Powered by Blogger.
RSS

Jemput Follow :)

Topik Yang Belum Masanya Aku Bicara, Mungkin?

Malam ni dua post aku buat.

Tadi aku menceritakan aku masih belajar dalam memimpin.
Aku lihat itu amanah.

Tadi aku menceritakan tarbiah yang aku kenal di sini.
Bi'ah solehah yang tak terbeli.

Alhamdulillah sebab Allah beri peluang kepada aku.

Entah kenapa, terdetik dalam hati aku teringatkan kisah lama, dan sedikit soal masa depan yang tak ada kaitan pun dengan kerjaya.Haha.

Aku ingat lagi, dulu mula-mula aku semangat nak berubah aku selalu biasakan baca novel Ustazah Fatimah Syarha sebagai inspirasi.

Aku pernah terfikir, aku nak dinikahi seorang yang faham agama.
Seorang yang faham dakwah dan tarbiah.
Seorang yang mampu redha kalau aku nak terlibat dengan usrah, dakwah dan sebagainya selama masih mengekalkan tanggungjawab aku.

Memanglah macam awal sangat, tetapi itu memang hajat aku pun.

Aku nak join usrah walau bila sudah bekerja.
Aku nak pergi ceramah.
Aku masih nak solat berjemaah.
Aku masih teringin qiamullail.
Aku nak lengkapkan ilmu fardhu ain.
Aku nak usahakan fardhu kifayah.

Aku masih bertatih, lantas aku harapkan seorang pemimpin.

Tapi tak akan aku jadi manusia gatal yang hanya berharap pada lelaki tapi tak berusaha memperbaiki diri.

Tak ada guna berharap semata-mata tapi umur muda a.k.a umur bujang kita tersia tanpa usaha.

InsyaAllah aku ingin kekal hidup dalam suasana tarbiah ini.
Apabila aku berkeluarga, mudah-mudahan dapat aku aplikasikannya lagi.

Aku akan doa sambil ijtihad. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan aku.

Temukanlah aku dengan dia yang aku harapkan.
Walau aku tak tahu apa percaturan Allah pada masa hadapan.

If it is meant to be, it will be. Insya-Allah.

Untuk masa ini, aku rasa tenang.
Mungkin aku memang ada rasa padanya, tapi aku tak terlalu gelisah.

Sebab tanpa sesiapa tahu, aku ada sedikit keyakinan yang aku tak tahu dari mana.
Tak ada perkataan pun yang keluar, tapi masih terasa tenang dan sedikit yakin.

Mata aku tak 'memandang' pun pada orang lain setakat ini di sini. Alhamdulillah.

Semuanya berlaku sendiri dan aku tak tahu puncanya. Tapi aku akui, ada hikmah.
Keyakinan itu aku tak rasa datangnya sia-sia. InsyaAllah.

Aku berpegang pada pertolongan Allah yang Maha Kuasa.

Dia pegang hati aku, dan aku rasa, segala yang terjadi saat ini dia yang gerakkan hati aku.

If we are meant for each other, come what or who, it will still happen.

And if we aren't meant to be, destiny will step in, forcing it to be bygone.

Allah knows best.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Belajar dan Belajar :)

Alhamdulillah, aku masih bersyukur aku berada di bumi Kolej MARA Kulim ni.
Sangat-sangat bersyukur dengan apa yang ada.
Walau kata orang begitu dan begini fasal kolej ini, aku hargai sangat-sangat.
Serius, bagi aku Kolej MARA Kulim ni bumi tarbiah untuk aku.

Banyak sebenarnya yang telah berubah.
Cuma aku tak tahu sejauh mana aku mampu menyesuaikan diri dengan perubahan ini.
Perubahan cara hidup dan sebagainya.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Dulu aku selalu takut kena kejutan budaya apabila masuk peringkat pengajian tinggi.
Ikhlas, memang takut.
Selalu aku bincang dengan kawan-kawan pasal bab-bab pengaruh luar ni.
Bak kata orang, keluar dari sekolah tu sebenarnya baru nak kenal dunia.

YA, aku kena kejutan budaya.

Budaya islamik yang buat aku ... macam ... jatuh cinta.
Susah nak cakap perasaan tu.

Alhamdulillah, dek kerana jadual yang super sibuk ni, aku kurang masa nak terjebak dengan masalah hati.
Disibukkan dengan ilmu dunia dan akhirat.

Sekarang aku pegang jawatan Junior Felo a.k.a ketua dorm.
Alhamdulillah sebab ahli dorm aku beri kerjasama yang sangat baik.
Serius syukur ke hadrat Ilahi dapat kawan-kawan yang baik.
Ditemukan aku dengan kumpulan yang sangat baik.
Persekitaran di sini dapat mentarbiah aku perlahan-lahan.

Ya, cakaplah di mana pun, ada juga orang yang boleh bawa pengaruh negatif.

Tapi, kita pandanglah pada qudwah hasanah yang kita boleh nampak.
Pandang yang positif, supaya dapat bagi 'aura' pada kita balik.

Cuma, yalah, aku mengaku dengan jujur aku ni bukanlah baik sangat.
Ilmu agama tak tinggi.
Aku pernah cakap aku bukan dari mana-mana maahad atau SMA.

Jadi dalam memimpin pun sebenarnya aku masih banyak memerlukan tunjuk ajar anak buah aku.
Program-program bersifat kerohanian aku banyak minta pandangan mereka.
Dan aku takkan tolak pandangan mereka  mentah-mentah insyaAllah.

Allah nak aku belajar.

Aku tak pernah duduk asrama. Aku tak pernah duduk sekolah agama.
Tapi Allah takdirkan aku di sini, di tempat ini.

Syukur atas takdir Ilahi yang tersangat cantik.

Tadi ada program ujian kompetensi bacaan Al-Quran.
Aku nampak ada macam band P1,P2, dan sebagainya.
Mungkin untuk kelas mengaji nanti. Rasanyalah.

Kalau aku kena pun aku terima. Aku boleh baca Al-Quran tapi tajwid aku tak baik sangat.
Terima dengan gembira, insyaAllah.

Walau tak tertulis Kolej Islam MARA Kulim. Tapi aku kira cukup layak digelar begitu.

Alhamdulillah. Thank you Allah for sending me here. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kosong, Terisi : Mana Satu ?

Rasa aku, aku pun tak faham dah sekarang.
Ikhlas aku tak tahu.

Lose focus. Uncontrollable.

Aku hilang perasaan aku sendiri.

Rasa,bila aku tengok orang pun dah tak ada hati. Tak ada rasa.

Rasa tak pedulikan orang lain.

Hilang.

Tapi aku sedikit tenang. Sedikit terisi.

Aku rasa diri dan jiwa aku dah termiliki tapi aku pun tak tahu siapa.

Lawak.

Ikhlas. Aku rasa pelik. Aku dah berubah. Aku nak tahu semua ini apa sebenarnya.

Apa-apapun, aku bersyukur. Aku sangat berterimakasih. Sangat-sangat berterimakasih. Pada kau.

Sebab kau tunjuk aku jalan yang aku nak.

Walau kau tak cakap melalui perbualan dengan aku.

Tapi entah kenapa aku masih menyimpan hampir setiap patah yang kau cakap.

Walau memang menyakitkan.

Kau bukan sesiapa dalam hidup aku, tapi insyaAllah aku simpan semua ajaran kau.

Aku akan usahakan untuk diri aku. Aku sayang kehidupan aku sekarang yang kau ubah tanpa kau sendiri tahu.

Alhamdulillah.

Terima kasih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Masih Pening

Aku malas nak fikir tajuk dah.
Jujur ikhlas aku masih lagi sedikit menyesal sebab aku tekan butang 'tolak tawaran' pada asasi UIAM- ekonomi dan sains pengurusan.

AGAIN, I try to keep myself on track.
Cuba untuk redha dengan semua yang dah berlaku.
Aku tahu dah tertulis siap dalam takdir aku, rezeki aku tak di situ.

Aku betul-betul tak percaya lagi aku yang tekan sendiri butang tu.
Masa tu aku fikir, dah aku tak nak pergi, lebih baik tekan tolak sebab kesianlah dekat orang lain yang nak buat rayuan bagai.

Sekarang aku rasa macam nak hempuk diri.
Still, keeping myself on track.

Aku tak tahu samada aku ni masih nak kekal di aliran sains atau keluar.
In fact, slip SPM aku pun tak banyak membantu.
Result Biologi dan Prinsip Perakaunan aku sama gred.

Aku tahu Allah tak tutup semua jalan aku. Yakin.

If it is meant to be, it will be. And whatever happens, hold on to The One, up there.

Quote by Dena Bahrin that inspired me really lot.

Tinggal pilihan aku, bertukar ke Kolej MARA Kuala Nerang.

1. Matrikulasi Perakaunan
2. Foundation In Business-PILN MARA

Masalah aku sekarang ni, PILN MARA menetapkan ijazah pertama aku dalam Perakaunan+CPA.

My plan is to further in marketing, business.

Tapi, betul ke apa aku nak buat ni? Allahuakbar. Deadly confused. Rasa nak telan orang.

Dan aku tahu, kalau aku dalam kepeningan macam sekarang, En.Migrain akan datang balik melepas rindu di kepala aku pada kadar segera. Kbai.

Assalamualaikum :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kun Faya Kun.


Aku pejam mata. Buka balik.

Macam tak percaya.

Aku tahu aku suka pemikiran strategi. Kawan aku cakap aku ni otak logik.
Sebab tu aku pernah jadi pemain catur dulu. :)
Aku tahu aku minat bab-bab strategi pemasaran bagai.
I'm completely clear on that.
Walaupun hanya kerja juruwang, tapi aku belajar habis pasal promosi bagai.

Aku tahu aku nak masuk UIA.
Punya semangat aku research pasal universiti tu sejak tingkatan empat lagi.
Nak sangat-sangat.
Walau abah tak berapa berkenan pun aku minta diam-diam.

Tapi aku minta perubatan pilihan pertama atas beberapa sebab.

Kemudian, yang aku dapat ASASI EKONOMI dan SAINS PENGURUSAN.
Alhamdulillah. :)

BUT, kun faya kun.

Hati kita DIA yang pegang.

Entah kenapa, aku bulat hati untuk tolak tawaran tu.

Dan sampai hari ini aku tak percaya aku dah pun TOLAK tawaran tu.

Rasa macam, serius ke aku yang buat benda ni?

No regrets. This is not my choice.
Allah has made this for me. Seriously HE meant good for me.

Dan entah kenapa, waktu istikharah, akhirnya aku terarah ke tempat aku sekarang. Kolej MARA Kulim. Matrikulasi Sains. Program Satu Tahun.

Serius aku tak tahu. Tapi aku percaya this happens for a reason. For a good reason I haven't see yet.

If, I will be leaving, then it must be for a good reason.

And if, I stay here, then it must be for a good reason too.

HE knows best.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MPPB 2013/2014 :)

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Dah tamat menjalani minggu orientasi atau nama formal -Minggu Pengurusan Pelajar Baru-. Aku peserta untuk sesi 2013/2014.

Bunyi Alhamdulillah 3x tu, ada bunyi macam aku terseksa tak duduk MPPB ni?Haha.

Serius tak. Indeed, sangat bersyukur. Feeling I'm the lucky one being there. Sangat happy.

Orientasi yang bukan setakat orientasi. Pengisian and all, walaupun fasi tak terbilang berapa kali minta maaf atas apa-apa kekhilafan diorang dalam program ni, kata boring dan sebagainya, tapi serius kami semua tahu diorang dah betul-betul usahakan yang terbaik untuk kitaorang.

Group aku kat sini aku, Aisyah, Wardina dan Nazlia. Memang hampir setiap slot kami duduk barisan depan sekali kalau ada peluang.

Aku ni pulak, spesis manusia yang suka perhati orang. Serius. Orang tu tengah cakap aku perhati tak lepas, kecuali kalau orang tu dah terpandang aku, aku lari la mata ni. Segan deh. Haha.

Tengok muka pun tahu, diorang dah usaha yang terbaik cuba bagi kitaorang enjoy MPPB :) Muka penat pun nampak.

Thank you so much.

Nak senaraikan fasi sampai pukul 11 la aku mengadap laptop. Besok ada kuliah lagi. Lagi dua tiga minit dah nak naik dorm :)

Tapi, memang betul-betul berterimakasih.

Walaupun namanya orientasi, tapi bukan takat orientasi pelajar baru KMKulim semata-mata, tapi sebenarnya macam orientasi kepada gaya hidup Muslim yang lebih baik. Ikhlas cakap.

Sangat bangga sebab pengisian rohaniah sepanjang MPPB ni superb.
Qiamullail, Al-Mathurat, Solat berjemaah, Ceramah.

Part ceramah memang semua sekali kena basuh. Muslimah pun banyak kena dan akui memang ada yang kena batang hidung sendiri.

Dan sebab tak biasa, ada jugak part yang aku terlelap, tertidur dan yang sewaktu dengannya. Maaf sangat.

Ya, mungkin bagi yang tertentu, benda ni tak ada apa pun.

Tapi bagi aku, dan aku percaya kawan-kawan aku jugak, yang tak pernah merasa hidup di mana-mana Maahad atau SMA ni, semua ni sangat bermakna.

Kelas fardhu ain, ujian kompetensi bacaan Al-Quran and all, ialah sebab aku nak masuk UIA dulu, tapi tak kesampaian nak pergi sebab dapat kos lain.

There's someone out there really long for this kind of tarbiah.

Alhamdulillah. May Allah bless all of you. InsyaAllah kalau kami praktikkan tarbiah kakak and abang, semua akan dapat saham juga nanti :)

Thanks for being super seniors, bangga sangat dengan korang.

Proud to say, Alhamdulillah no ragging. Indeed kena marah ke apa, sooooo small part yang aku rasa MEMANG LAYAK kena marah pun.

Alhamdulillah, aku tak menyesal jejak kaki ke sini. Walau ada yang tanya,

"awat duduk matrik?"

Ok. This is what Allah has made for me. Itu je aku cakap. Selebihnya, may Allah bless.

Wassalam ^_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Program PILN MARA 2013 -Double Pening =="

Semua tahu, keputusan pemohonan Program Ijazah Luar Negara (PILN) di bawah tajaan MARA untuk sesi 2013 dah diumumkan.

Basically, Alhamdulillah, I'm one of the lucky ones who are chosen for the program.

Lawak, apabila tawaran sebegini baik jadikan aku tambah pening, tambah tertekan sampai, ya, aku mengaku aku menangis. Memang menangis. Macam pelik kan? Dapat biasiswa pun nangis? Ok. Ok. Ok.

Medicine was what I applied in the first choice.

Aku pergi temuduga MARA di MRSM Kepala Batas untuk Zon Utara.
With expectation to undergo some kind of interviews, soft skill tests and so on.

Tapi bila aku tengah beratur di luar, dan tunggu orang dari dalam dewan keluar, aku dapat tahu pemilihan itu dijalankan melalui UJIAN PSIKOMETRI bukannya TEMUDUGA.

OK. Sila bayangkan rasa cuak itu. HAHA. =="

My first question was, whatever kind of test is that? What will be the question.

That is my FIRST TIME hearing such kind of test. Serius cuak.

Masuk dalam dewan, soalan pertama lagi aku dah rasa cuak.

"As an ENTERPRENEUR, the criteria you should have blablabla..."

Ok, serius, aku TAK FAHAM entrepreneur itu makhluk apa. My understanding is that entrepreneur is a leader,and it might be related to business.

Yang lagi best, ada lebih kurang 20 lebih soalan yang menanyakan tentang entrepreneour.

Not to mention sebenarnya aku tak sempat habis jawab semua soalan.
Aku tak tengok soalan dah, main aci tanda lebih kurang 10-15 soalan.

With that, I ended the story with tawakkal la kan. Nak buat apa lagi.

20 Mei 2013, keputusan ujian keluar.



"TAHNIAH! ANDA TELAH BERJAYA MENDAPAT TAWARAN DARIPADA MARA SEPERTI BERIKUT

Tempat persediaan: KOLEJ MARA KUALA NERANG

OK. Sumpah aku cuak baca ni. Aku apply Kolej MARA Seremban dan Kolej MARA Banting.

KURSUS DITAWARKAN: PERAKAUNAN+CPA

Terjawab sudah. OK. KO. Mana aku nak cakap pun aku tak tahu.

Dengan nama Allah aku bertawakkal. Istikharah dan istisyarah jalan keluarnya, insyaAllah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS