Powered by Blogger.
RSS

Jemput Follow :)

Disebabkan Terlalu Lama Tak Bercerita, Maka Inilah Jadinya =.="

Saya baru saja sedar diri betapa berkurun berabadnya saya tak kemaskini sebarang entri di blog kesayangan ini. Oh, sila beri tepukan gemuruh atas 'kepekaan terlampau' tuan punya blog ini. Siapakah itu? *muka minta menampar ya di situ, sila abaikan*


2012 sudah habis trimester pertama. Haha. 
Pertengahan April sekarang ini. 
Macam-macam cerita sudah dilalui dan bakal dilalui. Hoho. 


Disebabkan banyak sangat ayat yang berselerak di seluruh kepala, maka tidak mengapalah. Saya mahu senaraikan dulu cerita-cerita dalam otak saya ;) Nanti nak buat entri akan rujuk balik susunan ini.. hehe.


1.Entri BAHAS 2012-Pemilihan
2.Entri BAHAS 2012-Daerah
3.Entri BAHAS 2012-Bendang Man & Persediaan
4.Entri BAHAS 2012-Negeri
5.Entri BAHAS 2012-Kejutan? Persediaan?
6-10.Entri BAHAS 2012-SMS Pokok Sena
11.Entri Tokoh Nilam
12.Entri Catur
13.Entri Cerita Kita- Bahas
14.Entri Cerita Kita- Catur
15.Entri Cerita Kita- Robotik :)


Nah, banyak betul! Serius banyak dan akan penat.
Tapi perlahan-lahan akan buat dan pastinya entri tak panjang berjelalah kalau begini banyaknya. Sambil itu akan adalah juga cerita lain yang bakal menyusul. Mungkin ada entri yang ditambah. Saya ada mood semula mahu menulis entri. Alhamdulillah. :)


Akan mula berblogging secara tidak terlalu aktif. Sebab kesibukan masih belum mahu kasihan akan saya :(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Terlalu Banyak Untuk Terkisah :)

Lama betul tak update blog :)
Kesibukan kemalasan keseganan keharubiruan diri sendiri menjadi punca. 
Keharubiruan? Haha. Pening Cikgu Habibah dan Cikgu Zaiton nanti. 
Saya tak tahu macam mana nak cerita satu persatu. 
Tahun ini penuh kesibukan, penuh cerita, penuh drama, penuh sketsa.
Hoho, banyaknya 'penuh'? 
Alhamdulillah dalam sibuk, dalam penat semuanya masih dapat dikawal. 
Janji saya tahun lalu di blog ini terlunas :D 
Janji apa?
Panjang ceritanya. 
Semua penat terasa amat berbaloi,walaupun sekarang saya berada di SMS Pokok Sena @ SAINA untuk Program Jalinan Bersama Sekolah Kluster Kecemerlangan.
Pokok pangkalnya, bermula dari Family Bahas SMKSB. 
Pengalaman yang saya kira takkan saya lalui sekarang kalau tak kerana semua yang saya dan kawan-kawan lalui sepanjang 2010-2012. 
Sedar tak sedar, masuk tahun ketiga saya terlibat dengan bahas.
2010 saya hanya penonton yang berjanji satu hari nanti kita akan berjaya ke kebangsaan.
2011 saya sendiri mengalami ketewasan itu pada ketika kami hanya selangkah sebelum ke kebangsaan, ya, kalah di peringkat akhir. :')
2012 alhamdulillah, saya dan rakan-rakan menebus kembali kekalahan kami. 
Sekian lama ditunggu, 7 tahun SMK Sultan Badlishah menunggu untuk ke kebangsaan, tertunai kembali. 
4 tahun kami merasakan bagaimana tinggal selangkah tapi kecundang sebagai naib johan.
Syukur alhamdulillah. 
Terlalu banyak cerita yang ingin terlakar. Tetapi saya rasa masa PJK di sini sudah hampir tamat. Lain kali sambung lagi. 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS