Powered by Blogger.
RSS

Jemput Follow :)

Tribute For Juniors : Bahas 2013

Adik-adik yang dapat masuk pasukan bahas ala parlimen SMK Sultan Badlishah 2013 sudah dipilih. Sudah ada pasukan. Sejujurnya, adik-adik lain masih family bahas.

Sayang adik-adik :)

I've heard one bad story on this year's debate. Yeah, rumah siap pahat berbunyi. Common thing, ey?

Haha.

Serius, akak tak boleh nak digest betul-betul pasal benda tu. It hurts me too somehow.

But hold on to this.
Human may give thousand reasons why they fail, but need just ONE reason to succeed.
Ini dugaan untuk hampa.
Yakin, Allah dah sediakan manis kejayaan sebagai imbalan.

Allah letakkan hampa semua sebagai orang yang teraniaya dek cakap-cakap orang. Alhamdulillah, doa hampa insya-Allah makbul kan? :)

Doa banyak-banyak, mudah-mudahan berjaya!

Trust me, team yang banyak diuji akan jadi team yang paling kuat, mentally and physically.
Hampa akan berjaya.
Akak yakin penuh pada hampa insya-Allah.

Yang penting, satu akak nak cakap.
Jagalah attitude kita.
Kerana dalam attitude ada keberkatan.
Dalam keberkatan itu ada kejayaan.

Biar. Biar apa orang nak kata.
Peduli umpat keji orang, asalkan kita semua jaga hubungan sesama kita.

Bila orang pinggirkan kita, sebenarnya itu boleh kuatkan ukhuwah kita yang masih ada. Family bahas SMKSB.

Ingat dalam hati,
"Di sinilah aku ada mereka yang terima aku,
Di sinilah tempat aku sama berjuang dengan mereka,
Mereka ini saudara aku.
Saudara seperjuangan, yang rasa susah dan senang bersama.
Di sini ada orang yang sayang aku."

All the best! May Allah always bless us. Akak sentiasa doakan kejayaan hampa semua.

Semoga hampa dapat jadi johan kebangsaan.
Tutup semua mulut yang bicara kejam. ;)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Deep Lyrics : Try by Pink

Lirik lagu Try ni bagi aku sangat bermakna. Jauh di sudut hati aku, ada cerita yang berkait dengan ini. Persoalan yang terkadang ada di hati.
Kisah lama yang menghantui.
Kalau ada pengganti muncul dalam hati, hati akan tertanya-tanya, will this last?
Lagu yang bermesej :)

***

Ever wonder about what he's doing
How it all turned to lies
Sometimes I think that it's better to never ask why

Where there is desire
There is gonna be a flame
Where there is a flame
Someone's bound to get burned
But just because it burns
Doesn't mean you're gonna die
You've gotta get up and try try try
Gotta get up and try try try
You gotta get up and try try try

Eh, eh, eh

Funny how the heart can be deceiving
More than just a couple times
Why do we fall in love so easy
Even when it's not right

Where there is desire
There is gonna be a flame
Where there is a flame
Someone's bound to get burned
But just because it burns
Doesn't mean you're gonna die
You've gotta get up and try try try
Gotta get up and try try try
You gotta get up and try try try

Ever worried that it might be ruined
And does it make you wanna cry?
When you're out there doing what you're doing
Are you just getting by?
Tell me are you just getting by by by

Where there is desire
There is gonna be a flame
Where there is a flame
Someone's bound to get burned
But just because it burns
Doesn't mean you're gonna die
You've gotta get up and try try try
Gotta get up and try try try
You gotta get up and try try try
Gotta get up and try try try
Gotta get up and try try try
You gotta get up and try try try
Gotta get up and try try try

You gotta get up and try try try
Gotta get up and try try try

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kematangan Tanpa Sedar (4) : Anugerah

Sudah masuk hari kesebelas bergelar trainee cashier di petronas. Alhamdulillah, things are nice.

Masih saya rasakan tempat saya di sini satu anugerah. Banyak positifnya. Malah saya dapat rasakan sedikit perubahan positif yang jatuh pada diri.

Di sini, semua mudah toleransi satu sama lain. Faham masalah sesama sendiri.

Terharu.
Apabila cleaner india, masuk dalam kaunter ganti tempat cashier apabila cashier nak pergi solat.
Sebab tak ada orang lain nak cover.

Terharu.
Apabila semua pekerja muslim di sini tak tinggal solat. At least, yang saya nampak semua cashier, supervisor dan kerani solat. Lain jawatan saya tak tau.

Allahuakbar.

Saya percaya, itu salah satu point, yang buat stesen ini boleh kata agak maju dan stabil. Saya percaya manusia yang solat akan lebih baik kerjanya insyaAllah.

Saya belum baik.
Sebagai cashier terlalu banyak silap yang saya buat.
Cuma hati berkata, jangan menyerah.

insya-Allah!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kematangan Tanpa Sedar (3) : Stand Tall

Masih bercerita tentang kerja. Semua pengajaran yang ingin diceritakan.

Alam pekerjaan walau cuma sementara saya lalui sampai habis cuti SPM nanti, saya sangat hargai kerana bagi saya pengalaman kerja banyak mengubah diri saya. Serius. Sangat banyak.

Dulu saya kurang punctual.
Sekarang setidak-tidaknya bertambah punctual.

Dulu sejujurnya saya selalu terlepas subuh. Bangun tidur baru solat walaupun dah habis waktu.
Sekarang alhamdulillah dah boleh bangun pagi.

Dulu saya kurang tahu bab jalan raya.
Sekarang lebih faham, paling tidak pun boleh tunjuk jalan untuk orang yang datang bertanya.

Dulu saya buat kerja slow.
Sekarang bertambahlah juga lajunya.

Dulu saya panas baran. Mudah marah apabila orang tak tahu itu ini.
Sekarang bolehlah juga nak bersabar.

Setelah cerita demi cerita, saya rasa alam pekerjaan ini, saya agak bersedia menghadapinya setakat ini.

Saya akan berubah dan terus berubah.
Kerana sentiasa ada ruang untuk bertambah baik.

dan walaupun saya tidak diberi pasangan seperti rakan-rakan saya, saling membimbing sama berubah kepada kebaikan,

Allah mengajar saya berdiri di atas kaki sendiri.
Lalui perjalanan hijrah bersendiri, atau bersama kakak-kakak dan sahabat.

Allah is teaching me to stand tall.
Coz people who is destined to be strong must first be tested strongly.

Jujur di celah-celah kesibukan dan pelajaran hidup, ada sedikit ruang rasa yang ingin seperti sahabat lain yang berpasangan. Normal bagi manusia.

Tapi kita harus tahu diri, tahu batas. Tahu hak dan batil. Halal dan haram.

Dan apabila ada keluarga dah mula mengusik kalau saya berpunya, saya hanya mampu senyap. Keluarga saya memang ramai nikah awal.

Apabila rakan-rakan bercerita tentang itu saya tidak mampu bercerita. Hanya mendengar dan beri sedikit komen.

Tak mengapa.
Allah akan bagi juga.
Sekarang waktu saya matangkan diri supaya apabila datang masanya kelak, suami boleh tersenyum dan berkata,

"Aku bertuah memilikinya."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kematangan Tanpa Sedar (2) : Hati Mau Kering!

Malam ini kerja shift malam.
Kurang pelanggan, sebab itu jadi agak bosan (bosan pulak?kalau ramai kang tumbang pulak pukul 3 pagi ni oi!) lalu sempat update sampai dua entri.

Tadi berbual dengan pekerja senior, Ibrahim namanya.
Sajalah saya bertanya pada dia sedikit soalan.
Bual fasal gaji, kerja dan sebagainya.

Tapi saya tertarik pada satu perbualan.

"Abang, kalau masa mula-mula tengok saya masuk kerja, abang ingat saya ni orang macam mana?"

"Mula-mula tengok, ingatkan tak tahan lama, tapi tengok ok ja. So far so good,"jawab senior. Ibrahim namanya. India muslim, tapi serius memang baik orangnya. Selesa kerja dengan dia.

"Kenapa ingat tak lama?"

"Sebab tengok duk asyik kena ja."

Saya katakan padanya,

"Dah set dari awal, nak masuk kerja, hati mau kering."

Betul. Memang itu yang saya tanam dalam hati. Saya nak kerja. Jadi akan ada halangan. Saya akan kenal macam-macam ragam manusia. Kena kuat.

Sungguh saya teringat.
Saya pernah disalahkan. Difitnah. Dihentam. Dijadikan sasaran. Semuanya pernah. Masa lalu saya terlalu banyak untuk usia belum genap 18 tahu, mungkin :)

Tapi hari ini saya lebih kuat.
Walau ada yang saya nampak sendiri berhenti kerja kerana tak mahu kerja susah, alhamdulillah saya mampu teruskan.

Belajar mengalah.
Belajar bergaul.
Belajar hidup dalam masyarakat yang kita perlu terima, kita bersama manusia bukan malaikat.

Dan di sebalik semua itu ada sebuah kematangan yang tercipta bukan dengan sedetik, tetapi dengan bertahun pahit manis yang ditahan, ditelan, diluah dan dihadap.

Cerita semalam itu hidupkan aku hari ini :')

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kematangan Tanpa Sedar (1) : Rezeki Tiap Manusia

Assalamualaikum

Alhamdulillah, walaupun berhenti kerja di taska atas beberapa masalah, akhirnya kerja dapat juga di Petronas Kulim Square. Juruwang a.k.a cashier :)

Sebenarnya panjang cerita nak dapat kerja ni.

Sebelum berhenti dari taska entah kenapa mak ada cuba-cuba cari kerja untuk anaknya ni. Seperti dapat agak sesuatu akan berlaku. Firasat ibu, mungkin?

Dapat kerja cashier sekaligus promoter di sebuah kedai jam di Giant. Gaji lebih baik dari kerja sebelumnya.
Malangnya, asal rancang nak tumpang jiran ke tempat kerja tetapi akhirnya tak boleh sebab jiran tu dah pindah duduk rumah sewa :(

Maka, saya pun cari kerja lain. Cuba angin cari kerja di stesen minyak. 3 stesen minyak pergi. Stesen minyak ketiga ini hanya cuba nasib saja, kebetulan lepas singgah solat maghrib di sini, terasa nak cuba isi borang. Padahal tak ada pun tulis jawatan kosong di depan. Disuruh isi borang, cuba sajalah.

Kalau diingat, lagi dua stesen minyak kena jumpa bos dah. Tapi bila kita pergi, bos tak ada. Kemudian senyap begitu sahaja. Tak telefon balik dah pun.

Tak tersangka, lepas lima hari, Petronas Kulim Square telefon :D Masuk kerja esoknya.

Dan lebih tak tersangka, gaji lebih baik daripada gaji di semua tempat yang saya tak diterima sebelum ni :) Alhamdulillah.

Seingat saya ketika istikharah hendak terima kerja di kedai jam atau taska, saya blank. Tak rasa apa-apa. Kemudian saya dapat masalah taska lalu tak ada kenderaan nak ke kedai jam.

Rupanya rezeki di sini :)

Ada kenderaan nak ke sini.
Boleh jalan kaki ke kedai dan rumah mak angkat tersayang.
Ramai kawan mak duduk area sini.
Ayah setuju.
Ada waktu untuk solat.

Alhamdulillah :)

Kesimpulannya, yakin,

Mesti ada SEBAB kita di sesuatu kedudukan.
Ada sebab Allah bagi kita gagal dapat kerja di satu tempat.
Ada sebab Allah bagi kita dapat kerja yang kita dapat.
Ada sebab Allah jadikan kita di posisi gagal.
Ada sebab Allah jadikan kita berjaya.

Semuanya berhikmah.
Allahuakbar.

Believe!

P/S: insya-Allah tak akan putus rezeki kalau kita amalkan solat dhuha. Boleh istiqamah ke? Hmmmmm.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Impian Hati

Aku tak tau apa aku minat.
Tapi, ikut hajat parents buat medic.
I'll be specialist in maternity insya-Allah.

Tapi, dalam soal tempat belajar, I have my own dream.
Aku nak masuk UIA.
Sangat-sangat nak.

Nak belajar fardhu ain sampai lengkap.
Nak belajar Al-Quran.
Nak belajar Bahasa Arab.
Nak ambil subjek-subjek khusus dalam agama.

Sebab dulu masa sekolah tak berkesempatan ambil aliran agama.

Memang cabarannya banyak dan akan susah, tapi aku sanggup sebenarnya. Even aku takut macam mana pun aku berani hadapi.

Tapi. My biggest trouble is my dad said once, he did not allow.

Atas alasan yang ... kadangkala aku tak dapat terima. Can't say more.

Dan aku memang nak sangat-sangat ke sana. Serius.

Doakan Rashidah dapat tunaikan hajat dia ni.
Doakan hati abah lembut untuk benarkan dia tunaikan hasrat dia.

Ameen.

Really appreciate the doa.
May Allah bless all your deeds.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS