Powered by Blogger.
RSS

Jemput Follow :)

Menerima Seadanya

Tiap diri yang dilahirkan itu, bermakna.
Tiap diri yang dilahirkan itu, berharga.
Tiap diri yang dilahirkan itu, tidaklah sia-sia.

Allah tidak membebankan ibumu dengan sakit melahirkanmu tanpa sebarang sebab ... melainkan kerana itulah harga mendapatkanmu, permata yang bernilai.

Dalam dirimu ada sesuatu yang akan membahagiakanmu.
Antara sedar mahupun tidak, hanya perlu dicari dalam hatimu.
Sedikit pun kita tidak sedar, kadangkala kelemahan itu datang untuk menguatkanmu juga.

Tahukah?
Jika engkau diberi kekuatan, kekuatan itu untuk meyakinkanmu pada dirimu,
agar engkau tetap melangkah, tanpa lemah.
Jika kau diberi kelemahan, kelemahan itu untuk mengajarkanmu satu kekuatan,
untuk engkau meneguhkan jiwa dalam menerima kesedihan.
Tiada sesuatu pun yang berlaku tanpa alasan.

Percayalah.

Engkau dijadikan cantik , kerana senyumanmu mampu menenangkan jiwanya.
Engkau dijadikan pintar , kerana kepintaranmu mampu menjaganya.
Engkau dijadikan tenang, kerana ketenanganmu meluruhkan egonya.
Engkau dijadikan lembut, kerana kelembutanmu menyurutkan kemarahannya.

Sekalipun engkau tidak sedari, engkau adalah sesuatu...
dan tidaklah sesuatu itu dijadikan tanpa hikmah di sebaliknya.

Yakinlah.

Engkau dijadikan kerana ada yang memerlukanmu.
Engkau dihidupkan kerana ada yang menyayangimu.
Engkau dijemput kerana di situ tempatmu.
Engkau disingkirkan kerana Dia lebih tahu, ada yang lebih baik buatmu.

Redhailah, atas setiap ketentuan ... kerana Dia tahu jalan di hatimu.

Setiap dugaan itu, mengajarmu menerima seadanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sesal

Terlajak perahu boleh diundur,
terlajak kata buruk padahnya.

Saya rasa nak menangis sekarang. Tidak kisahlah apa pun yang dikatakan orang. Saya kesal,sesal,menyesal dan macam-macam lagi yang seerti dengannya. Secara jujur, saya tidak sangka semua ini akan berlaku.

Kegembiraan itu selalu datang bersama dengan kesedihan dalam satu pakej. Saya sudah menerima pakej kegembiraan maka tiba masa saya menerima pakej kesedihan ... dan yang buruk itu selalu daripada diri sendiri bukan? Ya, saya sedar.

Saya tidak ada niat menyakiti hatinya. Dia sahabat teristimewa. Dia saudara yang paling bererti. Paling setia di sisi, maka dialah. Saya amat sedar rendahnya saya di sisinya. Sekarang saya rasa sama seperti ciptaan Allah yang lain, yang tidak punya akal. Ya ... saya pesimis.

Ukhti, ana cuma mahu ukhti tahu ana tidak pernah maksudkan kata-kata ana. Sekalipun tidak. Ana mahu ukhti sentiasa di sisi ana. Tahukah ukhti, tiap kali ana lalu blok itu, pertama yang ana cari, bayangan ukhti. Sebab ana terlalu sayang akan nilai ukhuwah itu. Uhibbuki fillah. Biarpun analah yang bodoh merosakkan segala.

Mahukah dia maafkan saya ?
Biarlah semua membaca.
Saya mengakui salah saya di depan semua.
Biarkan saya malu.
Sebab saya memang salah.
Yang saya mahu, cuma kemaafannya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Papan Catur-7

“Terima kasih cikgu,”ucap semua pelajar tingkatan 5 Dedikasi sebelum Cikgu Hariz keluar dari kelas tersebut. Cikgu Hariz hanya keluar tanpa menghadiahkan senyuman kerana baru sahaja memarahi pelajarnya yang tidak menumpukan perhatian semasa dia mengajar. Ada juga sesetengah pelajar yang mencebik semasa mengucapkan penghargaan itu.
Fariz memandang pelajar-pelajar perempuan dan lelaki kelasnya yang tadi mempamerkan aksi kurang senang terhadap Cikgu Hariz. Dia menghembuskan nafasnya yang terasa berat. Dalam diam dia bersetuju dengan Cikgu Hariz. Sememangnya Cikgu Hariz berhak marah jika para pelajarnya sibuk bermain madah cinta di belakang kelas padahal dia sedang mengajar dengan penuh dedikasi.
Tidak dapat dinafikan, kadangkala pelajar sukar memahami percakapan Cikgu Hariz gara-gara  loghat Inggeris yang agak sebati dengan suara guru tersebut. Namun itu bukanlah alasan bagi para pelajar untuk hilang rasa hormat terhadap guru tersebut. Memanglah dia punya kelemahan, namun dia juga wajar diberi penghormatan atas usaha gigihnya menyampaikan ilmu biarpun kadangkala dia sendiri yang perlu memaksa lidahnya bertutur betul dan sanggup pula mengambil kursus komunikasi Bahasa Melayu demi para pelajarnya. Tidak adakah sedikit rasa kasihan dan rendah hati melihat seorang guru yang begitu komited dengan tugas, biarpun dia punya kelemahan?
Subjek Sejarah memang kadangkala membosankan bagi sesetengah pelajar. Ramai juga pelajar kelas 5 Dedikasi yang tertidur semasa waktu Sejarah. Malah, Cikgu Hariz sendiri kini sudah kurang memarahi pelajarnya yang tertidur malah memberikan teguran secara lembut. Sayangnya, pelajar tidak mahu menghargai kebaikan guru itu.
Fariz terus menghalakan pandangannya ke arah Syiha dan Rafi yang masih sibuk berbual mesra malah dengan selamba bertepuk tampar. Dua pelajar itulah yang sebenarnya membangkitkan kemarahan Cikgu Hariz tadi … dan sebagai ketua tingkatan, Fariz rasa bertanggungjawab untuk membetulkan keadaan. Amanah yang terpikul di bahunya terasa berat, dan untuk melegakan perasaan itulah dia melangkah tegas ke arah Syiha dan Rafi.
“Kamu berdua ini, tidak ada masa lainkah hendak bercengkerama selain semasa guru mengajar?”tanya Fariz. Dia memandang Syiha sebentar sebelum mengalihkan pandangan ke arah Rafi.
“Engkau sibuk kenapa?”tanya Syiha sinis. Gerak matanya juga menunjukkan rasa tidak puas hati.
“Aku jalankan amanah aku. Pertama, sebagai ketua kelas untuk menyuruh kamu menghormati guru. Kedua, sebagai manusia yang bertanggungjawab mencegah kemungkaran di hadapan mata aku. Harap kamu berdua faham yang kamu sedang melakukan kesalahan. Perkara yang kamu lakukan ini, sudahlah berdosa. Tambah pula dengan dosa mengguris hati guru. Tidak terfikirkah tentang keberkatan ilmu yang kamu dapat?”tegur Fariz. Sedikitpun dia tidak kelihatan takut. Baginya, dia lebih takut berkenaan amanah yang bakal dipersoalkan di akhirat sana.
Syiha tidak langsung menghiraukan teguran itu, malah menyindir Fariz dengan selamba.
“Dia mengurat Nadia itu tidak berdosa pula,”
Fariz tidak mendengar sindiran itu kerana sudah kembali ke tempatnya. Baginya, sekurang-kurangnya dia berusaha. Natijah tindakannya itu pula biarlah Allah yang menentukan.  Sebagai seorang hamba, dia hanya mampu berusaha.
Sebaik sahaja kembali ke tempatnya, dia terdengar perbualan antara Hazriq dengan Umar. Dia cuba mendengar dengan lebih jelas perbualan tersebut. Matanya membesar dan wajahnya berubah. Adakah palsu atau kebenaran yang diperkatakan oleh dua rakannya itu? Dia perlu bersemuka dengan seseorang.
************
“Assalamualaikum.”
Iskandar berpaling dan melihat wajah Fariz yang serius tanpa segaris senyuman. Dia menggigit bibir sendiri. Dia tahu perkara yang ingin dipersoalkan oleh Fariz. Pasti Fariz sudah tahu berkenaan dirinya.
“Waalaikumussalam warahmatullah. Ya?”jawab Iskandar setenang mungkin. Dia tidak mahu memperbesar masalah itu. Kelab catur ialah masa lalunya, dan kini dia akan kehilangan kelab bola sepak pula sebagai balasan meninggalkan kelab catur.
“Engkau sudah keluar dari kelab caturkah?”tanya Fariz  dengan nada suara yang masih terkawal. Hakikatnya, Iskandar sendiri tahu Fariz sedang mengawal diri sendiri untuk bersikap rasional sejajar dengan jawatan pengerusi kelab catur yang disandang olehnya. Iskandar mengangguk.
“Boleh aku tahu alasannya?”tanya Fariz lagi. Pandangannya tepat ke arah Iskandar tanpa berganjak walaupun sesaat.
“Aku rasa itu hal peribadi aku. Engkau tidak peru ganggu soal peribadi aku, kan?”jawab Iskandar sebelum berganjak meninggalkan kantin sebelum kantin itu pula menyaksikan pergaduhan dia dan Fariz. Namanya akan terjejas jika hal itu berlaku, namun yang lebih malu nanti pastinya Fariz dan lambat-laun Nadia, kerana apabila guru disiplin menyiasat, tentu sahaja hal Nadia akan dibangkitkan.
Iskandar benar-benar berasa bersalah, namun dia masih bersyukur kerana sekurang-kurangnya dia bukanlah membohongi Fariz. Dia hanya berhelah. Dia tidak menipu, hanya memulangkan soalan. Dia tidak mahu berlaku pertelingkahan antara Fariz dan Cikgu Saiful pula nanti. Cukuplah dengan kemarahan Nadia tempoh hari. Dia yakin Nadia tidak akan menceritakan hal itu kepada Fariz lantaran hubungan mereka yang kurang baik. Tiada alasan untuk dia pula yang membuka mulut kepada Fariz.
Fariz mengepal penumbuknya sendirian. Dia masih mempunyai akal yang waras. Hanya orang bodoh yang akan menurut nafsu amarah sehinggakan bertindak membelasah orang lain di tengah kantin walau dengan apa-apa motif sekalipun.  Hal itu hanya akan mencacatkan reputasinya.
Fariz hanya memerhati langkah Iskandar yang semakin menjauh. Memang dia belum puas hati dengan perbualan sependek itu, tetapi dia perlu beralah dengan kekangan waktu yang memaksanya kembali ke kelas. Malah, Iskandar juga tidak mungkin akan melayan persoalannya lagi.
Iskandar pula langsung tidak menoleh ke belakang. Pada hakikatnya dia tidak berani langsung hendak menoleh untuk melihat Fariz. Dia telah menggunakan bahasa yang kurang sopan tadi semasa bercakap dengan Fariz. Pasti Fariz marah akan dirinya. Dia tahu Fariz sedang menahan kemarahan, maka eloklah dia berundur diri sebelum timbulnya masalah yang bukan-bukan.
Sebagai lelaki, Iskandar mempunyai satu kelebihan. Ketegasannya meyakinkan Fariz bahawa dia serius meninggalkan kelab catur. Dia tidak mahu mencari masalah dengan Fariz. Namun dia juga bimbang. Manalah tahu seandainya Fariz naik angin dan mengajak kumpulan besar untuk bergaduh dengannya pula.
Iskandar cuba untuk bertenang. Mungkin Fariz tidak akan melakukan hal sedemikian. Setahunya, Fariz antara pelajar yang baik di sekolah mahupun asrama. Tidak pernah pula dia mendengar mana-mana pelajar bercerita tentang keburukan Fariz. Malah, Fariz antara pelajar yang menarik perhatian pelajar-pelajar lain seperti pelajar perempuan kelas Iskandar sendiri kerana paras rupa serta kepimpinannya.
“Rindu pula aku pada papan catur,”bisik Iskandar sendirian. Dia mengerling ke arah kelas kosong yang selalu digunakan untuk latihan catur sebelum ini. Benarlah, kita akan lebih menghargai sesuatu apabila kita sudah kehilangan.
Sedikit sebanyak, dia merindui buah-buah catur yang dahulunya digerakkan di atas papan catur. Dia masih ingat lagi betapa gembiranya perasaan apabila berjaya menakluki buah raja pihak lawan. Iskandar seperti ingin kembali ke masa lalu, ketika dia memenangi kejohanan catur … dan seseorang itu sentiasa setia di sisinya, tidak pernah lupa untuk mengucapkan tahniah  berserta senyuman manis atas kejayaan yang diraih olehnya. Satu-satunya memori yang tinggal dalam ingatan berkenaan insan itu hanyalah memori di papan catur. Namun, sayang sekali senyuman yang selalu dihadiahkan buat Iskandar itu telah sirna bersama kesedihan masa lalu.
“Tasya … aku salah.”
Iskandar tetap merenung ke langit biru, mengharapkan secangkir ketenangan hadir dalam hatinya. Tanpa sedar, bisikannya itu dapat didengari oleh Nadia yang kebetulan lalu di sebelahnya dalam perjalanan ke kelas.
“Siapa Tasya?”
Nadia tertanya-tanya sendirian. Sekejap cuma, sebelum dia mempercepat langkah menuju ke kelas. Ada faedahkah dia berfikir berkenaan hal Iskandar? Nadia mendengus perlahan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Papan Catur-6

Suasana di padang bola riuh-rendah dengan suara-suara pemain bola sepak. Pergerakan pemain nampaknya amat tangkas dan lincah. Sepakan demi sepakan dilakukan untuk menyerahkan bola kepada pasukan penyerang agar dapat menerobos pertahanan pihak lawan. Sebenarnya semua itu bukan mudah. Padang bola bukanlah sekecil kelas biasa. Jika hendak berlari seratus meter sudah penat, maka bayangkan bagaimana penat mereka yang bermain dalam pasukan bola sepak? Dapatkah dikira berapa kali mereka berlari ulang-alik sepanjang padang?
Nampaknya Fikri sedang berusaha keras untuk menyepak bola ke dalam kawasan jaringan gol. Jelas kelihatan aksi Syahmi yang sedang cuba merampas bola. Yalah, siapa hendak biarkan pihak lawan menjaringkan gol bukan? Dapat juga dilihat dua pemain pertahanan yang semakin hebat mengawasi Fikri, juga ada pemain pasukan Fikri yang menghampiri Fikri untuk bersedia menerima hantaran bola daripada ayam tambatan sekolah itu. Semestinya perlawanan itu amat menarik biarpun sekadar perlawanan persahabatan dalam sekolah.
Namun ternyata, bagi seseorang, ada sesuatu lebih mendalam yang difikirkannya. Perlawanan bola itu seperti tidak mampu menarik perhatiannya. Selalunya orang yang setia berdiri di tepi padang sepanjang perlawanan itu peminat bola sepak yang sanggup menahan panas terik.
Kendatipun kebiasaannya begitu, tidak bagi Iskandar.
“Hei, tercegat di situ buat apa? Macam orang kena tinggal teman sahaja!”laung Danish, salah seorang pemain bola sepak dari padang. Iskandar mengangkat kening. Dia sebenarnya mempunyai hubungan yang kurang baik dengan Danish gara-gara sikap Danish yang kurang menyenangi kehadirannya di SMK Felda Keriswangsa.
“Aku tercegat di sini, boleh juga tengok kamu semua main. Bersemangat sungguh kalian. Hebat!”Iskandar bermanis mulut. Memang semua yang dikatakannya ikhlas dari hatinya. Tidak ada unsur membodek berlebihan biarpun sedikit sebanyak dia berharap agar pujiannya itu mampu mengurangkan ketidaksenangan Danish terhadapnya.
“Mestilah bersemangat, nama lagi hendak wakil sekolah. Lainlah jika kami ini bakal dibubarkan macam kelab catur,”kata-kata Danish membuat mata Iskandar membesar. Biar betul kelab catur hendak dibubarkan? Ketika itu, wisel dibunyikan tanda separuh masa kedua sudahpun tamat. Danish bergerak ke tepi padang dan menghampiri Iskandar bersama senyuman sinis.
“Sejak bila pula kelab catur hendak dibubarkan? Engkau jangan hendak mengarut pula,”ujar Iskandar. Nada suaranya sedikit bergetar. Mindanya melayang mengingatkan seseorang.
“Tidak perlu tunggu cikgu beritahu. Dengan prestasi kamu semua sekarang, apa engkau fikir cikgu hendak buang masa, wang dan tenaga untuk sokong kelab kamu lagi? Tunggu sahajalah saatnya nanti kalau engkau tidak percaya,”ujar Danish semakin sinis. Semakin galak dia menyakitkan hati Iskandar. Namun Iskandar berpura-pura tidak peduli dan tidak perasan apa-apa.
“Tidak ada masalah, kerana aku bukan lagi ahli kelab catur. Aku satu pasukan dengan engkau sekarang, selaku ahli baru kelab bola sepak. Salam, sahabat!”Iskandar menghulurkan salam dengan tujuan membina ukhuwah. Rasanya sudah cukup dengan sikap tidak senang Danish terhadapnya selama ini.
Danish menyambut salam itu biarpun sedikit kekok. Selama ini dia hanya kurang menyukai Iskandar kerana Iskandar ialah ahli kelab catur. Lagi pula dengan sikap Cikgu Saiful yang tidak suka ahli kelab bola sepak merapati ahli kelab catur. Nampaknya sekarang dia sudah bebas untuk berkawan dengan Iskandar.
Pada hakikatnya, Danish tidak ada perasaan benci terhadap Iskandar. Sepanjang tempoh persekolahan Iskandar di SMK Felda Keriswangsa, tidak pernah pun dia berkelahi dengan lelaki itu. Dia hanya senang mengikut telunjuk pasukan bola sepak. Benar, semangat setiakawan itu amat perlu. Namun pada hakikatnya setiakawan itu bukanlah untuk menjatuhkan atau menyingkirkan mana-mana pihak.
Malah, pada sangkaan Danish, Iskandar pasti sombong orangnya kerana hanya dia pelajar tingkatan enam yang berasal dari kawasan bandar. Ada juga desas-desus yang mengatakan Iskandar anak seorang usahawan yang terkenal.
“Mari ikut aku pergi minum,”
Agak terkejut Danish mendengar pelawaan Iskandar. Dia mahu sahaja menuruti Iskandar tanpa banyak soal lagi, namun egonya seperti enggan membiarkan perdamaian berlaku antara mereka berdua. Iskandar hanya memandang Danish kosong. Dia tahu perkara yang bermain di benak Danish. Dia juga lelaki.
“Tidak perlu fikir apa-apa. Buat tidak tahu sahaja tentang permasalahan yang dahulu,”ujar Iskandar. Dia masih tenang di situ.
Danish berfikir seketika sebelum akhirnya senyum dan mengangkat ibu jari tanda bagus.  Dia menuruti jejak Iskandar. Ego yang menghalang perdamaian itu pasti bisikan syaitan laknatullah, untuk apa diikuti?
Perlahan ukhuwah mula terjalin antara mereka. Kali ini, Cikgu Saiful tidak pula marah sebaliknya gembira. Begini, nampaknya Iskandar akan baik-baik sahaja dengan kelab bola sepak.
***********
“Biar betul engkau ini!”seru Danish dengan mata yang terbelalak. Pandangannya tidak lepas dari kaki Iskandar. Wajahnya mempamerkan seribu satu bentuk persoalan.
“Ya. Kalau tidak aku tidaklah tengok sahaja engkau bermain tadi. Aku tidak mampu,”jawab Iskandar. Senyumannya masih tidak hilang biarpun sebenarnya berita pahit yang dikhabarkannya kepada Danish itu, kelemahan yang sudah lama disimpan olehnya sejak sebuah peristiwa hitam dalam kehidupannya.
“Sudah tahu tidak mampu, engkau masuk kelab bola sepak ini buat apa? Engkau hendak cari nahas ya? Engkau tidak pernah dengarkah betapa ganasnya permainan bola sepak sekolah kita? Engkau tahu, Irfan yang cederakan engkau tadi itu, sampai pernah gadaikan dirinya untuk menerima kad merah semasa lawan peringkat akhir daerah tahun lalu kerana dia mahu singkirkan pemain handalan lawan dengan badannya yang tegap itu,”ujar Danish.
Danish sedang menemani Iskandar di tepi padang. Iskandar baru sahaja mengalami kecederaan gara-gara tendangan bola Irfan tersasar ke kakinya. Namun tidak sangka pula Danish yang memapah Iskandar ke tepi padang akan menjadi saksi kepada kelemahan Iskandar.
“Kaki engkau ini nampak sangat sudah tidak kuat. Memang selayaknya engkau berada di kelab catur jika begini gayanya,”sambung Danish. Dia melihat sendiri kecederaan kekal di kaki Iskandar. Apabila ditanya, Iskandar mengatakan kecederaan itu berpunca daripada kemalangan, tetapi tidak pula dia mengulas lebih lanjut.
“Hei, kawan! Aku belum capai tahap OKU lagi ya,”tingkah Iskandar cuba berseloroh. Dia enggan perbualan itu terus bernada serius. Lagi pula dia tidak suka Danish mengungkit soal keahliannya dalam kelab catur dahulu.
“Sudah, jangan hendak tukar topik. Mari sini aku bubuh minyak angin pada kesan lebam engkau, kemudian pergi balik ke asrama. Nanti aku maklumkan kepada Cikgu Saiful yang engkau tidak boleh bermain lagi,”tegas Danish. Iskandar mencebik tidak puas hati.
“Janganlah buat begitu. Mati kebosananlah aku tanpa riadah,”
“Jangan hendak mengada-ada. Kalau Fikri yang datang lihat kaki engkau ini pun dia tidak akan benarkan engkau main lagi tahu?”jelas sekali rungutan Iskandar tidak dipedulikan oleh Danish.
Iskandar tidak mampu berkata apa-apa lagi. Hendak dilawan cakap Danish, lelaki itu lebih matang dalam hal bola sepak berbanding dirinya. Jika dilihat dari cara Danish merawat luka pun sudah terserlah kemahirannya. Sudahnya, dia melangkah pulang ke asrama.
“Iskandar,”
Iskandar berpaling mendengar Danish memanggil namanya. Dia mengangkat kening.
“Jika engkau hendak pulang kepada kelab catur pun aku tidak halang. Kawan tetap kawanlah,sahabat!”ujar Danish dengan senyuman penuh semangat. Dia ikhlas berkata begitu. Sudah tiada lagi kebenciannya terhadap Iskandar.
Iskandar senyum dan berpaling. Hanya seketika, kemudian senyumannya hilang.
“Mahukah Nadia benarkan aku pulang ke kelab itu?”
Iskandar menggeleng sendiri. Suara Nadia terngiang-ngiang di telinganya. Betapa tegas Nadia menegakkan pendiriannya pada hari pertengkaran mereka berdua. Sudahnya Iskandar meneruskan langkah kembali ke asrama. Sempat dia singgah masuk ke dalam bilik latihan kelab catur, sekadar mengemas alatan yang patut, biarpun dia sedar dirinya bukan lagi ahli kelab catur.
Langkah Iskandar dipercepat. Dia tidak mahu sesiapa menyedari kedatangannya di bilik latihan kelab catur. Pasti kini dia dilabel pengkhianat. Tidak sanggup lagi rasanya dia berhadapan dengan semua ahli kelab catur terutama Nadia. Malah dia juga tidak sanggup berhadapan dengan Puan Samihah, seorang guru yang telah diingkari olehnya.
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Keliru

Namun... aku tidak nafikan. Aku terfikir getaran itu tandanya. Kemudian getaranku berhenti. Mungkin juga.

Cuma seingat aku adalah juga aku sendiri yang getarkan sedikit tubuhku.

Kemudian aku teringat tanda mati.

Lantas aku hentikan gerakan tubuhku. Aku statik.

Tubuhku bergetar sebelum itu tetapi bukan menggigil.

Aku pernah menggigil dan aku jelas akan rasanya.

Mungkin ya dan mungkin tidak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Alhamdulillah

semakanku semula.

Insya-Allah belum, kerana sungguh, kepalaku tidak sampai bergetar. Rambutku tidak. 

Namun aku tetap perlu bersedia. Hanya Allah yang tahu bila masanya. Andai aku tidak terpilih untuk menyedari tanda itu?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Keresahan Yang Tidak Patut

Esok result SPM senior-seniorku keluar. Juga result dia. Aku sedih. Aku sayu. Bererti hari esok aku sudah perlu menerima pemergian itu selamanya.

Lagi satu, aku rasa tidak sedap hati. Inikah saatku pergi? Tahu maksudku? Tadi badanku seakan menggeletar selepas latihan bahas lebih kurang pukul 6.30 maknanya selepas asar. Cuma aku tidak nafikan mungkin kerana aku terlalu ketar lutut selepas bahas. Namun begitu, kemungkinan lain ... tidak dapat dinafikan. Aku tidak dapat kenalpasti aku menggeletar sendirinya tanpa kawalan atau sebenarnya memang aku ketar lutut selepas masa bahas. Ya Allah, inikah saatnya?

Ya Allah, aku hamba penuh dosa. Ampuni dosaku andai benar sudah tiba giliranku. Aku takut. Aku risau. Aku tahu aku penuh dosa.

Sangka burukku atau memang waktuku sudah bermula kiraan keseratus?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

As If You Are There

Dear Airil,

It has been too long since I received your letter, even your SMS. I do miss you, a lot. I admit, but let's get it right. I put a full stop here, a real full stop ... and tell me that you are not going after me again, never.

Zap! I tear off the paper. I just cannot do it. I can never tell him goodbye. After all, we have been trough night and days for about a year. Yeah, it might sounds silly for a married person like me. Since a marriage is supposed to last forever, right? No doubt for that, but sometimes the phrase 'supposed to' is not always relevant. There are times we have to let go things we love the most, even the one we love ... and I am letting him go for the sake of our happiness.

Why do I say so? We met just in coincidence. I knew him, but silently. We had never talked to each other. It was just that my sister was his sister's best friend, and I had given the right of choosing my spouse to her. Eventually, Airil was her choice. I will never understand how can I accept my sister's choice that easily. I can never understand all that complicated series of my own love story.

We turned out like a normal married couple. I did not try to avoid them even though I always felt shy whenever he was near to me. I did want to get close to him before, and even now I still do! Then, why did I being so stupid by avoiding him? Let's be frank. I am a coward. I know that I am not a really good spouse for him. He deserves better than me.

Fatima's figure appears in my mind. I know, she is the one for Airil, not me. They had known each other since they were little kids running all away the town. Fatima is a soft girl, unlike me. She has  a very strong belief in Islam, which is called iman. Sincerely, I know I do not love Airil, but why am I feeling jealous that a perfect person like Fatima is now being Airil's secretary.

Besides, I remembered someone. I should not remember any man after myself is now belong to Airil. It is strictly forbidden in Islam. However, Rifqi is different. Rifqi is someone that is gone forever, and now I am losing Airil. Rifqi is Airil's brother and they are really like twins with their similar faces. I met Rifqi when we accidentally exchanged our files. Our memories are always in my heart ... and that is the real reason for all this. Airil left me alone in the house, having his taklik divorce for me. If I leave this house even for a step, I am automatically a divorcee.

I have been avoiding him so much. I do not love him, but why am I still here in this house? I cannot understand it. I cannot step away from this house. I do not know why I cannot bear the feeling of being divorced by him. Why? I keep asking myself that question. I never have the answer. Instead, I feel guilty! I feel guilty for hurting him with the love history between Rifqi in me. I feel guilty for ... being suspicious that he is in a relationship with Fatima.

I asked Helmy, my cousin,  is Airil still going to the office? The answer is no. Helmy asked me if I am having problem with Airil, but I deny it. I will never tell anybody about my marriage problem. I know that it is forbidden in Islam. Right now, I am still keeping this as a secret even though I can see that Helmy is quite suspicious about us.

Fatima has resigned from her job as Airil's secretary. I am wondering, is she resigning to be Airil's second wife? Is Airil planning to keep our marriage hanging? If it is true, sooner or later, one day I am going to lose him. If he left me without giving my nafkah, I will have to leave this house and I am a divorcee then. I am having my MC for three days already. He left me quite a lot of food; seems like he had planned to leave me for a week. I hope he will return after that.

Just in a split second, my tears come rolling down my cheek. Fatima is a good lady, but why I cannot really make it okay with her as the replacement of myself for Airil? Airil is also a good man, and I should not have been such a bad woman that I hurt him. I will remember that forever. Airil, I do not know why it is too hard to let you go.

I wrote again on the memo, but with different content. I could not finish it off.

Uhibbukafillah. I do not know where are you, but I am looking at the blue sky having my hopes only with Allah, and it is just as if you are there ....

I closed my eyes, and I realized. I had fall in love with him, ever since we met in the simple taaruf. Slowly, my tears keep rolling down, but I just let it be. Ya Allah, if he is for me, let we be here together and hereafter. If we are not meant for each other, let him be away from my heart, although deep in my heart, I still want to be with him in the heaven.

I feel my forehead is wet. I open my eyes hardly. I feel dizzy. I touched my own forehead, and there is a wet handkerchief on my forehead. I tried very hard and lastly, I managed to open my eyes widely. I cannot believe my own eyes. Airil is just sitting next to me, beside my head. I am laying down on the bed and he had slept over. I guess that he was trying not to sleep. Was he taking care of me?

"Er ... Widya? Are you okay?"

That is his first question when he realizes that I am no longer sleeping. His face shows that he is very worried about me. He tells me Fatima resigns to be transferred to Penang. He tells me he left me to think over about our relationship, but he feels guilty that I end up with a faint. He loves me, even though we have never been in a relationship before marriage.

Again, tears roll down my face before I ask for forgiveness from him.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mengertilah

Entah kenapa,
kurasakan puisinya tidak seperti dahulu,
kurasakan kumasih rindukan puisinya yang dulu,
yang selalu mengetuk jiwaku.

Aku tidak mengerti,
kenapa cerita darinya seakan tak mampu tembus lagi,
ke dalam lubuk hati ini,
seperti lain yang sering kubaca,
namun,
jika bisa tembus ke hati-hati lain,
aku mengerti,
amat mengerti ...

Jujurnya akulah yang tertewas itu,
jujurnya hatikulah yang sekeras kerikil,
kenapa yang lain mampu?
Kerana mereka tak sepertiku,
jiwa mereka mudah disentuh,
mudah dibelai sentuhan tarbiah...

Sedangkan aku,
hanyalah seorang kerdil,
namun aku,
bertambah kerdil,
dek hatiku yang kerikil,
dek jiwaku yang seakan berubah,
entah kenapa ...

Mengertilah,
bukan aku katakan puisimu tak sehandal dulu,
bukan kukatakan dirimu tak hebat menyentuh jiwaku.

Mengertilah,
aku juga manusia yang biasa,
perlukan dakwah dirimu,
aku,
cuma manusia,
sama sepertimu,
dan aku memerlukan tarbiah daripadamu,
andai engkau sudi membangunkan aku semula...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Benar Kata Mereka

Saat ini, saya teringat kata-kata yang pernah saya dengar mahupun baca suatu masa dahulu. Nampaknya semua kata-kata itu sedang menjadi kenyataan.

Kata Kak Afiqah:

PMR sangat senang. Naik tingkatan empat dan lima barulah rasa kalutnya.

Kata Kak seorang senior (sudah lupa senior yang mana):

Kalau tidak dapat elok masa PMR memang menyesallah. Nanti naik tingkatan empat lima, SPM susah. Susah nak rasa lagi perasaan dapat semua A.

Kata Imam As-Syahid Hassan Al Banna:

Kerja yang ada itu lebih banyak daripada masa yang ada.

Ya, saya mengakui kata-kata mereka. Masa itu amatlah suntuk. Saya kepenatan juga cuti ini. Kalau dulu tidak adalah penat sampai begini. Sejujurnya semasa tingkatan tiga, ketika peperiksaan percubaan sudah amat hampir barulah saya ingat hendak belajar betul-betul ... dan saya akui, keputusan peperiksaan saya semasa tingkatan tiga tidaklah cemerlang. Waktu PMR pun kerana Allah yang menolong.

Sebaik sahaja melangkah ke tingkatan empat, kekalutan itu amatlah terasa. Saya pernah beritahu Kak Afiqah semasa ditanya dulu,

"Tingkatan tiga rasa relaks je pun,"

Dia kata, "Nanti apabila sudah hujung tahun baru rasa"

Secara jujurnya, sampai akhir tahun saya tidak rasa! Hehehe ...

Namun saya rasakan semuanya semasa tingkatan empat. Pelajaran dalam kelas, peperiksaan, acara-acara kokurikulum, semuanya amat menghimpit.

Pasti ada yang kata, update blog sempat pula!

Saya juga perlukan rehatlah, kawan...
Ini cara saya berehat kerana saya tidak mahu tutup komputer kemudian cabut lari tanpa menyelesaikan tugasan saya yang belambak dalam komputer ini. Kerja saya banyak tersekat dalam komputer. Microsoft Word jangan ceritalah. Dokumen saya,kalau hendak cari apa-apa, terpaksa guna search box di atas. Boleh juling mata dibuatnya kalau hendak selidik satu-satu! Hendak cari program pun guna search box. Sangat kritikal, sangat kronik.

Jawapan a.k.a alasan: Saya terperangkap dengan kerja sampaikan otak ini hanya fikir hendak siapkan kerja! Tidak fikir hendak susun kerja langsung. Harap maklum. ^^

Mengarut betul entri kali ini. Lepas ini rasanya hendak tag Kak Afiqah. Semua pesannya dulu jadi kenyataan, walaupun dahulu saya antara dengar dengan tidak. Perkara yang pasti, kesibukan itu menyeronokkan bagi saya, cuma sekarang apabila saya gagal mengadaptasikan diri dengan kesibukan, itu yang jadi masalah.

Anyhow, anyway, smile !! ^__^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

If We Ever Meet Again

She stared there looking at me, as if she was trying to say something. Yet she remained in her world of quietness; would anyone understand your silent languange, girl? I looked back at her, but then she turned her face away. Oh, she was getting me annoyed! I had no interest in picking a fight with her, and would never have such interest, I thought, so I just kept quiet and turned my face, sighed helplessly and continued writing.


Thought about Nancy disturbs me again, and the thought of her is just driving me crazy. She is just so weird. Is there anything wrong about me? Am I having four instead of two legs? Whatever is it, she should have react as normal people, that would come over and tell me, "Hey, what's wrong with you? You look like a traffic light with this striking colour of shirt!" (although I was not wearing such extraordinary shirt!) instead of just staring at me las if I am the alien from the outer space, right?


I do not know  how can I understand such a weird person. Okay, let me say it honestly, I can never understand her in whatever way! She spends her day looking at the surrounding, talking to no one, and the worst thing is, whenever we meet in coincidence, her eyes cannot seem to leave me in peace. She would stare at me as if she has nothing else to do.


I glanced at the clock in my room. Oh, it is about time for my Physics extra class! In a split second, I am already running into the bathroom with towel covering my head to clean up myself thoroughly before going for my class. After all, I would never go for my class with such unpleasant smell of a person that have not taken her bath!


However, in the car later, I sigh again. Going to extra class means, going to see Nancy again. This may sounds bad, but ... I am hoping that she will not attend today's class. I am totally annoyed and exhausted by her weird habit. Can she ever realize that she is disturbing me?


I think not, and my thought do come true. She comes earlier than me, and she has taken a place just right behind me. Purposely, I think?


During the class, I tried not to feel distracted by the strange feeling when you are really sure that someone is staring at you, but I just cannot help it.  I am now feeling like knocking her head! Enough with this, Nancy. If you are a friend, come and introduce yourself. If you are an enemy, just have a nice shot directly on my head with a machine gun. I would die in a few minutes, and also have a full stop for your strange look staring at me.


I do not know what to do and remain in silence. I am totally shocked when she approaches me after the class. Maybe she should have done this earlier so that I would not have hate her, somehow.

“Lisa, you look really nice with this scarf … or what Muslims call, jilbab?”she praises me. I smile, but deep inside, I am totally surprised by her impression towards me. Oh, only if she knows why am I wearing jilbab!

“Are you sure? I thought I look strange wearing this oversize jilbab.”

“No. Anybody saying that must have problem with their eyes. You look special. I often see Muslims, but not all have the same character like you, or at least cover themselves properly,”she speaks sincerely. Oh, why only this Christian girl have this way of thinking? Why not all my Muslims friends that are jeering me because of this jilbab?

“I want to wear this, someday.”

That is her last word before she went away with her family after the class, and that is the last time I see her. Deep inside, I am ashamed. I wear the jilbab because of my mother, not because of covering my aurat.

Oh, Nancy, I wonder where you are and what are you being right now? I do miss you now. Come over and tell me that this stupid Lisa is now missing the strange girl that always stare at her doing nothing!

Because of her, I changed. I wear jilbab sincerely. My mother can now smile happily, knowing that she does not need to force me to wear jilbab anymore. I do it by myself. I want to wear jilbab. That is the value of myself as a muslimah. I do not care whatever people say, but I know, because of this jilbab, the sense of pride of Islam approaches Nancy, a non-Muslim girl. Even though she is no longer around with me, I still want to wear jilbab. I want others to feel the pride of Islam too. Ustazah Najla told me, the sense of pride of Islam is called, izzah.

Nancy, I will never be the same, if we ever meet again! I am not the one who hates you. I am not the one who wear jilbab reluctantly. I am not the one feeling ashamed with the image of a muslimah. I am not that silly person any longer!

I am now, a muslimah, a true muslimah!

Assalamualaikum,”

I turned my face. My eyes widen. Nancy!

“May I know you? My name is Natrah,”she shakes hand with me. She really looks like Nancy. Tears roll down my cheek. I miss Nancy, and now a similar girl comes over and approaches me. She wears oversize jilbab, just like me. Her voice, her face, her identity … everything is just like Nancy. Nancy, when will I see you again?

Just in a day, I feel close to Natrah. She is really nice. After all, the best part of our long conversation is when we discuss about jilbab. She wears jilbab because of Allah, but the one who inspires her to wear jilbab is her friend. I bite my own tounge, realizing that she is just like Nancy. Now, Natrah and I share the same ambition, we want to make others love and attracted to Islam.

Then, when I go home and tell my mother our ambition, she smiles, holds my hand and tells me, our ambition is what Muslims call, dakwah. The next day, Natrah approaches me and say,

“Natrah is Nancy and Nancy is Natrah. Natrah is a muslimah.”

*My first English debut in this blog. Comments please?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Papan Catur-5

“Nanti saya fikirkan dulu ya cikgu,”bicara Iskandar mengakhiri perbualannya dengan Cikgu Saiful. Iskandar sekadar senyum dan memberi salam ketika guru itu keluar dari bilik latihan kelab catur setelah selesai agenda yang diutarakannya kepada Iskandar tadi. Cikgu Saiful menjawab salam dan terus berlalu, dan dia nampak Nadia yang tercegat di luar pintu bilik latihan kelab.
“Nadia, awak buat apa di sini?”tanya Cikgu Saiful dengan nada yang tegas semacam. Dalam suaranya juga terdapat nada gelabah, yang menandakan bahawa dia menyembunyikan sesuatu. Tambahan pula, agak pelik soalan yang dikemukakannya itu memandangkan Nadia merupakan naib pengerusi kelab catur. Memang wajarlah Nadia berada di situ.
“Saya tunggu rakan saya. Hari ini kan latihan untuk semua kelab permainan. Tidak eloklah kalau saya masuk ke dalam memandangkan hanya ada dua lelaki sahaja di dalam bilik kelab. Kenapa, ada apa-apa yang tidak kenakah? Saya mengganggu perbincangan cikgukah?”tanya Nadia tanpa rasa bersalah. Benar, dia sedang menunggu Suhaila. Cuma, dia juga sebenarnya mahu berbincang dengan Iskandar. Dia juga berdiri di luar secara senyap-senyap sahaja kerana mahu mendengar butir perbualan Cikgu Saiful dan Iskandar.
Hakikat sebenar, dia sudah mendengar segalanya. Sungguh dia tidak menyangka begitu rupanya perilaku Cikgu Saiful. Namun dia enggan melawan. Guru tetap guru, wajar dihormati. Soal kebenaran, nanti tuhan akan membelanya juga bukan?
“Lain kali berilah salam kalau hendak tunggu di luar pun. Jangan tercegat di luar macam agen FBI hendak menyiasat sahaja,”tegur Cikgu Saiful dan terus meninggalkan tempat itu pada kadar yang agak segera. Dia tidak mahu Nadia bertanya sebarang hal berkenaan perbualannya dengan Iskandar.
“Memang aku macam FBI. Aku hendak siasat konspirasi dalam sekolah ini,”bisik Nadia sendirian.
“Eh, Nadia! Awak juga ada di sinikah? Kenapa tidak masuk ke dalam? Masuklah,”tanya Iskandar yang sudah berada di muka pintu.
“Ya, saya ada di sini. Saya tidak mahu masuk ke dalam tadi, kerana tidak mahu mengganggu mesyuarat rahsia abang dengan Cikgu Saiful. Lagi pula saya tidak mahu syaitan berada di tengah jika saya masuk ke dalam berdua-duaan sahaja dengan abang,”ujar Nadia sedikit menyindir. Ternyata wajah Iskandar sedikit berubah.
“Nadia, awak dengar perbualan tadi ya?”tanya Iskandar lagi. Kali ini dia tidak berani bertentang mata dengan Nadia. Pasti Nadia marah benar akan dirinya.
“Ya. Saya dengar, tetapi saya peduli apa kan, fasal pembelot?”perli Nadia lagi.
“Nadia, awak datang agak lambat dan awak hanya dengar separuh-separuh sahaja percakapan kami. Kemudian sewenang-wenangnya awak hendak lemparkan tuduhan yang bukan-bukan terhadap saya. Cuba awak tanya elok-elok dulu,”balas Iskandar.
“Awak hendak saya tanya apa? Saya sudah dengar semuanya. Awak ini, nama sahaja pemain catur kebangsaan tetapi hendak membelot untuk kelab bola sepak pula! Saya tahulah kelab catur di sekolah felda ini tidak sehebat sekolah awak dahulu yang dipenuhi jaguh-jaguh catur, tetapi kalau awak sudi hendak main kotor begitu di sini, maknanya awak tidak pernah ikhlas bermain catur selama inilah kan? Awak bermain kerana mahu kejar glamur , jadi apabila glamur itu hilang dan awak terperosok di ceruk felda ini, awak mahu beralih kepada kelab bola sepak ya?”bidas Nadia. Hilang terus panggilan ‘abang’ yang digunakannya tadi. Nadia tahu dia bakal dilabel tidak menghormati senior, tetapi kemarahannya yang memuncak itu memungkinkan perkara yang di luar pertimbangan.
“Nadia!”kemarahan Iskandar sudah mula kelihatan. Mungkin pertelingkahan akan berlaku antara dia dan Nadia.
“Ya, saya Nadia. Ada apa? Saya hanya hendak beritahu awak, jika awak bercadang untuk membelot, maka awak tidak dialu-alukan untuk terus berada dalam kelab catur. Dengan segala hormatnya saya persilakan awak keluar dari kelab ini dan sertailah kelab bola sepak yang penuh berprestij itu. Mungkin di situ awak boleh dapat glamur yang awak mahu. Memang itu pun yang awak mahu, kan?”sela Nadia. Wajahnya merah padam menahan amarah.  Jika Iskandar itu perempuan, mungkin sudah lama Nadia menamparnya.
“Baiklah!”ujar Iskandar sambil mendepangkan tangannya. Dia kemudiannya beralih ke meja dan mengambil beg sekolahnya lalu keluar dari bilik latihan yang tidak seberapa itu.
“Iskandar,”panggil Nadia sedikit keras biarpun tidak meninggi suara. Mendengar suara keras Nadia, Iskandar berpaling seketika dan mengangkat kening penuh keegoan.
“Sehebat manapun awak, awak kena ingat dalam dunia ini, perkara yang paling berat ialah memikul amanah. Atas dasar amanah awak dimasukkan ke sini, dan atas dasar amanah juga saya keluarkan awak dari sini.”
Nadia terus berlalu masuk ke dalam bilik latihan itu. Iskandar pula entah ke mana, barangkali sudah pulang ke asrama. Tempoh hari semasa Iskandar menyelamatkan Nadia, dia belum mendaftar masuk ke asrama. Nadia duduk seketika sambil merenung buah-buah catur di hadapannya.
“Tidak sangka begini rupanya perangai Iskandar,”gumam Nadia sendirian. Dia memang terkejut kerana lelaki yang menyelamatkannya itu ialah seorang pembelot. Sungguh dia tidak menyangka keadaan akan bertukar begitu.
Sebentar kemudian, barulah muncul beberapa orang pelajar yang merupakan ahli kelab catur juga. Nadia membetulkan tudungnya, cuba untuk tersenyum agar pelajar lain tidak dapat melihat perubahan pada wajah dan sikapnya.
“Nadia, awalnya engkau datang hari ini,”tegur Suhaila. Kemudian dia mendekati Nadia dan mengamati wajah sahabatnya itu.
“Nadia, engkau menangis ya?”tanya Suhaila lagi. Dia sudah kenal Nadia bertahun-tahun lamanya. Dia faham sangat perubahan pada riak wajah Nadia. Pasti ada yang tidak kena.
“Tidak adalah. Aku sakit perut. Engkau ada Panadol?”tanya Nadia. Memang perutnya seperti masuk angin kerana tidak makan tengah hari tadi. Namun dia tidak berselera mahu makan setelah peristiwa tadi.
“Aku tidak bawa Panadol. Engkau makanlah biskut ini,”Suhaila sudah menghulurkan sepaket biskut untuk Nadia. Nadia mengambil biskut itu dan menjamahnya. Jika dia tidak makan, nampak sangatlah yang dia sekadar mahu berdalih tadi. Dipaksa juga tekaknya agar menelan biskut itu biarpun selera makannya tiada.
“Terima kasih,”ujar Nadia.
“Usahlah ucap terima kasih. Itukan gunanya sahabat?”
Dua sahabat itu tersenyum mesra. Mereka kemudiannya memulakan permainan catur. Seperti biasa, Nadia pasti menang apabila bermain dengan Suhaila. Malah sebenarnya apabila bermain dengan pelajar perempuan, Nadia sentiasa juara. Cuma dia perlukan lebih pendedahan dan latihan. Seketika Nadia terfikirkan Iskandar.
‘Ah, biarlah dia!’

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Diari Exam

Saya tidak punya perasaan untuk menulis sebarang artikel formal ataupun penulisan kreatif. Mungkin di bawah-bawah nanti ada pula bahasa yang tidak standard. Abaikan semua itu, kerana saya tidak berada dalam kondisi yang membolehkan saya menulis pada tahap yang baik.

Rasanya musim-musim sekarang tentu tahu kan kenapa kalau pelajar sekolah menengah seperti saya jadi kurang bersemangat? Apa lagilah kalau bukan peperiksaan. Pening kepala saya jadinya.

Saya rasa, saya tidak dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Sudah tiga kertas yang saya gagal habiskan dengan tenang dan menepati masa. Kimia, Matematik Tambahan dan Prinsip Perakaunan. Saya bingung betul semasa menjawab. Matematik Tambahan, saya tidak cukup masa. Bukan tidak cukup rasanya, tetapi saya tidak pandai gunakan masa sebaiknya. Dua jam setengah untuk setiap subjek. Saya tidak tahu jawab dan memikirkan cara menjawab itu telah merampas hampir 30 minit dari masa saya. Sekarang boleh faham kan kenapa saya tak dapat habiskan soalan yang diberikan? Kimia, juga tidak cukup masa tetapi untuk Kimia masa saya tidak dicuri di mana-mana maka cara saya menjawab yang kurang baik. Prinsip Perakaunan pula bukannya masalah masa atau apa, tetapi saya rasa 50% daripada jawapan saya semuanya salah! Imbangan kunci kira-kira saya hancur. Semua nilai tidak seimbang. Ah, mungkin saya patut dengar cakap kawan yang mengatakan 'jangan ambil akaun'!

Dan mungkin saya patut pertimbangkan cakap Teacher Intan Suria, if you are good in English, taking EST is the best for you. You can score well. Sekejap, saya bukan hendak membangga cakap saya baik dalam BI, tetapi sekurang-kurangnya saya lebih okey dalam BI daripada PAK. Lagipun, saya tidak perlu menghafal apa-apa dalam EST biarpun ramai juga yang kata susah. Berdasarkan pemahaman saya, EST ialah kita belajar untuk membuat laporan sains dengan mengkonstruk ayat yang betul. Tidak dinafikanlah bahasa semuanya tinggi. Cuma saya rasa pembelajarannya tidaklah menyeksakan berbanding jika saya menghafal dan memahami konsep akaun.

TMK payah bagi saya kerana saya tidak faham sangat tentang programming. Nanti masa hendak belajar bahagian programming saya yang terkulat-kulat sementara untuk RC pula saya bukanlah orang yang kreatif. ;)

Saya ingin hendak faham, sebenarnya apa sudah jadi pada diri saya?

Semasa PMR dahulu, paling saya suka ialah MATHEMATICS sebab saya memang payah nak studi subjek ini. Saya memang selalunya tidak perlu banyak soal untuk matematik kecuali hafal sedikit formula. Saya pun tak pernah dapat B untuk subjek ini sejak tingkatan satu. Okey, apa kaitan dengan sekarang ya?

Kaitannya, apabila naik tingkatan empat, SEMUA subjek KIRA-KIRA saya TIDAK BOLEH BUAT. ADDMATH, DISASTER! CHEMISTRY, EXPLOSION. ACCOUNT, BIG BANG! AND PHYSICS... I DON'T KNOW because the paper is on TOMORROW.

Ya, esok Fizik dan saya sedang berada di hadapan komputer riba mengemaskini blog. Elok sangatlah kan? Dah tahu diri tu lemah, masih lagi ada masa nak buang di sini. Kalau komputer boleh cakap, dah lama dia sound saya cukup-cukup.

Hei, cik adik! Pergilah buat ulangkaji. Engkau ketuk-ketuk kekunci aku ini apa engkau ingat keluar jawapan fizik di skrin blog engkau ke? Sedar-sedarlah diri tu cik oi .. awak tu dah tingkatan empat, tahun depan dah SPM! Ingat-ingatlah...

Ya, aku cakap, bukan laptop aku cakap. Tapi rasa-rasa kalau dia cakap pun isinya lebih kurang macam yang aku taip juga. Hehe.

Maaflah ya. Aku tidak studi kerana aku tidak larat hendak menghadap fizik. Aku belum mampu kerana otak aku sudah letih.

And now sudah habis exam. Lega. Legakah? Legalah sangat. Keputusan peperiksaan sedang menunggu apabila buka sekolah. Alamak ... perasaan gementar sedang kejar aku. Hmmm ....

Btw, Physics susah ya amat!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bahasa ? Dwibahasa ? Hmm....

Entri ini sekadar diari, namun aku juga sedang berfikir. Aku sedang berfikir berkenaan blog ini. Hendak perbaharukan atau tidak? Pembaharuan apa ya agaknya? Hmm ... sudah tulis pun di atas. Bahasa.

Blog ini aku cuba jadikan blog Islamik yang bermanfaat buat semua. Walaupun rasanya jauh lagi beza berbanding blogger yang hebat-hebat seperti Nurina Izzati yang telah memperhebat blognya dengan taraf website. Follower baru seciput sahaja aku ini.

Tiba-tiba aku terfikir tentang sesuatu. Perlukah manfaat itu sekadar terhad kepada mereka yang berbahasa Melayu? Kenapa tidak cuba kembangkan? Rasanya saya boleh lagi kalau hendak menulis dalam Bahasa Inggeris biarpun bahasa tak seberapa. Maksud saya karya dalam Bahasa Inggeris.

Hmmm....

Confuse! Ah, jangan guna bahasa rojak boleh? Aku mahu cuba juga Bahasa Inggeris, tetapi aku tidak mahu rosakkan blog ini. Rosakkankah itu namanya? Semakin pening aku dibuatnya. Jika hendak buat blog lain, aku bimbang juga. Sekarang ada satu blog pun tidak menang tangan dan tidak tentu hala sahaja jadinya, kalau dua aku rasa hancur lebur. Silap-silap mula-mula buat satu artikel, sampai 2013 pun masih lagi satu artikel dalam blog BI. Blog ini memanglah tidak kan jadi 1 artikel sebab blog ini sudah ada 81 artikel. Ya, artikel yang mungkin tidak layak digelar artikel.

Bukan apa, masa menengah rendah aku tidak pernah terlibat dengan essay writing melainkan dalam bahasa Inggeris. Cuma sekali sahajalah dalam bahasa Melayu, waktu pertandingan Bintang Kecil. Alhamdulillah tahun itu aku peroleh juga tempat pertama untuk kedua-dua kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Itupun sekadar tuah sahaja. Ramai lagi yang hebat-hebat sebenarnya.

Guru aku selalu juga suruh aku menulis short stories untuk Dayakarya dan sebagainya, tapi kalau dah malas tu faham-faham sajalah kan? Hm... Astaghfirullahalazim.

Aku ingin cuba. Karya Inggeris bertemakan Islam. Lagipun, kalau tengok betul-betul, betapa banyak cerita Inggeris yang datang dari Barat, yang pada hakikatnya boleh kata 80-90% karya Inggeris mereka tak sesuai dibaca oleh masyarakat remaja timur khususnya Islam. Kasihan pula aku tengok kawan-kawan dan adik junior baca karya Inggeris dari Barat yang kalau tengok ceritanya memang banyaklah unsur yang tak patut untuk remaja Islam. Teringin nak lihat suatu hari nanti remaja Islam baca karya berbahasa Inggeris yang benar-benar sesuai untuk umat Islam.

Wah, jauhnya berangan! Cubit pipi kuat-kuat. Engkau tu bukannya penulis ke apa nak rancang semua tu untuk umat Islam.

Okey, dah cubit. Tapi impian aku tetap sama. Aku ingin lihat semua itu berlaku. Blogging pun jadilah. Baik berusaha daripada buat tak tahu kan? Manalah tahu, ada yang baca, mungkin rezeki nak dapat pahala... ;D

Oh, baik berhenti! Sudah, angan-angan takkan sampai ke mana-mana tanpa usaha. Malulah aku nak buat semua itu. Tetapi untuk Islam, perlukah malu? Ya Rabbi, perangai apalah ini?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cerita Kita

Aku senyum. Melihat dia resah begitu, aku hanya diam sahaja. Namun kujuga tahu, senyumku menambahkan resah di dadanya. Jauh di sudut hati, aku tahu perkara yang ingin disampaikannya. Sedaya upaya mataku yang bergenang ini ingin aku sembunyikan. Sebak di hatiku jangan sampai singgah ke matanya.

"Kita ... saya mahu bercerita tentang kita. Bolehkah awak berikan saya ruang itu?"tanya Rusydi kepadaku. Ah, aku tahu perkara yang ingin disampaikan olehnya! Dia masih mencari kekuatan untuk mendepaniku. Aku perlu bersabar. Aku tidak ingin memintas cakapnya. Aku mahu kekuatanku ini sampai kepadanya, biarpun cuma secebis.

Lantas, aku tersenyum lagi. Aku mengangguk perlahan ... dan aku biarkan dia bercerita tentang masa lalu itu, kisah kami.

"Awak ingatkah kisah kita enam tahun lalu? Saat kita pertama kali bertemu di bangku sana,"katanya sambil telunjuknya lurus ke arah bangku kosong di tepi kantin. Aku mengangguk. Pandanganku ku arahkan tepat ke arah bangku itu. Tidak sanggup aku lihat wajahnya sambil mengenang pertemuan itu.

"Awak waktu itu betul-betul pemalu. Awak tahu, kerana sifat awak itulah kita bersama hingga sekarang. Saya tidak akan mampu dapatkan insan seistimewa awak,"ujarnya lagi. Aku pejam mataku. Sayu!

"Keputusan PMR dan SPM kita sama. Saya tidak tahu cara hendak katakan betapa saya gembira kita berjaya. Hati saya berkata, inilah insan yang Allah takdirkan untuk saya. Saya tidak akan melupai awak selamanya. Itu janji hati saya,"dia terus bercerita dengan suaranya yang juga kedengaran sayu. Aku senyum. Aku tidak mahu bercakap. Pasti akan jatuh air mata ini andai aku bersuara.

"Tahun ini kita akan mengambil STPM pula. Saya yakin awak akan berjaya. Awak kuat, awak mampu. Awak hebat dan mampu berdiri sendiri. Awak istimewa,"pujiannya membuatkan aku semakin sayu. Tolonglah, biarkan aku bertenang! Biarkan aku menangis di kamarku nanti, jangan di hadapan dia.

"Malah ... saya yakin ... tanpa saya juga awak akan tetap mampu untuk terus berdiri,"ya, aku tahu memang dia sudah hampir kepada kata-kata yang ingin dihabiskannya. Aku masih tidak memandangnya.

"Awak ..."panggilnya. Ah, bagaimana sekarang? Aku berpaling juga memandangnya dengan senyuman semanis mungkin.

"Ya."

"Kita tamatkan di sini saja?"kata-kata Rusydi sekadar pertanyaan dalam pernyataan. Aku tahu, dia tidak perlu memberitahuku lagi. Aku tahu!

"Saya tahu,"jawabku perlahan, penuh kejujuran. Tidak mampu rasanya aku terus berselindung. Memang sudah kudengar cerita itu daripada bibir abangku sendiri. Dua minggu lepas dia pulang dan bercerita tentang hal itu.

"Awak ..."

"Saya faham dan saya terima keputusan awak. Kita memulakan semuanya di sini, dan biar kita akhirkan di sini sahaja. Jangan cakap apa-apa lagi,"pintasku ketika dia seperti mahu bersuara.

"Saya juga tahu alasan awak," dengan kata-kata itu, aku berlalu untuk pulang ke rumah. Sedih hatiku. Aku sayang akan dia, tetapi aku perlu relakan dia begitu. Aku perlu memahaminya. Dia bukan milikku dan aku bukan miliknya.

Aku menangis sambil berjalan. Air mata ini tidak pula kuseka. Aku sedih! Aku hanya ingin dia untuk melegakan hati aku, tetapi semua antara kami sudah berlalu. Benar kata abangku.

"Liya, semalam teman Liya, Rusydi pun ada sama di kem itu. Semua peserta menjalani proses pemurnian hati. Abang tengok dia antara yang paling terkesan dengan program semalam, fasal cinta sebelum nikah. Liya jangan sedih kalau dia mohon putus. Abang lihat dia insaf benar,"kata-kata abang terngiang-ngiang di telingaku.

Sudah hampir setahun sebenarnya abang cuba menegur aku soal cinta aku dan dia. Maklumlah, selepas SPM dia menyertai kumpulan dakwah dan sering menjadi fasilitator kem-kem tarbiah. Namun tidak sangka pula akhirnya Rusydi juga turut menjadi mad'u abangku. Malah aku tidak sangka bahawa dia memohon nasihat daripada abangku sendiri. Abangku pula lantas menyatakan kebenaran. Ya, pendakwah mana boleh berbohong kepada mad'u kan? Aku tahu aku tidak boleh menyalahkan abangku mahupun Rusydi. Tidak ada sesiapa yang bersalah melainkan aku kerana degil sejak mula ketika abangku memberi nasihat.

"Liya!"jeritan Rusydi membuatkan aku berpaling. Sekelip mata, aku tercampak dan duniaku bertukar gelap. Sayup-sayup aku dengar jeritannya, "Allahuakbar!". Ya Allah, apa yang sedang berlaku?

**************************

"Liya, bangun Liya?"aku terdengar suara di sebelahku. Sakit benar kepalaku, namun kugagahkan mata ini untuk celik. Sakit ... mataku amat berat untuk dibuka. Kepalaku bagai mahu pecah sahaja rasanya.

"Ya ..."abang rupanya yang mengejutkan aku. Tanganku, kenapa tanganku berbalut? Kakiku? Di manakah aku?

"Abang tahu Liya bingung sekarang. Rehatlah dahulu,"ujar abang perlahan.

Namun aku tidak mampu untuk berehat. Fikiranku berserabut. Aku hairan akan peristiwa tadi. Ya, di mana dia?

"Abang ... Rusydi mana?"tanyaku dengan kepayahan.

"Liya sabar ya?"kata-kata abang bagaikan membayangkan sesuatu yang tidak baik. Rusydi!

"Kenapa, abang? Cakap!"

"Dia dah tak ada ..."

Air mataku mengalir deras. Rusydi!!!

Kenapa Allah ambil dia daripada aku? Kenapa pisahkan kami? Kenapa!? Kenapa tidak berikan dia ruang untuk hidup setelah dia berkorban untuk agamanya? Kenapa!? Kenapa!?

Batinku memberontak. Rusydi  ... saya belum bersedia kehilangan awak untuk selamanya.

Namun takdir itu bukan kuasa aku. Abang terus memujukku dengan kata-kata semangat. Apabila aku masih tidak mampu dikawal, dia meluru keluar dan memanggil jururawat. Akhirnya aku diberikan suntikan ubat penenang dan terlena dalam senyuman. Dalam tidur, aku masih melihat bayangnya.

Rusydi, awak yang terakhir. Saya tunggu awak di syurga nanti.

*************************

"Liya, bangun Liya!"suara abangku kedengaran lagi. Kali ini aku tidak mampu menyahut panggilannya. Abang, Liya tak dapat jawab panggilan abang lagi. Maafkan Liya ya? Cerita kita sampai di sini saja. Liya tunggu abang juga di syurga sana ...

Ya Allah, ampunkanlah aku. Sesungguhnya takdir itu adalah milik-Mu. Aku yakin, Engkau sayang dia. Engkau ambil dia ketika dia dalam taubatnya. Engkau ambil dia dalam dia menyelamatkan nyawa aku. Meskipun pada akhirnya, aku juga kembali kepada-Mu. Aku mohon, temukanlah kami di firdausi. Jadikanlah aku bidadari untuknya ...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Papan Catur-4

Puan Samihah mencapai surat yang diletakkan oleh kerani di atas mejanya tadi. Dia sebenarnya sudah tahu isi surat tersebut. Setiap tahun memang dia akan menerima surat yang sama. Sampul surat tersebut dibuka dengan penuh berhati-hati. Sebagai seorang guru, kerjanya perlu kemas. Nanti buruk pula pandangan pelajar terhadapnya.
“Hai, Cikgu Miha! Sudah dapatkah surat makluman tarikh perlawanan catur MSSD tahun ini?”tanya Cikgu Saiful ketika lalu di tempat Puan Samihah. Puan Samihah mengangguk sambil berbicara,
“Ya. Harap-harap tahun ini adalah peningkatan,”
“Yakah? Tinggi pula harapan cikgu. Setahu saya, kelab catur itu tunggu masa sahaja hendak dibubarkan. Lagipun, jika tidak salah saya, tahun ini tarikh perlawanan catur bercanggah dengan rombongan ke Kuala Kangsar untuk menonton perlawanan bola sepak Kedah-Terengganu. Adakah bas lain yang hendak bawa pelajar cikgu?”pertanyaan Cikgu Saiful kedengaran agak menyindir pada pendengaran Puan Samihah, menyebabkan Puan Samihah menghadiahkan pandangan skeptikal buat Cikgu Saiful.
“Cikgu sindir pasukan caturkah?”
“Tidak adalah sampai menyindir, cikgu. Saya hanya maksudkan yang kemungkinan untuk sekolah kita menghantar peserta catur untuk kejohanan tahun ini sangat tipis. Mana tidaknya, sekolah kita dengan tempat pertandingan itu bukannya dekat. Saya rasa penolong kanan kokurikulum pun akan memilih rombongan kelab bola sepak berbanding kelab catur sekiranya terpaksa memilih satu antara dua. Bas sekolah kita cuma satu. Sekurang-kurangnya tahun lepas pasukan bola sepak dapat juga pingat gangsa,”kata-kata Cikgu Saiful seakan-akan mematahkan semangat Puan Samihah. Selepas Cikgu Saiful berlalu ke mejanya sendiri, Puan Samihah masih berdiam diri. Kata-kata Cikgu Saiful seperti pita rakaman yang berputar di tepi telinganya sekali gus memeningkan kepalanya. Sepertinya lelaki itu merendah-rendahkan kelab catur padahal dahulu dia tidak pernah begitu pesimis.
“Ah, sudahlah! Jangan fikir bukan-bukan. Bersangka baik, Miha, bersangka baik!”bisik Cikgu Samihah perlahan, hanya untuk dirinya sendiri. Syak wasangkanya terhadap Cikgu Saiful benar-benar mengganggu minda, namun dia cuba menyedapkan hati sendiri. Kelihatannya satu masalah sedang mengintai di sebalik jendela kelab catur, tetapi apa?
*****************************
“Nadia, ini surat makluman MSSD catur tahun ini. Pertandingan akan berlangsung dua bulan dari sekarang. Harap awak dan rakan-rakan awak bersedialah ya. Pesan sekali pada Fariz supaya pertingkatkan prestasi,”ujar Puan Samihah antara serius dengan tidak. Perubahan wajahnya dapat dikesan oleh Nadia dengan mudah.
“Cikgu, ada apa-apa yang tidak kena? Cara cikgu bercakap seolah-olah ada yang terselindung pula.”
“Er … susah saya hendak terangkan. Takut nanti habis pula semua ahli kelab catur ponteng latihan,”ujar Puan Samihah. Hatinya menyesali perubahan ketara pada percakapannya yang membolehkan Nadia mengesan kelainan pada raut wajah itu.
Nadia pula semakin tidak sedap hati melihat kelakuan Puan Samihah. Adakah ada sesuatu yang buruk menimpa kelab catur sehinggakan kedudukan mereka seperti tergugat melalui nada suara Puan Samihah yang tidak seceria selalu?
“Kenapa, cikgu?”tanya Nadia separuh mendesak. Hatinya berat menyatakan ada sesuatu yang berlaku, berkenaan kelab catur.
“Kemungkinan tahun ini sekolah kita tidak dapat menghantar wakil catur,”
“Hah, kenapa pula?”tanya Nadia lagi.
“Tarikh pertandingan bercanggah dengan rombongan kelab bola sepak. Tidak ada bas hendak hantar kita ke tempat pertandingan. Tambahan pula prestasi kelab catur dalam dua tiga tahun ini memang semakin teruk. Sudah lama sangat kita tidak bawa pulang sijil pemenang atau pingat,”tutur Puan Samihah kesal. Tidak dapat dinafikan, kelab catur boleh dianggap gagal dari segi pelaksanaan dan pencapaian. Namun begitu, sepatutnya kejohanan daerah diutamakan berbanding lawatan. Sekarang terbalik pula jadinya.
Puan Samihah memandang Nadia. Kasihan juga dia melihat Nadia yang sebenarnya berpotensi dalam permainan catur, tetapi nampaknya harapannya akan kelam sebelum sempat potensi itu digilap.
“Eh, mana boleh buat begitu! Rombongan dan pertandingan, sepatutnya sekolah kena utamakan pertandingan. Rombongan itu bukannya wajib apa-apa pun,”ujar Nadia tidak puas hati. Dia sendiri pun tidak tahu punca perasaan tidak puas hatinya itu.
“Saya pun rasa begitu. Masalahnya, kita kalau hendak berebut dengan kelab bola sepak, memang masalah besar. Yalah, kelab bola sepak antara kelab yang paling banyak menyumbang kepada sekolah. Tahun lepas mereka bawa balik gangsa. Tahun sebelumnya pula mereka pernah bawa pulang hadiah RM2000 dalam kejohanan bola sepak piala terbuka. Tentulah sekolah akan utamakan mereka,”tutur Puan Samihah. Dia menghela nafasnya yang terasa berat. Seketika, angin yang agak kuat menyebabkan dia memegang hujung tudungnya bagi memastikan tudungnya tidak terselak apabila ditiup angin. Nadia juga melakukan hal yang sama.
“Saya tidak sangka di sekolah pun ada juga diskriminasi begini,”kata Nadia sebelum beredar ke kelasnya sendiri untuk menghadiri kelas Kimia. Dia tidak berniat mahu menyindir sesiapa, tetapi memang benar perasaan tidak puas hatinya tetap ada.
“Mentang-mentanglah kami semua ini pemain picisan, belum pernah ada pingat kebangsaan …” keluhan Nadia terhenti. Dia teringat akan seseorang. Senyuman mekar di bibirnya.
Dia seperti nampak sebuah harapan untuk tetap mewakili sekolah dalam pertandingan catur. Masalah bas? Nampak gayanya semua seperti dapat diselesaikan. Mungkin kali ini dia akan berjaya meyakinkan guru untuk mengutamakan pertandingan catur berbanding lawatan kelab bola sepak.
Selepas tamat waktu persekolahan, Nadia melangkah ke bilik latihan kelab catur dengan langkah yang yakin. Pasti tahun ini kelab catur pula yang akan mengharumkan nama sekolah.
“Dia sedang berbual dengan siapa? Nampak macam ada perkara penting sahaja. Baik aku jangan masuk dulu,”gumam Nadia. Dia nampak insan yang dicari olehnya sedang berbual dengan seseorang. Apabila diamati, rupanya itu Cikgu Saiful.
Nadia terus tercegat di luar, cuba mencuri dengar butir perbualan mereka. Bukankah Cikgu Saiful guru penasihat kelab bola sepak? Dia mahu apa daripada Iskandar?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS