Satu Tahun.

Serius aku tak tahu. Tapi aku percaya this happens for a reason. For a good reason I haven't see yet.

If, I will be leaving, then it must be for a good reason.

And if, I stay here, then it must be for a good reason too.

HE knows best.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MPPB 2013/2014 :)

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Dah tamat menjalani minggu orientasi atau nama formal -Minggu Pengurusan Pelajar Baru-. Aku peserta untuk sesi 2013/2014.

Bunyi Alhamdulillah 3x tu, ada bunyi macam aku terseksa tak duduk MPPB ni?Haha.

Serius tak. Indeed, sangat bersyukur. Feeling I'm the lucky one being there. Sangat happy.

Orientasi yang bukan setakat orientasi. Pengisian and all, walaupun fasi tak terbilang berapa kali minta maaf atas apa-apa kekhilafan diorang dalam program ni, kata boring dan sebagainya, tapi serius kami semua tahu diorang dah betul-betul usahakan yang terbaik untuk kitaorang.

Group aku kat sini aku, Aisyah, Wardina dan Nazlia. Memang hampir setiap slot kami duduk barisan depan sekali kalau ada peluang.

Aku ni pulak, spesis manusia yang suka perhati orang. Serius. Orang tu tengah cakap aku perhati tak lepas, kecuali kalau orang tu dah terpandang aku, aku lari la mata ni. Segan deh. Haha.

Tengok muka pun tahu, diorang dah usaha yang terbaik cuba bagi kitaorang enjoy MPPB :) Muka penat pun nampak.

Thank you so much.

Nak senaraikan fasi sampai pukul 11 la aku mengadap laptop. Besok ada kuliah lagi. Lagi dua tiga minit dah nak naik dorm :)

Tapi, memang betul-betul berterimakasih.

Walaupun namanya orientasi, tapi bukan takat orientasi pelajar baru KMKulim semata-mata, tapi sebenarnya macam orientasi kepada gaya hidup Muslim yang lebih baik. Ikhlas cakap.

Sangat bangga sebab pengisian rohaniah sepanjang MPPB ni superb.
Qiamullail, Al-Mathurat, Solat berjemaah, Ceramah.

Part ceramah memang semua sekali kena basuh. Muslimah pun banyak kena dan akui memang ada yang kena batang hidung sendiri.

Dan sebab tak biasa, ada jugak part yang aku terlelap, tertidur dan yang sewaktu dengannya. Maaf sangat.

Ya, mungkin bagi yang tertentu, benda ni tak ada apa pun.

Tapi bagi aku, dan aku percaya kawan-kawan aku jugak, yang tak pernah merasa hidup di mana-mana Maahad atau SMA ni, semua ni sangat bermakna.

Kelas fardhu ain, ujian kompetensi bacaan Al-Quran and all, ialah sebab aku nak masuk UIA dulu, tapi tak kesampaian nak pergi sebab dapat kos lain.

There's someone out there really long for this kind of tarbiah.

Alhamdulillah. May Allah bless all of you. InsyaAllah kalau kami praktikkan tarbiah kakak and abang, semua akan dapat saham juga nanti :)

Thanks for being super seniors, bangga sangat dengan korang.

Proud to say, Alhamdulillah no ragging. Indeed kena marah ke apa, sooooo small part yang aku rasa MEMANG LAYAK kena marah pun.

Alhamdulillah, aku tak menyesal jejak kaki ke sini. Walau ada yang tanya,

"awat duduk matrik?"

Ok. This is what Allah has made for me. Itu je aku cakap. Selebihnya, may Allah bless.

Wassalam ^_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Program PILN MARA 2013 -Double Pening =="

Semua tahu, keputusan pemohonan Program Ijazah Luar Negara (PILN) di bawah tajaan MARA untuk sesi 2013 dah diumumkan.

Basically, Alhamdulillah, I'm one of the lucky ones who are chosen for the program.

Lawak, apabila tawaran sebegini baik jadikan aku tambah pening, tambah tertekan sampai, ya, aku mengaku aku menangis. Memang menangis. Macam pelik kan? Dapat biasiswa pun nangis? Ok. Ok. Ok.

Medicine was what I applied in the first choice.

Aku pergi temuduga MARA di MRSM Kepala Batas untuk Zon Utara.
With expectation to undergo some kind of interviews, soft skill tests and so on.

Tapi bila aku tengah beratur di luar, dan tunggu orang dari dalam dewan keluar, aku dapat tahu pemilihan itu dijalankan melalui UJIAN PSIKOMETRI bukannya TEMUDUGA.

OK. Sila bayangkan rasa cuak itu. HAHA. =="

My first question was, whatever kind of test is that? What will be the question.

That is my FIRST TIME hearing such kind of test. Serius cuak.

Masuk dalam dewan, soalan pertama lagi aku dah rasa cuak.

"As an ENTERPRENEUR, the criteria you should have blablabla..."

Ok, serius, aku TAK FAHAM entrepreneur itu makhluk apa. My understanding is that entrepreneur is a leader,and it might be related to business.

Yang lagi best, ada lebih kurang 20 lebih soalan yang menanyakan tentang entrepreneour.

Not to mention sebenarnya aku tak sempat habis jawab semua soalan.
Aku tak tengok soalan dah, main aci tanda lebih kurang 10-15 soalan.

With that, I ended the story with tawakkal la kan. Nak buat apa lagi.

20 Mei 2013, keputusan ujian keluar.



"TAHNIAH! ANDA TELAH BERJAYA MENDAPAT TAWARAN DARIPADA MARA SEPERTI BERIKUT

Tempat persediaan: KOLEJ MARA KUALA NERANG

OK. Sumpah aku cuak baca ni. Aku apply Kolej MARA Seremban dan Kolej MARA Banting.

KURSUS DITAWARKAN: PERAKAUNAN+CPA

Terjawab sudah. OK. KO. Mana aku nak cakap pun aku tak tahu.

Dengan nama Allah aku bertawakkal. Istikharah dan istisyarah jalan keluarnya, insyaAllah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Asasi UIAM :')

Catching my breath, letting it go...
Turning my cheeks for the sake of the show

Sorry, but I have to move on and leave you behind.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Simpang (2)

Syukur, ada kelapangan untuk aku terus bercerita.
Yang paling patut disyukuri, hari ini aku masih bernafas, masih memandang, menghidu, mendengar, merasa, dan hari ini aku masih Muslimah.
Alhamdulillah :)

Masih di simpang.
Ya, selagi aku tak sambung belajar, selagi itulah aku di tengah simpang. Haha.
*Duduklah lama-lama tengah simpang. Kena lenyek dengan lori baru kau ada akal!*

Masa tingkatan empat dan lima, aku sangat cemburukan mereka yang dapat jadi pelajar UIA. Sangat cemburu.

Aku bukan lepasan sekolah agama. Aku masuk ke SMK Sultan Badlishah atas istikharah pada hujung 2007. Alhamdulillah, aku sampai sekarang tak menyesal pun pernah memilih masuk ke Badlishah.

Pengalaman di Badlishah beri aku berjuta-juta makna yang tak terbeli.
Di bumi Badlishah ini jugalah aku kenal tarbiah. Aku dididik dengan pengalaman di sini.

Siapa cakap sekolah sains tak ada penekanan pada kerohanian?

Alhamdulillah banyak juga penekanan pada kerohanian sebenarnya.
Baik formal mahupun tidak.
Tinggal pada pelajar sendirilah sama ada nak menerimanya atau tidak.
Nak hayati program atau nak bergosip, itu atas diri masing-masing.

Yang penting, ambil hikmah daripada setiap yang terjadi.
Every single thing happens for a reason, have faith.

Akhirnya, hujung 2012 tercabutlah gelaran pelajar SMK Sultan Badlishah daripada aku.
Jadilah aku BEKAS pelajar SMK Sultan Badlishah.

Hajatnya selepas di Badlishah, aku nak merasai kehidupan formal dalam suasana bi'ah solehah. Jadilah hajat aku nak ke UIA. Memang rajinlah aku cari segala maklumat dalam internet tentang UIA. Semua yang baik-baik. Teringin sangat nak hidup dalam suasana di sana. Nak kenal dekat dengan orang-orang yang aku kagumi di alam maya selama ini. Nak sangat-sangat!

Ustazah Fatimah Syarha, Kak Dena Bahrin, Hilal Asyraf and more.

Again, we plan but Allah decides.

Abah tak gembira dengan perkara itu, atas beberapa sebab yang aku tak dapat ceritakan.

Sedih. Tapi kerana nekad, aku isi borang UPU dengan meletakkan asasi perubatan UIAM sebagai pilihan pertama. Beberapa pilihan aku sememangnya meletakkan UIAM sebagai tempat pilihan.

Mungkin kemudian boleh dirunding dengan abah, itu fikir aku.

Ya, itu fikir aku.

Semua berbeza apabila akhirnya aku mendapat keputusan pemohonan ke matrikulasi.

KOLEJ MARA KULIM-Program Satu Tahun-Matrikulasi Sains

Jadilah aku spesis terancam. Mana taknya, dalam kelas aku hanya aku pelajar perempuan yang ditawarkan ke situ. Amin seorang lelaki kelas aku yang ditawarkan ke situ.

Beratus-ratus lepasan SPM Badlishah 2012, hanya 4 orang yang aku dapat kesan mendapat tawaran ke KMKulim ni. Ya 4 orang termasuklah diri aku.

Yang lawaknya, aku dan dua kawan rapat dapat tawaran di tempat yang sama. Aisyah Shahrowi dan Amin Saifuddin. Ya, Amin yang aku selalu buli dalam kelas dulu. Aku dah bagi notis, dia tak akan terlepas dari kena bulilah jawabnya. My good listener suatu masa dulu.

Nak lari masuk program asasi? Well, we both coincidently put UIAM as our first choice.
*sengih dan ketawa jahat*

Namun di sebalik dugaan jadi spesis terancam ni, ada banyak kebaikan.

1. Yuran pendaftaran dan yuran semester sangat berpatutan. Di Kolej MARA pendaftaran RM500 berbanding Kolej Matrikulasi, RM550. Yuran semester pula RM150 satu semester.

2. Makan dan penginapan ditanggung penuh oleh pihak MARA. Enam kali sehari makan. Yang lawaknya, cadar, bantal, malah baldi pun MARA bagi! Syukur Alhamdulillah. Jimat juga tu.

3. Kolej MARA Kulim ialah satu-satunya Kolej MARA yang menawarkan program Matrikulasi Sains.

4. Aktiviti kerohanian juga banyak ditekankan di sini, menurut para lepasan.

5. Apabila sambung ijazah selepas ni, boleh mohon pinjaman MARA walaupun ke IPTA, kerana pernah berada di bawah tanggungan MARA.  (yang ni aku tak pasti)

6. Kolej MARA Kulim juga antara kolej matrikulasi terbaik di Malaysia. (wallahualam. ini pun aku tak pasti, tapi ramai juga yang cakap)

Aku tak tahu hala tuju aku, tetapi selepas istikharah dan istisyarah, setakat ni aku hampir bulat hati nak terima tawaran ini. Mostly,on financial reasons.

Kuasa Allah, semua impian aku sebelum ini macam dah diambil dari hati aku. Tak terasa sangat impian itu macam dulu.

Sungguhlah, hati kita DIA yang pegang.

Walau aku tahu macam-macam orang cakap pasal program matrikulasi.
Susah. Risky. Macam-macam lagi.

Namun aku seolah-olah tetap berlapang dada pada pilihan ini walau setelah aku bandingkan pro dan kontra.

Aku rasa kontranya tu tak adalah kontra sangat. Malah silap-silap bahagian kontra tu yang akan jadi 'faktor pemaksa' untuk aku yang lengai ni lebih berusaha.

Walau aku tahu, ada yang akan kata rugi.
Walau aku tahu, ada yang akan kata aku layak untuk dapat lebih baik.
Aku patut ke sini atau ke sana.

Macam-macam ada.

Tapi di sebalik semua itu, aku tenang pasrahkan diri pada istikharah dan istisyarah.
DIA tak akan kecewakan aku. Mungkin salah di mata manusia, tetapi DIA Maha Mengetahui.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah:216)

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya ..." (Al-Baqarah:286)

Have faith.

Kerana kita punya DIA.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS